Anda di halaman 1dari 1

Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum

Kokurikulum ialah aktiviti luar darjah yang bermanfaat dan begitu berkesan untuk
membentuk pelajar kretif,progresif,dinamis,berdaya saing dan berwawasan.Kegaiatan yang
merangkumi persatuan,Unit Uniform serta sukan dan permainaan untuk murid tahun tiga
hingga tahun enam ini dijalakan selama dua jam seminggu.
Tidak dapat kita nafikan bahawa penyertaan dalam kegiatan kokurikulum ini banyak
feadahnya.Aktiviti kokurikulum menekankan amalan bekerja secara berpasukan.Hasilnya
setiap agenda yang diusaha menjimatkan masa,tenaga dan material.
Ditinjau daripada aspek pembentukan sahsiah,selain membolehkan pelajar memartabatkan
ilmu dan mendominasikan kemahiran mekanikal, keaktifan dalam kegiatan kokurikulum juga
akan melahirkan individu yang tegas,beretika dan cekal dalam menangani kemelut seharian
Penglibatan dalam aktiviti ini juga membolehkan masa kita terisi dengan tugasan yang
memanfaat,lantas menghindari kita daripada sebarang pengaruh yang begitu negatif.
Malahan,kegiatan kokurikulum juga berpaksikan semangat berdikari dan jati diri,yang
memungkinkan seseorang pelajar bertindak secara solo.
Menyedari hakikatnya tersenarai, jelaslah bahawa selain menjana idea dan kemahiran
kretif,penglibatan dalam aktiviti kokurikulum mampu membentuk personaliti dan sahsiah
setiap pelajar untuk mengharungi pelbagai oral kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai