Anda di halaman 1dari 17

HARI 2

BABAK 1

Waktu subuh telah pun tiba. Bujang Lapok dan DoReM bangun lebih awal berbanding
Awang.

Awang: Wah! Awal sekali kamu semua

bangun dari tidur ya.

Re: Betul sekali Awang kami semua ini semangat ingin menuntut ilmu silat dari
Pendeka Mustar itu.

Mi: Kau semangat belajar silat atau kau semangat ingin melihat anak gadis Pendekar
Mustar semalam yang kita lihat di pasar itu? ( Mi sengaja mengusik Re )

Do: Macam lah kami ini tidak tahu perangai kau yang “miang”. Kau Nampak gadis
cantik saja, mula lah kau menunjukkan diri yang kau berpura-pura bujang. Apalah Nasib
Midah

Re: Hehehe….. apa lah kau ni mestilah aku semangat belajar. Eh lagi satu yang kamu
sebok hal rumah tangga aku dah kenapa?

Ramli: Ouhhh….sudah berkahwin rupanya (Berbisik-bisik ke telinga Ajis Ketika


mendengar perbualan mereka)

Ajis: Mana pula si Sudin ini? boleh pula dia lambat-lambat….. Aku tak sabar nak ke
rumah Pendekar Mustar ni.

Sudin dari tadi belum muncul lagi di luar rumah walaupun mereka bangun pada masa
yang sama.

Sudin: ( berlari-lari anak menuju ke arah mereka yang Dimana sedang menunggunya)
Eh eh eh….. maafkan aku ya….. tiba-tiba perut aku buat urusan pulak dalam tandas.

1
Sebenarnya perut Sudin sakit dari semalam.

Awang: Semua dah ada? Marilah kita ke rumah Pendekar Mustar sekarang. Dah
hamper lambat ini

Awang, BL dan DoReMi berjalan menuju ke rumah Pendekar Mustar.

2
BABAK KE-2

(Dalam pejalanan ke rumah pendekar mustar)

Do re mi tiga orang sahabat

Berjumpa terus sepakat

Otak yang geliga sekarang dah tersumbat

Re do ti la so fa mi re do

Do re mi tiga bujang terlajak

Kerja semua tak layak

Jikalau begitu baik gunakan otak

Di perkarangan rumah Pendekar Mustar

Awang: Assalamualaikum, Pendekar kami sudah sampai ini ( 3x Awang memberikan


salam namun tidak di sahut salamnya)
Awng melihat mak Senah yang berada di kawasan penyidai baju. Awang mendekati
Mak Senah

Awang: Kamu semua tunggu di sini. Aku nak bertanya dengan Mak Senah sebentar.

Ajis: Apadahh….. Wanita tua itu, pagi-pagi buta dah menjemur pakaian.

Ramli: ishh kau ni…..biarlah dia, elak dari panas Terik tengah hari.

3
Awang: Assalamualaikum, Mak Senah Pendekar Mustar ada? (memberi salam ke pada
mak Senah) berulang kali dia memberi salam. Namun mak senah hanya menjawab…..

Mak Senah: HA? HA? Apa? Hujan?

Pendekar Mustar: Biarkan saja mak Senah kamu itu, dia tuli sikit…. Nasib baiklah aku
sayang dengan Senah ni. Senah kamu masuk dalam. Pagi-pagi buta ini kamu buat apa
di luar rumah ini? Senah…. Senah….

Do: ouh tuli patutlah begitu

Senah: HA???? Apa bang? Hari dah malam?! Abang tak Nampak ke matahari dah naik
ni?

Pendekar Mustar: Ya Allah Senah oiii….! ( Terpaksa menguatkan suaranya) Senah,


saya suruh awak masuk ke dalam rumah, masih awal lagi ini. Kamu buatkan lah air kopi
untuk murid-murid baru abang ni.

Senah: Aah bang kejap… (berjalan mengambil topi) dan meletakkan di kepala
suaminya. Ternyata Mak Senah salah dengar lagi .

BL dan Doremi menepuk dahi melihat Telatah Mak Senah yang tuli itu.

PM: Saya suruh buat awak buat kopi dan sarapan untuk murid-murid saya ini. Ishhh….
Kamu ini……bukan pergi ambil topi.

Senah: Ouhhh hehehe…. Kopi untuk mereka. Baiklah abang. Belajar bagus-bagus ya
kamu semua ini.

PM: (gelengkan kepala melihat telatah isterinya) Awal sungguh kamu semua ke mari.

Sudin: Mestilah awal, kami bersemangat hendak belajar ilmu silat dari pendekar Mustar

Do: Ceh, jangan-jangan kalian bersemangat hendak melihat anak Pendekar Mustar

Ramli: Ikut suka kami lah, kami nak bersemangat sebab apa, kau sibuk kenapa?

