Anda di halaman 1dari 76

BAB 1 – KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

Pengaruh British di Kedah


(Teks m/s: 4-6)

• sebelum tahun 1791 Pulau Pinang adalah sebahagian dari wilayah Kedah
• Kedah pula terletak di bawah naungan Siam
• terkenal sebagai sebuah kuasa maritim
• Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) tertarik dengan kegemilangan Kedah
terutamanya di Pulau Pinang

Sebab-Sebab SHTI Tertarik dengan Kedah

a) Kedah Sebagai Pelabuhan Persinggahan


• kedudukan Kedah strategik di laluan antara timur dan barat
• banyak terdapat kemudahan seperti bekalan air, bekalan makanan dan
tempat membaiki kapal
• pedagang singgah sebelum belayar ke Canton, China
• tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun

b) Kedah Sebagai Pusat Pengumpulan Barang Dagangan


• banyak barang dagangan terdapat di Kedah yang dibawa dari negara luar
seperti China
• teh dari China diperlukan oleh SHTI
• China perlukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam dari Kepulauan
Melayu

c) Kedah Sebagai Pangkalan Tentera


• SHTI perlukan Pulau Pinang sebagai pangkalan tenteranya
• SHTI bersaing kuasa perdagangan dengan Perancis di India
• Pulau Pinang dijadikan pangkalan tentera untuk mempertahankan India
dari serangan Perancis

Ancaman-Ancaman di Kedah

• Kuala Kedah berkembang sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu


• pemimpin mengamalkan dasar buka pintu dalam pentadbiran
• Kuala Kedah maju sebagai pusat perdagangan antarabangsa
• para pemimpin Kedah menghadapi tentangan dan ancaman dalam usaha
mengekalkan kedaulatan Kedah dari Bugis, Siam dan Burma

i) Ancaman Bugis Dari Selangor


• akhir abad ke-18 keadaan politik Kedah tidak stabil kerana perebutan
takhta antara pembesar-pembesar
• keadaan ini mengancam kedaulatan Kedah
• tahun 1770 Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah sebagai Raja
Muda Kedah
• kerabat diraja Kedah tidak bersetuju kerana Tunku Abdullah bukan anak
gahara
• kerabat diraja Kedah berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang
Sultan Muhammad Jiwa
• tentera Bugis pimpinan Raja Haji menyerang dan menawan Kuala Kedah
dan Alor Setar
• Sultan Kedah terpaksa berundur ke Kangar
• Sultan Muhammad Jiwa dapatkan bantuan tentera dari firma Jourdain
Sullivan and de Souza
• tahun 1771 firma telah menghantar Francis Light ke Kedah untuk
berunding
• perjanjian telah ditandatangani yang membenarkan firma berniaga di Kuala
Kedah
• firma dikehendaki membantu Kedah dalam ketenteraan
• Sultan Kedah membatalkan perjanjian apabila firma tidak membantu
Kedah menyerang Bugis di Selangor

(ii) Ancaman Siam


• Kedah menghentikan penghantaran bunga emas kepada Siam semasa Siam
berperang dengan Burma (1753-1781)
• selepas perang tamat Siam menjadi kuasa yang kuat dan menuntut Kedah
menghantar bunga emas, wang dan tenaga manusia
• Kedah berasa terancam
• Sultan Abdullah (1778-1797) mendapatkan bantuan tentera SHTI
• Sultan Kedah menawarkan Pulau Pinang sebagai hadiah sekiranya SHTI
sanggup melindungi Kedah dari ancaman Siam
• Francis Light sedar tentang kepentingan Pulau Pinang sebagai pelabuhan
dan pangkalan tentera
• SHTI bersetuju untuk membantu Kedah

Francis Light di Pulau Pinang


(Teks m/s: 7-9)

• SHTI bersaing dengan Belanda di semenanjung Tanah Melayu


• SHTI bimbang dasar monopoli Belanda menjejaskan perdagangan mereka
• SHTI anggap tawaran Sultan Abdullah yang membenarkan mereka
menduduki Pulau Pinang sebagai ‘pucuk dicita ulam mendatang’
• Francis Light menandatangani perjanjian secara peribadi dengan Sultan
Abdullah pada tahun 1786 iaitu Perjanjian Inggeris-Kedah
• Sultan Abdullah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang
dengan syarat Francis Light memberi bantuan tentera apabila perlu
• Pada 11 Ogos 1786 upacara menaikkan bendera rasmi British iaitu Union
Jack diadakan
• nama Pulau Pinang ditukar kepada Prince of Wales Island oleh Francis Light
• ibu negeri Pulau Pinang dinamakan Georgetown iaitu sempena nama Raja
England – King George III
• tahun 1787 sebanyak 42 buah kapal berlabuh di Pulau Pinang
• tahun 1790 bilangan kapal bertambah kepada 104 buah
• bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu

Syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786


• SHTI bantu Kedah sekiranya Kedah diserang musuh
• SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah
• SHTI berjanji akan membayar sebanyak 30 000 dolar Sepanyol setahun
kepada sultan sebagai pampasan

Pulau Pinang Diambil British Secara Rasmi

• tahun 1786 Siam menakluk Patani dan mengancam Kedah


• Sultan Abdullah menuntut SHTI memberi bantuan tentera (seperti dalam
perjanjian 1786)
• SHTI enggan membantu dengan alasan SHTI tidak terlibat dengan
perjanjian
• SHTI juga mahu menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam
• Sultan Abdullah mendesak Francis Light meninggalkan Pulau Pinang
kerana tidak menenpati janji
• Francis Light enggan dan menawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolah
oleh Sultan Abdullah
• Sultan Abdullah berasa marah dan tertipu dengan tindakan Francis Light
• Tahun 1791 Sultan Abdullah menyediakan angkatan laut di Seberang Perai
untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang
• Sultan Abdullah mendapat bantuan dari Riau, Siak dan Selangor
• Francis Light minta bantuan dari British menyerang kubu Sultan Abdullah
di Seberang Perai
• Sultan Abdullah tewas
• Sultan Abdullah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan
Keamanan Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791
• kesan-kesan:
- SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi
- sebagai ganjaran SHTi membayar 6000 dolar Sepanyol setiap tahun kepada
Sultan Abdullah
- George Leith dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama

SHTI Mengambil Seberang Perai


(Teks m/s: 10-12)

• 2 sebab SHTI memerlukan Seberang Perai;


i. Seberang Perai sebagai benteng mempertahankan serangan terhadap Pulau
Pinang oleh pihak musuh
ii. Seberang Perai subur dan sesuai untuk pertanian bagi menampung
makanan di Pulau Pinang
• SHTI mengambil kesempatan kerana Sultan Dziauddin memerlukan
bantuan tentera bagi menghadapi ancaman Siam
• terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan
gabenor Leith pada Jun 1800
• kesan – SHTI menduduki Pulau Pinang dan menukar nama kepada Province
Wellesley

Syarat Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800


• Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai
• SHTI membayar 10 000 dolar Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang dan
Seberang Perai
• SHTI tidak membantu Kedah apabila Siam menyerang Kedah pada
November 1821
• rakyat Kedah terpaksa berjuang sendiri
• Kedah tewas dan ditakluki Siam
• Jun 1826 Raja Siam Rama III menandatangani perjanjian dengan Henry
Burney di Bangkok iaitu Perjanjian Burney 1826

Syarat Perjanjian Burney 1826


• British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah
• Sultan Kedah iaitu Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal di
Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma
• British tidak membantu sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan
takluknya
• British akan menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di Pulau
Pinang ke Kedah dan Kedah hendaklah membayar ufti bunga emas kepada
Siam
• Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai

Perluasan Kuasa British di Singapura


(Teks m/s: 13-18)

Sebab-Sebab British Bertapak di Singapura:


i. SHTI gagal memajukan Pulau Pinang
• Pulau Pinang gagal mencapai kemajuan
• kedudukan Pulau Pinang jauh ke utara Selat Melaka menyebabkannya
gagal bersaing sebagai pelabuhan di Kepulauan Melayu
• kebanyakan kapal dagang berdagang di Betawi, Riau dan Lingga

ii. Keinginan British mempunyai pelabuhan strategik


• perdagangan SHTI dengan China semakin penting
• barang dagangan China seperti teh, sutera, kapas dan bahan pencelup
mendapat pasaran lumayan di Eropah
• SHTI memerlukan pelabuhan strategik di selatan Selat Melaka bertujuan
untuk menguasai laluan perdagangan antara India dan China
• SHTI menguasai Melaka dan Betawi semasa Perang Napoleon (1793-1814)
• selepas Perang Napoleon tamat British terpaksa memulangkan Melaka dan
Betawi kepada Belanda
• Belanda mengenakan cukai yang tinggi dan memberi layanan buruk kepada
pedagang British di Betawi
• Stamford raffles ditugaskan mencari pelabuhan baru
• Raffles cuba membuka pelabuhan di Palembang, Acheh dan Riau tetapi
gagal
• hasrat British untuk menyaingi pengaruh Belanda tidak berhasil

iii. Singapura sebagai pangkalan perdagangan yang strategik


• merupakan sebahagian wilayah Johor
• kedudukannya strategik di bahagian selatan semenanjung Tanah Melayu
dapat mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda
• Singapura sesuaisebagai pelabuhan bebas dan pangkalan British untuk
menyaingi Belanda di Betawi
• Raffles mencadangkan kepada SHTI supaya mendirikan pangkalan baru di
Singapura
• Raffles yakin Singapura dapat menyekat kuasa monopoli Belanda di
Kepulauan Melayu
• Raffles menghadapi masalah kerana Sultan Johor iaitu Sultan Abdul
Rahman berada di bawah pengaruh Belanda

Cara-Cara Raffles (British) Menguasai Singapura:

• Raffles mendarat di Singapura pada 12 Januari 1819


• Pada 30 Januari 1819 Raffles memaksa Temenggung Abdul Rahman
(Pemerintah Singapura dan Tanah Besar Johor) menandatangani perjanjian
yang membenarkan British membina loji di Singapura
• Temenggung Abdul Rahman menandatanganinya kerana bimbang diserang
oleh British

Syarat Perjanjian 30 Januari 1819


• SHTI boleh mendirikan loji di Singapura
• SHTI bersetuju melindungi Temenggung Abdul Rahman dari ancaman
dalam dan luar negeri
• SHTI akan membayar sebanyak 3000 dolar Sepanyol setahun kepada
Temenggung Abdul Rahman
• SHTI tidak membenarkan Temenggung Abdul Rahman membuat hubungan
dengan kuasa Barat lain
• perjanjian antara Raffles dan Temenggung Abdul Rahman ini tidak sah
kerana tidak dipersetujui Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman
• Raffles merancang untuk memperdayakan Sultan Abdul Rahman dan
Belanda
• Raffles menggunakan helah dengan menghidupkan semula masalah
pewarisan takhta yang berlaku tahun 1812
• Raffles memperalatkan Tengku Hussein yang kecewa kerana tidak ditabal
sebagai Sultan Johor
• Raffles berjaya memujuk Temenggung Abdul Rahman supaya menjemput
Tengku Hussein ke Singapura untuk ditabal sebagai Sultan Johor yang
baru
• pada 6 Februari 1819 Sultan Hussein mengiktiraf perjanjian awal antara
Temenggung Abdul Rahman dengan Raffles yang dibuat pada 30 Januari
1819
• SHTI mula bertapak secara rasmi di Singapura
• pertabalan Sultan Hussein menyebabkan Johor menpunyai dua prang
sultan iaitu Sultan Hussein di Singapura (diperintah oleh Temenggung
Abdul Rahman) dan Sultan Abdul Rahman di Lingga
• British melantik Residennya di Singapura iaitu William Farquhar (1819-
1823) dan John Crawford (1823-1826)

Kuasa British di Singapura Secara Rasmi:

• tahun 1819 British belum lagi menguasai Singapura secara rasmi


• pada 7 Jun 1823 Raffles menandatangani perjanjian dengan Sultan
Hussein dan Temenggung Abdul Rahman yang membolehkan SHTI
menguasai Singapura dan pulau-pulau disekitarnya
• pada 2 Ogos 1824 perjanjian ditandatangani antara Residen Singapura
John Crawford dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman
• kesannya – Sultan Hussein terpaksa menyerahkan Singapura secara rasmi
kepada SHTI

Syarat Perjanjian 7 Jun 1823


• Sultan Hussein terima bayaran 1500 dolar Sepanyol dan Temenggung
Abdul Rahman sebanyak 800 dolar Sepanyol sebulan
• Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman tidak berhak menerima
atau mengutip cukai dari tongkang Cina
• SHTI berkuasa di seluruh pulau Singapura dan pulau-pulau berdekatan
kecuali kawasan atau pulau kediaman Sultan Hussein dan Temenggung
Abdul Rahman
• undang-undang British dikuatkuasakan

Syarat Perjanjian 2 Ogos 1819


• Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menyerahkan Singapura
kepada SHTI buat selama-lamanya
• Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman hendaklah membenarkan
pedagang-pedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah takluknya
• Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman atau warisnya boleh
menetap di tanah milik baginda di Singapura atau berpindah dari
Singapura

• SHTI mengarahkan Temenggung Abdul Rahman memindahkan pusat


pentadbiran dari Kuala Sungai Singapura ke Teluk Belanga
• alasan SHTI ialah untuk memajukan Singapura
• SHTI mengambil tanah-tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga
• tahun 1866 pusat pemerintahan Johor di Teluk Belanga dipindahkan ke
Johor Bharu

Pertikaian Inggeris-Belanda dan Perpecahan Kepulauan Melayu


(Teks m/s: 19-20)

• Belanda tidak puas hati dengan petempatan Raffles di Singapura


• alasan Belanda ialah Singapura berada di bawah lingkungan pengaruh
Belanda dan Singapura akan menjejaskan perdagangan Belanda di Betawi
• kesan pertikaian ialah;
a) Hubungan Belanda-Inggeris tegang
b) British enggan menyerahkan Singapura kepada Belanda kerana potensi
Singapura sebagai pelabuhan bebas dan pangkalan tentera British
c) Satu perjanjian ditandatangani iaitu Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
(Persetiaan London)

Syarat Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Persetiaan London)


• Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura
• Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu
• British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda dan Belanda menyerahkan Melaka
kepada British
• British berjanji tidak akan membuka petempatan baru ke selatan Singapura

Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

• Kepulauan Melayu terbahagi dua;


a) British menguasai Tanah Melayu dan Singapura di Utara
b) Belanda menguasai Kepulauan Riau dan Lingga di Selatan
• British dapat meluaskan pengaruh di Tanah Melayu tanpa gangguan
kuasa-kuasa Barat lain
• Melaka menjadi hak British dan membolehkan British menguasai laluan
perdagangan di Selat Melaka
• Kerajaan Johor berpecah dua iaitu;
a) Johor dan Singapura menjadi hak British
b) Kepulauan Riau dan Lingga menjadi hak Belanda

Penubuhan Negeri-Negeri Selat – NNS (Teks m/s: 21-13)

• tahun 1824 SHTI menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura


• Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor
• Singapura dan Melaka ditadbir oleh Residen
• tahun 1826 ketiga-tiganya disatukan di bawah satu pentadbiran iaitu NNS
• tujuan adalah untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan
perbelanjaan
• ibu negeri NNS pertama ialah Pulau Pinang
• tahun 1832 ibu negeri NNS dipindahkan dari Pulau Pinang ke Singapura
• alasannya kerana kedudukan Singapura lebih strategik dan
menguntungkan

Pentadbiran di Negeri-Negeri Selat

• pentadbiran NNS diketuai oleh Gabenor


• Gabenor menerima arahan daripada Gabenor Jeneral British di India
• Gabenor NNS dibantu oleh Residen Konsuler bagi setiap negeri di Pulau
Pinang, Singapura dan Melaka
• semua dasar dan undang-undang NNS digubal oleh Gabenor Jeneral British
di India
• kesan-kesannya;
a) Penduduk dan pedagang tempatan tidak puas hati kerana NNS ditadbir
seperti Tanah Jajahan India
b) Saudagar-saudagar British di NNS merayu dan mendesak supaya
dipindahkan pentadbiran ke London
c) Pada 1 April 1867 NNS diisytiharkan sebagai Tanah jajahan British dan
diletakkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan di London
d) Majlis Perundangan ditubuhkan bagi membolehkan NNS meluluskan
undang-undang sendiri

Sebab-Sebab Perpindahan Pentadbiran NNS Dari India Ke London (1867)

• SHTI di India tidak mengambil berat tentang kebajikan NNS


• NNS membantah cadangan menghapuskan taraf pelabuhan bebas di
Singapura
• Kedatangan imigran Cina ke NNS tidak terkawal kerana kebanyakan
mereka menubuhkan kongsi gelap dan melakukan kekacauan
• Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menyebabkan mata wang Sepanyol
diganti dengan mata wang rupee India – ini merugikan pedagang-pedagang
kerana nilai rupee rendah
• Penduduk tempatan membantah kerana NNS dijadikan tempat buangan
banduan

Kesan Perpindahan Pentadbiran NNS Ke London

• Tahun 1871 mata wang NNS pertama telah dikeluarkan

SEJARAH TINGKATAN 2

BAB 2
KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR TANGAN BRITISH

2.1 Dasar Campur Tangan British di Negeri-Negeri Melayu – NNM


(Teks m/s: 29-32)

Sebab-Sebab Dasar Campur Tangan British di NNM


i. Kekayaan bumi NNM
• hasil bumi seperti bijih timah, emas, bijih besi dan arang batu
• kawasan utama bijih timah di Larut dan Kinta (Perak), di Sungai Pahang
dan Sungai Lembing (Pahang), di Lukut, Kuala Lumpur , Ampang dan
Petaling (Selangor) dan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan
• kawasan utama emas ialah di Ulu Tembeling, Pahang

ii. Revolusi Perindustrian


• British memerlukan bijih timah untuk perusahaan mengetin makanan
• NNM perlu dikuasai untuk bekalan bijih timah berterusan
• NNM sebagai pasaran hasil keluaran kilang

iii. Pembukaan Terusan Suez dan Penciptaan Kapal Wap


• Terusan Suez dibuka tahun 1869
• terusan ini menghubungkan Laut Merah dengan Laut Mediterranean
• ia memendekkan perjalanan dari England (Eropah) ke India, Asia Tenggara
dan China
• penciptaan kapal wap mempercepatkan perjalanan dan dapat membawa
muatan lebih banyak

iv. Persaingan Kuasa Eropah Lain


• abad ke-19 berlaku persaingan kuasa
• British di India bimbang dengan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara
• British tidak akan membiarkan kepentingannya di NNM diancam oleh
kuasa Barat lain seperti Belanda di Hindia Timur (Indonesia), Perancis di
IndoChina dan Sepanyol di Filipina

v. Perubahan Dasar British di London


• tahun 1873 Parti Konservatif menguasai kerajaan British di London
• Parti Liberal kalah
• pertukaran kerajaan menyebabkan dasar tidak campur tangan kepada
dasar campur tangan di NNM

vi. Desakan Pedagang di NNM


• keadaan huru-hara berlaku di NNM
• antara sebab-sebabnya ialah pertelingkahan antara pembesar dan
pergaduhan kongsi gelap Cina
• keadaan ini memberi kesan kepada pedagang-pedagang di NNS kerana
mereka mengalami kerugian
• akibatnya pedagang mendesak British campur tangan dan melindungi
kepentingan pelaburan mereka di NNM
• tahun 1873 seramai 243 pedagang NNS menulis surat kepada Lord
Kimberly iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British mendesak British campur
tangan

Hubungan Antara NNS Dengan NNM


• NNS sebagai pelabuhan entrepot
• NNS mengendalikan perdagangan bagi NNM
• Pedagang-pedagang NNS melabur modal dalam perlombongan bijih timah di
Larut, Sungai Ujong, Lukut dan Klang

2.2 Keadan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Memberi


Peluang Campur Tangan British (Teks m/s: 33)
• kurun ke-19 keadaan di NNM pantai barat huru-hara dan tidak stabil
• antaranya Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang

i. Keadaan di Perak
• politik tidak stabil
• sebab-sebab;

a) Pergaduhan antara kongsi gelap Cina Ghee Hin dan Hai San
• buruh Cina dibawa masuk secara beramai-ramai pada tahun 1848 oleh
Long Jaafar ke daerah Larut (Kelian Pauh dan Kelian Bharu)
• tujuan untuk memajukan lombong bijih timah di Larut
• berlaku pergaduhan di Larut yang mencetuskan Perang Larut
• keadaan menjejaskan perusahaan bijih timah
• Ngah Ibrahim iaitu Menteri Larut melantik Kapten Speedy (Timbalan
Pesuruhjaya Polis NNS) membantu menamatkan kekacauan di Larut

b) Perebutan takhta di kalangan kerabat diraja


• berlaku akibat sistem pewarisan takhta tidak dipatuhi sepenuhnya
• mengikut sistem, seseorang anak raja perlu memegang tiga jawatan iaitu
Raja Di Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda sebelum berhak ditabal
menjadi sultan
• tahun 1871 Sultan Ali mangkat dan pembesar-pembesar Perak melantik
Raja Ismail (Raja Bendahara ketika itu) sebagai sultan Perak yang baru
• pelantikan itu ditentang oleh Raja Abdullah (Raja Muda ketika itu) dan Raja
Yusuf (Raja Di Hilir ketika itu)
• Raja Abdullah sepatutnya mewarisi takhta
• pada upacara pemakaman Sultan Ali di Sayong Raja Abdullah tidak hadir
walaupun dijemput
• Raja Yusuf diketepikan kerana tidak disukai oleh pembesar-pembesar Perak
• tentangan kuat Raja Abdullag disokong penuh pembesar-pembesar di hilir
Perak seperti Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor
• kuasa Sultan Ismail hanya terbatas di hulu Perak sahaja
• Raja Abdullah terus berkuasa di hilir Perak
• keadaan ini menyebabkan perpecahan dan menggugat keamanan di Perak
• Raja Abdullah meminta bantuan British untuk mengiktiraf beliau sebagai
sultan
• permintaan Raja Abdullah diterima penuh minat oleh Andrew Clarke
(Gabenor NNS) yang membuka peluang British untuk menguasai Perak

Langkah-langkah Menamatkan Kekacauan:


• Andrew Clarke memanggil pembesar-pembesar Melayu dan pemimpin
kongsi gelap Cina berunding di Pulau Pangkor
• antara pembesar yang hadir ialah Raja Abdullah, Ngah Ibrahim dan Dato’
Sagor
• Sultan Ismail tidak hadir kerana lewat menerima surat jemputan
• antara pemimpin kongsi gelap yang hadir ialah Kapitan Ah Kwee (Ketua
Kumpulan Hai San)
• hasil rundingan membawa kepada termeterainya Perjanjian Pangkor pada
30 Januari 1874
• perjanjian ditandatangani atas kapal british iaitu H.M.S. Pluto

Syarat-Syarat Perjanjian Pangkor 1874:


• Raja Abdullah diiktiraf sebagau sultan Perak
• Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda
• sultan menerima seorang Residen British sebagai penasihat dalam semua
perkara kecuali hal-hal agama Islam dan adapt istiadat Melayu
• Residen berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak
• Residen, Penolong Residen, Sultan dan pembesar dibayar gaji daripada
pungutan hasil mahsul Perak
• Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan menerima seorang Penolong
Residen
• Menteri Larut bertanggungjawab membiayai segala usaha mengembalikan
keamanan di Perak

Kesan Perjanjian Pangkor Ke Atas Perak:


• tanda bermulanya kuasa British secara langsung dalam pentadbiran dan
ekonomi Perak

ii. Keadaan di Selangor


• tahun 1857 Sultan Abdul Samad yang berkuasa di daerah Langat ditabal
menjadi sultan Selangor
• daerah Klang dikuasai Raja Sulaiman
• apabila Raja Sulaiman mangkat, Klang dikuasai pula oleh Raja Abdullah
• timbul rasa tidak puas hati oleh Raja Mahadi (putera Raja Sulaiman)
• Raja Abdullah berjaya memajukan perlombongan bijih timah di daerah
Klang
• buruh-buruh Cina dibawa masuk bekerja di lombong-lombong
• lombong-lombong bijih timah dibuka di Kuala Lumpur dan Ampang
• tahun 1860 daerah Klang berkembang maju sebagai pusat bijih timah
• Klang dijadikan ibu negeri Selangor sebelum dipindahkan ke Kuala Lumpur
pada tahun 1880
• kekayaan Klang menjadi rebutan dan perbalahan antaranya oleh Raja
Mahadi
• perbalahan antara mereka mencetuskan perang saudara – Perang Klang
• perang audara merebak ke daerah-daerah lain di Selangor
• keadaan bertambah buruk apabila pelombong-pelombong Cina terlibat
sama
• tahun 1866 Raja Mahadi menyerang Raja Abdullah di Klang
• kegiatan perdagangan Selangor terjejas

Langkah-Langkah Ke Arah Menamatkan Perang Klang:


• Sultan Abdul Samad (1857-1898) melantik Tengku Kudin untuk
menamatkan Perang Klang
• Tengku Kudin (nama sebenar Tengku Dhiauddin) ialah putera diraja Kedah,
menantu Sultan Abdul Samad dan wakil sultan untuk mentadbir dan
memajukan Selangor (1868)
• Tengku Kudin tidak diterima pembesar-pembesar Selangor termasuk Raja
Mahadi kerana beliau bukan anak negeri Selangor
• Tengku Kudin meminta bantuan British
• British mendesak Sultan Abdul Samad menerima Residen British tetapi
gagal
• British terus berusaha mencari alasan untuk menempatkan residennya di
Selangor
• tahun 1873 sebuah kapal dagang British dirompak di Langat
• 1874 rumah api British di Tanjung Rachado (sekarang Tanjung Tuan,
Negeri Sembilan) telah diserang
• kapal perang British iaitu H.M.S. Rinaldo membedil Kuala Selangor
• British membantu Tengku Kudin menewaskan Raja Mahadi dan
menamatkan Perang Klang
• British mendesak Sultan Abdul Samad meletakkan Selangor di bawah
naungannya
• tahun 1874 J.G. Davidson dilantik sebagai Residen Selangor yang pertama
• Penolong Residennya ialah Frank Swettenham

iii. Keadaan di Sungai Ujong


• Sungai Ujong kaya dengan bijih timah
• tahun 1872, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman menjadi pemerintah Sungai
Ujong
• seorang lagi pembesar yang berpengaruh di Sungai Ujong ialah Dato’
Bandar Kulop Tunggal
• kedua-duanya saling bersengketa
• sebab-sebab mereka bersengketa ialah;
i. Kedua-duanya berebutkan Sungai Linggi yang merupakan jalan
perhubungan utama ke pelabuhan Melaka
ii. Pungutan cukai ke atas pedagang yang melalui sungai ini sangat
lumayan

• Dato’ Kelana berasa kedudukannya tidak terjamin kerana Dato’ Bandar


disokong kuat penduduk tempatan dan pelombong-pelombong Cina daerah
Sungai Ujong
• Dato’ Kelana meminta bantuan British
• tahun 1874 Dato’ Kelana menandatangani perjanjian menerima
perlindungan British
• syarat-syarat perjanjian ialah;
i. Dato’ Kelana diiktiraf pemerintah daerah Sungai Ujong
ii. British berkuasa penuh mengutip cukai di Sungai Linggi
iii. Residen British pertama yang ditempatkan di Sungai Ujong ialah
P.J.Murray
Dato’ Bandar tidak mengiktiraf perjanjian dan menentang tindakan British
mengutip cukai di Linggi
British memberi bantuan tentera kepada Dato’ Kelana untuk menewaskan
Dato’ Bandar
• Dato’ Bandar dibuang negeri ke Singapura
• British menguasai daerah-daerah lain seperti Rembau, Jelebu dan Sri
Menenati
• British menempatkan pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di setiap
daerah, antaranya tahun 1883 di Rembau, 1886 di Jelebu dan 1889 di Sri
Menanti
• tahun 1895 semua daerah disatukan dan membentuk persekutuan yang
dipanggil Negeri Sembilan
• Tunku Muhammad Ibni Yamtuan Antah (Yamtuan Sri Menanti) ditabal
sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama
• Tahun 1895 Residen British ditempatkan di Negeri Sembilan iaitu Martin
Lister
• Negeri Sembilan secara sah menjadi negeri naungan British

iv. Keadaan di Pahang


• Pahang tidak sekaya seperti Negeri-Negeri Melayu yang lain
• British mahu menguasai Pahang bagi menghalang kuasa Eropah lain
bertapak di Negeri-Negeri Melayu
• kurun ke-19 Asia Tenggara menjadi tempat kuasa Perancis, Rusia dan
Jerman mencari tanah jajahan
• Sultan Ahmad berusaha mengekalkan kedaulatan Pahang dari dijajah
British seperti yang berlaku di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan
• Sultan Ahmad mencontohi tindakan Sultan Abu baker dari Johor untuk
membangunkan Pahang bagi menyekat pengaruh British
• Sultan Ahmad membawa masuk pelabur-pelabur Eropah untuk memajukan
Pahang
• syarikat-syarikat Eropah mengusahakan lombong emas dan bijih timah di
Pahang
• contoh;
i. Pahang Corporation Ltd (Sungai Lembing)
ii. Malay Peninsular (Pahang)
iii. Prospecting Co. (Selising)
iv. Penjom & Sg. Dua Semantan Co. (Penjom)
tindakan Sultan Ahmad tidak disenangi British kerana menjejaskan
kepentingan mereka di Negeri-Negeri Melayu

Perluasan Kuasa British di Pahang


• tahun 1886, Frank Swettenham dan Frederick Weld Gabenor Negeri-Negeri
Selat memujuk Sultan Ahmad menerima Residen british tetapi gagal
• tahun 1887 British mendapatkan bantuan Sultan Abu Bakar di Johor
untuk memujuk Sultan Ahmad menerima pengaruh British
• Hugh Clifford dilantik sebagai wakil British di Pahang
• British masih tidak puas hati kerana wakil British berkuasa terhad
• tahun 1888 seoreang warganegara British berbangsa Cina iaitu Go Hui
ditemui mati berhampiran istana Sultan Ahmad
• British menggunakan peluang ini mendesak Sultan Ahmad menerima
Residen British atas alasan Sultan Ahmad tidak mampu mewujudkan
keamanan di Pahang
• akhirnya Sultan Ahmad terpaksa menerima J.P.Rodger sebagai Residen
British
• penerimaan ini sebagai tanda berakhirnya kedaulatan Pahang
• British mula campur tangan secara langsung dalam pentadbiran Pahang

Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar (Teks m/s: 44)


• campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu membawa kepada
pengenalan Sistem Residen
• antaranya;
i. Perak (J.W.W. Birch)
ii. Selangor ( J.G. Davidson)
iii. Negeri Sembilan (Martin Lister)
iv. Pahang (J.P. Rodger)
• ia menandakan negeri-negeri ini diletakkan sebagai negeri naungan British
• keadaan ini menggugat kuasa sultan dan pembesar

Sebab-Sebab Sistem Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar


• Residen menjalankan semua urusan pentadbiran negeri
• Residen memaksa sultan menerima nasihat dalam semua perkara
pentadbiran (kecuali hal-hal agama Islam dan adat istiadat Melayu)
• nasihat Residen mesti dipatuhi dan dilaksanakan
• Residen mengambil alih kuasa dan hak memungut cukai (oleh pegawai
British iaitu Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil)
• Residen menghapuskan amalan perhambaan yang melampaui bidang kuasa
mereka (perhambaan – amalan adat turun-temurun pembesar Melayu)
2.4 Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu (NNMB)
Teks m/s: 45-46

Faktor-Faktor Pembentukan NNMB (1896):


(i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen
• Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas
• Residen menjadi terlalu berkuasa
• Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-
undang sendiri
• Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen

(ii) Krisis Kewangan Pahang


• perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung
banyak hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British
• jika pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan
Selangor masalah dapat diringankan

(iii) Perkongsian Perkhidmatan Pakar


• menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan
doktor

(iv) Sistem Perhubungan


• sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-
Negeri Melayu dapat dimajukan

(v) Faktor Keselamatan


• mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan

Langkah-Langkah Ke Arah Penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu:


• Perjanjian Persekutuan ditandatangani pada 12 Jun 1895
• NNMB atau Persekutuan 1896 terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang telah disatukan pada 1 Julai 1896
• pusat pentadbiran Persekutuan terletak di Kuala Lumpur
• pentadbiran kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua iaitu Kerajaan
Pusat dan Kerajaan Negeri
• diketuai oleh Residen Jeneral pertama Frank Swettenham (1896-1900)

Syarat-Syarat Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895:


• Raja-Raja Melayu bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah
persekutuan yang akan dikenali sebagai NNMB
• Raja-Raja bersetuju menerima seorang pegawai British sebagai Residen
Jeneral
• Raja-Raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua
perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adapt istiadat
Melayu
• Raja-Raja Bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan
mengikut nasihat kerajaan British
• Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri Selat
yang juga menjadi Pesuruhjaya Tinggi NNMB

Struktur Pentadbiran Persekutuan 1896 (NNMB)

Pesuruhjaya Tinggi British


(Gabenor NNS di Singapura)

Residen Jeneral
(berpusat di Kuala Lumpur- tinggal di Carcosa tahun 1898)

Residen
Perak Selangor N9
Pahang

2.5 Pembentukan Persekutuan Mencabar Kewibawaan Sultan


(Teks m/s: 47-48)

Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan 1896


• Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, kewangan dan cukai eksport
• kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai pegawai-
pegawai British seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan
Perhubungan dan Perkhidmatan Awam
• penglibatan orang-orang Melayu adalah terhad
• sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal
(kecuali hal berkaitan agama Islam dan adat Melayu)
• kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral

Kesan-Kesan Kuasa Sultan Dikurangkan


• sultan-sultan NNMB tidak puas hati
• tahun 1897 British bersetuju menubuhkan DURBAR iaitu Persidangan
Raja-Raja Melayu bagi mengatasi masalah
• ahli-ahli Durbar ialah;
i. Pesuruhjaya Tinggi
ii. Raja-Raja Melayu
iii. Residen Jeneral
iv. 4 orang Residen (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)
• Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak
• Durbar kedua didakan pada tahun 1903 di Kuala Lumpur
Persidangan DURBAR II (1903) di Kuala Lumpur
• Sultan Perak iaitu Sultan Idris (1887-1916) mendesak British tentang;
i. Pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral
ii. Mendesak kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan
iii. Mendesak bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan
ditambah dan dilantik ke jawatan lebih tinggi
iv. Mendesak Bahasa Melayu diiktiraf menjadi bahasa rasmi
• kesan-kesan desakan;
i. British menggantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan
1909
ii. Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha
iii. British bersetuju menyerahkan semula kuasa mentadbir kepada Majlis
Mesyuarat Negeri
Tahun 1903-1909 Pesuruhjaya Tinggi NNMB ialah Frank Swettenham

SEJARAH TINGKATAN DUA

BAB 3 – NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA (NNMU) DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH

3.1 NNMU Penampan Keselamatan British di Tanah Melayu


(Teks m/s: 55-57
• akhir abad ke-19 muncul Zaman Imperialis Baru
• kuasa-kuasa Barat seperti Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia bersaing untuk mendapatkan
bahan mentah dan tanah jajahan
• negara-negara di Asia Tenggara seperti Tanah Melayu dan Siam menjadi rebutan
• British berasa bimbang dan tercabar
• kebimbangan ini mendorong British meluaskan pengaruh ke NNMU

Peluasan Kuasa Yang Membimbangkan British


i. Perancis
- ingin meluaskan kuasa ke Lembah Menam Chao Phraya
- merancang membina terusan di Segenting Kra yang akan mengancam kedudukan dan perdagangan di
Singapura
ii. Jerman
– berusaha mendapatkan Pulau Langkawi daripada Siam
iii. Amerika Syarikat
– ingin bertapak di Terengganu
iv. Rusia
– berhasrat membuka petempatan di Ujung Salang

Cara British Menghalang Pengaruh Eropah di Tanah Melayu


i. British Menandatangani Perjanjian Sulit 6 April Dengan Siam
• tujuan menghalang Siam menyerah dan membenarkan mana-mana kuasa lain bertapak di Siam
• syarat-syarat perjanjian;
• Siam tidak akan menyerahkan Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis kepada mana-mana kuasa lain
tanpa izin British
• British mengakui hak Siam ke atas negeri-negeri tersebut
• British akan membantu Siam jika diserang musuh
• kesan perjanjian;
• gagal menghalang sultan setiap negeri dari menjalinkan hubungan dengan kuasa-kuasa lain
• contoh: - tahun 1897 Sultan Kelantan memberi konsesi tanah seluas 776 996 hektar kepada Duff
Development Company untuk melombong emas
• Sultan Terengganu menerima permohonan Amerika Syarikat untuk membuka petempatan di Pulau
Redang
ii. Menandatangani Perisytiharan Rritish-Siam 1902
• tujuan untuk menghalang perluasan kuasa Barat lain
• syarat-syarat perjanjian;
• British mengiktiraf NNMU dibawah naungan Siam
• rakyat British dilantik oleh kerajaan Siam sebagai penasihat sultan iaitu Kelantan (W.A. Graham),
Kedah ( Meadowe Frost) dan Perlis (H.E. Duke)
• Kelantan dan Terengganu tidak dibenarkan memberi konsesi kepada kuasa asing
• kesan-kesan perjanjian;
• British berjaya mengukuhkan pengaruh di NNMU

iii. Menandatangani Perjanjian Bangkok 1909 (British-Siam)


• tujuan untuk British terus menghalang kuasa Barat lain
• syarat-syarat perjanjian;
• Siam menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada British
• Siam tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran British
• British menyerahkan Hak Wilayah Asingan kepada Siam
• kesan-kesan perjanjian;
• NNMU diserahkan kepada British
• Raja-Raja Melayu tidak dibawa berunding dan terpaksa akur dengan keputusan perjanjian

Penasihat British Mengancam Kedaulatan Negeri-Negeri Melayu Utara


(Teks m/s: 58-62)

(i) Penasihat British di Kedah


• Sultan Abdul Hamid Halim Shah tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok 1909
• Baginda enggan menerima penasihat British
• tahun 1910 British tetap melantik penasihat British iaitu George Maxwell
• George Maxwell mengukuhkan kuasa dengan melaksanakan pentadbiran Barat di Kedah
• tindakan George Maxwell itu menimbulkan konflik dengan anggota majlis Mesyuarat Negeri pimpinan
Tunku Mahmud
• berlaku percanggahan pentadbiran di Kedah antara Tunku Mahmud dengan George Maxwell
• Tunku Mahmud berjaya mengekalkan identiti Kedah melalui tindakan mahkamah
• Tunku Mahmud menentang tindakan George Maxwell mengibarkan bendera Union Jack dikediamannya

Usaha-Usaha Tunku Mahmud Mengekalkan Identiti Kedah


• menggunakan Bahasa Melayu dalam surat rasmi dan perundangan
• surat rasmi tidak perlu ditapis
• penggunaan kalendar Hijrah
• cuti umum pada hari Jumaat
• melantik orang Melayu dalam pentadbiran Kedah

Usaha-Usaha George Maxwell Menerapkan Pengaruh barat Dalam Pentadbiran Kedah


• menggunakan bahasa Inggeris dalam surat rasmi dan perundangan
• surat rasmi ditapis oleh Penasihat British
• menggunakan kalendar Masehi
• cuti umum pada hari Ahad
• pelantikan pegawai British dalam pentabiran Kedah

(ii) Penasihat British di Perlis


• Raja Syed Alwi membantah tindakan Siam menyerahkan Perlis kepada British
• Baginda enggan menerima Penasihat British
• British tidak peduli (degil)
• Kapten Meadowe Frost dilantik sebagai Penaihat British
• cara untuk mengukuhkan kuasa di Perlis;
i. Menggubal undang-undang
ii. Memperkenalkan jabatan-jabatan baru seperti Jabatan Hasil dan Cukai, Mahkamah Tinggi dan
Mahkamah Kadi
iii. Menguasai Jabatan Kewangan sebagai strategi menguasai pentadbiran Perlis

(iii) Penasihat British di Kelantan


• tahun 1910 Sultan Muhammad IV terpaksa menandatangani perjanjian dengan British
• tujuan untuk menempatkan Penasihat British di Kelantan
• J.S. Mason dilantik sebagai Penasihat British
• perubahan-perubahan yang berlaku ialah;
- tahun 1915 kuasa mentadbir jajahan diambil alih oleh pegawai-pegawai British
- British menguasai jabatan-jabatan baru seperti Mahkamah Tinggi, Jabatan Polis dan Pejabat Tanah
• kesan-kesan;
- pentadbiran Kelantan dikuasai sepenuhnya oleh British

(iv) Penasihat British di Terengganu


• Sultan Zainal Abidin II tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok
• Baginda menolak pelantikan Penasihat British
• Sultan Zainal Abidin II menemui Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura untuk membuat bantahan
• tahun 1910 British tetap melantik W.L. Conlay sebagai wakil British
• bidang kuasa terhad dalam menguruskan hal ehwal luar Terengganu sahaja
• tahun 1911 Sultan Zainal Abidin II menggubal perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Terengganu
• tujuan adalah untuk memelihara kedaulatan dan kemerdekaan Terengganu
• tahun 1918 Sultan Muhammad II memerintah Terengganu
• tahun 1919 British mendesak supaya menandatangani perjanjian di Singapura
• British melantik J.L. Humphreys sebagai Penasihat British
• Sultan Muhammad II turun takhta kerana enggan tunduk kepada tekanan British
• British menguasai kesemua jabatan penting kerajaan Terengganu seperti Jabatan Kastam, Jabatan
Perubatan, Jabatan Kerja raya dan Jabatan Tanah dan Galian

Sebahagian Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu


( Ittiqan – ilmuluk bi – ta’dil ilsuluk)
• sultan tidak boleh menyerahkan Terengganu kepada mana-mana kuasa asing
• mustahak ke atas raja bermesyuarat
• hak Raja dan Menteri Besar dalam memilih Jemaah Menteri

3.3 Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British


(Teks m/s: 63-70)
• Johor adalah negeri Melayu terakhir menerima Penasihat British
• Johor mengamalkan dasar persahabatan dengan British
• Johor berjaya mengekalkan kedaulatan hingga tahun 1914
• Sebab-sebab;
a. Kebijaksanaan pemerintah
b. Pengenalan sistem birokrasi moden
c. Kestabilan dan kemakmuran ekonomi
• antara pemimpin-pemimpin Johor yang berwibwa ialah;
i. Temenggung Daeng Ibrahim (1825-1826)
ii. Sultan Abu Bakar (1862-1895)

Temenggung Daeng Ibrahim (1825-1862)


• tahun 1825 Temenggung Abdul Rahman mangkat dan digantikan puteranya Daeng Ibrahim sebagai
Temenggung Johor
• berkhidmat di bawah Sultan Hussein dan Sultan Ali
• tahun 1855 satu Perjanjian Persahabatan ditandatangani antara Temenggung Daeng Ibrahim dengan
Sultan Ali
• Temenggung Daeng Ibrahim diberi kuasa menjadi pemerintah Johor kecuali di wilayah Kesang (di
bawah Sultan Ali)
• antara kewibawaan Temenggung Daeng Ibrahim ialah;
- menjalankan pentadbiran dengan cekap
- mengasaskan pusat pentadbiran baru di Tanjung Puteri
- memajukan ekonomi Johor dengan cara menggalakkan kemasukan orang Cina dari Singapura untuk
mengusahakan lading lada hitam melalui Sistem Kangcu

Syarat-Syarat Persetiaan Antara Temenggung daeng Ibrahim Dengan Sultan Ali (Mac 1855)
• Sultan Ali diiktiraf sebagai Sultan Johor tetapi gelaran itu tidak boleh diwariskan kepada keturunan
baginda
• Kawasan pemerintahan Sultan Ali di wilayah Kesang

Sistem Kangcu
• diperkenalkan oleh Temenggung Daeng Ibrahim tahun 1833
• kangcu asalnya daripada perkataan Cina iaitu Tuan Sungai
• Sistem Kangcu melibatkan;
a. Orang Cina diberi Surat Kebenaran iaitu Surat Sungai untuk menetap dan mengusahakan pertanian di
tebing sungai
b. Kawasan lading dikenalisebagai ‘Kangkar’ atau Kaki Sungai
c. Setiap kangkar diketuai oleh seorang kangcu yang memerintah dan memungut cukai
d. Tanaman adalah seperti lada hitam dan gambir
e. Hasil tanaman dikenakan cukai (sumber pendapatan kerajaan Johor)

Sultan Abu Bakar : Bapa Pemodenan Johor (1862-1895)


• tahun 1862 naik takhta Johor selepas kemangkatan ayahandanya
• diberi gelaran Datuk Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor
• sering ke England untuk mempelajari cara pentadbiran terbaik bagi membangunkan Johor
• tahun 1868, Ratu Great Britain mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Sultan Abu Bakar
• tahun 1885, satu Perjanjian Persahabatan ditandatangani antara Johor dengan British
• persetujuan dicapai tentang;
i. Johor diiktiraf negeri bebas dan berdaulat
ii. Maharaja Abu Bakar diiktiraf Sultan Johor (setelah Sultan Ali dari keturunan Bendahara mangkat
tahun 1877)
iii. Kedudukan Sultan Johor lebih tinggi daripada Pesuruhjaya Tinggi di Singapura
iv. Sultan Abu Bakar boleh berhubung terus dengan kerajaan British di London tanpa melalui
Pesuruhjaya Tinggi
• kesan-kesan persetujuan;
a. Sultan Abu Bakar berjaya menyekat kuasa British terhadap Johor
b. Sultan Abu Bakar menerima seorang Konsul British bukannya Penasihat British

Usaha-Usaha Pemodenan oleh Sultan Abu Bakar


(a) Memodenkan pentadbiran Johor dengan mengadakan mahkamah, perkhidmatan pos dan jabatan
Kerja Raya
(b) Menjaga kebajikan rakyat dengan membina sekolah, hospital dan jalan raya
(c) Menjaga keamanan negeri dengan menubuhkan pasukan polis dan tentera
(d) Memantapkan ekonomi Johor dengan cara meneruskan Sistem Kangcu dan menjadi pengeksport lada
hitam dan gambir terbesar dunia
(e) Mengisytiharkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor tahun 1895 yang merupakan perlembagaan
bertulis pertama dan menjadi asas kepada pembentukan institusi Raja Berperlembagaan

Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor


(a) Sultan tidak boleh menyerahkan Johor kepada kuasa asing
(b) Ditubuhkan Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri
(c) Anggota Majlis Mesyuarat Menteri dilantik daripada orang Melayu dan bertanggungjawab menasihati
sultan dalam pentadbiran
(d) Ahli Majlis Mesyuarat Negeri terdiri daripada rakyat Johor yang berperanan menggubal undang-
undang

Kesan-Kesan Kebijaksanaan Sultan Abu Bakar


(a) Digelar ‘Bapa Pemodenan Johor’ kerana membawa banyak perubahan dalam pentadbiran dan
pembangunan Johor
(b) British tidak dapat menggugat kemerdekaan Johor
(c) Johor aman dan makmur
(d) Ketokohan Sultan Abu Bakar dihormati pemerintah British

Pemimpin Johor Yang Berwibawa


• pembangunan dan pemodenan Johor akibat persepakatan antara sultan dan pembesar
• kepintaran dalam pentadbiran menyebabkan British tidak mempunyai alas an untuk campur tangan
• antara pemimpin terkemuka Johor ialah;
i. Dato’ Abdul Rahman bin Andak
ii. Dato’ Jaafar bin Muhammad
iii. Dato’ Muhammad Salleh bin Perang
iv. Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi

Dato’ Jaafar bin Muhammad


• Merupakan Setiausaha kerajaan Johor pertama (1868)
• Menteri Besar Johor pertama (1882-1919)
• Digelar Datuk Bentara
• Beliau mewajibkan semua pegawai British di Johor↓ memakai pakaian rasmi Johor
• Bendera Union Jack iaitu bendera rasmi British dikibar lebih rendah daripada bendera Johor demi
maruah dan kedaulatan Johor
• Surat rasmi dalam bahasa Melayu bagi memartabatkan bahasa Melayu

Dato’ Abdul Rahman bin Andak

• Merupakan Setiausaha Sulit Sultan Johor (1885)


• Setiausaha Kerajaan Johor (1893-1909)
• Digelar Dato’ Seri Amar Diraja
• Berperanan dalam hal ehwal hubungan luar negeri
• Bertanggungjawab mengawal hubungan Johor-British
• Tahun 1888 menjadi perintis kepada penubuhan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Johor
(sebuah badan persuratan terulung tanah air)

Dato’ Muhammad Salleh bin Perang


• Pernah memegang perlbagai jawatan dalam kerajaan
• Antaranya;
a. Pesuruhjaya Polis – untuk keamanan dan kestabilan Johor
b. Ketua jabatan Ukur – tugasnya melukis peta pembangunan Johor yang menunjukkan semua jalan yang
akan dimajukan dan melukis peta lengkap negeri Johor
c. Ketua Jabatan Tanah – merancang pembangunan di Muar, Endau, Segamat, Tangkak dan Batu Pahat
• Digelar sebagai Dato’ Bentara Luar

Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi


• Ketua Jabatan Pendidikan Johor yang pertama tahun 1883
• Mendidirkan banyak sekolah dan mendesak pendidikan wajib kepada rakyat Johor
• Dianugerahi Dato’ Bentara Dalam
• Digelar Bapa Pendidikan Melayu Johor
• Tahun 1893 dilantik sebagai Timbalan Menteri yang pertama

Johor Di ambang Penjajahan British


• sejak Perjanjian Persahabatan 1885 British menyusun strategi untuk menguasai Johor
• British bimbang Johor dikuasai kuasa Barat lain
• usaha dan muslihat British untuk menguasai Johor, antaranya;
i. British menubuhkan Lembaga Penasihat Johor
ii. Sultan Johor dinasihati supaya meminjam sebanyak 200,000 dolar dari Negeri-Negeri Selat
- tujuan untuk membina landasan keretapi dari Johor ke Singapura
- ia muslihat British untuk mengawal kewangan Johor
• muslihat British disedari oleh Dato’ Abdul Rahman Andak dengan menasihati sultan supaya tidak
menerima tawaran pinjaman British
• rancangan British berjaya digagalkan
• British menyedari kepintaran Dato’ Abdul Rahman Andak dan bukan mudah untuk campur tangan di
Johor
• British berusaha menyingkirkan Dato’ Abdul Rahman Andak
• tahun 1907 John Anderson iaitu Gabenor Negeri-Negeri Selat mencadangkan supaya Dato’ Abdul
Rahman Andak dibersarakan dan dihantar ke London
• British menggunakan peluang ini untuk menguasai Johor
• Sultan Ibrahim iaitu putera Sultan Abu Bakar terpaksa meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
bagi membolehkan British menjadi ahli Majlis Mesyuarat Negeri
• tahun 1914 British melantik Douglas Campbell sebagai Penasihat British di Johor

Lembaga Penasihat Johor


• ditubuhkan di London pada 1886
• Sultan Johor berhubung secara langsung dengan Pejabat Tanah Jajahan di London
• Dianggotai oleh orang British
• Fungsinya adalah untuk menguruskan hubungan luar Johor dan menasihati Sultan Johor tentang hal-
hal pentadbiran
SEJARAH TINGKATAN DUA

BAB 1 – KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN


BRITISH

Pengaruh British di Kedah

• sebelum tahun 1791 Pulau Pinang adalah sebahagian dari wilayah


Kedah
• Kedah pula terletak di bawah naungan Siam
• terkenal sebagai sebuah kuasa maritim
• Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) tertarik dengan kegemilangan
Kedah terutamanya di Pulau Pinang

Sebab-Sebab SHTI Tertarik dengan Kedah


a) Kedah Sebagai Pelabuhan Persinggahan
• kedudukan Kedah strategik di laluan antara timur dan barat
• banyak terdapat kemudahan seperti bekalan air, bekalan makanan
dan tempat membaiki kapal
• pedagang singgah sebelum belayar ke Canton, China
• tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun

b) Kedah Sebagai Pusat Pengumpulan Barang Dagangan


• banyak barang dagangan terdapat di Kedah yang dibawa dari
negara luar seperti China
• teh dari China diperlukan oleh SHTI
• China perlukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam dari
Kepulauan Melayu

c) Kedah Sebagai Pangkalan Tentera


• SHTI perlukan Pulau Pinang sebagai pangkalan tenteranya
• SHTI bersaing kuasa perdagangan dengan Perancis di India
• Pulau Pinang dijadikan pangkalan tentera untuk mempertahankan
India dari serangan Perancis

Ancaman-Ancaman di Kedah
• Kuala Kedah berkembang sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan
Melayu
• pemimpin mengamalkan dasar buka pintu dalam pentadbiran
• Kuala Kedah maju sebagai pusat perdagangan antarabangsa
• para pemimpin Kedah menghadapi tentangan dan ancaman dalam
usaha mengekalkan kedaulatan Kedah dari Bugis, Siam dan Burma

ii) Ancaman Bugis Dari Selangor


• akhir abad ke-18 keadaan politik Kedah tidak stabil kerana
perebutan takhta antara pembesar-pembesar
• keadaan ini mengancam kedaulatan Kedah
• tahun 1770 Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah
sebagai Raja Muda Kedah
• kerabat diraja Kedah tidak bersetuju kerana Tunku Abdullah bukan
anak gahara
• kerabat diraja Kedah berpakat dengan Bugis di Selangor untuk
menentang Sultan Muhammad Jiwa
• tentera Bugis pimpinan Raja Haji menyerang dan menawan Kuala
Kedah dan Alor Setar
• Sultan Kedah terpaksa berundur ke Kangar
• Sultan Muhammad Jiwa dapatkan bantuan tentera dari firma
Jourdain Sullivan and de Souza
• tahun 1771 firma telah menghantar Francis Light ke Kedah untuk
berunding
• perjanjian telah ditandatangani yang membenarkan firma berniaga
di Kuala Kedah
• firma dikehendaki membantu Kedah dalam ketenteraan
• Sultan Kedah membatalkan perjanjian apabila firma tidak
membantu Kedah menyerang Bugis di Selangor

(ii) Ancaman Siam


• Kedah menghentikan penghantaran bunga emas kepada Siam
semasa Siam berperang dengan Burma (1753-1781)
• selepas perang tamat Siam menjadi kuasa yang kuat dan menuntut
Kedah menghantar bunga emas, wang dan tenaga manusia
• Kedah berasa terancam
• Sultan Abdullah (1778-1797) mendapatkan bantuan tentera SHTI
• Sultan Kedah menawarkan Pulau Pinang sebagai hadiah sekiranya
SHTI sanggup melindungi Kedah dari ancaman Siam
• Francis Light sedar tentang kepentingan Pulau Pinang sebagai
pelabuhan dan pangkalan tentera
• SHTI bersetuju untuk membantu Kedah

Francis Light di Pulau Pinang

• SHTI bersaing dengan Belanda di semenanjung Tanah Melayu


• SHTI bimbang dasar monopoli Belanda menjejaskan perdagangan
mereka
• SHTI anggap tawaran Sultan Abdullah yang membenarkan mereka
menduduki Pulau Pinang sebagai ‘pucuk dicita ulam mendatang’
• Francis Light menandatangani perjanjian secara peribadi dengan
Sultan Abdullah pada tahun 1786 iaitu Perjanjian Inggeris-Kedah
• Sultan Abdullah membenarkan Francis Light menduduki Pulau
Pinang dengan syarat Francis Light memberi bantuan tentera
apabila perlu
• Pada 11 Ogos 1786 upacara menaikkan bendera rasmi British iaitu
Union Jack diadakan
• nama Pulau Pinang ditukar kepada Prince of Wales Island oleh
Francis Light
• ibu negeri Pulau Pinang dinamakan Georgetown iaitu sempena
nama Raja England – King George III
• tahun 1787 sebanyak 42 buah kapal berlabuh di Pulau Pinang
• tahun 1790 bilangan kapal bertambah kepada 104 buah
• bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu

Syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786


• SHTI bantu Kedah sekiranya Kedah diserang musuh
• SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah
• SHTI berjanji akan membayar sebanyak 30 000 dolar Sepanyol
setahun kepada sultan sebagai pampasan

Pulau Pinang Diambil British Secara Rasmi


• tahun 1786 Siam menakluk Patani dan mengancam Kedah
• Sultan Abdullah menuntut SHTI memberi bantuan tentera (seperti
dalam perjanjian 1786)
• SHTI enggan membantu dengan alasan SHTI tidak terlibat dengan
perjanjian
• SHTI juga mahu menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam
• Sultan Abdullah mendesak Francis Light meninggalkan Pulau Pinang
kerana tidak menenpati janji
• Francis Light enggan dan menawarkan bayaran ganti rugi tetapi
ditolah oleh Sultan Abdullah
• Sultan Abdullah berasa marah dan tertipu dengan tindakan Francis
Light
• Tahun 1791 Sultan Abdullah menyediakan angkatan laut di
Seberang Perai untuk menyerang dan mengambil semula Pulau
Pinang
• Sultan Abdullah mendapat bantuan dari Riau, Siak dan Selangor
• Francis Light minta bantuan dari British menyerang kubu Sultan
Abdullah di Seberang Perai
• Sultan Abdullah tewas
• Sultan Abdullah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan
dan Keamanan Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791
• kesan-kesan:
- SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi
- sebagai ganjaran SHTi membayar 6000 dolar Sepanyol setiap tahun
kepada Sultan Abdullah
- George Leith dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama

SHTI Mengambil Seberang Perai


• 2 sebab SHTI memerlukan Seberang Perai;
i. Seberang Perai sebagai benteng mempertahankan serangan
terhadap Pulau Pinang oleh pihak musuh
ii. Seberang Perai subur dan sesuai untuk pertanian bagi menampung
makanan di Pulau Pinang
• SHTI mengambil kesempatan kerana Sultan Dziauddin memerlukan
bantuan tentera bagi menghadapi ancaman Siam
• terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan
dengan gabenor Leith pada Jun 1800
• kesan – SHTI menduduki Pulau Pinang dan menukar nama kepada
Province Wellesley

Syarat Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800


• Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai
• SHTI membayar 10 000 dolar Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang
dan Seberang Perai
• SHTI tidak membantu Kedah apabila Siam menyerang Kedah pada
November 1821
• rakyat Kedah terpaksa berjuang sendiri
• Kedah tewas dan ditakluki Siam
• Jun 1826 Raja Siam Rama III menandatangani perjanjian dengan
Henry Burney di Bangkok iaitu Perjanjian Burney 1826

Syarat Perjanjian Burney 1826


• British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah
• Sultan Kedah iaitu Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal
di Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma
• British tidak membantu sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan
takluknya
• British akan menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di
Pulau Pinang ke Kedah dan Kedah hendaklah membayar ufti bunga
emas kepada Siam
• Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang
Perai

Perluasan Kuasa British di Singapura


Sebab-Sebab British Bertapak di Singapura:
i. SHTI gagal memajukan Pulau Pinang
• Pulau Pinang gagal mencapai kemajuan
• kedudukan Pulau Pinang jauh ke utara Selat Melaka
menyebabkannya gagal bersaing sebagai pelabuhan di Kepulauan
Melayu
• kebanyakan kapal dagang berdagang di Betawi, Riau dan Lingga

ii. Keinginan British mempunyai pelabuhan strategik


• perdagangan SHTI dengan China semakin penting
• barang dagangan China seperti teh, sutera, kapas dan bahan
pencelup mendapat pasaran lumayan di Eropah
• SHTI memerlukan pelabuhan strategik di selatan Selat Melaka
bertujuan untuk menguasai laluan perdagangan antara India dan
China
• SHTI menguasai Melaka dan Betawi semasa Perang Napoleon
(1793-1814)
• selepas Perang Napoleon tamat British terpaksa memulangkan
Melaka dan Betawi kepada Belanda
• Belanda mengenakan cukai yang tinggi dan memberi layanan buruk
kepada pedagang British di Betawi
• Stamford raffles ditugaskan mencari pelabuhan baru
• Raffles cuba membuka pelabuhan di Palembang, Acheh dan Riau
tetapi gagal
• hasrat British untuk menyaingi pengaruh Belanda tidak berhasil

iii. Singapura sebagai pangkalan perdagangan yang strategik


• merupakan sebahagian wilayah Johor
• kedudukannya strategik di bahagian selatan semenanjung Tanah
Melayu dapat mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan
Selat Sunda
• Singapura sesuaisebagai pelabuhan bebas dan pangkalan British
untuk menyaingi Belanda di Betawi
• Raffles mencadangkan kepada SHTI supaya mendirikan pangkalan
baru di Singapura
• Raffles yakin Singapura dapat menyekat kuasa monopoli Belanda di
Kepulauan Melayu
• Raffles menghadapi masalah kerana Sultan Johor iaitu Sultan Abdul
Rahman berada di bawah pengaruh Belanda

Cara-Cara Raffles (British) Menguasai Singapura:


• Raffles mendarat di Singapura pada 12 Januari 1819
• Pada 30 Januari 1819 Raffles memaksa Temenggung Abdul Rahman
(Pemerintah Singapura dan Tanah Besar Johor) menandatangani
perjanjian yang membenarkan British membina loji di Singapura
• Temenggung Abdul Rahman menandatanganinya kerana bimbang
diserang oleh British

Syarat Perjanjian 30 Januari 1819


• SHTI boleh mendirikan loji di Singapura
• SHTI bersetuju melindungi Temenggung Abdul Rahman dari
ancaman dalam dan luar negeri
• SHTI akan membayar sebanyak 3000 dolar Sepanyol setahun
kepada Temenggung Abdul Rahman
• SHTI tidak membenarkan Temenggung Abdul Rahman membuat
hubungan dengan kuasa Barat lain
• perjanjian antara Raffles dan Temenggung Abdul Rahman ini tidak
sah kerana tidak dipersetujui Sultan Johor iaitu Sultan Abdul
Rahman
• Raffles merancang untuk memperdayakan Sultan Abdul Rahman
dan Belanda
• Raffles menggunakan helah dengan menghidupkan semula masalah
pewarisan takhta yang berlaku tahun 1812
• Raffles memperalatkan Tengku Hussein yang kecewa kerana tidak
ditabal sebagai Sultan Johor
• Raffles berjaya memujuk Temenggung Abdul Rahman supaya
menjemput Tengku Hussein ke Singapura untuk ditabal sebagai
Sultan Johor yang baru
• pada 6 Februari 1819 Sultan Hussein mengiktiraf perjanjian awal
antara Temenggung Abdul Rahman dengan Raffles yang dibuat
pada 30 Januari 1819
• SHTI mula bertapak secara rasmi di Singapura
• pertabalan Sultan Hussein menyebabkan Johor menpunyai dua
prang sultan iaitu Sultan Hussein di Singapura (diperintah oleh
Temenggung Abdul Rahman) dan Sultan Abdul Rahman di Lingga
• British melantik Residennya di Singapura iaitu William Farquhar
(1819-1823) dan John Crawford (1823-1826)

Kuasa British di Singapura Secara Rasmi:


• tahun 1819 British belum lagi menguasai Singapura secara rasmi
• pada 7 Jun 1823 Raffles menandatangani perjanjian dengan Sultan
Hussein dan Temenggung Abdul Rahman yang membolehkan SHTI
menguasai Singapura dan pulau-pulau disekitarnya
• pada 2 Ogos 1824 perjanjian ditandatangani antara Residen
Singapura John Crawford dengan Sultan Hussein dan Temenggung
Abdul Rahman
• kesannya – Sultan Hussein terpaksa menyerahkan Singapura secara
rasmi kepada SHTI

Syarat Perjanjian 7 Jun 1823


• Sultan Hussein terima bayaran 1500 dolar Sepanyol dan
Temenggung Abdul Rahman sebanyak 800 dolar Sepanyol sebulan
• Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman tidak berhak
menerima atau mengutip cukai dari tongkang Cina
• SHTI berkuasa di seluruh pulau Singapura dan pulau-pulau
berdekatan kecuali kawasan atau pulau kediaman Sultan Hussein
dan Temenggung Abdul Rahman
• undang-undang British dikuatkuasakan

Syarat Perjanjian 2 Ogos 1819


• Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menyerahkan
Singapura kepada SHTI buat selama-lamanya
• Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman hendaklah
membenarkan pedagang-pedagang bebas berdagang di Johor dan
wilayah takluknya
• Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman atau warisnya
boleh menetap di tanah milik baginda di Singapura atau berpindah
dari Singapura

• SHTI mengarahkan Temenggung Abdul Rahman memindahkan


pusat pentadbiran dari Kuala Sungai Singapura ke Teluk Belanga
• alasan SHTI ialah untuk memajukan Singapura
• SHTI mengambil tanah-tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga
• tahun 1866 pusat pemerintahan Johor di Teluk Belanga dipindahkan
ke Johor Bharu

Pertikaian Inggeris-Belanda dan Perpecahan Kepulauan


Melayu
• Belanda tidak puas hati dengan petempatan Raffles di Singapura
• alasan Belanda ialah Singapura berada di bawah lingkungan
pengaruh Belanda dan Singapura akan menjejaskan perdagangan
Belanda di Betawi
• kesan pertikaian ialah;
d) Hubungan Belanda-Inggeris tegang
e) British enggan menyerahkan Singapura kepada Belanda kerana
potensi Singapura sebagai pelabuhan bebas dan pangkalan tentera
British
f) Satu perjanjian ditandatangani iaitu Perjanjian Inggeris-Belanda
1824 (Persetiaan London)

Syarat Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Persetiaan London)


• Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura
• Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu
• British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda dan Belanda menyerahkan
Melaka kepada British
• British berjanji tidak akan membuka petempatan baru ke selatan Singapura

Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824


• Kepulauan Melayu terbahagi dua;
c) British menguasai Tanah Melayu dan Singapura di Utara
d) Belanda menguasai Kepulauan Riau dan Lingga di Selatan
• British dapat meluaskan pengaruh di Tanah Melayu tanpa
gangguan kuasa-kuasa Barat lain
• Melaka menjadi hak British dan membolehkan British menguasai
laluan perdagangan di Selat Melaka
• Kerajaan Johor berpecah dua iaitu;
c) Johor dan Singapura menjadi hak British
d) Kepulauan Riau dan Lingga menjadi hak Belanda

Penubuhan Negeri-Negeri Selat – NNS


• tahun 1824 SHTI menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura
• Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor
• Singapura dan Melaka ditadbir oleh Residen
• tahun 1826 ketiga-tiganya disatukan di bawah satu pentadbiran
iaitu NNS
• tujuan adalah untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan
perbelanjaan
• ibu negeri NNS pertama ialah Pulau Pinang
• tahun 1832 ibu negeri NNS dipindahkan dari Pulau Pinang ke
Singapura
• alasannya kerana kedudukan Singapura lebih strategik dan
menguntungkan

Pentadbiran di Negeri-Negeri Selat


• pentadbiran NNS diketuai oleh Gabenor
• Gabenor menerima arahan daripada Gabenor Jeneral British di India
• Gabenor NNS dibantu oleh Residen Konsuler bagi setiap negeri di
Pulau Pinang, Singapura dan Melaka
• semua dasar dan undang-undang NNS digubal oleh Gabenor Jeneral
British di India
• kesan-kesannya;
e) Penduduk dan pedagang tempatan tidak puas hati kerana NNS
ditadbir seperti Tanah Jajahan India
f) Saudagar-saudagar British di NNS merayu dan mendesak supaya
dipindahkan pentadbiran ke London
g) Pada 1 April 1867 NNS diisytiharkan sebagai Tanah jajahan British
dan diletakkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan di London
h) Majlis Perundangan ditubuhkan bagi membolehkan NNS meluluskan
undang-undang sendiri

Sebab-Sebab Perpindahan Pentadbiran NNS Dari India Ke


London (1867)
• SHTI di India tidak mengambil berat tentang kebajikan NNS
• NNS membantah cadangan menghapuskan taraf pelabuhan bebas
di Singapura
• Kedatangan imigran Cina ke NNS tidak terkawal kerana kebanyakan
mereka menubuhkan kongsi gelap dan melakukan kekacauan
• Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menyebabkan mata wang
Sepanyol diganti dengan mata wang rupee India – ini merugikan
pedagang-pedagang kerana nilai rupee rendah
• Penduduk tempatan membantah kerana NNS dijadikan tempat
buangan banduan

Kesan Perpindahan Pentadbiran NNS Ke London


• Tahun 1871 mata wang NNS pertama telah dikeluarkan
SEJARAH TINGKATAN 2

BAB 2
KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR TANGAN
BRITISH

2.1 Dasar Campur Tangan British di Negeri-Negeri Melayu –


NNM

Sebab-Sebab Dasar Campur Tangan British di NNM


i. Kekayaan bumi NNM
• hasil bumi seperti bijih timah, emas, bijih besi dan arang batu
• kawasan utama bijih timah di Larut dan Kinta (Perak), di Sungai
Pahang dan Sungai Lembing (Pahang), di Lukut, Kuala Lumpur ,
Ampang dan Petaling (Selangor) dan di Sungai Ujong, Negeri
Sembilan
• kawasan utama emas ialah di Ulu Tembeling, Pahang

ii. Revolusi Perindustrian


• British memerlukan bijih timah untuk perusahaan mengetin
makanan
• NNM perlu dikuasai untuk bekalan bijih timah berterusan
• NNM sebagai pasaran hasil keluaran kilang

iii. Pembukaan Terusan Suez dan Penciptaan Kapal Wap


• Terusan Suez dibuka tahun 1869
• terusan ini menghubungkan Laut Merah dengan Laut Mediterranean
• ia memendekkan perjalanan dari England (Eropah) ke India, Asia
Tenggara dan China
• penciptaan kapal wap mempercepatkan perjalanan dan dapat
membawa muatan lebih banyak
iv. Persaingan Kuasa Eropah Lain
• abad ke-19 berlaku persaingan kuasa
• British di India bimbang dengan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara
• British tidak akan membiarkan kepentingannya di NNM diancam
oleh kuasa Barat lain seperti Belanda di Hindia Timur (Indonesia),
Perancis di IndoChina dan Sepanyol di Filipina

v. Perubahan Dasar British di London


• tahun 1873 Parti Konservatif menguasai kerajaan British di London
• Parti Liberal kalah
• pertukaran kerajaan menyebabkan dasar tidak campur tangan
kepada dasar campur tangan di NNM

vi. Desakan Pedagang di NNM


• keadaan huru-hara berlaku di NNM
• antara sebab-sebabnya ialah pertelingkahan antara pembesar dan
pergaduhan kongsi gelap Cina
• keadaan ini memberi kesan kepada pedagang-pedagang di NNS
kerana mereka mengalami kerugian
• akibatnya pedagang mendesak British campur tangan dan
melindungi kepentingan pelaburan mereka di NNM
• tahun 1873 seramai 243 pedagang NNS menulis surat kepada Lord
Kimberly iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British mendesak British
campur tangan

Hubungan Antara NNS Dengan NNM


• NNS sebagai pelabuhan entrepot
• NNS mengendalikan perdagangan bagi NNM
• Pedagang-pedagang NNS melabur modal dalam perlombongan bijih
timah di Larut, Sungai Ujong, Lukut dan Klang

2.2 Keadan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang


Memberi Peluang Campur Tangan British
• kurun ke-19 keadaan di NNM pantai barat huru-hara dan tidak stabil
• antaranya Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang

i. Keadaan di Perak
• politik tidak stabil
• sebab-sebab;

c) Pergaduhan antara kongsi gelap Cina Ghee Hin dan Hai San
• buruh Cina dibawa masuk secara beramai-ramai pada tahun 1848
oleh Long Jaafar ke daerah Larut (Kelian Pauh dan Kelian Bharu)
• tujuan untuk memajukan lombong bijih timah di Larut
• berlaku pergaduhan di Larut yang mencetuskan Perang Larut
• keadaan menjejaskan perusahaan bijih timah
• Ngah Ibrahim iaitu Menteri Larut melantik Kapten Speedy (Timbalan
Pesuruhjaya Polis NNS) membantu menamatkan kekacauan di Larut

d) Perebutan takhta di kalangan kerabat diraja


• berlaku akibat sistem pewarisan takhta tidak dipatuhi sepenuhnya
• mengikut sistem, seseorang anak raja perlu memegang tiga
jawatan iaitu Raja Di Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda sebelum
berhak ditabal menjadi sultan
• tahun 1871 Sultan Ali mangkat dan pembesar-pembesar Perak
melantik Raja Ismail (Raja Bendahara ketika itu) sebagai sultan
Perak yang baru
• pelantikan itu ditentang oleh Raja Abdullah (Raja Muda ketika itu)
dan Raja Yusuf (Raja Di Hilir ketika itu)
• Raja Abdullah sepatutnya mewarisi takhta
• pada upacara pemakaman Sultan Ali di Sayong Raja Abdullah tidak
hadir walaupun dijemput
• Raja Yusuf diketepikan kerana tidak disukai oleh pembesar-
pembesar Perak
• tentangan kuat Raja Abdullag disokong penuh pembesar-pembesar
di hilir Perak seperti Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor
• kuasa Sultan Ismail hanya terbatas di hulu Perak sahaja
• Raja Abdullah terus berkuasa di hilir Perak
• keadaan ini menyebabkan perpecahan dan menggugat keamanan
di Perak
• Raja Abdullah meminta bantuan British untuk mengiktiraf beliau
sebagai sultan
• permintaan Raja Abdullah diterima penuh minat oleh Andrew Clarke
(Gabenor NNS) yang membuka peluang British untuk menguasai
Perak

Langkah-langkah Menamatkan Kekacauan:


• Andrew Clarke memanggil pembesar-pembesar Melayu dan
pemimpin kongsi gelap Cina berunding di Pulau Pangkor
• antara pembesar yang hadir ialah Raja Abdullah, Ngah Ibrahim dan
Dato’ Sagor
• Sultan Ismail tidak hadir kerana lewat menerima surat jemputan
• antara pemimpin kongsi gelap yang hadir ialah Kapitan Ah Kwee
(Ketua Kumpulan Hai San)
• hasil rundingan membawa kepada termeterainya Perjanjian Pangkor
pada 30 Januari 1874
• perjanjian ditandatangani atas kapal british iaitu H.M.S. Pluto

Syarat-Syarat Perjanjian Pangkor 1874:


• Raja Abdullah diiktiraf sebagau sultan Perak
• Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda
• sultan menerima seorang Residen British sebagai penasihat dalam
semua perkara kecuali hal-hal agama Islam dan adapt istiadat
Melayu
• Residen berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak
• Residen, Penolong Residen, Sultan dan pembesar dibayar gaji
daripada pungutan hasil mahsul Perak
• Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan menerima seorang
Penolong Residen
• Menteri Larut bertanggungjawab membiayai segala usaha
mengembalikan keamanan di Perak

Kesan Perjanjian Pangkor Ke Atas Perak:


• tanda bermulanya kuasa British secara langsung dalam pentadbiran
dan ekonomi Perak

ii. Keadaan di Selangor


• tahun 1857 Sultan Abdul Samad yang berkuasa di daerah Langat
ditabal menjadi sultan Selangor
• daerah Klang dikuasai Raja Sulaiman
• apabila Raja Sulaiman mangkat, Klang dikuasai pula oleh Raja
Abdullah
• timbul rasa tidak puas hati oleh Raja Mahadi (putera Raja Sulaiman)
• Raja Abdullah berjaya memajukan perlombongan bijih timah di
daerah Klang
• buruh-buruh Cina dibawa masuk bekerja di lombong-lombong
• lombong-lombong bijih timah dibuka di Kuala Lumpur dan Ampang
• tahun 1860 daerah Klang berkembang maju sebagai pusat bijih
timah
• Klang dijadikan ibu negeri Selangor sebelum dipindahkan ke Kuala
Lumpur pada tahun 1880
• kekayaan Klang menjadi rebutan dan perbalahan antaranya oleh
Raja Mahadi
• perbalahan antara mereka mencetuskan perang saudara – Perang
Klang
• perang audara merebak ke daerah-daerah lain di Selangor
• keadaan bertambah buruk apabila pelombong-pelombong Cina
terlibat sama
• tahun 1866 Raja Mahadi menyerang Raja Abdullah di Klang
• kegiatan perdagangan Selangor terjejas

Langkah-Langkah Ke Arah Menamatkan Perang Klang:


• Sultan Abdul Samad (1857-1898) melantik Tengku Kudin untuk
menamatkan Perang Klang
• Tengku Kudin (nama sebenar Tengku Dhiauddin) ialah putera diraja
Kedah, menantu Sultan Abdul Samad dan wakil sultan untuk
mentadbir dan memajukan Selangor (1868)
• Tengku Kudin tidak diterima pembesar-pembesar Selangor termasuk
Raja Mahadi kerana beliau bukan anak negeri Selangor
• Tengku Kudin meminta bantuan British
• British mendesak Sultan Abdul Samad menerima Residen British
tetapi gagal
• British terus berusaha mencari alasan untuk menempatkan
residennya di Selangor
• tahun 1873 sebuah kapal dagang British dirompak di Langat
• 1874 rumah api British di Tanjung Rachado (sekarang Tanjung Tuan,
Negeri Sembilan) telah diserang
• kapal perang British iaitu H.M.S. Rinaldo membedil Kuala Selangor
• British membantu Tengku Kudin menewaskan Raja Mahadi dan
menamatkan Perang Klang
• British mendesak Sultan Abdul Samad meletakkan Selangor di
bawah naungannya
• tahun 1874 J.G. Davidson dilantik sebagai Residen Selangor yang
pertama
• Penolong Residennya ialah Frank Swettenham

iii. Keadaan di Sungai Ujong


• Sungai Ujong kaya dengan bijih timah
• tahun 1872, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman menjadi pemerintah
Sungai Ujong
• seorang lagi pembesar yang berpengaruh di Sungai Ujong ialah
Dato’ Bandar Kulop Tunggal
• kedua-duanya saling bersengketa
• sebab-sebab mereka bersengketa ialah;
iii. Kedua-duanya berebutkan Sungai Linggi yang merupakan jalan
perhubungan utama ke pelabuhan Melaka
iv. Pungutan cukai ke atas pedagang yang melalui sungai ini sangat
lumayan
• Dato’ Kelana berasa kedudukannya tidak terjamin kerana Dato’
Bandar disokong kuat penduduk tempatan dan pelombong-
pelombong Cina daerah Sungai Ujong
• Dato’ Kelana meminta bantuan British
• tahun 1874 Dato’ Kelana menandatangani perjanjian menerima
perlindungan British
• syarat-syarat perjanjian ialah;
iv. Dato’ Kelana diiktiraf pemerintah daerah Sungai Ujong
v. British berkuasa penuh mengutip cukai di Sungai Linggi
vi. Residen British pertama yang ditempatkan di Sungai Ujong ialah
P.J.Murray
Dato’ Bandar tidak mengiktiraf perjanjian dan menentang tindakan
British mengutip cukai di Linggi
British memberi bantuan tentera kepada Dato’ Kelana untuk
menewaskan Dato’ Bandar
• Dato’ Bandar dibuang negeri ke Singapura
• British menguasai daerah-daerah lain seperti Rembau, Jelebu dan
Sri Menenati
• British menempatkan pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di
setiap daerah, antaranya tahun 1883 di Rembau, 1886 di Jelebu dan
1889 di Sri Menanti
• tahun 1895 semua daerah disatukan dan membentuk persekutuan
yang dipanggil Negeri Sembilan
• Tunku Muhammad Ibni Yamtuan Antah (Yamtuan Sri Menanti) ditabal
sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama
• Tahun 1895 Residen British ditempatkan di Negeri Sembilan iaitu
Martin Lister
• Negeri Sembilan secara sah menjadi negeri naungan British

iv. Keadaan di Pahang


• Pahang tidak sekaya seperti Negeri-Negeri Melayu yang lain
• British mahu menguasai Pahang bagi menghalang kuasa Eropah lain
bertapak di Negeri-Negeri Melayu
• kurun ke-19 Asia Tenggara menjadi tempat kuasa Perancis, Rusia
dan Jerman mencari tanah jajahan
• Sultan Ahmad berusaha mengekalkan kedaulatan Pahang dari
dijajah British seperti yang berlaku di Perak, Selangor dan Negeri
Sembilan
• Sultan Ahmad mencontohi tindakan Sultan Abu baker dari Johor
untuk membangunkan Pahang bagi menyekat pengaruh British
• Sultan Ahmad membawa masuk pelabur-pelabur Eropah untuk
memajukan Pahang
• syarikat-syarikat Eropah mengusahakan lombong emas dan bijih
timah di Pahang
• contoh;
v. Pahang Corporation Ltd (Sungai Lembing)
vi. Malay Peninsular (Pahang)
vii. Prospecting Co. (Selising)
viii. Penjom & Sg. Dua Semantan Co. (Penjom)
tindakan Sultan Ahmad tidak disenangi British kerana menjejaskan
kepentingan mereka di Negeri-Negeri Melayu

Perluasan Kuasa British di Pahang


• tahun 1886, Frank Swettenham dan Frederick Weld Gabenor Negeri-
Negeri Selat memujuk Sultan Ahmad menerima Residen british
tetapi gagal
• tahun 1887 British mendapatkan bantuan Sultan Abu Bakar di Johor
untuk memujuk Sultan Ahmad menerima pengaruh British
• Hugh Clifford dilantik sebagai wakil British di Pahang
• British masih tidak puas hati kerana wakil British berkuasa terhad
• tahun 1888 seoreang warganegara British berbangsa Cina iaitu Go
Hui ditemui mati berhampiran istana Sultan Ahmad
• British menggunakan peluang ini mendesak Sultan Ahmad
menerima Residen British atas alasan Sultan Ahmad tidak mampu
mewujudkan keamanan di Pahang
• akhirnya Sultan Ahmad terpaksa menerima J.P.Rodger sebagai
Residen British
• penerimaan ini sebagai tanda berakhirnya kedaulatan Pahang
• British mula campur tangan secara langsung dalam pentadbiran
Pahang

Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar


• campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu membawa kepada
pengenalan Sistem Residen
• antaranya;
v. Perak (J.W.W. Birch)
vi. Selangor ( J.G. Davidson)
vii. Negeri Sembilan (Martin Lister)
viii. Pahang (J.P. Rodger)
• ia menandakan negeri-negeri ini diletakkan sebagai negeri naungan
British
• keadaan ini menggugat kuasa sultan dan pembesar

Sebab-Sebab Sistem Residen Menggugat Kuasa Sultan dan


Pembesar
• Residen menjalankan semua urusan pentadbiran negeri
• Residen memaksa sultan menerima nasihat dalam semua perkara
pentadbiran (kecuali hal-hal agama Islam dan adat istiadat Melayu)
• nasihat Residen mesti dipatuhi dan dilaksanakan
• Residen mengambil alih kuasa dan hak memungut cukai (oleh
pegawai British iaitu Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil)
• Residen menghapuskan amalan perhambaan yang melampaui
bidang kuasa mereka (perhambaan – amalan adapt turun-temurun
pembesar Melayu)

2.4 Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan Negeri-


Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)

Faktor-Faktor Pembentukan NNMB (1896):


(vi) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen
• Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas
• Residen menjadi terlalu berkuasa
• Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai
undang-undang sendiri
• Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa
Residen

(vii) Krisis Kewangan Pahang


• perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa
menanggung banyak hutang akibat kebangkitan rakyat menentang
British
• jika pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak
dan Selangor masalah dapat diringankan

(viii) Perkongsian Perkhidmatan Pakar


• menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru
ukur dan doktor

(ix) Sistem Perhubungan


• sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara
Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan

(x) Faktor Keselamatan


• mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan

Langkah-Langkah Ke Arah Penubuhan Negeri-Negeri Melayu


Bersekutu:
• Perjanjian Persekutuan ditandatangani pada 12 Jun 1895
• NNMB atau Persekutuan 1896 terdiri daripada Perak, Selangor,
Negeri Sembilan dan Pahang telah disatukan pada 1 Julai 1896
• pusat pentadbiran Persekutuan terletak di Kuala Lumpur
• pentadbiran kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua iaitu
Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri
• diketuai oleh Residen Jeneral pertama Frank Swettenham (1896-
1900)

Syarat-Syarat Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895:


• Raja-Raja Melayu bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi
sebuah persekutuan yang akan dikenali sebagai NNMB
• Raja-Raja bersetuju menerima seorang pegawai British sebagai
Residen Jeneral
• Raja-Raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua
perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adapt
istiadat Melayu
• Raja-Raja Bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan
bantuan mengikut nasihat kerajaan British
• Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri
Selat yang juga menjadi Pesuruhjaya Tinggi NNMB

Struktur Pentadbiran Persekutuan 1896 (NNMB)

Pesuruhjaya Tinggi British


(Gabenor NNS di Singapura)

Residen Jeneral
(berpusat di Kuala Lumpur- tinggal di Carcosa tahun 1898)

Residen
Perak Selangor N9 Pahang

2.5 Pembentukan Persekutuan Mencabar Kewibawaan Sultan

Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan 1896


• Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, kewangan dan cukai
eksport
• kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai
pegawai-pegawai British seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan
Kewangan, Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam
• penglibatan orang-orang Melayu adalah terhad
• sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua
hal (kecuali hal berkaitan agama Islam dan adat Melayu)
• kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen
Jeneral

Kesan-Kesan Kuasa Sultan Dikurangkan


• sultan-sultan NNMB tidak puas hati
• tahun 1897 British bersetuju menubuhkan DURBAR iaitu
Persidangan Raja-Raja Melayu bagi mengatasi masalah
• ahli-ahli Durbar ialah;
i. Pesuruhjaya Tinggi
ii. Raja-Raja Melayu
iii. Residen Jeneral
iv. 4 orang Residen (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)
• Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak
• Durbar kedua didakan pada tahun 1903 di Kuala Lumpur

Persidangan DURBAR II (1903) di Kuala Lumpur


• Sultan Perak iaitu Sultan Idris (1887-1916) mendesak British
tentang;
i. Pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral
ii. Mendesak kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan
iii. Mendesak bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan
kerajaan ditambah dan dilantik ke jawatan lebih tinggi
iv. Mendesak Bahasa Melayu diiktiraf menjadi bahasa rasmi
• kesan-kesan desakan;
iv. British menggantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat
Persekutuan 1909
v. Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha
vi. British bersetuju menyerahkan semula kuasa mentadbir kepada
Majlis Mesyuarat Negeri
vii. Tahun 1903-1909 Pesuruhjaya Tinggi NNMB ialah Frank
Swettenham
SEJARAH TINGKATAN DUA

BAB 3 – NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA (NNMU) DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH

3.1 NNMU Penampan Keselamatan British di Tanah Melayu


(Teks m/s: 55-57
• akhir abad ke-19 muncul Zaman Imperialis Baru
• kuasa-kuasa Barat seperti Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia bersaing untuk mendapatkan
bahan mentah dan tanah jajahan
• negara-negara di Asia Tenggara seperti Tanah Melayu dan Siam menjadi rebutan
• British berasa bimbang dan tercabar
• kebimbangan ini mendorong British meluaskan pengaruh ke NNMU

Peluasan Kuasa Yang Membimbangkan British


v. Perancis
- ingin meluaskan kuasa ke Lembah Menam Chao Phraya
- merancang membina terusan di Segenting Kra yang akan mengancam kedudukan dan perdagangan di
Singapura
vi. Jerman
– berusaha mendapatkan Pulau Langkawi daripada Siam
vii. Amerika Syarikat
– ingin bertapak di Terengganu
viii. Rusia
– berhasrat membuka petempatan di Ujung Salang

Cara British Menghalang Pengaruh Eropah di Tanah Melayu


i. British Menandatangani Perjanjian Sulit 6 April Dengan Siam
• tujuan menghalang Siam menyerah dan membenarkan mana-mana kuasa lain bertapak di Siam
• syarat-syarat perjanjian;
• Siam tidak akan menyerahkan Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis kepada mana-mana kuasa lain
tanpa izin British
• British mengakui hak Siam ke atas negeri-negeri tersebut
• British akan membantu Siam jika diserang musuh
• kesan perjanjian;
• gagal menghalang sultan setiap negeri dari menjalinkan hubungan dengan kuasa-kuasa lain
• contoh: - tahun 1897 Sultan Kelantan memberi konsesi tanah seluas 776 996 hektar kepada Duff
Development Company untuk melombong emas
• Sultan Terengganu menerima permohonan Amerika Syarikat untuk membuka petempatan di Pulau
Redang
ii. Menandatangani Perisytiharan Rritish-Siam 1902
• tujuan untuk menghalang perluasan kuasa Barat lain
• syarat-syarat perjanjian;
• British mengiktiraf NNMU dibawah naungan Siam
• rakyat British dilantik oleh kerajaan Siam sebagai penasihat sultan iaitu Kelantan (W.A. Graham),
Kedah ( Meadowe Frost) dan Perlis (H.E. Duke)
• Kelantan dan Terengganu tidak dibenarkan memberi konsesi kepada kuasa asing
• kesan-kesan perjanjian;
• British berjaya mengukuhkan pengaruh di NNMU

iii. Menandatangani Perjanjian Bangkok 1909 (British-Siam)


• tujuan untuk British terus menghalang kuasa Barat lain
• syarat-syarat perjanjian;
• Siam menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada British
• Siam tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran British
• British menyerahkan Hak Wilayah Asingan kepada Siam
• kesan-kesan perjanjian;
• NNMU diserahkan kepada British
• Raja-Raja Melayu tidak dibawa berunding dan terpaksa akur dengan keputusan perjanjian

Penasihat British Mengancam Kedaulatan Negeri-Negeri Melayu Utara


(Teks m/s: 58-62)

(i) Penasihat British di Kedah


• Sultan Abdul Hamid Halim Shah tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok 1909
• Baginda enggan menerima penasihat British
• tahun 1910 British tetap melantik penasihat British iaitu George Maxwell
• George Maxwell mengukuhkan kuasa dengan melaksanakan pentadbiran Barat di Kedah
• tindakan George Maxwell itu menimbulkan konflik dengan anggota majlis Mesyuarat Negeri pimpinan
Tunku Mahmud
• berlaku percanggahan pentadbiran di Kedah antara Tunku Mahmud dengan George Maxwell
• Tunku Mahmud berjaya mengekalkan identiti Kedah melalui tindakan mahkamah
• Tunku Mahmud menentang tindakan George Maxwell mengibarkan bendera Union Jack dikediamannya

Usaha-Usaha Tunku Mahmud Mengekalkan Identiti Kedah


• menggunakan Bahasa Melayu dalam surat rasmi dan perundangan
• surat rasmi tidak perlu ditapis
• penggunaan kalendar Hijrah
• cuti umum pada hari Jumaat
• melantik orang Melayu dalam pentadbiran Kedah

Usaha-Usaha George Maxwell Menerapkan Pengaruh barat Dalam Pentadbiran Kedah


• menggunakan bahasa Inggeris dalam surat rasmi dan perundangan
• surat rasmi ditapis oleh Penasihat British
• menggunakan kalendar Masehi
• cuti umum pada hari Ahad
• pelantikan pegawai British dalam pentabiran Kedah

(ii) Penasihat British di Perlis


• Raja Syed Alwi membantah tindakan Siam menyerahkan Perlis kepada British
• Baginda enggan menerima Penasihat British
• British tidak peduli (degil)
• Kapten Meadowe Frost dilantik sebagai Penaihat British
• cara untuk mengukuhkan kuasa di Perlis;
iv. Menggubal undang-undang
v. Memperkenalkan jabatan-jabatan baru seperti Jabatan Hasil dan Cukai, Mahkamah Tinggi dan
Mahkamah Kadi
vi. Menguasai Jabatan Kewangan sebagai strategi menguasai pentadbiran Perlis

(iii) Penasihat British di Kelantan


• tahun 1910 Sultan Muhammad IV terpaksa menandatangani perjanjian dengan British
• tujuan untuk menempatkan Penasihat British di Kelantan
• J.S. Mason dilantik sebagai Penasihat British
• perubahan-perubahan yang berlaku ialah;
- tahun 1915 kuasa mentadbir jajahan diambil alih oleh pegawai-pegawai British
- British menguasai jabatan-jabatan baru seperti Mahkamah Tinggi, Jabatan Polis dan Pejabat Tanah
• kesan-kesan;
- pentadbiran Kelantan dikuasai sepenuhnya oleh British

(iv) Penasihat British di Terengganu


• Sultan Zainal Abidin II tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok
• Baginda menolak pelantikan Penasihat British
• Sultan Zainal Abidin II menemui Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura untuk membuat bantahan
• tahun 1910 British tetap melantik W.L. Conlay sebagai wakil British
• bidang kuasa terhad dalam menguruskan hal ehwal luar Terengganu sahaja
• tahun 1911 Sultan Zainal Abidin II menggubal perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Terengganu
• tujuan adalah untuk memelihara kedaulatan dan kemerdekaan Terengganu
• tahun 1918 Sultan Muhammad II memerintah Terengganu
• tahun 1919 British mendesak supaya menandatangani perjanjian di Singapura
• British melantik J.L. Humphreys sebagai Penasihat British
• Sultan Muhammad II turun takhta kerana enggan tunduk kepada tekanan British
• British menguasai kesemua jabatan penting kerajaan Terengganu seperti Jabatan Kastam, Jabatan
Perubatan, Jabatan Kerja raya dan Jabatan Tanah dan Galian

Sebahagian Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu


( Ittiqan – ilmuluk bi – ta’dil ilsuluk)
• sultan tidak boleh menyerahkan Terengganu kepada mana-mana kuasa asing
• mustahak ke atas raja bermesyuarat
• hak Raja dan Menteri Besar dalam memilih Jemaah Menteri

3.3 Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British


(Teks m/s: 63-70)
• Johor adalah negeri Melayu terakhir menerima Penasihat British
• Johor mengamalkan dasar persahabatan dengan British
• Johor berjaya mengekalkan kedaulatan hingga tahun 1914
• Sebab-sebab;
a. Kebijaksanaan pemerintah
b. Pengenalan sistem birokrasi moden
c. Kestabilan dan kemakmuran ekonomi
• antara pemimpin-pemimpin Johor yang berwibwa ialah;
i. Temenggung Daeng Ibrahim (1825-1826)
ii. Sultan Abu Bakar (1862-1895)

Temenggung Daeng Ibrahim (1825-1862)


• tahun 1825 Temenggung Abdul Rahman mangkat dan digantikan puteranya Daeng Ibrahim sebagai
Temenggung Johor
• berkhidmat di bawah Sultan Hussein dan Sultan Ali
• tahun 1855 satu Perjanjian Persahabatan ditandatangani antara Temenggung Daeng Ibrahim dengan
Sultan Ali
• Temenggung Daeng Ibrahim diberi kuasa menjadi pemerintah Johor kecuali di wilayah Kesang (di
bawah Sultan Ali)
• antara kewibawaan Temenggung Daeng Ibrahim ialah;
- menjalankan pentadbiran dengan cekap
- mengasaskan pusat pentadbiran baru di Tanjung Puteri
- memajukan ekonomi Johor dengan cara menggalakkan kemasukan orang Cina dari Singapura untuk
mengusahakan lading lada hitam melalui Sistem Kangcu

Syarat-Syarat Persetiaan Antara Temenggung daeng Ibrahim Dengan Sultan Ali (Mac 1855)
• Sultan Ali diiktiraf sebagai Sultan Johor tetapi gelaran itu tidak boleh diwariskan kepada keturunan
baginda
• Kawasan pemerintahan Sultan Ali di wilayah Kesang

Sistem Kangcu
• diperkenalkan oleh Temenggung Daeng Ibrahim tahun 1833
• kangcu asalnya daripada perkataan Cina iaitu Tuan Sungai
• Sistem Kangcu melibatkan;
f. Orang Cina diberi Surat Kebenaran iaitu Surat Sungai untuk menetap dan mengusahakan pertanian di
tebing sungai
g. Kawasan lading dikenalisebagai ‘Kangkar’ atau Kaki Sungai
h. Setiap kangkar diketuai oleh seorang kangcu yang memerintah dan memungut cukai
i. Tanaman adalah seperti lada hitam dan gambir
j. Hasil tanaman dikenakan cukai (sumber pendapatan kerajaan Johor)

Sultan Abu Bakar : Bapa Pemodenan Johor (1862-1895)


• tahun 1862 naik takhta Johor selepas kemangkatan ayahandanya
• diberi gelaran Datuk Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor
• sering ke England untuk mempelajari cara pentadbiran terbaik bagi membangunkan Johor
• tahun 1868, Ratu Great Britain mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Sultan Abu Bakar
• tahun 1885, satu Perjanjian Persahabatan ditandatangani antara Johor dengan British
• persetujuan dicapai tentang;
v. Johor diiktiraf negeri bebas dan berdaulat
vi. Maharaja Abu Bakar diiktiraf Sultan Johor (setelah Sultan Ali dari keturunan Bendahara mangkat
tahun 1877)
vii. Kedudukan Sultan Johor lebih tinggi daripada Pesuruhjaya Tinggi di Singapura
viii. Sultan Abu Bakar boleh berhubung terus dengan kerajaan British di London tanpa melalui
Pesuruhjaya Tinggi
• kesan-kesan persetujuan;
a. Sultan Abu Bakar berjaya menyekat kuasa British terhadap Johor
b. Sultan Abu Bakar menerima seorang Konsul British bukannya Penasihat British

Usaha-Usaha Pemodenan oleh Sultan Abu Bakar


(f) Memodenkan pentadbiran Johor dengan mengadakan mahkamah, perkhidmatan pos dan jabatan
Kerja Raya
(g) Menjaga kebajikan rakyat dengan membina sekolah, hospital dan jalan raya
(h) Menjaga keamanan negeri dengan menubuhkan pasukan polis dan tentera
(i) Memantapkan ekonomi Johor dengan cara meneruskan Sistem Kangcu dan menjadi pengeksport lada
hitam dan gambir terbesar dunia
(j) Mengisytiharkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor tahun 1895 yang merupakan perlembagaan
bertulis pertama dan menjadi asas kepada pembentukan institusi Raja Berperlembagaan

Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor


(e) Sultan tidak boleh menyerahkan Johor kepada kuasa asing
(f) Ditubuhkan Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri
(g) Anggota Majlis Mesyuarat Menteri dilantik daripada orang Melayu dan bertanggungjawab menasihati
sultan dalam pentadbiran
(h) Ahli Majlis Mesyuarat Negeri terdiri daripada rakyat Johor yang berperanan menggubal undang-
undang

Kesan-Kesan Kebijaksanaan Sultan Abu Bakar


(e) Digelar ‘Bapa Pemodenan Johor’ kerana membawa banyak perubahan dalam pentadbiran dan
pembangunan Johor
(f) British tidak dapat menggugat kemerdekaan Johor
(g) Johor aman dan makmur
(h) Ketokohan Sultan Abu Bakar dihormati pemerintah British

Pemimpin Johor Yang Berwibawa


• pembangunan dan pemodenan Johor akibat persepakatan antara sultan dan pembesar
• kepintaran dalam pentadbiran menyebabkan British tidak mempunyai alas an untuk campur tangan
• antara pemimpin terkemuka Johor ialah;
i. Dato’ Abdul Rahman bin Andak
ii. Dato’ Jaafar bin Muhammad
iii. Dato’ Muhammad Salleh bin Perang
iv. Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi

Dato’ Jaafar bin Muhammad


• Merupakan Setiausaha kerajaan Johor pertama (1868)
• Menteri Besar Johor pertama (1882-1919)
• Digelar Datuk Bentara
• Beliau mewajibkan semua pegawai British di Johor↓ memakai pakaian rasmi Johor
• Bendera Union Jack iaitu bendera rasmi British dikibar lebih rendah daripada bendera Johor demi
maruah dan kedaulatan Johor
• Surat rasmi dalam bahasa Melayu bagi memartabatkan bahasa Melayu

Dato’ Abdul Rahman bin Andak

• Merupakan Setiausaha Sulit Sultan Johor (1885)


• Setiausaha Kerajaan Johor (1893-1909)
• Digelar Dato’ Seri Amar Diraja
• Berperanan dalam hal ehwal hubungan luar negeri
• Bertanggungjawab mengawal hubungan Johor-British
• Tahun 1888 menjadi perintis kepada penubuhan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Johor
(sebuah badan persuratan terulung tanah air)

Dato’ Muhammad Salleh bin Perang


• Pernah memegang perlbagai jawatan dalam kerajaan
• Antaranya;
d. Pesuruhjaya Polis – untuk keamanan dan kestabilan Johor
e. Ketua jabatan Ukur – tugasnya melukis peta pembangunan Johor yang menunjukkan semua jalan yang
akan dimajukan dan melukis peta lengkap negeri Johor
f. Ketua Jabatan Tanah – merancang pembangunan di Muar, Endau, Segamat, Tangkak dan Batu Pahat
• Digelar sebagai Dato’ Bentara Luar

Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi


• Ketua Jabatan Pendidikan Johor yang pertama tahun 1883
• Mendidirkan banyak sekolah dan mendesak pendidikan wajib kepada rakyat Johor
• Dianugerahi Dato’ Bentara Dalam
• Digelar Bapa Pendidikan Melayu Johor
• Tahun 1893 dilantik sebagai Timbalan Menteri yang pertama

Johor Di ambang Penjajahan British


• sejak Perjanjian Persahabatan 1885 British menyusun strategi untuk menguasai Johor
• British bimbang Johor dikuasai kuasa Barat lain
• usaha dan muslihat British untuk menguasai Johor, antaranya;
i. British menubuhkan Lembaga Penasihat Johor
ii. Sultan Johor dinasihati supaya meminjam sebanyak 200,000 dolar dari Negeri-Negeri Selat
- tujuan untuk membina landasan keretapi dari Johor ke Singapura
- ia muslihat British untuk mengawal kewangan Johor
• muslihat British disedari oleh Dato’ Abdul Rahman Andak dengan menasihati sultan supaya tidak
menerima tawaran pinjaman British
• rancangan British berjaya digagalkan
• British menyedari kepintaran Dato’ Abdul Rahman Andak dan bukan mudah untuk campur tangan di
Johor
• British berusaha menyingkirkan Dato’ Abdul Rahman Andak
• tahun 1907 John Anderson iaitu Gabenor Negeri-Negeri Selat mencadangkan supaya Dato’ Abdul
Rahman Andak dibersarakan dan dihantar ke London
• British menggunakan peluang ini untuk menguasai Johor
• Sultan Ibrahim iaitu putera Sultan Abu Bakar terpaksa meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
bagi membolehkan British menjadi ahli Majlis Mesyuarat Negeri
• tahun 1914 British melantik Douglas Campbell sebagai Penasihat British di Johor

Lembaga Penasihat Johor


• ditubuhkan di London pada 1886
• Sultan Johor berhubung secara langsung dengan Pejabat Tanah Jajahan di London
• Dianggotai oleh orang British
• Fungsinya adalah untuk menguruskan hubungan luar Johor dan menasihati Sultan Johor tentang hal-
hal pentadbiran

-----------------------------------------------------

BAB 5 – KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT ‘SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH’
(SBUB)
• Sabah di bawah pengaruh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu
• Sabah menjadi tumpuan pedagang Barat kerana kedudukannya strategik dan kaya dengan hasil bumi

5.1 SBUB Bertapak Di Sabah


( Teks m/s: 102-104)
• Sabah menarik perhatian pelabur-pelabur Barat kerana potensi ekonomi
• antaranya kuasa Amerika Syarikat, Britain, Belanda dan Sepanyol
• syarikat-syarikat asing mula bertapak di Sabah

Amerika Syarikat
• tahun 1865 Sultan Brunei beri konsesi tanah di Sabah kepada wakil Amerika Syarikat iaitu W. L. Moses
• tempoh sewaan selama 10 tahun
• Moses menjual konsesi kepada The American Trading Company diketuai oleh J.W. Torrey dan T. B.
Harris
• Torrey gagal menanam kopi dan tebu di Kimanis
• Torrey menjual haknya kepada Von Overbeck

Britain
• Von Overbeck menghadapi masalah kewangan
• Tahun 1877 Overbeck meminjam wang daripada syarikat Alfred Dent dan Edward Dent
• Gabenor Labuan iaitu W. H. Treacher bersetuju membantu Overbeck memperbaharui tempoh pajakan
daripada Sultan Brunei dengan syarat syarikat yang ditubuhkan diletakkan di bawah kekuasaan British
• Tahun 1877 Sultan Brunei iaitu Sultan Abdul Mu’mein perbaharui pajakan dengan Overbeck dan Dent
melalui perjanjian
• Sultan Brunei serahkan tanah antara Teluk Kimanis dan Sungai Sibuku
• 1878 Overbeck dan Dent menandatangani perjanjian dengan Sultan Jamalul Alam (Kesultanan Sulu)
• Sultan Sulu serahkan kawasan dari Sungai Pandasan hingga ke Sungai Sibuku
• Tahun 1880 Overbeck menjual semua haknya kepada Alfred dan Edward Dent
• Dent tubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad
• Saham syarikat dijual kepada rakyat British bagi menambah modal perniagaan
• Persatuan berusaha mendapatkan Piagam Diraja daripada kerajaan British untuk mengukuhkan
kedudukan dan memajukan perniagaan
• November 1881 kerajaan British menganugerahkan piagam kepada Persatuan Sementara Borneo
Utara British Berhad
• Tahun 1882 syarikat itu dinamakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB)

Kesan Pemberian Piagam Diraja British Kepada SBUB


• SBUB berkuasa mentadbir Sabah
• Presiden pertama ialah Sir Rutherford Alcock
• Pengarah urusannya ialah Alfred Dent
• Brtish dapat memperluaskan pengaruh dan menghalang kuasa Barat lain bertapak di Sabah
• Tahun 1888 SBUB menandatangani Perjanjian Perlindungan Borneo Utara yang menjadikan Sabah
negeri naungan British
• British bertanggungjawab dalam hal ehwal luar Sabah

Syarat-Syarat Pemberian Piagam Kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad

• SBUB tidak boleh menyerahkan wilayah Sabah kepada sesiapa tanpa persetujuan kerajaan British
• SBUB mesti melantik pentadbir daripada pegawai yang diakui kerajaan British
• SBUB perlu memelihara agama, adat resam dan undang-undang penduduk tempatan
• SBUB hendaklah mentadbir Sabah dengan adil dan saksama
• SBUB mesti menerima nasihat daripada kerajaan British

5.2 SBUB Mengukuhkan Kuasa Di Sabah


(Teks m/s: 105-108)
• pemerintahan SBUB diketuai oleh gabenor W.H.Treacher
• gabenor dilantik oleh pengarah syarikat dengan persetujuan kerajaan British
• gabenor dibantu majlis Penasihat yang ditubuhkan tahun 1883
• ahli majlis ialah Setiausaha Kerajaan, Bendahari dan Ketua Pasukan Keselamatan
• pusat pentadbirannya di Sandakan
• SBUB menubuhkan jabatan kerajaan untuk melicinkan pentadbiran

Cara SBUB Mengukuhkan Kuasa dan Melicinkan Pentadbiran Sabah


(i) Menubuhkan Jabatan Kerajaan Dalam Pentadbiran
- antaranya Jabatan Pos, Jabatan Buruh, Jabatan Polis, Jabatan Kewangan dan Jabatan Tanah dan Ukur
- mempunyai Pegawai Daerah, Ketua Anak Negeri (digelar Orang kaya-Kaya – O.K.K. ) dan Ketua
Kampung

(ii) Membahagikan Sabah Kepada Beberapa Residensi / Daerah / Kampung


a) Peringkat Residensi
• pada peringkat awal Sabah dibahagi kepada dua residensi iaitu Residensi Pantai Barat dan Residensi
Pantai Timur
• tahun 1935 terdapat empat residensi iaitu Residensi Pantai Barat, Residensi Sandakan, Residensi
Tawau dan Residensi Pedalaman
• setiap residensi diketuai seorang Residen

b) Peringkat Daerah
• Setiap residensi pula dibahagi kepada beberapa daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah
(berbangsa Eropah)
• Terdapat sepuluh daerah iaitu daerah Alcock, Daerah Dewhurst, Daerah Keppel, Daerah Martin,
Daerah Myburgh, Daerah Dent, Daerah Clarke, Daerah Cunliffe, Daerah Mayne dan Daerah
Elphinstone
• Tahun 1915 jawatan Timbalan Penolong Pegawai Daerah diperkenalkan dan disandang oleh penduduk
tempatan
• Ketua Anak Negeri (Orang Kaya-Kaya – O.K.K.) tugasnya membantu Pegawai daerah dalam
pentadbiran
• Diberi surat kuasa yang membolehkan mereka menguruskan hal-hal berkaitan masyarakat tempatan

c) Peringkat Kampung
• SBUB melantik Ketua Kampung yang digelar Orang Tua
• SBUB mengekalkan penglibatan peribumi dalam pentadbiran kerana mereka memahami adat dan
budaya masyarakat tempatan
• SBUB tidak mempu menggaji ramai pegawai Eropah kerana menghadapi masalah kewangan

(iii) Melaksanakan Undang-Undang Barat dan Tempatan


• tujuan untuk menjaga keamanan negeri
• tahun 1900 diwujudkan Mahkamah Majistret dan Mahkamah Anak Negeri di Jesselton

a) Mahkamah Majistret
- dihakimi Pegawai Daerah
- mengendalikan kes-kes berat seperti kes bunuh, culik dan rompakan

b) Mahkamah Anak Negeri


- hakim dilantik dari kalangan Ketua Anak Negeri yang arif dalam bidang agama Islam dan adat
- mengendalikan kes-kes peribumi berkaitan undang-undang Islam dan adat

Organisasi Pentadbiran SBUB


• Lembaga Pengarah di London
• Gabenor di Sabah yang dinasihati oleh Majlis Penasihat
• Setiausaha Kerajaan yang bertanggungjawab kepada;
- Ketua-Ketua Jabatan (Pos, Buruh, Polis, Kewangan, Jabatan Tanah dan Ukur)
- Residen yang merupakan ketua pentadbir di peringkat residensi
- Pegawai Daerah merupakan ketua pentadbir di peringkat daerah
- tugasnya sebagai majistret, pemungut cukai, bendahari daerah dan pegawai buruh

• Ketua Anak Negeri pula tugasnya menjaga keamanan, menguruskan pembahagian tanah, mengutip
cukai dan memajukan pertanian
• Ketua Kampung pula tugasnya menguruskan hal ehwal kampung, menjaga keamanan, membantu
memajukan perdagangan, melaporkan kepada Pegawai Daerah tentang kes-kes kecurian, wabak
penyakit dan menjaga keselamatan kampung

5.3 SBUB Mengeksploitasi Hasil Bumi Sabah (Teks m/s: 109-114)


• matlamat SBUB menguasai Sabah adalah untuk membolot kekayaan ekonomi Sabah
• SBUB mengeksploitasi kekayaan Sabah seperti hasil-hasil tradisional, hasil pertanian dagangan,
pembalakan dan perlombongan

(i) Hasil-Hasil Tradisional Sabah


• SBUB memaksa penduduk tempatan menambah hasil keluaran tradisional
• Hasil jualan penduduk dikenakan cukai seperti cukai tanah, cukai kepala, lesen perahu dan senjata
• Tujuan cukai untuk mengatasi masalah kewangan SBUB
• Antara hasil-hasil utama;
a) Sarang burung
• eksport tradisional SBUB yang menguntungkan
• 1926 nilai eksport sebanyak 125 000 dolar
• kawasan utama ialah di Gua Gomantong, Gua Kuamut dan gua Magdalene

b) Pokok lanut
• dikenali sebagai abaka, manila hemp atau musa textiles
• hidup meliar di kawasan pamah dan lembah
• gentian pokok lanut dijemur sebelum diproses menjadi tali kapal
• di eksport ke Eropah

c) Rotan
• di eksport dalam bentuk perabot, tikar dan tongkat

d) Pokok sagu / rumbia


• merupakan tanaman tradisional Sabah
• hidup subur di kawasan berpaya di muara sungai
• harga sagu sangat mahal di pasaran dunia
• SBUB menggalakkan rakyat Sabah mengusahakannya secara komersial
• Sagu mentah dieksport ke Singapura dan Eropah
• 1888 nilai eksport sagu Sabah sebanyak 93 433 dolar

e) Hasil laut
• seperti mutiara, trepang dan sirip ikan yu
• diusahakan oleh masyarakat Bajau
• dieksport ke China

(ii)Hasil Pertanian Dagangan


• SBUB mengusahakan tanaman baru seperti getah dan tembakau
• Sabah mempunyai tanah luas dan subur

a) Tembakau
• tanaman dagangan yang penting
• tembakau Sabah diiktiraf terbaik di dunia
• daun tembakau digunakan untuk menghasilkan cerut
• mendapat pasaran tinggi di Belanda dan Amerika Syarikat
• SBUB mengecualikan cukai eksport kepada peladang tembakau bertujuan menggalakkan tanaman
tembakau
• Tahun 1890 terdapat 61 buah ladang tembakau di Sabah
• 1902 hasil eksport tembakau Sabah bernilai lebih 2 juta dolar
• Kawasan utama penanaman ialah di Pulau Banggi, Teluk Marudu, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan

b) Getah
• ladang-ladang getah dibuka di Beauford, Jesselton dan Tenom
• berkembang akibat pembinaan landasan kereta api
• SBUB memberi 4% dividen kepada pengusaha getah bertujuan menggalakkan penanamannya
• SBUB juga memberi pengecualian cukai eksport selama 50 tahun kepada pengusaha getah
• Buruh ladang getah dibawa masuk dari China dan Jawa
• Getah menjadi hasil eksport utama SBUB

(iii)Pembalakan
• SBUB menguasai hasil balak Sabah
• Kaya dengan sumber balak seperti seraya, ramin, kapur, belian dan meranti
• Kawasan pembalakan utama di Sandakan, Lahad Datu dan Tawau
• Tahun 1898 kilang memproses kayu balak kepunyaan SBUB dibina
• Buruh dibawa masuk dari Filipina dan Indonesia
• Hasil kayu balak dieksport ke China, Singapura, Britain dan Australia melalui pelabuhan Sandakan

(iv)Perlombongan
• SBUB giatkan perlombongan Sabah seperti emas, arang batu dan mangan

a) Emas
• tahun 1886 diusahakan oleh Orang Cina di Sungai Segama

b) Arang batu
• dilombong di Silimpopon dan Labuan
• Silimpopon mempunyai longgokan arang batu terbesar Asia Tenggara
• diusahakan oleh Syarikat Cowie Harbour Coal

c) Mangan
• diusahakan di Teluk Marudu oleh Syarikat British Borneo Exploration
• dieksport ke Britain

5.4 Perubahan Sosial SBUB Di Sabah (Teks m/s: 115-120)

• SBUB membangunkan kemudahan asas seperti landasan kereta api jalan raya, sekolah, hospital dan
telegraf
• tujuannya untuk kepentingan dan keuntungan SBUB

(i) Landasan kereta api


• 1896 landasan kereta api pertama dari Weston ke Beauford sepanjang 32 km
• 1904 dibina landasan dari Jesselton yang dikenali sebagai North Borneo Railway
• 1905 landasan disambung dari Beauford ke Jesselton dan dari Tenom ke Malalap
• tujuannya untuk memudahkan SBUB mengangkut hasil keluaran di bahagian pedalaman ke pelabuhan

(ii)Jalan raya
• SBUB menumpukan pembinaan jalan raya di bandar-bandar besar seperti Jesselton, Sandakan, Lahad
Datu, Kudat dan Tawau
• tujuannya untuk menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi dengan bandar dan pelabuhan
• 1930-an perhentian motokar dan bas dibina di Kota Kinabalu

(iii)Pengangkutan air
• 1890 Syarikat Perkapalan Straits Steamship memulakan perkhidmatan
• tujuannya untuk mengangkut penumpang dan barangan

(iv)Pendidikan
• SBUB kurang memberi perhatian
• SBUB hanya menyediakan pendidikan di peringkat rendah kerana kekurangan wang
• SBUB anggap bidang pendidikan tidak menguntungkan
• Kebanyakan sekolah dibina oleh mubaligh Kristian bagi tujuan menyebarkan agama Kristian
• antara sekolah yang wujud ialah Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu dan Sekolah Cina

a) Sekolah Inggeris
• 1883 sekolah Inggeris pertama iaitu Institut Byron dibina di Sandakan oleh mubaligh Roman Katolik
• tahun 1887 Sekolah St. Mary ditubuhkan di Sandakan
• 1909 Jabatan Pelajaran ditubuhkan untuk menguruskan sekolah-sekolah di Sabah
• tahun 1939 terdapat 49 buah sekolah mubaligh dengan pelajar seramai 3700 orang

b) Sekolah Latihan
• dibina di Jesselton pada 1 Julai 1915
• merupakan sekolah latihan bagi anak-anak Ketua Anak Negeri
• dibina bertujuan untuk melatih anak-anak menjadi pegawai pentadbiran peringkat rendah
• bahasa pengantarnya ialah Bahasa Melayu
• dari segi kurikulum pelajar diajar tentang membaca, menulis dan mengira
• jawatan yang dikhaskan bagi lulusan sekolah ini ialah renjer, kerani dan Ketua Anak Negeri

c) Sekolah Melayu dan Bumiputera


• tahun 1921 sekolah Melayu pertama dibina di Kota Belud
• 1930 terdapat 10 buah sekolah Melayu bagi menampung 400 orang pelajar
• 1924 ditubuhkan Sekolah Bumiputera Keningau di Keningau

d) Sekolah Cina
• dibina sendiri oleh masyarakat Cina
• 1940 terdapat 11 000 pelajar berdaftar di sekolah Melayu, sekolah mubaligh dan sekolah Cina

(v)Pembinaan Hospital dan Pusat Kesihatan


• SBUB bina hospital di bandar-bandar besar seperti Jesselton, Sandakan, Beauford dan kudat
• 1924 Hospital Besar Tawau di bina
• 1940 terdapat 9 buah hospital dan 40 buah klinik di Sabah
• di kawasan luar bandar disediakan pusat-pusat kesihatan
• kelemahan – bilangan doktor tidak mencukupi
• perkhidmatan perubatan tidak dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Sabah

(vi)Kemunculan Bandar-Bandar Baru


• akibat daripada kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial
• bandar-bandar berkembang pesat sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan
• antaranya Sandakan, Kudat, Jesselton, Tawau dan Lahad Datu

a) Sandakan
• diasaskan William Pryer tahun 1879
• menamakannya sebagai Elopura bermaksud bandar yang cantik
• berkembang maju sebagai pusat pentadbiran, pelabuhan antarabangsa dan pusat pembalakan

b) Tawau
• sebuah pelabuhan yang terkenal di Pantai Timur Sabah
• eksport utamanya getah, abaka, mutiara dan kayu balak

c) Kudat
• tahun 1881 SBUB menjadikannya sebagai pusat pentadbiran yang pertama
• pedagang menetap dan membina kedai di Kudat
• gagal menarik ramai penduduk dan pedagang kerana keadaan geografinya tidak sesuai untuk
pertanian
• tahun 1884 SBUB memindahkan pusat pentadbirannya ke Sandakan

d) Jesselton
• diasaskan tahun 1900 oleh Charles Jessel
• nama asalnya Jessel Town sempena nama pengasasnya
• kemudiannya disingkatkan kepada Jesselton
• juga dikenali dengan nama Api-Api, Singga Mata atau Diasuka
• Jesselton maju kerana pembinaan landasan kereta api, perkembangan tanaman getah dan sebagai
pusat perdagangan dan pelabuhan penting
• 1967 nama Jesselton ditukar kepada Kota Kinabalu

Perubahan Sosial dan Kemajuan Lain


• pejabat pos
• 1883 SBUB mengeluarkan setem pertama Sabah
• tahun 1883 juga akhbar pertama di Sabah diterbitkan iaitu The North Borneo Herald
• 1890-an kontinjen polis tempatan ditubuhkan
• 1900 SBUB telah menubuhkan ‘Skuad Terbang’ untuk menjamin keselamatan dan dianggotai pegawai
polis tempatan
• 1903 loji air di Kota Kinabalu dibina untuk membekalkan air bersih
• tahun 1905 menara jam Jesselton dibina dan kekal hingga sekarang di Sabah

-----------------------------------------------------

BAB 6 – BRITISH MENGEKSPLOITASI EKONOMI (TANAH MELAYU, SARAWAK DAN SABAH)

6.1 Kegiatan Pertanian Dagangan (Teks m/s: 126-128)

- peringkat awal diusahakan jenis tanaman tradisional seperti lada hitam, gambir, buah pala, cengkih,
ubi kayu, tebu dan nanas
- diusahakan kerana mendapat pasaran yang baik
- British hanya menggalakkan peladang Eropah dan orang asing untuk mengusahakan pertanian
dagangan
- penduduk tempatan tidak digalakkan terlibat

a) Lada hitam dan gambir


- untuk tujuan eksport
- diusahakan di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak
- kurun ke-19 lada hitam dan gambir diperkenalkan di Johor melalui Sistem Kangcu
- di Johor tanaman ini diusahakan oleh orang-orang Cina dari Singapura
- tanaman ini menjadi hasil eksport penting Johor sehingga awal kurun ke-20
- gambir biasanya digunakan sebagai bahan pewarna dan mencelup sutera

b) Buah pala dan cengkih


- banyak ditanam di Pulau Pinang
- tanaman buah pala diutamakan kerana harganya lebih tinggi
- dieksport ke Eropah dan China
- cengkih yang dikeringkan sesuai dijadikan ubat
- 1850-an tanaman ini merosot kerana harganya tidak stabil

c) Tebu
- ladang tebu banyak dibuka di Seberang Perai dan Perak
- permintaan terhadap gula meningkat di pasaran dunia
- 1830-an Seberang Perai merupakan pusat pengeluaran gula utama di negeri-Negeri Selat
- tahun 1900 Perak mencul sebagai pusat pengeluar gula terbesar di Tanah Melayu
- gula menjadi eksport penting Tanah Melayu selama hampir 50 tahun

d) Ubi kayu
- meruapakan tanaman eksport penting Tanah Melayu
- banyakditanam di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor
e) Nanas
- industri mengetin nanas berpusat di Perak, Selangor dan Johor
- sebelum Perang Dunia II Tanah Melayu merupakan pengeksport nanas dalam tin kedua terbesar di
dunia

6.2 Tanaman Baru Memantapkan Ekonomi

(teks m/s: 128-129)

- kurun ke-20 tanaman dagangan tradisional kurang penting kerana harganya tidak stabil di pasaran
dunia
- British memperkenalkan tanaman baru seperti kopi, kelapa sawit, tembakau dan teh

a) Kopi
- diusahakan secara besar-besaran di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor
- harga kopi meningkat di pasaran dunia

b) Kelapa sawit
- berasal dari Afrika
- diperkenalkan di Kuala Selangor
- 1920-an minyak kelapa sawit mula dieksport
- ladang kelapa sawit dibuka di Perak dan Johor
- Johor menjadi pengeksport utama kelapa sawit

c) Tembakau
- ladang dibuka di Pulau Pinang dan Pahang

d) Teh
- diusahakan di Cameron Highlands, Pahang
- teh yang dihasilkan di Tanah Melayu bermutu tinggi dan dikenali sebagai ‘Teh Ceylon’

6.3 Perkembangan Perusahaan Getah (Teks m/s: 130-133)

- akhir kurun ke-19 harga kopi jatuh di pasaran dunia


- getah diperkenalkan sebagai tanaman pilihan untuk memulihkan ekonomi
- kurun ke-20 getah menjadi eksport penting Tanah Melayu

(i) Sejarah Asal-Usul Getah


- berasal dari Brazil
- getah di Tanah Melayu dari jenis Hevea Brasiliensis
- tahun 1876 sebanyak 70 000 biji getah dari Brazil dibawa ke England oleh Henry Wickham
- kemudian disemai di Kew Garden, England
- sebanyak 300 benih getah dihantar ke negara-negara naungan british terutamanya Sri Lanka
- 1877 sebanyak 22 batang anak getah dibawa ke Singapura dan ditanam di Botanical Garden
- dari Singapura beberapa batang anak getah dibawa ke Kuala Kangsar dan ditanam di halaman
kediaman Residen Perak
- Pengarah Botanical Garden Singapura iaitu H.N.Ridley yang bertanggungjawab menggalakkan
tanaman getah di Tanah Melayu

(ii)Perkembangan Getah
- awal kurun ke-20 harga getah melambung tinggi di pasaran dunia
- permintaan meningkat kerana perkembangan perusahaan membuat motokar di Eropah dan Amerika
Syarikat
- ladang-ladang getah dibuka besar-besaran di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor
- 1920-an Tanah Melayu menghasilkan 53% daripada jumlah pengeluaran getah dunia
- Tanah Melayu muncul pengeluar getah terbesar dunia
- Syarikat-syarikat Eropah menguasai perusahaan getah di Tanah Melayu seperti Sime Darby, Guthrie,
Harrisons and Crosfield dan United Plantation
- Penduduk tempatan mengusahakan tanaman secara kebun kecil
Faktor-Faktor Perkembangan Perusahaan Getah

a) Permintaan Getah Meningkat


- diperlukan dalam perusahaan membuat motokar di Amerika Syarikat dan Eropah
- diperlukan untuk membuat kasut, pakaian, tayar kenderaan, alat perubatan dan penebat elektrik

b) Kejatuhan Harga Kopi


- harga kopi jatuh kerana pengeluaran berlebihan di Brazil dan serangan serangga perosak
- peladang terpaksa beralih kepada tanaman getah

c) Tenaga Buruh Mencukupi


- buruh dari India dibawa masuk secara besar-besaran untuk bekerja di ladang-ladang getah

d) Usaha H.N.Ridley
- memperkenalkan kaedah menoreh mengikut sistem ‘ibedem’ atau sistem tulang ikan herring
- kaedah torehan ini meningkatkan pengeluaran susu getah

e) Pelaburan Modal
- banyak syarikat besar Eropah melabur dalam perusahaan getah di Tanah Melayu seperti Sime Darby
dan Guthrie

f) Cukai Rendah
- British mengenakan cukai tanah dan cukai eksport yang rendah
- Tujuannya untuk menggalakkan ladang-ladang baru dibuka

Sebab-Sebab Kejatuhan Perusahaan Getah


- tahun 1920-1930-an berlaku zaman kemelesetan ekonomi dunia
- harga getah jatuh dan memberi kesan kepada perusahaan getah

