Anda di halaman 1dari 13

Topik 2

Teknologi Perisian Muzik

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. Menyenaraikan jenis-jenis perisian CAL muzik; Menerangkan perisian muzik latihan dan latih tubi; Menjelaskan perisian muzik tutorial; Menghuraikan aplikasi perisian CAL dalam bilik darjah; dan Menganalisa perisian muzik.

PENGENALAN

Bertemu kita kembali dalam Topik 2. Sebelum itu, saya ingin bertanya satu soalan kepada anda semua. Adakah anda fikir teknologi muzik memainkan peranan yang besar dalam pembelajaran muzik? Para pelajar sekelian, penggunaan teknologi muzik sebenarnya telah terbukti begitu berkesan di dalam pendidikan muzik. Berpandukan kepada sistem asas yang terdiri dari perkakasan dan perisian, ia mampu memberikan guru dan murid integrasi kemahiran muzik seperti latihan pendengaran, teori muzik, latihan memainkan peralatan muzik serta membuat komposisi seiring dengan konsep pendidikan muzik. Dalam topik ini, anda akan bersama-sama saya menerokai penggunaan teknologi perisian muzik. Jadi jom kita teruskan!

2.1
x x x

PERISIAN CAL MUZIK

Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari: Jenis-jenis perisian CAL muzik Perisian muzik latihan dan latih tubi Perisian muzik tutorial

22 X

TOPIK 2

TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK

2.1.1

Jenis-jenis Perisian CAL Muzik

Sebelum kita belajar dengan lebih mendalam, kita lihat dahulu jenis-jenis perisian CAL muzik. Anda tentu pernah mendengar tentang perisian CAL tetapi tahukah anda apa itu CAL? CAL (Cakewalk Application Language) merupakan aplikasi bahasa yang digunakan bagi mengawal program perisian Cakewalk. Aplikasi bahasa adalah merupakan hasil intepretasi dari kod sumber ke kod bit dan ini adalah berlainan dari kod utama perisian program yang kebiasaannya dihimpunkan bersama kod mesin pada perisian tersebut. Perisian Cakewalk secara asasnya adalah merupakan sekuenser MIDI (Musical Instrument Digital Interface) yang telah dicipta pada tahun 1991. Penggunaan awalnya adalah untuk aplikasi DOS dan kemudiannya telah diubahsuai untuk aplikasi Windows. Di peringkat awal pemasaran, terdapat dua versi perisian Cakewalk yang popular. Rajah 2.1 menunjukkan anda perisian Cakewalk yang pernah popular di peringkat awal pemasaran.

Rajah 2.1: Dua versi perisian Cakewalk yang pernah popular di peringkat awal pemasaran.

Cakewalk Pro mempunyai had penggunaan sebanyak 25 trek bersama 1 MIDI Output manakala Cakewalk Express pula dilengkapi dengan peralatan seperti sound card. Walaupun kedua-dua perisian ini mampu menggerakkan WAV file, perisian ini masih dianggap tidak lengkap sehinggalah terciptanya perisian Cakewalk Pro Audio
yang dapat menyokong sistem audio digital dengan sepenuhnya. Rajah 2.2 menunjukkan perisian Cakewalk Professional Versi 3.01 yang memaparkan CAL Windows.

TOPIK 2

TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK

23

Rajah 2.2: Cakewalk Professional 3.01 berserta CAL Windows

2.1.2

Perisian Muzik Latihan dan Latih Tubi

Sekarang kita lihat pula perisian muzik latihan dan latih tubi. Jika anda perhatikan, kebanyakan perisian muzik latihan dan latih tubi tertumpu kepada alat muzik keyboard. Perisian NotePlay for Windows umpamanya memaparkan 36 tahap latih tubi di dalam bentuk melodik dan harmonik bertujuan untuk membentuk kelajuan serta ketepatan kedua-dua belah tangan pelajar seperti Rajah 2.3 di bawah.

Rajah 2.3: Contoh perisian NotePlay For Windows

Selanjutnya kita tengok kepada perisian Concerto Accompanist (Sila lihat Rajah 2.4).

24 X

TOPIK 2

TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK

Pic digunakan untuk membantu mengesan kedudukan asal muzik iringan tersebut, sementara tempo dapat mengawal kecepatan atau kelambatan muzik itu mengikut kehendak pelajar. Sensitiviti bunyi pula membolehkan Orkestra MIDI untuk bermain secara kuat atau lembut mengikut kepada cara ia dimainkan oleh pengguna. Perisian ini juga mempunyai kawalan bunyi secara individu untuk setiap alat muzik di dalam MIDI Orkestra itu bagi mendapatkan imbangan bunyi yang fleksibel.

Rajah 2.4: Contoh perisian Concerto Accompanist

AKTIVITI 2.1
Semasa sesi tutorial akan datang, bincangkan tentang perisian muzik latihan dan latih tubi bersama rakan-rakan sekelas.

2.1.3

Perisian Muzik Tutorial

Apabila anda melihat perisian muzik tutorial, anda harus ingat bahawa perisian ini dapat membimbing latihan serta memberi pelbagai bentuk maklumat secara terus kepada para pelajar. Perisian Music Lesson umpamanya akan dapat memberi maklumat tentang teknik-teknik penyambungan MIDI serta pilihan-pilihan lain yang terdapat di dalam program tersebut. Perisian ini juga mampu untuk menerangkan kepada anda dengan lebih lanjut tentang sesuatu topik perbincangan. Sebagai contoh, perisian ini dapat memberikan penerangan tentang unsur-unsur penting berkaitan dengan Circle Of Fifths. Contohnya boleh dilihat dalam Rajah 2.5.

TOPIK 2

TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK

25

Rajah 2.5: Contoh perisian muzik tutorial

Ciri-ciri lain yang menarik tentang perisian ini ialah ia dapat menimbulkan suasana pembelajaran seperti di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, perisian ini mempunyai jam loceng bagi menentukan had masa sesuatu latihan yang dijalankan di samping menyemak jawapan pelajar sama ada betul ataupun salah. Ia juga dapat menyimpan rekod pencapaian seseorang pelajar bagi membantu guru memantau serta merancang pelajaran seterusnya. Pelajar pula akan dapat menilai kelemahan mahupun kekuatan mereka di dalam topik-topik yang dipelajari. Setiap pelajar akan diagihkan dengan fail tersendiri dan apabila pelajar tersebut memulakan sesi baru, perisian ini akan terus membawa pelajar kepada tutorial yang berkenaan. Rajah 2.6 menunjukkan kepada anda tentang contoh laporan pencapaian pelajar dalam muzik.

Rajah 2.6: Contoh laporan pencapaian pelajar dalam muzik

26 X

TOPIK 2

TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK

2.2

APLIKASI PERISIAN CAL DALAM BILIK DARJAH

Perisian seperti Cakewalk Studio Instruments (lihat Rajah 2.7) akan dapat memberi peranan yang lebih besar kepada komputer di dalam memainkan beberapa alat muzik MIDI seperi dram, gitar bes serta piano elektrik bagi membentuk rhythm section yang lengkap serta dapat berfungsi secara tersendiri. Perisian ini boleh juga digabungkan dengan lain-lain perisian muzik seperti

Cakewalk Music Creator, Apple Garage Band, Magix Music Maker serta Sony Acid Music Studio di dalam memainkan pelbagai peralatan muzik.
Berpandukan kepada permukaan interaktif serta teknologi Expression Engine dan Dimension Pro, pengguna hanya perlu klik kepada ikon sesuatu alat muzik bagi mendapatkan bunyi peralatan tersebut. Pelajar juga boleh memainkan alat-alat muzik tersebut dengan menggunakan keyboard komputer mahupun keyboard MIDI. Perisian ini juga mempunyai koleksi pra-rakaman pelbagai bentuk irama-irama kreatif yang dapat digunakan terus oleh pelajar di dalam lagu-lagu yang dimainkan.

Rajah 2.7: Perisian Cakewalk Studio Instruments

TOPIK 2

TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK

27

2.3

INTEGRASI KE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

Teknologi perisian muzik tidak mampu untuk menggantikan guru atau alat-alat muzik konvensional. Ia juga tidak dapat digunakan sebagai satu-satunya landasan untuk pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, teknologi ini begitu berkesan untuk diintegrasikan dengan pelbagai sumber dan aktiviti di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara objektif yang dapat diperoleh hasil daripada integrasi ini adalah seperti: (a) Penerokaan bunyi-bunyian secara terus serta pembentukan bunyi-bunyian baru dengan menggunakan efek seperi reverb, echo dan sebagainya. Penerokaan ini bukan sahaja terhad kepada bunyi asal daripada alat-alat muzik yang dimainkan tetapi pengubahsuaian bunyi-bunyi tersebut berdasarkan kepada muzik sintesis sebagai landasan bagi aktiviti-aktiviti improvisasi, komposisi dan juga latihan; Pembentukan serta penghalusan idea-idea muzik berdasarkan kepada unsur-unsur muzik seperti tempo, dinamik dan artikulasi bagi membuat komposisi serta persembahan muzik sama ada secara bersendirian mahupun berkumpulan; Memperluaskan pengetahuan serta kefahaman struktur serta stail pelbagai genre muzik supaya dapat menilai komposisi serta persembahan yang berkualiti tinggi; dan Memahami fungsi-fungsi peralatan yang digunakan seperti mikrofon,

(b)

(c)

(d)

keyboard MIDI, dram MIDI, mixer dan juga alat-alat rakaman dan efek
yang sering digunakan di dalam teknologi muzik masa kini.

2.4

GURU SEBAGAI FASILITATOR

Sebagai seorang guru, anda tidak seharusnya mengehadkan tugasan hanya di dalam bilik darjah, malah perlu memainkan peranan sebagai seorang fasilitator yang mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang mendalam tentang teknologi muzik. Menjadi seorang fasilitator, anda perlulah: (a) (b) (c) Peka kepada perkembangan teknologi terkini serta keperluan-keperluan khusus bagi mencapai sesuatu matlamat; Mereka bentuk strategi serta kaedah terkini pengajaran serta pembelajaran teknologi muzik; Mengenal pasti sumber maklumat yang berkaitan;

28 X

TOPIK 2

TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK

(d) (e) (f) (g)

Mengintegrasi teknologi muzik di dalam kurikulum pendidikan dengan berkesan; Menggunakan teknologi muzik sebagai medium untuk membuat penilaian ke atas tahap pencapaian pelajar; Menggunakan teknologi muzik bagi pembangunan jati diri serta produktiviti pelajar; dan Membangunkan sistem komunikasi dengan murid, ibu bapa dan juga masyarakat sekeliling berpandukan kepada teknologi semasa.

2.5

MENGANALISA PERISIAN MUZIK

Bagaimanakah caranya anda boleh menganalisis perisian muzik? Membuat banding beza merupakan satu caranya. Secara amnya, perisian muzik yang digunakan di dalam pendidikan muzik dapat dibahagikan kepada dua kumpulan. (Sila lihat Rajah 2.8):

Rajah 2.8: Dua kumpulan perisian muzik yang digunakan dalam pendidikan muzik

Jadual 2.1 menunjukkan kepada anda apa itu perisian aplikasi dan juga perisian dedikasi.
Jadual 2.1: Perisian Aplikasi dan Perisian Dedikasi Perisian Aplikasi Perisian yang dicipta bagi menjalankan aplikasi muzik secara am seperti menulis notasi muzik serta membuat komposisi. Walau bagaimanapun perisian ini masih boleh digunakan di dalam aktiviti pendidikan muzik. Perisian Dedikasi Perisian yang direka bentuk bagi menjalankan aktiviti pendidikan muzik seperti permainan keyboard, latihan teori, latihan pendengaran serta improvisasi.

Perisian dedikasi ini pula dibahagikan kepada tiga kategori seperti yang dapat anda lihat dalam Rajah 2.9.

TOPIK 2

TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK

29

Rajah 2.9: Tiga kategori perisian dedikasi

2.5.1

Perisian Teori

Pernah mendengar tentang perisian teori? Perisian teori ini menyediakan latihan, aktiviti muzik teori serta latihan pendengaran seperti mengenal pasti skel, mod, jeda, kord, melodi, tanda kunci, tanda masa, pic serta ritma.

Rajah 2.10: Contoh perisian teori

2.5.2

Perisian Latihan dan Persembahan

Perisian ini dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu: x x Latihan; dan Improvisasi.

30 X

TOPIK 2

TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK

Kategori latihan adalah lebih menjurus kepada muzik klasik manakala kategori improvisasi pula memberi penekanan kepada muzik pop dan jazz. Rajah 2.11 menunjukkan contoh perisian latihan dan persembahan:

Rajah 2.11: Contoh perisian latihan dan persembahan

2.5.3

Perisian Eksplorasi

Berlainan dari perisian-perisian yang diterangkan kepada anda sebelum ini, perisian eksplorasi ini menggunakan komputer dan synthesizer di dalam membentuk suatu suasana pembelajaran yang unik (Sila lihat Rajah 2.12). Perisian ini akan membolehkan komputer bertindak sebagai suatu alat muzik tanpa memerlukan sebarang peralatan MIDI untuk berfungsi. Tetikus serta papan kekunci (keyboard) pula akan membantu mengawal bunyi yang akan dikeluarkan.

Rajah 2.12: Contoh perisian eksplorasi

TOPIK 2

TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK

31

2.5.4

Kesesuaian Perisian dengan Topik dan Konsep

Sekarang kita akan melihat pula kesesuaian sesuatu perisian dengan topik dan juga konsep. Jika kita lihat kepada perisian tutorial, ia pada lazimnya dapat memberi maklumat kepada pelajar di samping membuat penilaian terus tentang kefahaman tersebut. Pelajar akan dapat berinteraksi dengan komputer dan akan mendapat maklum balas secara langsung tentang pencapaian mereka. Perisian ini adalah begitu efektif di dalam membentuk fakta-fakta pengetahuan muzik seperti terma muzik, masalah latihan pendengaran serta memahami peraturanperaturan harmoni. Walaupun perisian ini mengambil masa yang agak panjang untuk menguasainya, ia didapati begitu berkesan di dalam membentuk kemahiran kognitif seseorang pelajar. Perisian latihan dan latih tubi pula dapat memberi maklum balas kepada pelajar tentang hasil kerja yang telah dilakukan di samping memberi beberapa cadangan pembaikan. Perisian ini begitu kerap digunakan di dalam pendidikan muzik khususnya di dalam mata pelajaran latihan pendengaran di mana perisian akan dapat membuat penilaian serta memberi tunjuk ajar di pelbagai peringkat. Pelajar juga dapat memilih tahap latihan yang diinginkan dan pendekatan ini dapat memberi fleksibiliti yang begitu berkesan kepada mereka. Perisian aplikasi yang secara asasnya adalah tertumpu kepada rakaman dan notasi muzik dapat juga digunakan di dalam pendidikan muzik. Pelajar akan dapat membuat rakaman serta pengubahsuaian ke atas komposisi yang dibuat dan ini memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai pelbagai bunyibunyian baru seperti yang dipraktikkan di dalam industri. Berlainan daripada perisian tutorial dan perisian latihan dan latih tubi, perisian ini memerlukan kepakaran guru untuk menentukan teknik-teknik penggunaan serta objektif pengajaran dan pembelajaran.