4
BABAK KE-3

PM: Wah, bersemangat ya kalian hendak berguru dengan aku…(Belum sempat


menghabiskan kata-kata, Mak Senah memanggil mereka)

Senah: Abang!!!! Saya dah sediakan sarapan ini marilah ke dalam dahulu menjamah
sarapan ini. Haaa panggil sekali anak murid abang tu.

PM: Baiklah yanggg..

Masuk ke dalam dan duduk sambil menjamah makanan.

PM: (memecahkan suasana yang senyap dengan bertanya soalan) baiklah sebelum
kita memulakan perguruan kita, aku ingin kamu memperkenalkan diri.

Ramli: Saya Ramli

Aziz: Saya aziz

Sudin: Nama diberi Sudin

Do: Saya Do

Re: Saya pulak Re

Mi: Dan aku Mi, selamat berkenalan.

PM: Nampaknya kamu semua telah berjumpa dengan murid terbaikku Awang.

5
( Memanggil Awang untuk berdiri di sebelahnya) Ini Awang satu-satunya pemuda yang
berguru silat dengan aku. Sudah lama Awang berguru dengan aku. Tetapi Bagaimana
kalian mengetahui Awang merupakan murid aku.

Do: Ouh semalam kami semua ini menyaksikan kehebatan Awang sewaktu berlawan
dengan penjahat di pasar, jadi kami ke rumah Awang.

Ajis: Kami pula mengikuti Awang secara diam-diam dari belakang. Hehehe…

PM: Ouh…begitu baguslah kamu semua sudah saling mengenali walaupun seketika.
Baiklah sebelum kalian semua memulakan perguruan kita. Aku mahu lihat asas kamu
semua dalam dunia persilatan, jika kalian semua tidak ada asas yang bagus aku
perlulah mengajar dari awal.

Mereka pun memulakan latihan silat Bersama Pendekar Mustar.

PM: Cuba kamu semua mula dengan buka kuda-kuda….

Doremi Dan BL: Ha??? Kuda-kuda?

Menggaru kepala kerana tidak tahu apa yang sedang dimaksudkan.

PM: (menunjukkan cara buka kuda-kuda yang sebenar) begini kamu semua buka kuda-
kuda. ( Awang membantu membetulak

Tiba-tiba…….

Ros muncul ke luar rumah untuk bergerak ke sekolah

Ros: Bapak, selamat pagi. ( dengan gembiraa)

PM: Selamat pagi anakku. Kamu sudah mahu ke sekolah?

Ros: Ya, bapak. Awal sekali bapak berguru, kebiasannya bapak berguru pada waktu
malam.

6
PM: Ouhhhh… bapak sudah ada ramai murid baru sekarang, jadi bapak perlu berguru
dengan agak awal hari ini.

Ros: Ouhhh… begitu Ros gerak dulu lah bapak takut terlewat pula nanti.
PM: Ouhh iya lah hati-hati ya anakku.

Ros: Baik pak.

Re: Baru aku tahu Cikgu Ros itu anak PM ini, sungguh cantik sekali.

Do: Kau gadis cantik di mana-mana memang akan di puji cantik. Midah itu pun cantik
juga.

Re: Eh yang kau sebok dengan bini aku itu sudah kenapa?
Mi: Tahu pulak kau marah kami puji bini kau, tapi kau tak pernah berubah.

(DRM bercakap sesama mereka)

Ramli: Eh Ajis sudahlah kau memerhatikan bunga itu, sudah mahu keluar biji mata kau
aku lihat. Tak berkedip.

Sudin: Alah…. Macam kau tak tahu perangai si Ajis ni. UIat bulu ada saja yang di
minatnya.

Ajis: Aaa… pegi lah kamu ni, sama Sahaja…

PM: amboii…. Kamu semua ini, langsung tidak berkelip mata melihat anakku Ros itu.
Aku tahu kecantikkan Ros itu sangat luar biasa lihat saja bapaknya yang tampan ini.

Semasa Ros bersembang dengan bapaknya, mata DRM dan BL tertumpu kepada anak
gadis PM itu. Riak wajah mereka diketahui oleh PM.

Malu-malu mereka apabila perbuatannya diketahui oleh bapak ros.

Awang disebelahnya hanya mampu menggeleng Sahaja.

PM: Sudahlah berangan ittu, ayuh teruskan sesi perguruan kita sebelum hari panas.

BL&DRM: Ayuh!!!!!!

7
Awang: Wahh!! Lepas lihat bidadari bukan main makin semangat ya kalian semua

Mi: Hehehe…. Kami sudah mendapat penyemangat

8
BABAK KE-4

Sedang mereka asyik berguru silat Bersama PM

Tiba-tiba…..