Langkah-Langkah Menstabilkan Harga Getah


- diperkenalkan Rancangan Stevenson dan Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa

a) Rancangan Sekatan Stevenson 1922


- tujuan untuk mengurangkan pengeluaran dan meningkatkan harga getah
- disertai negara naungan British seperti Tanah Melayu dan Sri Lanka
- Belanda dan Indonesia enggan menyertai rancangan ini sebaliknya terus meningkatkan pengeluaran
getah
- tahun 1928 rancangan ini ditamatkan oleh British apabila gagal mencapai matlamat

b) Perjanjian Peraturan getah Antarabangsa 1934


- tujuan untuk mengurangkan pengeluaran getah dan menstabilkan harga
- disertai oleh Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sri Lanka, India, Myanmar, Indonesia, IndoChina dan
Thailand
- setiap negara dikehendaki mengurangkan pengeluaran mengikut kuota yang ditetapkan
- berjaya meningkatkan semula harga getah di pasaran dunia sebelum Perang Dunia II

Pengeluaran Getah Tiruan


- Amerika Syarikat memperkenalkan getah tiruan selepas Perang Dunia II
- menjadi pesaing kepada getah asli
- dihasilkan apabila bekalan getah asli dunia terputus akibat Perang Dunia II
- getah asli keluaran Tanah Melayu bermutu tinggi dan dapat menandingi getah tiruan

6.4 Perkembangan Perusahaan Perlombongan

(Teks m/s: 134-138)

- British memajukan kegiatan perlombongan


- Hasil galian adalah seperti bijih timah, emas, arang batu, bauksit, bijih besi dan ilmanit
a) Emas
- 1890-an dilombong secara komersial di raub, Pahang
- Raub merupakan kawasan lombong emas terbesar Tanah Melayu
- diusahakan oleh syarikat dari Australia
b) Arang batu
- dilombong di Batu Arang, Selangor
- digunakan sebagai bahan api

c) Bauksit
- sejenis logam yang digunakan untuk membuat aluminium
- dilombong di Bukit Pasir dan Teluk Ramunia di Johor, Teluk Emas di Melaka

d) Bijih besi
- dilombong di Bukit Besi, Terengganu dan Rompin, Pahang
- lombong bijih besi juga dibuka di Kedah, Perak dan Johor

e) Ilmanit
- galian yang dikeluarkan sebagai hasil sampingan perlombongan bijih timah
- dihasilkan di batang Padanf, Perak

Perkembangan Perlombongan Bijih Timah


- bijih timah merupakan galian terpenting di Tanah Melayu
- British menguasai Tanah Melayu adalah juga kerana bijih timah
- Sebelum dieksport bijih timah diproses menjadi jongkong timah
- Perkembangannya dapat dilihat dalam dua peringkat iaitu peringkat sebelum dan selepas campur
tangan British

a) Peringkat Sebelum Campur Tangan British di Tanah Melayu


- kegiatan melombong adalah bercorak tradisional
- diusahakan oleh orang Melayu
- menggunakan cara mendulang dan melampan
- tahun 1820-an orang Cina dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah kepunyaan pembesar melayu
di daerah Lukut, Sungai Ujong, Larut dan Klang
- orang Cina dan Eropah dibenarkan membuka lombong bijih timah dengan memajak tanah daripada
pembesar-pembesar Melayu

b) Peringkat Selepas Campur Tangan British di Tanah Melayu


- perlombongan bijih timah semakin berkembang dengan penglibatan orang Cina
- banyak lombong baru dibuka di Ampang, Kuala Lumpur dan di Lembah Kinta, Perak
- orang Cina memperkenalkan sistem lombong dedah, pam kelikir dan palung
- akhir kurun ke-19 orang Cina menguasai kegiatan melombong bijih timah

Faktor-Faktor Perkembangan Bijih Timah


- akhir kurun ke-19 Tanah Melayu merupakan penyumbang utama bijih timah dunia iaitu sebanyak 55%
- perkembangannya adalah kerana faktor seperti Revolusi Perindustrian dan kaedah melombong yang
lebih moden

a) Revolusi Perindustrian di Eropah


- permintaan bijih timah semakin meningkat
- bijih timah digunakan dalam perusahaan mengetin makanan

b) Kaedah Melombong Bijih Timah Lebih Moden


- diperkenalkan oleh syarikah-syarikat Eropah awal kurun ke-20
- menggunakan kapal korek untuk menghasilkan lebih banyak bijih timah
- tahun 1912 kapal korek pertama kali digunakan oleh Syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah,
Perak
- pada tahun 1929 terdapat 107 buah kapal korek di Tanah Melayu
- 1930-an orang Eropah menguasai perusahaan bijih timah sebanyak 68%

Kejatuhan Harga Bijih Timah dan Langkah Mengatasi


- 1930-an harga bijih timah jatuh akibat kemelesetan ekonomi dunia
- 1931 ditandatangani Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa sebagai langkah memulihkan semula
harga bijih timah
- negara-negara terlibat ialah Tanah Melayu, Bolivia, Nigeria dan Indonesia
- semua negara bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran bijih timah
- hasilnya pada tahun 1934 Majlis Bijih Timah Antarabangsa ditubuhkan
- tujuan untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah
- kesannya dapat menstabilkan semula harga bijh timah

6.5 Pengeluaran Hasil Hutan

(Teks m/s: 139-141)

- Tanah Melayu kaya dengan hasil hutan seperti kayu-kayan, rotan, damar, madu lebah, kapur barus,
getah perca dan getah jelutung
- diusahakan secara tradisional melalui kegiatan meramu
- semasa pentadbiran British hasil-hasil ini menjadi kegiatan ekonomi bercorak komersial
- british menggalakkan pengeluaran hasil hutan untuk dieksport ke China, Amerika Syarikat dan Eropah
- tahun 1901 Brritish menubuhkan Jabatan Perhutanan
- tujuan untuk menguruskan pengeluaran hasil hutan dengan lebih sistematik

a) Damar
- diperoleh daripada getah pelbagai jenis pokok di hutan
- damar digunakan untuk menutup renggangan pada papan perahu
- dieksport untuk dijadikan varnis iaitu bahan untuk menggilap permukaan papan atau rotan

b) Getah perca
- diperoleh daripada pokok getah perca yang tumbuh dalam hutan
- digunakan untuk membuat peralatan bedah, bola golf dan bahan penebat kabel telegraf dasar laut
- untuk mendapatkan getah perca batang pokok ditetak bagi mengeluarkan susunya
- kemudian susu dikumpul dalam bekas dan dibentuk menjadi bebola atau jongkong

c) Getah jelutung
- kegunaannya untuk dijadikan ramuan getah pengunyah dan sebagai pelekat dalam industri gigi palsu
- tahun 1920-an getah jelutung dikumpul menggunakan tabung buluh
- ia biasanya dieksport

d) Rotan
- dihasilkan untuk kegunaan dalam negeri dan juga banyak dieksport ke China
- kegunaan rotan untuk dijadikan bakul, tikar ,tongkat, tangkai payung dan perabot

e) Pembalakan
- banyak dieksport ke China dan Britain
- antara kayu balak yang diusahakan ialah cengal, meranti dan keruing
- digunakan sebagai bahan binaan, membuat perabot dan perahu
- 1928 British memperkenalkan lesen kilang papan untuk mengawal kegiatan pembalakan dan industri
berasaskan kayu

Kegiatan Dwiekonomi
- diperkenalkan oleh British terhadap penduduk di Tanah Melayu
- ia melibatkan kegiatan ekonomi dagangan dan ekonomi tradisional

a) Ekonomi Dagangan
- British lebih mengutamakan ekonomi dagangan seperti kegiatan perlombongan, perladangan dan
perdagangan
- dimajukan terutama di kawasan pantai barat Tanah Melayu
- dijalankan secara besar-besaran menggunakan teknologi moden dan disokong kemudahan asas yang
baik seperti sistem perhubungan dan pengangkutan yang teratur
- lebih berorientasikan eksport
- dikuasai syarikat asing khususnya syarikat Eropah
- tertumpu pada perlombongan bijih timah dan perusahaan getah
- melibatkan tenaga buruh yang ramai
- melibatkan pelaburan modal yang besar
- teknologi moden seperti mesin hidraulik banyak digunakan dalam kegiatan perlombongan bijih timah

b) Ekonomi Tradisional
- kegiatan ekonomi tradisional ini diabaikan oleh british
- diusahakan oleh orang Melayu di luar bandar
- bercorak sara diri
- tertumpu pada kegiatan menanam padi dan menangkap ikan
- menggunakan peralatan tradisional seperti kerbau untuk membajak sawah padi
- melibatkan modal kecil

Kesan Kegiatan Dwiekonomi


- berlaku perkembangan tidak seimbang
- mewujudkan jurang ekonomi antara masyarakat bandar dengan masyarakat luar bandar

6.6 Perkembangan Ekonomi Membawa Perubahan

(Teks m/s: 142-158)

- kemajuan pesat ekonomi terutama perlombongan bijih timah dan perusahaan getah membawa
pelbagai perubahan
- perubahan dialami antaranya penggunaan buruh-buruh luar, kemajuan pengangkutan dan
perhubungan, kemudahan sosial, pendidikan vernakular dan kemunculan bandar-bandar baru

i) Penggunaan Buruh Luar


- British menggalakkan kemasukan imigran Cina dan India
- tujuan sebagai tenaga buruh di lombong bijih timah dan ladang getah
- British memastikan ia mencukupi demi kepentingan British untuk membolot kekayaan Tanah Melayu

a) Orang Cina
- dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah di Perak, Selangor dan negeri Sembilan
- berasal dari China Selatan
- kebanyakan dibawa masuk melalui Sistem Kontrak
- ada juga yang datang ke Tanah Melayu secara persendirian dan bekerja di sektor pertanian dan
menjadi pekerja mahir di bandar

Sistem Kontrak
- orang Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui majikan
- tambang perjalanan dibayar oleh majikan
- majikan juga menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal
- mereka dikehendaki bekerja dengan majikan sehingga hutang tambang selesai
- selepas tamat kontrak mereka bebas bekerja dengan majikan lain

b) Orang India
- dibawa masuk bekerja di ladang-ladang getah
- berasal dari selatan India
- dibawa masuk melalui Sistem Kangani
- ada juga orang India bekerja membina jalan kereta api, jalan raya dan menjadi buruh di bandar dan
pelabuhan

Sistem Kangani
- kangani bermaksud penyelia atau ketua pekerja di ladang getah
- kangani ini dihantar oleh pemilik ladang ke India untuk mencari tenaga buruh
- kangani menguruskan tambang dan perjalanan buruh-buruh sehingga selamat tiba di ladang majikan
- kangani dibayar komisen berdasarkan jumlah buruh yang dapat dibawa masuk
- buruh-buruh dibayar gaji tetap dan diletakkan di bawah jagaan kangani
- buruh dikehendaki bekerja dengan pemilik ladang sehingga segala hutang tambang selesai

Kesan Kemasukan Buruh


- mewujudkan pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi seperti
- orang Cina - tinggal di kawasan lombong dan di bandar
• bekerja sebagai pelombong dan peniaga
- orang India – tinggal dan bekerja di ladang getah
- orang Melayu – tinggal di kawasan luar bandar (desa)
- menjalankan kegiatan pertanian bercorak tradisional dan nelayan
- masyarakat peribumi terus terpinggir dan terpisah daripada arus perkembangan ekonomi
- dasar British mewujudkan jurang ekonomi antara kaum
- mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang terdiri daripada pelbagai keturunan yang
mengamalkan cara hidup, bahasa dan agama yang berbeza

Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan


- British memerlukan sistem pengangkutan dan perhubungan yang cekap dan pantas
- tujuan untuk membawa hasil ekonomi terutama bijih timah dan getah ke pelabuhan untuk dieksport
- pengangkutan seperti landasan kereta api dan jalan raya
- perhubungan seperti perkhidmatan pos, telegraf dan telefon

a) Perkembangan Landasan Kereta api


- perkhidmatan kereta api diperkenalkan di Tanah Melayu akhir kurun ke-19
- terdapat tiga fasa perkembangan;

Fasa Pertama (1885-1896)


- dibina untuk keperluan perlombongan bijih timah
- landasan kereta api yang pendek dibina menghubungkan kawasan lombong dengan pelabuhan
- tujuan memudahkan bijih timah dieksport
- antara landasan kereta api yang dibina ialah dari
- Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang
- Kuala Lumpur ke Port Swettenham (Pelabuhan Klang)
- Seremban ke Port Dickson
- Ipoh dan batu Gajah ke Teluk Anson (Teluk Intan)
- tahun 1886 landasan kereta api dari Kuala Lumpur ke Klang telah dirasmikan yang dihadiri oleh Sultan
Abdul Samad dan Frederick Weld, Gabenor Negeri-Negeri Selat

Fasa Kedua (1897-1909)


- tiga tujuan pembinaan landasan kereta api pada peringkat ini iaitu;
- untuk menghubungkan kawasan utara dengan selatan apabila Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
ditubuhkan
- untuk memenuhi keperluan ekonomi seperti bijih timah dan getah yang semakin berkembang pesat
- untuk memudahkan pentadbiran British
- tahun 1903 kereta api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan
- ditukar nama kepada Kereta Api Tanah Melayu – KTM tahun 1948
- hari ini dikenali sebagai Kereta Api Tanah Melayu Berhad – KTMB

Fasa Ketiga (1910-1931)


- landasan kereta api dibina selepas British berjaya memperluaskan pengaruhnya di negeri-Negeri
Melayu Tidak Bersekutu
- tujuannya adalah untuk;
- menghubungkan seluruh Tanah Melayu (hanya Terengganu yang tiada landasan kereta api)
- sebagai pengangkutan awam bagi penduduk Tanah Melayu
- memenuhi keperluan ekonomi dan pentadbiran British

Perkembangan Jalan raya


- peringkat awal jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan lombong bijih timah dan pertanian
dengan stesen kereta api
- jalan raya telah dibina menghubungkan Kuala Lumpur dengan Ipoh dan Seremban
- awal kurun ke-20 rangkaian jalan raya meningkat akibat meningkatnya penggunaan kenderaan
bermotor seperti kereta, lori dan bas
- jalan-jalan yang sedia ada diturap untuk disesuaikan dengan kenderaan bermotor
- banyak jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi dengan pelabuhan dan
untuk menghubungkan bandar-bandar besar dengan bandar-bandar kecil
- tahun 1939 terdapat satu jaringan jalan raya yang menghubungkan seluruh Tanah Melayu
- tumpuan jalan raya adalah di kawasan yang mempunyai kepentingan ekonomi dan memudahkan
pentadbiran British

Kemajuan Pengangkutan Laut dan Udara


- kemajuan ekonomi membawa kepada pengenalan perkhidmatan kapal wap dan kapal terbang

Kapal Wap
- tahun 1890 Syarikat Straits Steamship ditubuhkan di Singapura
- tujuan untuk memberi perkhidmatan kapal wap kepada pelabuhan di Negeri-Negeri Melayu
- kapal susur pantai ini membawa bekalan makanan, jentera dan buruh untuk perusahaan
perlombongan bijih timah
- contoh: kapal wap The SS Perak memberikan perkhidmatan dari Singapura ke Pelabuhan Klang

Kapal Terbang
- tahun 1937 perkhidmatan penerbangan awam diperkenalkan oleh Syarikat Wearne Air Service iaitu
hak milik Wearne bersaudara
- syarikat ini beribu pejabat di Singapura
- memulakan penerbangan dalam negeri antara Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
- kapal terbang pertama yang digunakan oleh Syarikat Wearne adalah dari jenis kipas dua iaitu
D.H.Rapides

Kemajuan Sistem Perhubungan


- antara yang ditekankan ialah sistem pos dan telegraf, telefon dan radio
- tujuan supaya perhubungan antara negeri di Tanah Melayu dengan negeri-negeri lain dapat dibuat
dengan pantas
- mula diperkenalkan di kawasan kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pelabuhan seterusnya
berkembang ke kawasan petempatan
- tahun 1870-an pejabat pos dan telegraf dibina di Taiping, Perak
- kurun ke-20 setiap daerah di Perak boleh menghubungi Taiping melalui Telegraf
- tahun 1910 pejabat pos dan telegraf dibina di Pulau Pinang

Kemajuan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemudahan Asas Lain

a) Perkhidmatan Kesihatan
- masalah kesihatan wujud akibat daripada pertambahan penduduk yang pesat, pembukaan kawasan
hutan untuk kegiatan ekonomi dan petempatan baru
- persekitaran tempat kerja dan kediaman yang kotor menyebabkan penyakit seperti taun, beri-beri dan
malaria mudah merebak
- penyakit malaria dan beri-beri dianggap penghalang pada perkembangan ekonomi British kerana
menyebabkan banyak kematian di kalangan buruh Cina dan India
- British mengambil langkah mendirikan hospital, pusat perubatan dan Institut Penyelidikan Perubatan
untuk mengatasi masalah kesihatan
- tahun 1889 hospital kerajaan terawal didirikan di jalan Tanglin (Kuala Lumpur) di Taiping dan Pulau
Pinang
- pusat-pusat kesihatan kecil juga didirikan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang untuk
memudahkan penduduk di luar bandar
- 1890 Lembaga Kesihatan ditubuhkan untuk memastikan kebersihan bandar
- 1901 Institut Penyelidikan Perubatan ditubuhkan di Kuala Lumpur
- tujuannya untuk membuat penyelidikan bagi mencari punca, rawatan dan langkah mencegah penyakit
berbahaya seperti malaria dan beri-beri

b) Sistem Pengairan Untuk Penanaman Padi


- pada peringkat awal lagi di Kedah terdapat sistem pengairan sempurna untuk tanaman padi iaitu
terusan
- terusan ini mula dibina tahun 1885 dan siap pada tahun 1895 yang diberi nama Terusan Wan Mat
Saman
- ia dibina oleh wan Mat Saman bin Wan Ismail (Perdana Menteri Kedah yang pertama)
- terusan ini sepanjang 35 kilometer dari Alor Setar ke Gurun, Kedah
- ia dibina menggunakan tenaga manusia dan peralatan tradisional seperti cangkul
- untuk membina terusan ini unggun api dinyalakan pada jarak tertentu sebagai penanda untuk
memastikan terusan digali dengan lurus
- berdasrkan terusan inilah kerajaan British memodenkan sistem pengairan di Tanah Melayu
- tahun 1931 Jabatan Parit dan tali Air ditubuhkan untuk memajukan tanaman padi
- banyak bekalan makanan diperlukan akibat pertambahan penduduk
- kawasan sawah padi yang luas telah dibuka di Sungai Manik, Perak dan Tanjung Karang, Selangor

c) Bekalan Tenaga Elektrik


- tenaga elektrik diperkenalkan akibat daripada kemajuan ekonomi
- awal kurun ke-20 tenaga elektrik mula disalurkan ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur
- 1930 Empangan Hidroelektrik Chenderoh dibuka untuk menampung keperluan tenaga elektrik
- empangan ini dikendalikan oleh The Perak River Hydro-Electric Power Company Limited
- tujuan asal pembinaan adalah untuk mendapatkan kuasa elektrik bagi kegunaan perusahaan
melombong bijih timah di Lembah Kinta
Kemunculan dan Perkembangan Bandar Baru
- pertengahan kurun ke-19 banyak petempatan baru dibuka di kawasan kegiatan ekonomi terutama di
kawasan lombong bijih timah
- petempatan kemudiannya berkembang menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan
- perkembangan lombong bijih timah adalah faktor utama munculnya bandar-bandar baru di Tanah
Melayu seperti Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban

a) Ipoh
- terletak di Lembah Kinta
- dibuka sejak kurun ke-16 dan didiami oleh orang Melayu
- nama bandar Ipoh berasal dari nama pokok Ipuh iaitu sejenis pokok yang getahnya digunakan sebagai
racun pada sumpitan dan anak panah untuk berburu
- tahun 1880-an Lembah Kinta menjadi tumpuan pelombong Cina apabila pengeluaran bijih timah di
daerah Larut merosot
- Ipoh berkembang menjadi bandar yang sibuk
- tahun 1935 Ipoh dijadikan ibu negeri Perak bagi menggantikan Taiping

b) Taiping
- terletak di daerah Larut
- nama asalnya Kelian Pauh
- tahun 1840-an ramai orang Cina dibawa masuk ke Larut untuk memajukan lombong bijih timah
- selepas Perang Larut tamat British menyusun semula pentadbiran di Larut
- nama ‘Taiping’ bermaksud ‘kedamaian yang abadi’
- berkembang menjadi sebuah bandar moden dan dijadikan ibu negeri Perak

c) Kuala Lumpur
- pertengahan kurun ke-19 Raja Abdullah (pembesar daerah Klang) meneroka kawasan berhampiran
pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong bijih timah
- ia kemudian dikenali sebagai Kuala Lumpur kerana kawasan itu berlumpur
- tahun 1860-an ramai orang Cina dibawa masuk untuk menjalankan kegiatan melombong bijih timah di
sekitar Kuala Lumpur
- Kuala Lumpur terus berkembang daripada sebuah perkampungan lombong bijih timah menjadi pusat
perdagangan yang maju
- Yap Ah Loy antara orang yang bertanggungjawab membangunkan Kuala Lumpur
- 1880 Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor menggantikan Klang
- British menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat bandar yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan
pentadbiran dan perniagaan
- 1896 Kuala Lumpur dijadikan pusat pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
- 1897 Bangunan Sultan Abdul Samad telah dibina dan menjadi pusat pentadbiran Kerajaan
Persekutuan
- kini bangunan ini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur
- pada hari ini Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia yang pesat membangun

Kepelbagaian Pendidikan Dalam Masyarakat Berbilang Kaum


- sistem pendidikan vernakular di negara kita wujud akibat daripada pembentukan masyarakat
berbilang kaum dan dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan
- British membenarkan sekolah Melayu, Cina dan Tamil berkembang mengikut cara masing-masing
- sekolah Inggeris hanya tertumpu di kawasan bandar

a) Sekolah Vernakular Melayu


- didirikan untuk memberi pendidikan sekular kepada anak-anak petani dan nelayan
- anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan mengira serta sedikit ilmu geografi, seni pertukangan
dan perkebunan
- pendidikan di peringkat rendah adalah sehingga darjah enam
- sekolah Melayu terawal dibuka di Negeri-Negeri Selat iaitu Sekolah Melayu Gelugor (1816) dan
Sekolah Melayu Bayan Lepas di Pulau Pinang dan Sekolah Melayu di Langgar, Pekan, Pahang
- sekolah Melayu kemudiannya dibuka di Seberang Perai, Melaka dan negeri-negeri Melayu yang lain
- British tidak berhasrat memajukan pendidikan anak Melayu
- pendidikan sekadar menjadikan anak-anak Melayu sebagai petani dan nelayan yang lebih baik
daripada ibu bapa mereka
- sekolah menengah tidak disediakan untuk anak-anak Melayu menyambung pelajaran
- lulusan sekolah Melayu hanya layak menjadi guru, polis dan menjawat jawatan rendah di jabatan
ketajaan
- lulusan sekolah Melayu berpeluang melanjutkan pelajaran ke maktab-maktab perguruan yang
ditubuhkan untuk melatih guru-guru sekolah Melayu
- antara maktab perguruan yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia II ialah;
- 1900 Maktab Perguruan Melaka
- 1922 maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak - MPSI
(dinaiktaraf tahun 1997 kepada universiti – UPSI)
- 1935 Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka

b) Sekolah Vernakular Cina


- diusahakan sendiri oleh masyarakat Cina dan tertumpu di kawasan bandar
- peringkat awal sekolah Cina menggunakan pelbagai loghat bahasa Cina seperti Teochew, Hokkien,
Kantonis dan Hakka
- pendidikan sekolah rendah untuk orang Cina diberikan selama enam tahun
- ada juga sekolah Cina menyediakan pendidikan sehingga ke peringkat menengah
- menggunakan buku-buku dan sukatan pelajaran dari negara China
- guru-guru juga dibawa dari China
- tahun 1920 British mula memberi perhatian kepada sekolah Cina
- 1938 Sekolah Foon Yew, Johor Bharu, Johor ditubuhkan
- Enakmen Pendaftaran Sekolah diperkenalkan oleh British untuk mengawal sekolah-sekolah Cina di
Tanah Melayu
- menurut enakmen ini;
(i) semua sekolah yang didirikan mesti didaftarkan
(ii) Pengarah Pelajaran diberi kuasa untuk menutup sekolah yang tidak menurut syarat pengurusan,
sukatan pelajaran dan peraturan kesihatan yang ditetapkan british

c) Sekolah Vernakular Tamil


- diusahakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan masyarakat India
- kebanyakannya didirikan di kawasan ladang getah
- sukatan pelajaran, buku, guru-guru dibawa dari India
- ada kalanya penyelia ladang (Kangani) akan mengajar di sekolah tersebut
- memberikan pendidikan di peringkat rendah sahaja dan kebanyakannya hingga ke darjah empat
- tahun 1912 British memperkenalkan Undan-Undang Buruh yang mewajibkan pengusaha ladang
menyediakan sekolah dan guru untuk anak-anak pekerjanya
- keadaan ini menyebabkan bilangan sekolah Tamil bertambah
- terdapat juga sekolah Tamil didirikan di bandar seperti Sekolah thamboosamy Pillai dan Sekolah
Vivekananda di Kuala Lumpur
- masyarakat India yang kaya akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris yang lebih
sempurna

d) Sekolah Vernakular Inggeris


- mula didirikan di Negeri-Negeri Selat seperti Penang Free School (1816) dan Malacca Free School
(1826)
- sekolah Inggeris kemudiannya didirikan di Negeri-Negeri Melayu dan tertumpu di kawasan bandar
- pada peringkat awalnya didirikan oleh mubaligh-mubaligh kristian
- menyediakan pendidikan sehingga peringkat menengah dan terbuka kepada semua kaum
- sukatan pelajaran mengikut sistem pendidikan di England
- lulusan sekolah Inggeris berpeluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang seperti perubatan,
kejuruteraan, guaman dan pentadbiran
- lulusan juga diberi keutamaan menjawat jawatan yang baik dalam perkhidmatan kerajaan
- 1894 sekolah menengah Inggeris iaitu Victoria Institution ditubuhkan oleh mubaligh Kristian di Kuala
Lumpur
- 1905 Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan
- tujuan untuk memberi pendidikan Inggeris hingga ke peringkat menengah kepada anak-anak raja dan
golongan bangsawan Melayu
- anak-anak golongan bangsawan Melayu dilatih untuk berkhidmat dengan kerajaan Inggeris
- kesannya – lahir kumpulan pemimpin Melayu yang berpendidikan Inggeris
- British tidak mahu memberi pendidikan Inggeris yang tinggi kepada orang Melayu
- 1930-an bilangan anak-anak Melayu masih kurang berbanding kaum-kaum lain iaitu Melayu (15%),
Cina (50%), dan India (27%)

