Anda di halaman 1dari 4

‫بسم هللا الرحمن الرحیم‬

Petani menanam padi,


Anak kota teruja memerhati,
Akhlak mulia kan abadi,
Jadi berkat di akhirat nanti.

Terima kasih tuan pengerusi majlis, para juri yang arif lagi bijaksana, penjaga masa
yang budiman,guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.

‫السالم علیکم ورحمة هللا وبرکاته‬

dan salam sejahtera.

Berdirinya saya di sini,dengan kesihatan dan kekuatan yang dikurnia Allah, adalah
untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk “Akhlak mulia keluarga bahagia”.
Sebelum kata membelah bicara, sebelum isi menyusur hujah, izinkan saya
mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato saya pada hari ini.

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka(Edisi Ke-2),akhlak bermaksud kelakuan


atau tingkah laku yang baik. Manakala, mulia didefinisikan sebagai tinggi
mutunya,terhormat atau berharga.
Selain itu, Imam Al-Hasan Al-Basri mendefinisikan akhlak mulia dengan definisi yang

singkat namun padat,” Akhlak mulia adalah wajah yang berseri-seri,penuh kemurahan

hati dan sentiasa menahan diri daripada menyakiti orang lain”.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Wacana saya yang pertama ialah tentang sentuhan akhlak terpuji akan mewujudkan

keluarga yang bahagia dan suasana yang aman dalam masyarakat. Hari ini kita

menyaksikan akhlak semakin direndahkan dikalangan masyarakat. Setiap hari,media

melaporkan berita keruntuhan akhlak dikalangan golongan remaja dan dewasa. Justeru

itu, suntikan tentang kepentingan berakhlak mulia ini perlu dipupuk dan diajarkan oleh

ibu bapa dalam diri anak-anak semenjak mereka kecil lagi. Ini kerana, tanpa budi

pekerti sesebuah institusi keluarga akan menjadi pincang. Selain itu, sepintar manapun

seseorang itu, tiadalah membawa makna tanpa akhlak di dalam dirinya. Ini kerana yang

dinilai di hadapan Allah kelak,bukanlah kepintarannya sebaliknya amal dan budi

baiknya.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Wacana saya yang kedua ialah pentingnya berakhlak terpuji bagi membentuk sebuah

kehidupan yang sempurna. Kehidupan yang sempurna adalah sebuah kehidupan yang

cemerlang di dunia dan berjaya di akhirat. Bersesuaian dengan ajaran dan perutusan

dari Rasullullah SAW.Riwayat Al-Bukhari,Ibnu Majah dan Ahmad: Abu Hurairah

berkata, Rasulullah pernah ditanya tentang hal-hal yang paling banyak menyebabkan

seseorang itu masuk ke syurga.Baginda menjawab,”Takwa kepada Allah dan berakhlak


yang mulia”.Perkara yang sangat dipuji Allah SWT dalam diri Nabi Muhammad SAW

adalah keagungan akhlaknya. Allah berfirman:

Justeru itu, marilah kita bersama-sama mencontohi dan mengamalkan akhlak mulia

Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian bagi menjamin kebahagiaan keluarga dunia

dan akhirat.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Wacana saya yang ketiga ialah akhlak adalah cerminan dalam diri seseorang yang

mempunyai ilmu dan adab. Jiwa yang subur dengan ilmu,akan sentiasa berusaha untuk

selalu memperbaiki akhlak dan budi pekertinya.Insan – insan yang berusaha untuk

memperbaiki akhlaknya akan membantu dalam mewujudkan sebuah keluarga yang

bahagia. Akhlak yang mulia juga akan melahirkan seorang anak dan pelajar yang taat

pada ibubapa,guru – guru dan masyarakat yang patuh pada undang-undang yang

mengikat masyarakat sejahtera.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Setelah semua perkongsian ilmu ini disampaikan, maka inginlah saya menyimpul

semua bicara ini. Marilah kita semua bersama-sama untuk kekal berakhlak dengan sifat

terpuji. Ini kerana, Islam menjanjikan orang yang berakhlak mulia akan dikurniakan

dengan pahala yang banyak dan jalan yang mudah untuk menuju ke syurga.
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Riwayat Al-Bukhari,Muslim dan Tarmizi: Rasulullah bersabda, “Orang yang terbaik

antara kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya”.

Sebelum saya mengundur diri,ingin saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan

andai ada tersalah bicara. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang

kurang itu datang dari saya.Saya akhiri pidato saya ini dengan serangkap pantun ;

Air dingin dalam kendi,

Siram bersama bunga melati,

Jadilah insan yang berbudi,

Banyak amalnya dan baik hati.

Sekian, Wabilahi taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai