Anda di halaman 1dari 7

Kekhalifahan Cordoba

70 bahasa
 Rencana
 Perbincangan
 Baca
 Sunting
 Sunting sumber
 Lihat sejarah
Peralatan











Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kekhilafahan Córdoba
‫خالفة قرطبة‬
Khilāfat Qurṭuba (Arab)

929–1031

Kekhilafahan Córdoba (hijau), s. 1000.


Ibu negara Córdoba

Bahasa yang umum digunakan bahasa


Arab, Berber, Mozarabic

Kerajaan Monarki

Khalifah Córdoba

• 929 – 961 Abd-ar-Rahman III

Sejarah

• Abd-ar-Rahman 929
IIImengistiharkan KhalifahCórdoba[1]

• Berpecah kepada beberapa kerajaan 1031


beraja taifa merdeka

Keluasan

anggr. 1000. 600,000 km2(230,000 bt2)

Didahului oleh Diganti oleh


Emirat Córdoba Taifa
Córdoba

Sekarang sebahagian dari Andorra


Gibraltar(UK)
Maghribi
Portugal
Sepanyol

Sejarah Al-Andalus

Penaklukan Muslim
(711–732)

 Pertempuran Guadalete
 Pertempuran Toulouse
 Pertempuran Tours
Umayyad di Córdoba
(756–1031)

 Amiriah Qurtubah
 Khilafah Qurtubah
 Al-Mansur Ibn Abi Aamir

Tempoh Taifa Pertama


(1009–1110)

Pemerintahan Murabitun
(1085–1145)

 Penaklukan
 Pertempuran Sagrajas

Tempoh Taifa Kedua


(1140–1203)

Pemerintahan Muwahhidun
(1147–1238)

 Pertempuran Las Navas de Tolosa

Tempoh Taifa Ketiga


(1232–1287)

Amiriah Gharnatah
(1238–1492)

 Dinasti Nasriyah
 Pertempuran Granada

Rencana berkaitan

 Iberia
 Reconquista

 l
 b
 s
Bahagian dalam Mezquita, salah satu contoh
terbaik seni bina Islam Umayyah di Sepanyol
Kekhalifahan Qurtubiyah (Sepanyol: Califato de Córdoba, Arab: ‫خالفة‬
‫ُقرُط َب ة‬, rumi: Khilāfat Qurṭubah) memerintah Semenanjung Iberia dan Afrika Utara dari
bandar Qurtubah (Córdoba) bermula dari tahun 929 M hingga tahun 1031 M.
Tempoh ini diwarnai dengan kejayaan ketara dalam bidang perdagangan dan
kebudayaan; banyak karya agung Islam Sepanyol dibina dalam tempoh ini,
antaranya Masjid Jami Cordoba. Abdul Rahman III mengisytiharkan dirinya
sebagai Khalifah pada 16 Januari 929; sebelum ini beliau dikenali sebagai Amir
Cordoba (penguasa bandar Cordoba). Kesemua khalifah Cordoba merupakan ahli
keluarga Bani Umaiyah. Bani Umaiyah (juga
dieja Umayyah, Ummaiyyah atau Umaiyyah) memegang gelaran Amir Cordoba dan
memerintah wilayah tersebut sejak tahun 756 M. Khilafah Cordoba mengalami
kemerosotan semasa pemerintahan Khalifah Hisham II dan pengganti kepada
Perdana Menterinya, al-Mansur ibn Abi al-Aamir. Khilafah Cordoba berakhir pada
tahun 1031 M dan telah menjadi beberapa buah kerajaan taifa yang berasingan.

Dinasti Umayyah[sunting | sunting sumber]


Kenaikan[sunting | sunting sumber]
Abdul Rahman I menjadi Amir Cordoba pada tahun 756 M selepas enam tahun
tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah di Damsyik pada tahun 750. Lahir
di Damsyik, beliau menyeludup ke Sepanyol selepas khalifah terakhir
Umayyah Marwan bin Muhammad ditewaskan tentera Abbasiyyah. Untuk
mengekalkan kuasanya, beliau telah menewaskan pemerintah Islam Abbasiyah
yang menentang pengaruh Umayyah dan menyatukan beberapa kawasan.
Pemimpin wilayah terus menggunakan gelaran amir atau sultan sehinggalah pada
abad ke 10, apabila Abdul Rahman III menghadapi ancaman penaklukan daripada
kerajaan Fatimiyah di Kaherah. Untuk membantunya di dalam usaha menentang
kerajaan Fatimiyah yang menubuhkan Khilafah di utara Afrika, Abdul Rahman III
telah memakai gelaran khalifah. Gelaran ini membolehkan beliau memperoleh
kekuatan dan gelaran ini dikekalkan walaupun kerajaan Fatimiyah telah ditewaskan.
Kejayaan[sunting | sunting sumber]
Kekhalifahan Cordoba telah menikmati tempoh kejayaan sepanjang kurun ke-10
M. Abd-ar-Rahman III telah menyatukan al-Andalus dan mengadakan hubungan
diplomatik dengan kerajaan Kristian di utara secara paksaan dan diplomasi. Abd-ar-
Rahman berjaya menghalang pengaruh Fatimiyah daripada merebak ke tanah
khilafah di Morocco dan al-Andalus. Tempoh kejayaan ini ditandakan dengan
wujudnya hubungan diplomatik dengan puak Afrika Utara, kerajaan Kristian di utara,
Perancis dan German serta kerajaan Byzantine. Kematian Abdul-ar-Rahman III
menyebabkan puteranya Al-Hakam II yang berumur 46 tahun ketika itu menjadi
khalifah. Al-Hakam II meneruskan polisi ayahandanya serta meneruskan hubungan
diplomatik dengan kerajaan Kristian di utara dan puak puak di Afrika. Al-Hakam II
banyak bergantung kepada para penasihatnya kerana kejayaan sebelumnya di
bawah Abd-ar-Rahman III membolehkan beliau membiarkan kekhalifahan berjalan
dengan sendiri. Gaya kepimpinan ini sesuai dengan al-Hakam II kerana beliau lebih
berminat dengan perkembangan ilmu pengetahuan berbanding memerintah
kekhalifahan.
Kejatuhan[sunting | sunting sumber]
Kematian al-Hakam II pada tahun 976 menandakan bermulanya zaman kejatuhan
Khilafah Cordoba di al-Andalus. Sebelum kematiannya Al-Hakam II telah
menamakan puteranya Hisham II yang berusia 10 tahun ketika itu sebagai
penggantinya. Walaupun Hisham II masih muda, Al-Mansur ibn Abi al-Aamir (ketua
pentadbir kerajaan Umaiyah) telah mengisytiharkan beliau sebagai khalifah. Ibn Al-
Aamir menjadi pemangku Hisham II sehingga beliau boleh memerintah sendiri. Oleh
itu beliau mengasingkan Hisham II di Cordoba sementara cuba menyingkirkan
lawannya. Beliau membenarkan orang Barbar dari Afrika Utara berhijrah ke Andalus
untuk mengukuhkan kedudukannya. Ibn al-Amir memerintah dengan kejam jika
dibandingkan dengan Abd-ar-Rahman III. Beliau tidak malu menggunakan paksaan
untuk memastikan orang-orang Kristian dalam pemeriksaan. Ibn al-Aamir dan
penggantinya yang juga anaknya, Abd al-Malik (al-Muzaffar), meneruskan
pemegangan kuasa daripada Hisham II sehingga tahun 1008 apabila al-Muzaffar
meninggal dunia dan adiknya Abdul al-Rahman mendesak untuk menjadi pengganti
kepada Khalifah Hisham II tetapi Hisham II enggan. Di utara Iberia, satu
pemberontakan berlaku di seluruh Cordoba. Abd al-Rahman tidak dapat
memadamkan pemberontakan tersebut.
Keputusan untuk menamakan Hisham II sebagai khalifah telah memindahkan
kuasanya dari individu kepada para penasihat. Gelaran khalifah hanya menjadi
simbol dan tidak mempunyai sebarang kuasa. Jawatan khalifah sentiasa menjadi
rebutan. Khalifah kerajaan Umayyah yang terakhir di Andalus ialah Hisham III (1027-
1031). Dengan beberapa pecahan, Khilafah Cordoba akhirnya tumbang pada tahun
1031 dan berpecah kepada beberapa buah kerajaan yang berasingan.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]


Ekonomi telah berkembang maju di zaman Khilafah. Pada zaman permulaannya,
kerajaan Kristian telah membayar ufti kepada Córdoba untuk menjamin keselamatan
mereka. Pedagang-pedagang Muslim telah berdagang di Andalus dengan merentasi
Mediterranean and lain-lain. Terdapat banyak kawasan perindustrian yang
ditubuhkan semasa zaman pemerintahan Khalifah iaitu tekstil, seramik, gelas, kerja
logam dan pertanian telah memberi faedah kepada negara. Tarif amat berpatutan.
Cukai yang dikenakan kepada orang-orang Yahudi dan Kristian yang bernaung di
bawah Khilafah juga adalah sumber lain pendapatan negara.

Kesenian[sunting | sunting sumber]


Córdoba merupakan pusat perkembangan kesenian di Andalus. Masjid seperti The
Great Mosque, adalah menjadi titik perhatian bagi semua Khalifah. Córdoba adalah
pusat intelektual sains di Andalus dengan kegiatan penterjemahan buku-buku dari
bahasa Yunani purba kepada bahasa Arab, Latin and Hebrew. Bidang kegiatan
sains, sejarah, geografi, falsafah dan sastera juga berkembang semasa zaman
pemerintahan Khilafah. Sarjana-sarjana serta kebudayaan dari timur telah dibawa
masuk ke al-Andalus. Ziryab telah memperkenalkan gaya berpakaian dan gaya
rambut kepada Semenanjung Iberia seperti ubat gigi dan deodorant.

Senarai pemerintah[sunting | sunting sumber]


Amir Umayyah di Córdoba[sunting | sunting sumber]
 Abdul Rahman I, 756–788
 Hisham I, 788–796
 al-Hakam I, 796–822
 Abd ar-Rahman II, 822–852
 Muhammad I, 852–886
 al-Mundhir, 886–888
 Abdallah ibni Muhammad, 888–912
 Abdul Rahman III, 912–929
Khalifah Umayyah Córdoba[sunting | sunting sumber]
 Abdul Rahman III, sebagai khalifah, 929–961
 Al-Hakam II, 961–976
 Hisham II, 976–1008
 Muhammad II, 1008–1009
 Sulayman II, 1009–1010
 Hisham II, dipulihkan, 1010–1012
 Sulayman II, dipulihkan, 1012–1016
 Abd ar-Rahman IV, 1017
Dinasti Ummayah yang dimusnahkan oleh Dinasti Hammudid:

 Ali ibn Hammud al-Nasir, 1016–1018


 Al-Qasim ibn Hammud al-Ma'mu, 1018–1021
 Yahya ibn Ali ibn Hammud al-Mu'tali, 1021–1023
 Al-Qasim ibn Hammud al-Ma'mu, 1023 (dipulihkan)
Dinasti Ummayah yang kembali kepada kekuasaan:

 Abd-ar-Rahman V, 1023–1024
 Muhammad III, 1024–1025
 Yahya ibn Ali ibn Hammud al-Mu'tali, 1025-1026
 Hisham III, 1026–1031

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


 Al-Andalus
 Khilafah

Anda mungkin juga menyukai