-----------------------------------------------------
BAB 7 – PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA

- British campur tangan di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah telah menggugat sistem politik, ekonomi
dan sosial penduduk tempatan
- perubahan dalam sistem pentadbiran menyebabkan sultan kehilangan kedaulatan dan pembesar
hilang kuasa
- British memperkenalkan pelbagai cukai yang membebankan dan menindas rakyat
- keadaan ini mencetuskan kebangkitan rakyat untuk menentang British
- ramai pejuang tanah air muncul seperti Sultan Ahmad Tajuddin, Dol Said, Rentap, Sharif Masahor,
Dato’ Maharaja Lela, Yamtuan Antah, Dato’ Bahaman, Mat Salleh, Antanom, Tok Janggut dan Haji
Abdul Rahman Limbong
- mereka memimpin rakyat berjuang dengan gigih demi mempertahankan kedaulatan dan
kemerdekaan tanah air

7.1 Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah


(Teks m/s: 164-165)

(i) Latar belakang


- tahun 1821 seramai 7000 orang tentera Siam mengepung Kuala Kedah
- askar Siam memusnahkan rumah, merampas barang, menenggelamkan perahu dan menangkap
tawanan untuk dibawa balik ke Siam sebagai hamba

(ii)Faktor Penentangan
- penjajahan Siam yang kejam menyebabkan rakyat Kedah bangkit dan bersatu dengan Sultan untuk
mengembalikan kedaulatan Kedah
- tentangan hebat rakyat Kedah ini dipimpin oleh Sultan Ahmad Tajuddin
- dibantu pula oleh Tunku Abdullah, Tunku Kudin (Syed Zainal Abidin), Tunku Long dan Tunku Muhammad
Saad
- perjuangan ini disokong oleh pemimpin rakyat seperti Tok Mo Ris dan pemimpin agama seperti Syeikh
Abdul Kadir
- perjuangan orang Melayu Kedah menentang Siam telah dikhianati oleh British
- British telah bersubahat dengan Siam untuk melumpuhkan perjuangan rakyat Kedah
- contoh: British telah menghantar kapal perang untuk membantu Siam mengepung Kedah

(iii)Peristiwa Penentangan
- 1823 Tunku Abdullah memimpin 3000 orang tentera untuk membebaskan Kedah daripada Siam
melalui Seberang Perai tetapi gagal kerana British membantu Siam
- 1831 Tunku Kudin berjaya menawan semula Kuala Kedah dari Melaka
- British menghantar 5 buah kapal perang untuk mengepung perairan Kedah
- tindakan British itu menyebabkan Kedah terputus bekalan makanan dan bantuan tentera dari luar
- Tunku Kudin telah terkorban
- tahun 1836 Sultan Ahmad Tajuddin menrancang menyerang Siam melalui Bruas di Perak
- British berjaya mengesan gerakan ini dan Sultan Ahmad Tajuddin ditangkap
- 1838 kebangkitan menentang Siam di Kedah telah dipimpin oleh Tunku Muhammad Saad
- tentera Kedah berjaya menawan semula selatan Kedah, Kota Kuala Kedah dan mara ke Songkla
- Siam berjaya menguasai semula Kedah dengan bantuan British

(iv)Kesan Penentangan
- semangat juang rakyat Kedah menyebabkan Siam berdamai dengan Kedah
- sultan Kedah menghantar puteranya, Tunku Daei ke Bangkok untuk berunding
- tahun 1842 Siam mengembalikan takhta Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin
- wilayah Perlis, Setul dan Kubang Pasu diasingkan dari Kedah

7.2 Dol Said Pahlawan Naning


(Teks m/s: 166-168)

(i) Latar belakang


- daerah Naning terletak antara Rembau dengan Melaka
- Penghulu naning ialah Dato’ Naning Abdul Said yang dikenalisebagai Dol Said
- pusat pentadbiran terletak di Taboh
- Naning mempunyai hasil keluaran seperti padi, buah-buahan, sirih dan bijih timah
- 1831 Dol Said telah bangkit menentang British

(ii)Faktor Penentangan

a) Mempertahankan Kemerdekaan Naning


- 1824 British dan Belanda menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda
- dalam perjanjian itu Melaka diserahkan kepada British
- British mendakwa Naning sebahagian daripada Melaka
- British mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan Melaka
- dakwaan British tidak dapat diterima oleh Penghulu Dol Said dan rakyat Naning

b) Menentang Pelaksanaan Undang-Undang British


- British memperkenalkan Peraturan Penghulu yang menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said
- peraturan ini melarang penghulu membicarakan kes-kes jenayah
- tahun 1828 Dol Said diberi amaran oleh British kerana menyelesaikan kes jenayah di naning
- Dol Said diugut akan dilucutkan jawatan sekiranya tidak mematuhi arahan British

c) Menentang Bayaran Cukai


- melalui Undang-Undang 1830 British memaksa Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil keluaran
pertanian
- arahan dibuat selepas British mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar sebulan

(iii)Peristiwa Penentangan
- 15 Julai 1831 British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka
- British menghantar seramai 150 orang Sepoi yang diketuai Kapten Wyllie untuk menyerangnya
- British berjaya ditewaskan
- Dol Said berjaya kerana menggunakan taktik perang gerila dan mendapat bantuan daripada Seri
Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar
- turut membantu ialah Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau yang menghantar pasukan bantuan
diketuai menantunya Syed Sha’aban
- British sedar Naning sukar dikalahkan
- British meminta bantuan Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau dan beliau bersetuju menghantar 600
orang hulubalang untuk menyerang Naning
- Mac 1832 Kolonel Herbert mengetuai pasukan tentera menyerang Naning
- British berkubu di Alor Gajah untuk melancarkan serangan kedua ke atas Naning
- pakatan British dan Rembau berjaya mengalahkan Naning
- pusat pentadbiran Naning iaitu Taboh ditawan dan rumah penduduk Naning dibakar
- Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada British

(iv)Kesan Penentangan
- British berjaya menyatukan Naning dengan Melaka
- Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka
- British kerugian sebanyak 100 000 paun sterling
- walaupun orang Naning dgagal dalam perang tetapi berjaya menghidupkan semangat juang di
kalangan bangsa Melayu

7.3 Rentap Wira Sarawak: Agi Idup Agi Ngelaban

(i) Latar belakang


- Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang British di sarawak
- dilahirkan tahun 1800
- nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud ‘penggoncang dunia’
- Rentap juga digelar ‘Raja Darat’
- merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas

(ii)Faktor Penentangan
- Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap orang Iban di Sungai Skrang
sebagai lanun
- James Brooke mendirikan kubu di Sungai Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban
- tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang mencetuskan
kebangkitan Rentap

(iii)Peristiwa Penentangan
- 1853 Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang
- pasukan Rentap berjaya dan seorang pegawai British iaitu Allan Lee terbunuh
- kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban
- 1854 James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkampungan Rentap
- pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu
- perjuangan Rentap mendapat sokongan padu penduduk Iban dan digelar ‘Raja Ulu’
- tahun 1857 James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di
Bukit Sadok
- Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang
kubu Rentap di Bukit Sadok
- Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanan yang kukuh
- tahun berikutnya Charles Brooke sekali lagi cuba menyerang Bukit Sadok tetapi gagal
- kata-kata semangat Rentap dalam penentangan ini adalah ‘Bawalah semua meriam kamu dari Eropah,
kami tidak takut kepada kamu orang Eropah’
- tahun 1863 James Brooke mengetuai sendiri pasukan menyerang Rentap di Bukit Sadok
- pertempuran berlaku selama sebulan dan Rentap tewas
- James Brooke membakar kubu dan rumah pengikut Rentap
- James Brooke menggunakan meriam ‘Bujang Sadok’ untuk menentang Rentap
- Rentap pula menggunakan sejenis meriam besi ‘Bujang Timbang’ untuk menentang pasukan Brooke
- Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru tetapi Rentap meninggal dunia

(iii)Kesan Penentangan
- kebangkitan Rentap dan pengikutnya untuk membuktikan bahawa mereka bukannya lanun tetapi
pejuang bangsa
- semangat juang Rentap diabadikan di Batu Peringatan Rentap

7.4 Sharif Masahor Wira Sarawak


(Teks m/s: 172-173

(i) Latar belakang


- pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang
- berasal dari Kampung Igan di muara Sungai Rajang
- dilantik oleh Sultan Abdul Mu’mein dari Brunei
- berpengaruh di kalangan orang Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Sungai Skrang

(ii)Faktor Penentangan
- James Brooke mengambil wilayah Sungai Rajang daripada Sultan Brunei
- kewibawaan Sharif Masahor tergugat apabila Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke
- pembinaan kubu di Kanowit dan pelantikan Henry Steele sebagai wakil British dianggap telah
mengambil alih kuasa pentadbiran Sharif Masahor
- Sharif Masahor menentang tindakan James Brooke meluaskan kuasa ke wilayahnya

(iii)Peristiwa Penentangan
- tahun 1855 Sharif Masahor mengetuai 150 buah perahu menyerang Mukah dan mengusir Pangeran
Matusin yang menyokong perluasan kuasa James Brooke
- James Brooke bertindak balas dengan melucutkan kuasa Sharif Masahor di Sarikei
- Sharif Masahor marah dengan tindakan James Brooke
- Sharif Masahor berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching untuk mengusir keluar
James Brooke dari Sarawak
- tahun 1859 pasukan Sharif Masahor menyerang Kanowit
- peristiwa ini membimbangkan orang Eropah di Sarawak
- tahun 1860 Sharif Masahor, Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim dari Sadong
membuat pakatan sulit untuk menyerang Kuching bagi menggulingkan Brooke
- Charles Brooke dengan bantuan Belanda menahan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan dipenjarakan di
Betawi
- pertempuran antara Sharif Masahor dengan Charles Brooke berlaku di Sungai Sadong
- kapal dan perahu pasukan Sharif Masahor ditenggelamkan dan seramai 64 orang pengikutnya
terbunuh
- Sharif Masahor berundur ke Mukah
- tahun 1861 James Brooke memaksa Sultan Brunei menyerahkan Mukah dan menahan Sharif Masahor
- Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura

(iv)Kesan Penentangan
- walaupun perjuangan Sharif Masahor berjaya dipatahkan tetapi gerakan menentang Brooke tidak
pernah berakhir
- pentadbiran Brooke kemudiannya menghadapi kebangkitan daripada pemimpin Banting pada tahun
1894 iaitu pemimpin orang Iban di hulu Sungai Batang Lupar
- tahun 1931 pula bangkit penentangan daripada Penghulu Asun iaitu pemimpin orang Iban di Sungai
Kanowit

7.5 Dato’ Maharaja Lela Pejuang Kebanggaan Perak


(Teks m/s: 174-176)

(i) Latar belakang


- Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak
- pada November 1874 Perak menerima Residen British iaitu J.W.W.Birch hasil daripada Perjanjian
Pangkor
- pelantikan itu menimbulkan konflik antara Birch, sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan
kebangkitan di Pasir Salak

(ii)Faktor Penentangan

a) Mengambil Hak Mengutip Cukai


- 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan
British mengambil hak mengutip cukai
- Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani
- Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor

b) Mencabar Ketuanan Melayu


- kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak
- pada 2 Oktober 1875 Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa
kepada British
- kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen
- Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu

c) Memperkenalkan Cukai Baru


- Birch bertindak sesuka hati
- Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu atap, senjata dan bayaran permit untuk
membalak
- Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin

d) Mencabuli Adat Resam


- Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan
perhambaan yang menjadi adat resam Melayu
- Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba perempuan dirumahnya

(iii)Peristiwa Penentangan
- Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato’ Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian Sebatang
- mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch
- Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum menawarkan diri untuk
membunuhnya
- mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak
- pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat
pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British
- Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch
- Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak
- Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak
- pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban
- pertempuran ini dikenali sebagai ‘Perang Perak’ dan berlaku hampir setengah tahun
- pada 7 November 1875 pertempuran berlaku di Bandar Tua
- pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dari India dan Hong Kong

(iv)Kesan Penentangan
- tahun 1877 Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum gantung sampai
mati di Matang, Perak
- Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi
- Raja Ismail dibuang negeri ke Johor
- British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa
penjajah
- Dato’ Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu

7.6 Yamtuan Antah Mempertahankan Kedaulatan Seri Menanti


(Teks m/s: 177-178)

(i) Latar belakang


- nama sebenarnya Tunku Laksamana Antah Ibni Almarhum Raja Radin
- dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti pada tahun 1875
- wilayah jajahan Seri Menanti terdiri daripada Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol

(ii)Faktor Penentangan
- Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman di Sungai Ujong
menandatangani perjanjian dengan British
- tindakan Dato’ Kelana mengeruhkan hubungan antara mereka berdua
- Yamtuan Antah juga tidak mengiktiraf Dato’ Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong
- hubungan antara Yamtuan Antah dengan Dato’ Kelana bertambah runcing apabila Dato’ Kelana
mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya
- dibantah Yamtuan Antah kerana menganggap Terachi sebahagian jajahan Seri Menanti
- Residen British di Sungai Ujong iaitu P.J.Murray menghantar tentera dan juru ukur untuk membuat
siasatan
- Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya menuntut supaya British menghentikan tugas
mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah
- berlaku pertikaian antara kedua-duanya yang mencetuskan pertempuran
- kebangkitan Yamtuan Antah disokong oleh Dato’ Siamang Gagap, Tengku Besar Tampin, penduduk
Rembau, Jelebu dan Johol
- Disember 1875 pasukan Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi dan membina kubu di situ
- British berjaya menawan semula Paroi apabila dibantu oleh tentera Negeri-Negeri Selat
- Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putus dan seterusnya ke Johor

(iii)Kesan Penentangan
- Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah berdamai dengan British
- Mei 1876 Yamtuan Antah berunding dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu William Jervois
- Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar di Seri Menanti
- tindakan berdamai ini tidak dipersetujui oleh Dato’ Siamang Gagap
- rundingan tersebut membuka peluang British meluaskan pengaruh ke seluruh Negeri Sembilan

7.7 Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang (Teks m/s: 179-181)

(i) Latar belakang


- nama sebenarnya Abdul Rahman bin Imam Noh
- dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan
- diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perang saudara di Pahang dan
Perang Klang di Selangor
- dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara
- Dato’ Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang

(ii)Faktor Penentangan

a) Hilang Hak Mengutip Cukai


- Dato’ Bahaman menentang tindakan British melantik E.A.Wise sebagai Pegawai Majistret dan
Pemungut Hasil di daerah Temerloh
- Dato’ Bahaman dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya iaitu di Temerloh

b) Pembinaan Balai Polis


- pegawai British iaitu E.A.Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding terlebih dahulu
dengan Dato’ Bahaman
- konflik antara kedua-duanya menjadi lebihserius
- Dato’ bahaman menganggap tindakan British sebagai menceroboh kawasan serta mengancam
kedudukannya
c) Perlucutan Gelaran
- Hugh Clifford menganggap Dato’ Bahaman sebagai penderhaka kerana enggan mematuhi arahan
British
- British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan
- tindakan British memalukan Dato’ Bahaman dan beliau bersumpah menghalau keluar British dari
Pahang

(iii) Peristiwa Penentangan


- 16 Disember 1891 British menangkap 3 orang pengikut Dato’ Bahaman kerana mengutip hasil hutan
tanpa kebenaran
- tindakan British itu menyebabkan Dato’ Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua
- peristiwa ini mencetuskan perang
- 26 Disember 1891 Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orang tentera untuk menawan semula Lubuk
Terua tetapi tewas dalam pertempuran di Kelubi
- Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan Singapura
- Januari 1892 British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang
- pasukan tentera dinamakan “Gerakan Sultan” yang disertai oleh J.P.Rodger ditubuhkan
- British membekalkan 200 pucuk senapang dan 10 000 butir peluru
- Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini dan berjaya menawan 11 buah kubu Dato’
Bahaman di Bentong
- Mac 1892 British sekali lagi menyerang Lubuk Terua
- pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu
- di terengganu ulama’ Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad menentang
British
- 14 Jun 1894 Dato’ Bahaman dan 100 orang pengikutnya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai
- British bertindak balas menghantar Kolonel Walker untuk menawansemula Jeram Ampai
- Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan
- pengunduran ini menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang

(iv)Kesan Penentangan
- Dato’ Bahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian menentang British
- kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat patriotisme oleh pahlawan Pahang
- kebangkitan ini berlangsung selama 4 tahun iaitu dari 1891 – 1894
- British terpaksa menanggung hutang yang banyak
- Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang
tersebut

7.8 Mat Salleh Menyanggah SBUB (Teks m/s: 182-183)

(i) Latar belakang


- nama sebenar Datu Mohammad Salleh bin Datu Batu
- dilahirkan di Inanam dan menjadi pemerintah Sungau Sugut
- berketurunan Bajau dan Suluk
- mewarisi sifat kepahlawanan dan keberanian berperang
- kebangkitan Mat Salleh merupakan kebangkitan paling besar dalam sejarah penentangan di Sabah

(ii)Faktor Penentangan

a) Perjuangan Jihad
- kebangkitan berpunca daripada semangat perjuangan jihad orang Sulu menentang Sepanyol di
selatan Filipina

b) Peraturan Yang Membebankan


- SBUB memperkenalkan peraturan baru di Sabah seperti amalan buruh paksa, cukai beras dan lesen
perahu yang membebankan rakyat

c) Percubaan Berunding Gagal


- Ogos 1895 Mat Salleh dan pembesar tempatan ke Sandakan untuk menemui Gabenor Beaufort,
C.V.Creagh
- tujuan untuk berunding tentang masalah cukai dan tindakan kekerasan pegawai SBUB terhadap
penduduk tempatan
- Mat Salleh dan pembesar-pembesar tidak dilayan dan setelah menunggu selama 10 hari beliau
meninggalkan Sandakan

d) Perkampungan Di Bakar
- Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB
- SBUB bertindak membakar dan memusnahkan kampung Mat Salleh
- SBUB menawarkan hadiah 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Salleh

(iii)Peristiwa Penentangan
- Julai 1897 Mat Salleh mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya
- November 1897 Mat Salleh menyerang Ambong
- William Cowie, Pengarah Urusan SBUB tidak berupaya mengalahkan Mat Salleh lalu menawarkan
perdamaian dan pengampunan kepadanya
- April 1898 rundingan diadakan antara Mat Salleh dengan Cowie di Menggatal
- Antara syarat perjanjian adalah;
- Mat Salleh dan pengikut diberi pengampunan
- penduduk Inanam yang melarikan diri semasa kekacauan dibenarkan kembali semula
- Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan
- Mat Salleh diminta melaporkan pergerakannya kepada SBUB
- SBUB tidak menepati janji sebaliknya tahun 1899 SBUB mengambil alih pentadbiran di Tambunan
- Mat Salleh berasa tertipu dan meneruskan penentangan dengan membina kubu di Kampung Teboh,
Tambunan
- SBUB menyerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran
- Januari 1900 SBUB berjaya menewaskan Mat Salleh
- Mat Salleh terkorban

(iv)Kesan Penentangan
- perjuangan diteruskan oleh pengikut Mat Salleh seperti Mat Sator dan Kamunta
- Julai 1902 British berjaya menamatkan kebangkitan Mat Salleh di Sabah sepenuhnya

7.9 Antanom Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar


(Teks m/s: 184)

(i) Latar belakang


- nama sebenar Ontoros anak lelai Antanom
- ketua kaum Murut di Rundum
- dilahirkan tahun 1875
- ketika berusia 30 tahun Antanom telah memimpin orang Murut menentang SBUB yang menindas
kaumnya

(ii)Faktor Penentangan

a) Melarang Membuka Tanah Baru


- SBUB melarang mereka membuka tanah baru
- merasakan hak mereka diceroboh
- akibatnya mereka kekurangan beras

b) Mengenakan Cukai Yang Membebankan


- SBUB mengenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti;
- cukai kepala satu dolar setiap orang
- cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar
- cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen
- cukai tangkapan ikan besar
- cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar seekor

c) Menjadi Buruh Paksa


- orang Murut dijadikan buruh paksa
- tujuan untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan
Rundum

d) Menzalimi Keluarga
- suami isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah menyebelah tebing sungai
- mereka dikenakan satu dolar setiap kali berkunjung
- jika mereka mempunyai dua orang anak, salah seorang akan diambil SBUB untuk dijadikan buruh
paksa

e) Menceroboh Kawasan Hutan


- SBUB menceroboh hutan untuk membina jalan
- Kaum Murut membantah kerana mengikut kepercayaan mereka pencerobohan akan mengganggu roh
nenek morang mereka

(iii)Peristiwa Penentangan
- Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB dmi menebus maruah mereka
- Februari 1915 Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan
- Mac 1915 Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut menyerang Rundum dan berjaya
memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB
- kejayaan itu menaikkan semangat perjuangan orang Murut dan pengikut Antanom bertambah menjadi
900 orang
- Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi 7 buah rumah bawah
tanah
- April 1915 SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antanom
- pertempuran berlaku selama 6 minggu
- Antanom dan 400 orang Murut terkorban dalam mempertahankan Rundum
- penentangan ini dikenali sebagai ‘Kebangkitan Rundum’

(iv)Kesan Penentangan
- SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom
- 8 orang kanan Antanom dibuang daerah ke Kudat
- pengikut-pengikut yang lain menjadi buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga ke
Keningau
- SBUB mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia bagi mengelakkan kebangkitan seterusnya
- orang Murut berpindah ke pedalaman Kalimantan sebagai tanda protes terhadap SBUB

7.10 Tok Janggut Pejuang Jihad


(Teks m/s: 187-189)

(i) Latar belakang


- nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
- dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada
- dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
- mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
- mahir dalam ilmu persilatan
- menetap di Kampung Nering, Kelantan
- bekerja sebagai petani dan peniaga

(ii)Faktor Penentangan

a) Peraturan Tanah
- Tok Janggut menentang peraturan cukai tahun 1915 yang mewajibkan petani membayar cukai tanah

b) Pengenalan Cukai Yang Membebankan


- petani dikehendaki membayar cukai seperti;
- cukai pokok kelapa berbuah sebanyak 3 sen sepokok
- pokok pinang satu sen sepokok
- sirih 5 sen sejunjung
- kerbau dan lembu sebanyak 20 sen seekor
- peraturan ini membenakan rakyat

c) Perasaan anti-British
- sentimen anti-British meningkat apabila Britain menyerang kerajaan Turki Uthmaniyah semasa Perang
Dunia I tahun 1914
- kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam di seluruh dunia berjihad menentang penjajah Barat
- Tok Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir Puteh

d) Pembayaran Cukai Yang Menyusahkan


- penduduk tempatan menghadapi masalah membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak
jauh di bandar
- Tok Janggut telah beberapa kali pergi untuk membayar cukai tetapi gagal
- mereka yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda
- penduduk tempatan marah kepada British kerana sikap biadab pegawai British

(iii)Peristiwa Penentangan

28 April 1915
- Pegawai Daerah Pasir Puteh menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut kerana gagal
membayar cukai
- perbalahan berlaku menyebabkan Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok Janggut

29 April 1915
- Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Sahak Merbol mengetuai angkatan
melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh
- mereka menduduki Pasir Puteh selama 3 hari dan mengisytiharkan Pasir Puteh bebas daripada
ancaman British
- Ungku Besar Jeram iaitu Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh
- Tok Janggut sebagai Perdana Menteri

9 Mei 1915
- British menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut
dan pemimpin kanannya

23 Mei 1915
- British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya kerana enggan menyerah diri
- Tok Janggut bertindak balas menyerang Pasir Puteh

24 Mei 1915
- British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh, Saring
- Tok Janggut terkorban
- mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu kemudian digantung songsang di Padang
Balai Besar, Kota Bharu selama 4 jam
- kemudian dikebumikan di Pasir Pekan

(ii)Kesan Penentangan
- Tok Janggut dan rakan-rakan terkorban sebagai pahlawan yang menentang kuasa penjajah Barat
- semangat juang mereka kebanggaan kita walaupun tewas di tangan British

7.11 Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Tani


(Teks m/s: 290-192)

(i) Latar belakang


- nama sebenar Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid
- dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong kerana beliau sering ke Limbong, Kemaman untuk
mengajar agama
- beliau berjuang untuk membela nasib petani yang ditindas
- perjuangannya dikenalsebagai ‘Kebangkitan Tani’ di Terengganu