Suara merdu terdengar Ketika mereka sedang asyik berlatih.

Melur sedang bersenandung lagu MPDPB (Oleh P Ramlee)

Bahagian Saloma:

mm…mmmm.mmmm

mmm.mmmm.mmmm

mmmm......mmmmm….mmmm

Aziz: Oi sudin, kau dengar kah suara merdu itu yang sedang bersenandung itu?

Sudin: Mestilah dengar

Ramli: Aku pun dengar suara itu, agak-agaknya suara siapa ya?

Do: Mungkin suara mak Senah isteri PM?

Mi: ISH, apalah kau ni, takkan lah suara Mak Senah. Aku rasa ini mesti suara anak
gadis Pendekar Mustar.

Re: Aku pun rasa begitu. Tapi Cik Ros baru Sahaja keluar ke sekolah tadi.

PM: SIAPA YANG SURUH KALIAN BERHENTI?? Teruskan latihan sekarang!

Re: Cis, potonglah orang tua ni (berbisik)

Sedang berlatih, tiba-tiba seluar Ramli terkoyak di celah kangkangnya

Aziz: Aduh, tuan, seluar aku terkoyak la. Boleh aku naik ke atas sebentar untuk
menjahitnya?
9
PM: Bersemangat sekali ya kau Ramli, sampai koyak seluar. Baiklah pergilah keatas
dan jahit seluar kau tu. Berikan seluar itu kepada mak Senah itu.

Didalam rumah Pendekar Mustar

Ramli: asalamualaikum,(Aziz tergamam melihat seorang lagi anak gadis jelita


Pendekar Mustar) Abang cari mak Senah ada? Seluar abang terkoyak. Abang tak
sengaja terkoyak semasa berlatih tadi. PM suruh beri seluar ini kepada Mak Senah

Melur: walaikumsalam, tidak mengapa Melur boleh jahitkan masuklah kebilik melur,
nanti melur jahitkan untuk abang.

Melur pun menjahit seluar Ramli sambil diteman oleh Ramli

Aziz: cantik sungguh melur abang lihat. Sama persis dengan gadis di pasar sewaktu
abang singgah ke sana semalam.

Melur: ish abang ramli ni, melur biasa sahajalah. Siapa yang abang lihat kemarin?
Aziz: Ada seorang gadis jelita ini sama persis seperti Melur. Adakah itu Melur?
Melur: Hehe…ya abang itu Melur. Melur berniaga di pasar pada hari isnin.

Aziz: Ohhhh begitu, jadi tidak salah lah yang abang lihat kemarin itu Melur.

Melur: Hehehe abang ini ada ada sajalah. Abang…abang…. melur dengar suara abang
merdu lah. Abang mesti pandai menyanyi? Abang nyanyilah untuk melur.

Aziz: Eh Melur ni, betul hendak abang menyanyi untuk melur? Baiklah kalau macam tu.

Mi: lama sungguh Ajis menjahit seluar ya

Ramli: Ulat bulu dah naik daun

Sudin: Apa boleh buat nasib badan

(Lagu MBDPB)

Malam bulan dipagar bintang

10
Makin indah jika dipandang

Bagai gadis beri senyuman

Pada bujang idaman

Duhai kasih ingin dimanja

Dengan cumbuan mesra

Untuk pelipur lara

Penawar dik asmara

Mm .... mm .... mm .... mm ...

Mm .... mm .... mm .... mm ...

Malam bulan dipagar bintang

Tambah seri cuaca malam

Murni sungguh ciptaan Tuhan

Bulan bintang lampu alam

Andai kata bintang menyepi

Bulan tidak berseri

Malam menjadi sunyi

Tidak berseri lagi

Selesai dijahit, Ramli keluar dari bilik

11
Sudin: Ha, itupun dia datang! Eh apa yang kamu ni lambat sangat?

Ajis: Penatlaa, koyaknya besar tau

Pendekar Mustar: Eh sudahlah, mula belajar lagi. Pasang kuda-kuda.

(Mereka mula berlatih silat)

BABAK KE-5

12
Sedang mereka berlatih, beberapa penjahat telah menyelinap masuk ke dalam rumah
pendekar mustar melalui pintu belakang dan ingin menculik anak-anak pendekar
mustar.

Ros: TOLONG! TOLONG! BAPAK(merayu-rayu meminta tolong)

(mereka yang sedang berlatih terdengar jeritan itu lalu memberhentikan Latihan
mereka)

Melur yang melihat kakaknya di tangkap oleh penjahat itu, terus bergegas memanggil
maknya.

Melur: Mak…makkk Ros kena tangkap makkk.

Senah: HAAA??!! Pakaian Ros koyak? Mari mak jahitkan

Melur: Aduhhh mak ni… bukan….makkk. Kak Ros kena tangkap mak, mereka semua
ada di depan rumah.

Senah: Ha?? Biarkan lah kakak kamu itu berkenalan dengan anak murid bapak kamu

Melur: Ishhhhh mak ni……… bukanlah mari ke sini ikut Melur, hmmmph (belum sempat
menghabiskan perkataannya, mulut melur ditekup oleh salah seorang penjahat.)

Senah: yaallah, melurrr!

Di luar rumah…….

Pendekar Mustar: Hah? Siapa yang berteriak itu? Kedengaran seperti suara ros dan
bini aku. Kalian semua, mari ikut aku kedalam, aku risau sesuatu terjadi kepada
mereka.

BABAK KE-6
13
Pencerita: Pendekar Mustar bersama Pendekar Bujang Lapok dan Laksamana Do Re
Mi bergegas masuk kedalam rumah. Tiba-tiba, Pendekar Mustar melihat penculik-
penculik itu sudah menangkap kedua anak-anaknya. Dengan perasaaan yang panas
dan marah, Pendekar Mustar bersama Pendekar Bujang Lapok dan Laksamana Do Re
Mi pun langsung membuka kuda-kudanya bersiap untuk bertarung.

Pendekar Mustar: Berani kalian menculik anak aku, lepaskan mereka!!

Penjahat 2: jangan berani mendekat, kalau tidak aku bunuh anak kau. (sambil
meletakkan pisau di leher melur)

Pendekar mustar: sabar! Jangan apa-apakan anak aku. Kalian ingin apa dariku?

Penjahat 1: Hahahaha kami mahukan anak-anak kau menjadi bidadari untuk ketua
kami.

Tanpa penjahat-penjahat itu sedar, pendekar mustar telah memberi isyarat kepada
anak-anak nya untuk melepaskan diri dari penjahat. Tanpa membuang waktu, ros
menyiku perut penjahat 3 yang menahannya, manakala melur pula menggigit tangan
penjahat 2 sehingga pisau yang dipegang jatuh.

Pendekar mustar: hah! Kalian bertujuh mari kita ajar mereka sekarang!

(Pertarungan terjadi di antara mereka dan penjahat tersebut. Sementara Awang hanya
melihat pertarungan tersebut dan tidak membantu. Setelah beberapa lama bertarung
penculik pun tewas ditangan pendekar mustar dan anak didiknya.)

Pendekar Mustar: Siapa yang mengupah kalian untuk menculik anak-anak aku?!

Penculik 1: Ampun Pendekar Mustar. Kami sebenarnya diarah untuk menculik anak-
anak Pendekar

Penculik 2: Ya betul tu Pendekar Mustar. Kami hanya menerima arahan.

Sudin: Siapakah dalang yang merencana semua penculikan ini?

14
Penculik 3: Erm se sebenarnya dalangnya ada disini.

Re: Hah! Disini? Siapakah dalangnya?

Penculik 3: A-awang dalangnya

Awang: Bi biar aku jelaskan tuan(gagap)

(Namun sebelum awang sempat menghabiskan penjelasannya, dia diberi tumbukan


dari pendekar mustar)

Pendekar Mustar: JANGAN KAU DAN ANAK-ANAK BUAH KAU TUNJUKKAN MUKA
KALIAN DI KAMPUNG INI LAGI!!

15
BABAK TAMBAHAN

Pencerita: Setelah selesai menghalau Awang dan penculik-penculik tersebut, mereka


pun berborak dan Pendekar pun mengucapkan terima kasih kepada mereka berenam.

PM: Terima kasih semua, aku bersyukur sangat atas bantuan kalian dalam
menyelamatkan anak-anak aku.

Aziz: Tiada hal la tuan, kami kan anak didik tuan, mestilah kami perlu membantu.

Re: HEHE, untuk Melur dan Ros abang sanggup buat apa sahaja.

Midah muncul lalu menarik telinga suaminya Re untuk dibawa pulang.

Midah: RE!! Owh disini kau ya, ayuh pulang sekarang. Bukankah kau berkata hendak
belajar bersilat? Tapi kau menggatal dengan anak-anak gadis oraang ya?!.. siap kau
dirumah nanti! (sambil membebel dan menarik telinga Re)

Re: Ampunkan aku Midah.

Yang lain pun ketawa melihat gelagat pasangan itu, sementara Pendekar Bujang Lapok
merasa terpegun melihat keanggunan si Midah walaupun mereka tidak mengenalinya.

-TAMAT-

16
17

Anda mungkin juga menyukai