Anda di halaman 1dari 5

Kerajaan Bani Umaiyah

77 bahasa
 Rencana
 Perbincangan
 Baca
 Lihat sumber
 Lihat sejarah
Peralatan











Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kerajaan Bani Umayyah)

Kerajaan Bani Umayyah


‫بنو أمية‬

661–750

Wilayah kekuasaan Bani Umayyah

Ibu negara Damsyik


Ibu kota di pengasingan Cordoba

Bahasa yang umum digunakan Arab

Agama Islam

Kerajaan Monarki

Sejarah

• Didirikan 661

• Dibubarkan 750

Didahului oleh Diganti oleh


Khalifah Ar- Kerajaan Bani
Rasyidin Abbasiyah

Halaman Masjid
Ummaiyyah di Damsyikmenjadikannya salah satu simbol kekuatan Kerajaan Bani
Ummaiyyah.
Kerajaan Bani Umayyah (Arab ‫ بنو أمية‬banū umayya / ‫ األمويون‬al-
umawiyyūn); khalifah Islam berasaskan perwarisan pertama selepas
kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan ini terdiri daripada keluarga di dalam
kaum Quraish Makkah. Kerajaan Bani Ummaiyyah ini berkuasa dari
tahun 661 masihi sehingga tahun 750 masihi. Ironiknya kaum Bani Ummaiyyah
sebelum ini pernah menjadi musuh ketat Islam, seperti Abu Sufyan, sebelum mereka
memeluk Islam.
Asal nama kerajaan Bani Umayyah adalah mengambil nama sempena nama datuk
Muawiyah,pengasas kerajaan ini iaitu Umaiyyah bin Abdul Syams,seorang
pemimpin kaum Quraish yang kaya dan berpengaruh.
Pemerintahan Ummaiyyah
Rencana utama: Proses Penubuhan Kerajaan Bani Umaiyyah
Muawiyah telah menjadi Gabenor Syria di bawah pemerintahan khalifah
ketiga Islam, Saidina Uthman Affan. Pada tahun 35 Hijriah,kota Madinah yang
menjadi ibu kota negara Islam telah dilanda krisis politik yang hebat sehingga
mencetuskan pemberontakan menentang kerajaan. Akibatnya, Khalifah Uthman bin
Affan dibunuh oleh pemberontak. Selepas peristiwa pembunuhan Saidina
Uthman, Saidina Ali Abi Talib telah dilantik menjadi khalifah yang baru.
Memandangkan pembunuh Saidina Uthman belum dihukum oleh Saidina
Ali , Muawiyah enggan menerimanya sebagai khalifah dan menentang Saidina Ali
pada tahun 657. Bukan sahaja Muawiyah enggan menerima Saidina Ali sebagai
khalifah, malah dia turut menuduh Saidina Ali sebagai gagal untuk membunuh
Sayyidina Uthman (pak ciknya). Dalam kata lain, Muawiyah mencadangkan bahawa
Saidina Ali sendiri terlibat dalam pakatan membunuh Khalifah Uthman).[1]
Kedua-dua pihak bersetuju untuk berunding untuk menyelesaikan masalah yang
timbul. Rundingan ini dilihat oleh para pengikut Saidina Ali sebagai tidak adil.
Empayar Islam dipecahkan. Selepas Saidina Ali dibunuh pada tahun 661, anak
Saidina Ali iaitu Saidina Hassan telah menjadi khalifah namun baginda telah
mengambil keputusan untuk memberi jawatan khalifah kepada Muawiyah sebagai
khalifah seluruh empayar Islam atas harapan Muawiyah dapat menyatukan umat
Islam pada masa itu kerana Saidina Hassan tidak sanggup untuk melihat
perpecahan umat Islam terus berlaku dihadapan matanya.Hal ini menyebabkan
tertubuhnya Kerajaan Bani Ummaiyyah dan menyaksikan pertukaran pusat
pemerintahan daripada Madinah ke Damsyik.