2.5.5

Kelemahan dalam Perisian Muzik

Adakah anda rasa perisian muzik mempunyai kelemahan? Kelemahan utama yang dapat kita lihat adalah tertumpu kepada cara pengendalian perisian oleh pengguna. Ditambah dengan masalah virus komputer yang masih tidak dapat dibendung dengan sistematik, perisian muzik tidak akan dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya dan akhirnya perisian tersebut hanya akan diabaikan begitu sahaja. Tambahannya lagi, kebanyakan pengeluar perisian muzik hanya akan memberi informasi asas di dalam media cetak ataupun di layar internet. Informasi yang diberikan adalah terlalu ringkas dan tidak telus dan pengguna juga tidak berpeluang untuk mencuba perisian tersebut terlebih dahulu sebelum

32 X

TOPIK 2

TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK

membelinya. Kelemahan atau kerumitan sebenar mengendalikan perisian tersebut hanya akan diketahui selepas penggunaan perisian tersebut. Masalah ini kerap ditemui sama ada di dalam perisian teori, latihan dan latih tubi serta perisian aplikasi. Sebagai contoh penulisan notasi menggunakan perisian akan menghasilkan tulisan yang kemas serta kemudahan mendengar-balik hasil penulisan tersebut tetapi teknik penulisan ini biasanya akan memakan masa yang lebih panjang berbanding dengan teknik penulisan notasi secara tradisi. Perisian bagi komposisi pula banyak memberi peluang kepada pengguna untuk berkarya dengan lagu-lagu ciptaan sendiri walaupun mereka tidak mempunyai pengetahuan yang khusus di dalam bidang muzik. Masalah yang timbul adalah kebanyakan pengguna ini akan menggunakan program sedia-rakam untuk komposisi mereka dan hasilnya adalah stereotaip dan tidak membina kreativiti mereka dengan sepenuhnya. Dilema pengguna selalunya adalah berkisar kepada persoalan: Adakah harga yang dibayar berpatutan dengan produk yang ditawarkan atau adakah fungsifungsi yang disediakan di dalam perisian tersebut terlalu mudah atau sebaliknya serta menepati atau tidak kehendak pengguna?

AKTIVITI 2.2
Ambil satu kertas dan lukiskan satu peta minda ringkas tentang apa yang telah anda pelajari dalam topik ini. Ini mungkin dapat membantu anda dalam menjawab soalan peperiksaan nanti.

Teknologi muzik melalui perkakasan komputer dan perisian telah mengubah persepsi serta pendekatan pendidikan muzik. Ia dapat digunakan bukan sahaja sebagai alat bantuan pengajaran muzik tetapi juga sebagai media pengantar utama. Dua versi perisian Cakewalk yang popular di peringkat awal pemasaran ialah Cakewalk Pro dan Cakewalk Express. Perisian Concerto Accompaninist mampu menyediakan muzik iringan di samping menganalisis pic, tempo serta sensiviti bunyi di dalam bahagian piano yang dimainkan.

TOPIK 2

TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK

33

Kebanyakan perisian muzik latihan dan latih tubi tertumpu kepada alat muzik keyboard. Perisian muzik tutorial dapat membimbing latihan serta memberi pelbagai bentuk maklumat terus kepada para pelajar. Perisian seperti Cakewalk Studio Instruments akan dapat memberi peranan yang lebih besar kepada komputer di dalam memainkan beberapa alat muzik MIDI. Analisis perisian muzik boleh dibuat dengan cara banding beza. Perisian muzik yang digunakan di dalam pendidikan muzik dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu perisian aplikasi dan perisian dedikasi. Ruang untuk perkembangan dan penyelidikan lanjut di bidang ini juga masih terbuka luas. Walau bagaimanapun di dalam mengejar keghairahan ini, perlu ada keseimbangan di antara perkembangan teknologi ini bersama dengan nilai-nilai estetik muzik itu sendiri.

x x

CAL (Cakewalk Application Language)


Perisian aplikasi Perisian Cakewalk Studio Instruments Perisian Concerto Accompanist Perisian dedikasi

Perisian ekplorasi Perisian latihan dan persembahan Perisian muzik latihan dan latih tubi Perisian muzik tutorial Perisian teori

Kostka, S. & Payne, D. (2000). Tonal harmony with an introduction to twentiethcentury music. United States: McGraw Hill. Taylor, E. (1989). The AB guide to music theory. London: ABRSM

Anda mungkin juga menyukai