Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

BUKIT SAUJANA, PORT DICKSON


NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA

MAHABAH KASIH

ANJURAN:
UNIT HAL EHWAL MURID
DAN
JAWATANKUASA DISIPLIN DAN LEMBAGA PENGAWAS

TEMPAT:
DEWAN NUR SAUJANA
SMK BUKIT SAUJANA

TARIKH:
07 MEI 2023
1.0 PENDAHULUAN

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid dan
Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas SMK Bukit Saujana. Program ini
melibatkan semua pengawas sekolah yang telah dilantik bagi sesi persekolahan 2023.
Tujuan utama penganjuran kem ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu
pengendalian tugas yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk
menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin di
samping mengeratkan lagi hubungan silatur rahim antara pemimpin itu sendiri. Oleh yang
demikian, program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam
kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan pelajar..
Pengawas sekolah memerlukan bimbingan dan panduan yang betul. Pertambahan ilmu
adalah salah satu cara yang dapat memantapkan kemahiran terhadap tugas mereka. Maka
kursus kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan. Semoga usaha ini akan memberi
manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari
masa ke semasa demi mengharumkan nama sekolah.

2.0 RASIONAL

Sebagai seorang yang terpilih menjadi pengawas sekolah, seseorang murid itu perlu sedar
bahawa mereka memainkan peranan penting untuk mengerakkan segala aktiviti yang
dirancang. Tanpa ilmu dan keyakinan diri, pengawas-pengawas tidak akan dapat
menjalankan peranan mereka dengan berkesan. Melalui kursus ini murid-murid yang
dilantik memegang jawatan pengawas akan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka
dan bersama-sama membantu mengatasi masalah disiplin di sekolah.

3.0 MATLAMAT

Untuk memastikan murid-murid terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai


kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan mempraktikkannya.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin.


4.2 Mewujudkan ahli kepemimpinan dalam satu kumpulan.
4.3 Meyakinkan diri sendiri dalam memimpin sesebuah organisasi.
4.4 Memupuk nilai – nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan
modul yang pelbagai.
4.5 Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang
mantap boleh menjadikan para pengawas dapat membantu kearah peningkatan
akademik dan sahsiah.
4.6 Melalui aktiviti – aktiviti yang telah dirancang ini, dengan harapan akan
menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para pengawas apabila
menghadapi tugas yang diamanahkan.

5.0 KUMPULAN SASARAN


95 orang Pengawas PPKI, tahun 3 hingga tahun 6 SK Seremban 2A.

6.0 TARIKH DAN MASA


Tarikh : 07 Mei 2023
Hari : Sabtu
Masa : 8:00 pagi – 5:30 Petang

7.0 TEMPAT
Dewan Nur Saujana SMK Bukit Saujana

8.0 AHLI JAWATANKUASA

Jawatankuasa Induk

Penaung : Tuan Ahmad Jais bin Ahmad (Pengetua)


Pengerusi : Puan Nazira bt Adam (GPK HEM)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Hajah Nuri bt Yahya (GPK 1)
2 : Pn Zaiton binti Ab Rani (GPK Kokurikulum)

Ketua Unit : Pn Mas Suhaida bt Masood

Jawatankuasa Kerja

Pendaftaran : Maizatul Najwa binti Kamarul Arif

Kawalan dan Disiplin Peserta : Nur Farisya Dania bt Faizal


Muhammad Shamir Irfan bin Mohd Shamsuri
Pembantu Fasilitator : Nur Sabrina binti Roshaimi
Faiz Zakwan bin Fayzul
Makan Minum Peserta : Muhammad Nazim Syakirin bin Azman
Faiz Zikri bin Fayzul

Muhammad Fauzan Hakimi bin Mohd Fauzi

Muhammad Arif Daniel bin Rohizan

Penyediaan Alatan dan Bahan : Muhammad Fauzan Hakimi bin Mohd Fauzi

Kerohanian : Muhammad Iman Amsyar bin Mohamed Nizal

Dokumentasi : Nur Jannatul Munira binti Abdullah

Juru Acara Majlis : Amirah Sofea binti Muhd Nawawi

9.0 TENTATIF PROGRAM

HARI MASA AKTIVITI

7.30- 8.00 Pendaftaran dan Pembahagian Kumpulan


8.00 Senaman pagi .Taklimat/Ice Breaking
8.30 Taklimat/Ice Breaking
SLOT 1
9.00
Kerusi Sejuk Panas
SLOT 2
9.30
Kemahiran Berkomunikasi
SABTU 10.15 Mimum pagi
SLOT 3
10.30
Si Buta Sayang
SLOT 4
07 MEI 2023 11.00
Resolusi Pemimpin
11.30 Muhasabah Diri
SLOT 5
12.00
Ceramah kepimpinan
1.00 Rehat/ mkn tghri
1.30 Solat zohor jemaah
SLOT 6
2.00
Tugas Pengawas
3.00 Aktiviti
4.30 Rehat/minum ptg/solat asar
5.00 Majlis Penutup dan Gotong Royong
10.0 PENUTUP

Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka
sebagai pemimpin kecil di sekolah dan melakukan perubahan ke arah kecemerlangan di dalam
diri dan sekolah. Kursus ini juga akan dapat memupuk murid-murid supaya mengetahui dan
membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri
dan sekolah. Sekaligus, dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan membentuk
barisan kepimpinan Pengawas yang kreatif dan inovatif. Di atas Keprihatinan dan sokongan
pihak pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana, jutaan terima kasih
diucapkan.

Disediakan oleh,

…………………………………….
(Muhammad Iman Amsyar bin Mohamed Nizal)
Pengawas SMK Bukit Saujana

Anda mungkin juga menyukai