Empayar kekuasaan
Kerajaan Bani Ummaiyyah.
Kuasa Bani Ummaiyyah berpusat kepada jajahan Byzantian di Syria dan
mengekalkan pegawai tempatan yang bukan muslim sebagai pentadbir. Bani
Ummaiyyah turut memusatkan usaha mereka kearah menguasai Mediterranean dan
menakluk Konstentinopal. Banyak penaklukan dan pembukaan wilayah baru dibuat
semasa pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Tentera Muslimberjaya
menakluk Afrika Utara dan Iran pada lewat tahun 600-an, mengembangkan empayar
Islam daripada Semenanjung Iberia di barat sehingga India di timur. Tentera
Ummaiyyah pimpinan Tariq ibn Ziyad menyeberangi Selat Gibraltar dan
menubuhkan pemerintahan di Semenanjung Iberia (Sepanyol) sementara baki
tentera Islam yang lain menubuhkan pemerintahan di Sind, India.
Kerajaan Bani Ummaiyyah ditewaskan oleh Kerajaan Bani Abbasiyyah selepas
tewas dalam perperangan pada tahun 750 masihi. Hal ini menyebabkan kebanyakan
kaum keluarga Bani Ummaiyyah dibunuh oleh tentera Abbasiyyah. Seorang waris
Bani Ummaiyyah iaitu Abd-ar-Rahman Imengambil pemerintahan Islam
di Andalusia dan menubuhkan Kerajaan Bani Ummaiyyah Andalusiadi sana.

Kronologi Kerajaan Bani Ummaiyyah


 661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani
Ummaiyyah.
 670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
 677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke
atas Constantinople.
 680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa
pembunuhan Saidina Hussein.
 685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa
rasmi kerajaan.
 700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
 711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
 712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
 713M- Penaklukan Multan.
 716M- Serangan ke atas Constantinople.
 717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat
dijalankan.
 725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
 749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan
tentera Abbasiyyah.
 750M- Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan
Bani Ummaiyyah.

Khalifah Ummaiyyah di Damsyik


 Muawiyah I ibni Abu Sufyan, 661-680
 Yazid I ibni Muawiyah, 680-683
 Muawiyah II ibni Yazid, 683-684
 Marwan I ibni Hakam, 684-685
 Abd al-Malik ibni Marwan, 685-705
 al-Walid I ibni Abd al-Malik, 705-715
 Sulaiman ibni Abd al-Malik, 715-717
 Umar ibni Abd al-Aziz, 717-720
 Yazid II ibni Abd al-Malik, 720-724
 Hisham ibni Abd al-Malik, 724-743
 al-Walid II ibni Yazid II, 743-744
 Yazid III ibni al-Walid, 744
 Ibrahim ibni al-Walid, 744
 Marwan II ibni Muhammad, 744-750

Khalifah di Cordoba
 Abd ar-Rahman I, 756-788
 Hisham I, 788-796
 al-Hakam I, 796-822
 Abd ar-Rahman II, 822-852
 Muhammad I, 852-886
 al-Mundhir, 886-888
 Abdallah ibni Muhammad, 888-912
 Abd ar-Rahman III, 912-961
 Al-Hakam II, 961-976
 Hisham II, 976-1008
 Muhammad II, 1008-1009
 Sulaiman, 1009-1010
 Hisham II, menaiki takhta semula, 1010-1012
 Sulaiman, menaiki takhta semula, 1012-1017
 Abd ar-Rahman IV, 1021-1022
 Abd ar-Rahman V, 1022-1023
 Muhammad III, 1023-1024
 Hisham III, 1027-1031

Sahabat Rasulullah s.a.w.


Ini adalah sebahagian daripada Sahabat Rasulullah s.a.w. daripada Bani
Ummaiyyah:

 Marwan ibni Al-Hakam


 Muawiyah ibni Abu Sufyan
 Abu Sufyan ibni Harb
 Uthman bin Affan

Anda mungkin juga menyukai