(ii)Faktor Penentangan

a) Pas Kebenaran Yang Membebankan


- 1921 diperkenalkan Peraturan Tanah Baru
- petani yang ingin membuka tanah dan bercucuk tanam perlu mendapatkan kebenaran dengan
bayaran 50 sen
- peraturan yang sama jika menebang pokok dan mengutip hasil hutan seperti daun nipah, buah salak,
sagu, rotan dan daun palas
- membebankan hidup petani yang sedia ada miskin

b) Penguatkuasaan Undang-Undang Binatang Buas


- 1923 diperkenalkan Undang-Undang Kawalan Binatang Buas yang melarang penduduk memburu
binatang liar
- sesiapa yang ingkar dikenakan denda sebanyak 500 dolar dan senapang mereka akan dirampas

c) Peraturan Tanah Baru


- 1924 peraturan tanah mewajibkan penduduk mendaftar tanah mereka dengan bayaran sebanyak 2.50
sen seorang

d) Pengaruh Pemimpin Agama


- pemimpin agama berperanan penting dalam kebangkitan anti-British di Terengganu
- Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan ‘tanah adalah hak Allah dan rakyat bebas mengerjakannya
tanpa perlu membayar cukai kepada kerajaan’
- Haji Musa Abdul Ghani menyifatkan peraturan British bertentangan dengan syariah Islam

(iii)Peristiwa Penetangan

Kebangkitan 1922
- petani di Kuala Telemong menentang peraturan baru dengan membersihkan tanah tanpa mengambil
pas kebenaran
- British menangkap 43 orang petani dan mendakwa mereka di mahkamah
- Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam
- British gagal mematahkan hujahnya bahawa tanah adalah hak Allah dan bukan hak negeri
- mahkamah menerima hujah tersebut dan membebaskan mereka

Kebangkitan 1925
- seramai 300 - 500 orang petani berkumpul di Kuala Telemong untuk bercucuk tanam
- mereka membersihkan 200 ekar tanah milik Tengku Nik Maimunah dan 400 ekar tanah kerajaan
- tindakan dilakukan kerana British akan memberi konsesi tanah tersebut kepada saudagar Cina
- British mendesak Sultan Sulaiman supaya bertindak terhadap Haji Abdul Rahman Limbong
- Haji Abdul Rahman Limbong menjelaskan kepada sultan bahawa pentadbiran British di daerah Kuala
Berang menindas rakyat

Kebangkitan 1928
- British mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas petani-petani yang enggan
membayar cukai
- ini menyebabkan seramai 1000 orang petani berhimpun di Marang, Kuala Telemong dan Kuala Berang
- mereka mengisytiharkan perang terhadap British
- mereka menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang serta mengibarkan bendera
merah
- British meminta bantuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
- pertempuran berlaku di Padang Kacong

(iv)Kesan Penentangan
- seramai 12 orang petani terkorban dan semua pemimpin petani termasuk Haji Abdul Rahman
Limbong ditangkap
- tahun 1928 mereka dibicarakan di Kuala Terengganu
- Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah atas tuduhan menghasut dan
mencetuskan kebangkitan di Terengganu

-----------------------------------------------------

BAB 8 – KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN UNTUK MENGANGKAT MARTABAT BANGSA


- semangat kebangsaan dibangkitkan golongan intelektual melalui akhbar, majalah dan penulisan
kreatif
- perjuangan semakin berkesan melalui penubuhan pertubuhan untuk perjuangkan hak dan
kepentingan bangsa

8.1 Maksud Semangat Kebangsaan (Teks m/s: 199)


- semangat kebangsaan atau nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia yang mendalam
terhadap bangsa dan tanah air
- semangat berjuang menebus maruah bangsa
- semangat inilah mendorong kita berjuang membebaskan negara daripada British untuk membentuk
negara merdeka dan berdaulat

8.2 Perkembangan Negara Luar Memberi Inspirasi Perjuangan


(Teks m/s: 199-202)
- awal kurun ke-20 berlaku gerakan kesedaran kebangsaan di Turki, Mesir, Jepun, China, Filipina, India
dan Indonesia
- perkembangan ini memberi inspirasi kepada penduduk Tanah Melayu untuk menentang penjajahan
British

a) Gerakan Kebangkitan Islam di Timur Tengah


- berlaku akhir kurun ke-19
- kebangkitan dosebabkan kuasa-kuasa Barat memecahbelahkan dan menguasai empayar Islam Turki
Uthmaniyah
- pengaruh Barat di Turki mencetuskan Gerakan Pan-Islam iaitu gerakan untuk menyatukan seluruh
umat Islam dan menentang penjajahan Barat
- gerakan ini mempengaruhi dan menyatukan umat Islam di negara-negara Timur Tengah, India dan
Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu untuk menentang kuasa asing

b) Gerakan Pemulihan Islam Mesir


- gerakan ini turut mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu
- tahun 1882 Mesir dijajah oleh British dan telah mencetuskan Gerakan Islah
- Gerakan Islah atau Gerakan Pemulihan Islam ialah gerakan menyeru orang Islam berpegang
kepada ajaran Islam sebenar berdasarkan al-Quran dan Hadis juga menyeru umat Islam supaya
bersatu menentang penjajahan Barat di negara Islam
- gerakan ini dipelopori Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh
- pengaruh gerakan ini disebarkan ke Tanah Melayu oleh pelajar yang menuntut di Mesir setelah
kembali ke tanah air

c) Perang Rusia-Jepun
- tahun 1905 Jepun berjaya mengalahkan Rusia
- pertama kali dalam sejarah moden sebuah negara Asia berjaya mengalahkan kuasa Eropah
- kejayaan ini menyemarakkan semangat negara-negara Asia lain untuk menentang penjajahan Barat

d) Gerakan Kesedaran Kebangsaan China


- tahun 1911 berlaku Revolusi China yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen
- berjaya menumbangkan kerajaan Manchu dan menubuhkan sebuah negara republik China
- keadaan ini membangkitkan kesedaran rakyat Tanah Melayu untuk menentang British

e) Gerakan Kesedaran Kebangsaan Filipina


- Jose Rizal memimpin perjuangan rakyat Filipina menentang penjajahan Sepanyol
- Menubuhkan Liga Filipina untuk memajukan orang Filipina dan menuntut Sepanyol memberi layanan
adil kepada rakyat

f) Gerakan Kesedaran Kebangsaan India


- gerakan dipimpin oleh Mahatma Gandhi
- tujuan untuk membebaskan India daripada penjajahan British

g) Gerakan Kesedaran Kebangsaan Indonesia


- Soekarno menubuhkan Parti Nasional Indonesia untuk membebaskan Indonesia daripada penjajahan
Belanda

8.3 Gerakan Islah Mencetuskan Kesedaran Kebangsaan


(Teks m/s: 203-204)

(i) Latar belakang Gerakan Islah di Tanah Melayu


- awal kurun ke-20 semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar berpendidikan di
Universiti al-Azhar, Mesir
- tahun 1925 terdapat 80 orang pelajar dari Tanah Melayu di universiti ini
- mereka terpengaruh dengan idea pemulihan Islam oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh
Muhammad Abduh
- sekembali ke Tanah Melayu mereka memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu dan dikenali sebagai
‘Kaum Muda’
- tokoh penting seperti Sheikh Muhammad Thani bin Jalaluddin, Haji Abbas bin Muhammad Taha dan
Syed Sheikh Ahmad al-Hadi

(ii) Penyebaran Idea Gerakan Islah


- idea pembaharuan ‘Kaum Muda’ disebarkan melalui majalah ‘Al-Imam’ (pemimpin) yang diterbitkan di
Singapura tahun 1906
- tujuan diterbitkan adalah untuk;
“… mengingatkan mereka yang lalai dan menjagakan mereka yang tidur dan menunjukkan mereka yang
sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebaikan …”
- majalah ini memberi kesan besar dalam perkembangan pemikiran orang Melayu
- orang Melayu mula sedar kepentingan pendidikan dan ekonomi mereka
- antara seruan Al-Imam ialah;
- menyeru orang Melayu berpegang kepada al-Quran dan Hadis
- tekankan pentingnya ilmu pengetahuan untuk mencapai kejayaan
- menitikberatkan pengetahuan sejarah kerana banyak iktibar yang boleh dipelajari
- menasihati ibu bapa supaya memberikan pendidikan sempurna kepada anak-anak
- menggesa kaum wanita diberi peluang mendapatkan pendidikan
- mengetepikan adat resam dan kepercayaan karut yang boleh menghalang kemajuan
- tahun 1908 majalah Al-Imam dihentikan penerbitannya dan diteruskan oleh akhbar lain seperti
Neracha, Al-Ikhwan, Pengasuh dan Saudara
- Kaum Muda menubuhkan beberapa buah madrasah untuk menyebarkan idea dengan lebih berkesan
seperti Madrasah al-Masyhur al-Islamiah di Pulau Pinang, Madrasah al-Diniah Kampung Lalang di
Padang Rengas dan Madrasah Il-Ihya Assyariff, Gunung Semanggol di Perak

(iii) Tentangan Gerakan Islah


- idea pembaharuan Kaum Muda ditentang oleh ‘Kaum Tua’ melalui akhbar ‘Suara Benar’ dan ‘Lidah
Benar’
- Kaum Tua terdiri daripada golongan ulama’ dan pegawai agama yang tidak menerima idea Islah Kaum
Muda
- mereka berpegang kuat kepada adat dan agama Islam
- pertelingkahan antara mereka hanyalah perkara kecil yang tidak melibatkan perkara pokok dalam
agama Islam

(iv) Tokoh Pelopor Gerakan Islah di Tanah Melayu

a) Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin


- lahir di Sumatera tahun 1869
- berpendidikan di Makkah dan di Universiti al-Azhar, Mesir
- menerbitkan majalah Al-Imam
- pernah dilantik sebagai Mufti Negeri Perak
b) Haji Abbas Muhammad Taha
- lahir di Singapura tahun 1885
- berpendidikan di Makkah
- pernah dilantik sebagai kadi di kawasan Tanjung Pagar, Singapura
- menerbitkan akhbar Neracha

c) Syed Sheikh al-Hadi


- lahir di Melaka tahun 1862
- mendapat pendidikan agama di Terengganu dan di Pulau Penyengat, Riau
- sering berkunjung ke Makkah dan Mesir
- mendalami idea perjuangan Syeikh Muhammad Abduh
- menerbitkan akhbar Al-Ikhwan dan Saudara

8.4 Intelektual Mematangkan Perjuangan


(Teks m/s: 205-206
- Gerakan Islah menimbulkan kesedaran di kalangan intelektual Melayu
- tahun 1930-an golongan intelektual ini menyemarakkan kesedaran kebangsaan

(i) Golongan Intelektual Pendidikan Melayu


- golongan ini lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim, Perak
- terdiri daripada guru-guru Melayu yang berperanan sebagai pemimpin masyarakat
- MPSI disifatkan sebagai ‘The Cradle of Malay Nationalism’
- Berganding bahu dengan golongan cerdik pandai agama untuk memajukan orang Melayu dalam
bidang ekonomi dan pendidikan
- Usaha ini menimbulkan kesedaran untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British
- Antara tokoh nasionalis ialah Harun Aminurrashid, Ibrahim Haji Yaacob dan Abdul Hadi Hassan

a) Harun Aminurrashid
- tokoh pejuang kebangsaan lepasan MPSI
- merupakan guru yang bersemangat kebangsaan
- penulis yang aktif mempelopori penulisan puisi bertemakan semangat kebangsaan

b) Abdul Hadi Hassan


- seorang pensyarah MPSI
- sentiasa menanamkan semangat cinta akan bangsa dan negara kepada para pelajarnya

(ii) Golongan Intelektual Pendidikan Inggeris


- berjuang menuntut hak orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan dan pentadbiran
- menubuhkan persatuan dan bidang penulisan untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu
- antara tokoh-tokohnya ialah Raja Chulan, Mohammad Eunos Abdullah, Dato’ Onn Jaafar dan Ishak Haji
Muhammad

a) Raja Chulan
- mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar
- tahun 1924 dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Persekutuan
- menggesa British meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan menambah peluang orang Melayu
dalam perkhidmatan kerajaan

b) Mohammad Eunos Abdullah


- berpendidikan Inggeris di Raffles Institution, Singapura
- merupakan orang Melayu pertama dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat
- pernah bertugas sebagai Ketua Pengarang akhbar Utusan Melayu dan Lembaga Melayu
- tahun 1926 menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura

c) Dato’ Onn Jaafar


- berpendidikan Inggeris di England dan Kolej Melayu Kuala Kangsar
- pernah menjadi pengarang akhbar Warta Malaya, Lembaga Malaya dan Warta Ahad
- tahun 1936 dilantik sebagai Ahli Tidak Rasmi dalam Majlis Mesyuarat Negeri Johor

8.5 Perjuangan Naionalisme Melalui Mata Pena


(Teks m/s: 207-212)
- akhbar dan majalah merupakan media yang rapat dengan rakyat
- sesuai dijadikan saluran untuk melahirkan kesedaran kebangsaan
- melalui media idea tentang perjuangan kebangsaan dapat disalurkan untuk bacaan semua lapisan
masyarakat

(i) Peranan Akhbar dan Majalah Melayu


- tahun 1930-an akhbar Melayu mula menyuarakan isu sosial, kedudukan ekonomi dan politik orang
Melayu
- akhbar berjaya menyemai semangat kebangsaan di kalangan masyarakat Melayu
- melalui serua-seruan akhbar orang Melayu menubuhkan persatuan untuk merintis pergerakan lebih
tersusun
- antara peranan akhbar dalam membangkitkan semangat kebangsaan ialah;
- mengkritik dasar British yang tidak menguntungkan orang Melayu
- menyeru orang Melayu bersatu dan menghapuskan semangat kenegerian
- menuntut kedudukan yang lebih baik dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan pendidikan
- antara akhbar yang berpengaruh sebelum Perang Dunia II ialah Warta Malaya (1930-1941) di
Singapura, Majlis (1931-1941) di Kuala Lumpur dan Utusan Melayu (1939-1941) diterbitkan di
Singapura
- akhbar-akhbar lain ialah;
- Lembaga Melayu (1914-1931) di Singapura
- Pengasuh (1918-1941) di Kota Bharu, Kelantan
- Majalah Guru (1924-1941) di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
- Al-Ikhwan (1926-1931) di Pulau Pinang
- Saudara (1928-1941) di Pulau Pinang
- Fajar Sarawak (1930) di Sarawak

a) Akhbar Warta Malaya


- diterbitkan di Singapura
- pengarang pertamanya ialah Dato’ Onn Jaafar
- menyiarkan tentang keadaan sosioekonomi orang Melayu
- mendesak orang Melayu diberikan lebih banyak jawatan penting dalam perkhidmatan kerajaan

b) Akhbar Majlis
- diterbitkan di Kuala Lumpur
- pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai
- mendedahkan kelemahan dasar British yang mengancam kedudukan orang Melayu
- dianggap akhbar yang berani

c) Akhbar Utusan Melayu


- diterbitkan di Singapura
- pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai
- menggesa orang Melayu meningkatkan taraf ekonomi dan menubuhkan persatuan bagi
memperjuangkan nasib bangsa dan tanah air

Tokoh Akhbar Melayu

a) Abdul Rahim Kajai


- seorang nasionalis yang berjuang melalui bidang kewartawanan
- digelar Bapa Kewartawanan Melayu
- menjadi Ketua Pengarang akhbar yang berpengaruh pada zamannya seperti Warta Malaya, Majlis dan
Utusan Melayu

(ii)Kegiatan Persuratan di Kalangan Orang Cina dan India

a) Akhbar Orang Cina


- orang Cina terbitkan akhbar sebelum Perang Dunia II
- antaranya akhbar Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Modern Daily News
- tahun 1881 akhbar Lat Pau diterbitkan
- melaporkan tentang kegiatan sosial dan ekonomi orang Cina di Tanah Melayu
- juga menyiarkan peristiwa yang berlaku di negara China
- terdapat juga akhbar berbahasa Melayu yang diterbitkan oleh masyarakat Cina Peranakan (Baba
dan Nyonya)
- antaranya akhbar Surat Khabar Peranakan, Bintang Timor, Khabar Uchapan Baru dan Bintang Pra
Pranakan
- tahun 1884 akhbar Bintang Timor diterbitkan dan merupakan satu-satunya akhbar berbahasa Melayu
yang berani melaporkan berita pemberontakan Dato’ Bahaman di Pahang
- tahun 1930 diterbitkan akhbar Bintang Pranakan yang membicarakan hal ehwal masyarakat Cina
peranakan yang menunjukkan taat setia kepada British sebagai pemerintah Tanah Melayu

b) Akhbar Orang India


- diterbitkan akhbar Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil Murasa
- pada 24 September 1924 akhbar Tamil Nesan diterbitkan di Kuala Lumpur
- melaporkan berita tentang kegiatan sosial dan ekonomi orang India di Tanah Melayu
- juga peristiwa yang berlaku di negara India
- terdapat juga akhbar berbahasa Melayu diterbitkan oleh masyarakat Jawi Peranakan
- antaranya Jawi Peranakan, Sekola Melayu, Taman Pengetahuan dan Tanjung Penagri
- tahun 1888 akhbar Sekola Melayu diterbitkan dan dijadikan bahan rujukan di sekolah Melayu

Kesedaran Kebangsaan Melalui Penulisan Kreatif


- semangat kebangsaan dibangkitkan melalui karya kreatif seperti puisi, novel dan cerpen
- karya kreatif menjadi saluran untuk menyuarakan perjuangan orang Melayu oleh golongan guru, penulis
dan wartawan

(i) Penulisan Puisi


- sebelum Perang Dunia II banyak puisi bertemakan semangat kebangsaan dan disiar dalam akhbar dan
majalah
- tujuan untuk menyuburkan perasaan cinta akan bangsa dan negara, menyeru rakyat merebut peluang
ekonomi dan mempertahan maruah bangsa
- antaranya:
- puisi oleh Harun Aminurrashid seperti Tenaga Kaumku, Mempertahankan Hak Kita dan Perwira Melayu
- Abdul Samad Ahmad menulis puisi Serunai Pujangga, Kapal Tiada Nakhoda dan Hari Kejatuhan Kita
- Muhammad Yusuf Harun menulis puisi Dunia Yang Fana dan Di Lautan Seberang
- puisi lainnya seperti Bangkitlah oleh Omar Mustaffa, Seruan Kebangsaan oleh Melati Pahang, Sedarlah
oleh Mahmud Ahmadi dan Di Tengah Segara oleh Muhammad Yasin Maamor

(ii) Penulisan Novel dan Cerpen


- melaluinya kesedaran kebangsaan dapat disampaikan kepada masyarakat lebih berkesan
- karya-karya sastera ini bertemakan semangat perjuangan, nasib bangsa dan semangat cintakan tanah
air
- tema ini menimbulkan kesedaran di kalangan orang Melayu
- antara penulis cerpen yang terkenal ialah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dan
Shamsuddin Salleh
- cerpen yang terkenal seperti Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai, Rumah Besar Tiang Sebatang
oleh Ishak Haji Muhammad, Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang dan Siasat Yang Tiada Diminta oleh
Shamsuddin Salleh
- manakala novel pula seperti Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi, Iakah Salmah? Oleh
Ahmad Rashid Talu, Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminnurrashid, Putera Gunung Tahan dan Anak
Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad, Mari Kita Berjuang oleh Abdullah Sidek dan Melati Kota
Bahru oleh Abdul Kadir Adabi

8.6 Kesepakatan Menjamin Keutuhan Perjuangan


(Teks m/s: 213-219)

- pertubuhan berperanan penting dalam gerakan kesedaran kebangsaan


- pertubuhan di peringkat awal bersifat kenegerian serta memperjuangkan kepentingan ekonomi dan
sosial
- menjadi pendorong kepada kemunculan penubuhan bersifat pertubuhan

(i) Kemunculan Pertubuhan Melayu


- golongan wartawan dan akhbar menimbulkan kesedaran politik orang Melayu dan mendorong
menubuhkan pertubuhan untuk perjuangkan hak dan kepentingan mereka
- antaranya;

a) Kesatuan Melayu Singapura (KMS)


- menjadi peransang kepada pemimpin di negeri-negeri Melayu
- diasaskan tahun 1926 oleh Mohammad Eunos Abdullah
- dianggotai golongan bangsawan, kakitangan kerajaan, wartawan dan peniaga
- tujuan penubuhan adalah untuk;
- menggalakkan ahli berperanan lebih besar dalam politik dan pentadbiran
- perjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang pendidikan
- menjadi wakil Melayu berurusan dengan British bagi hal berkaitan dengan hak dan kepentingan orang
Melayu
- akhir tahun 1930-an banyak persatuan bersifat kenegerian ditubuhkan seperti Persatuan Melayu Perak
(1937), Persatuan Melayu Pahang (1938), Persatuan Melayu Selangor (1938), Persatuan Melayu Negeri
Sembilan (1938), Persatuan Melayu Pulau Pinang (1937) dan Persatuan Melayu Kelantan (1939)
- lain-lain persatuan seperti Persatuan Melayu Melaka (1937), Persatuan Melayu Serawak (1939) dan
Persatuan Melayu Johor (1939)
- tujuan penubuhan untuk meningkatkan ekonomi dan sosial orang Melayu
- dianggotai cerdik pandai Melayu yang berpendidikan Inggeris dan berkhidmat dengan British
- perjuangan bersifat sederhana
- menunjukkan taat setia yang kuat kepada Raja-Raja Melayu dan bekerjasama dengan British
- mendesak British memberi lebih banyak peluang kepada orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan

b) Persatuan Melayu Selangor


- dipimpin oleh Tengku Ismail bin Tengku Muhammad Yassin
- memperjuangkan;
- mendesak lebih ramai pegawai Melayu dalam kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
- keanggotaan askar Melayu
- menubuhkan angkatan laut dan udara Tanah Melayu

c) Kongres Melayu Se-Tanah Melayu


- tahun 1939 kongres yang pertama diadakan di Kuala Lumpur
- dianjurkan bersama oleh Kesatuan Melayu Singapura dan Persatuan Melayu Selangor
- tujuan untuk mewujudkan perpaduan kebangsaan di kalangan orang Melayu
- berjaya menghimpunkan wakil daripada semua persatuan Melayu untuk berbincang memajukan
bangsa Melayu
- tahun 1940 kongres kedua diadakan di Singapura
- berjaya menarik lebih banyak penyertaan persatuan Melayu termasuk dari Sarawak dan Brunei
- menyarankan semua persatuan Melayu memajukan orang Melayu di negeri masing-masing
- kongres ketiga tidak dapat diadakan kerana Jepun telah menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941

d) Persaudaraan Sahabat Pena


- nama penuhnya ialah Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
- ditubuhkan tahun 1934
- dikendalikan oleh akhbar Saudara yang menyediakan ruangan untuk ahli-ahlinya menulis dan
mengemukakan pendapat
- cogan kata mereka ialah ‘Hidup Bahasa Hidup Bangsa’
- menggalakkan ahli-ahlinya dari Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah bertukar pendapat
- tujuan untuk meningkatkan semangat dan kesedaran kebangsaan di kalangan mereka
- pada November 1934 mengadakan persidangan di peringkat kebangsaan yang pertama di Taiping,
Perak
- berjaya menghimpunkan ahli dari seluruh Tanah Melayu
- semangat kenegerian dapat dipecahkan dan konsep kebangsaan Melayu mula terbentuk
- persidangan seterusnya diadakan di Pulau Pinang, Singapura, Ipoh dan Seremban

e) Kesatuan Melayu Muda (KMM)


- ditubuhkan tahun 1938 di Kuala Lumpur
- merupakan pertubuhan Melayu bersifat politik yang pertama di Tanah Melayu
- dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob
- pemimpin yang lain seperti Mustapha Hussain dan Ahmad Boestamam
- tujuan untuk menanamkan semangat perpaduan dan kesedaran di kalangan orang Melayu dan
mempertahankan hak
- berjuang membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British
- bercita-cita menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia untuk mewujudkan Melayu Raya
- kebanyakan anggotanya terdiri daripada guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)
- perjuangan KMM bercorak radikal kerana mengamalkan dasar tidak bekerjasama dan menyuarakan
pertentangan secara terbuka terhadap British
- mengadakan pakatan sulit dengan Jepun untuk menentang British
- akhbar Warta Malaya digunakan untuk membangkitkan perasaan anti British dan memperjuangkan
cita-cita KMM
- tahun 1941 Ibrahim Haji Yaacob dan 150 anggota KMM ditangkap oleh British dan dipenjarakan di
Singapura
- mereka dibebaskan semasa pendudukan Jepun
- tahun 1942 KMM diharamkan oleh Jepun

(ii)Pertubuhan Orang Cina dan India


- sebelum Perang Dunia II orang Cina dan India di Tanah Melayu lebih menumpukan perhatian kepada
keadaan yang berlaku di negara asal
a) Pertubuhan Orang Cina
- awal kurun ke-20 terdapat beberapa pertubuhan orang Cina di Tanah Melayu seperti Hsing Chong Hui
dan Chung Ho Tang
- menumpukan perhatian kepada negara China
- terdapat juga orang Cina yang memberi perhatian kepada politik tempatan terutama oleh orang-orang
Cina yang lahir di Negeri-Negeri Selat atau Cina Peranakan yang menjadi warganegara British
- tahun 1900 Persatuan Orang Cina Peranakan British telah ditubuhkan oleh orang Cina Peranakan yang
berpendidikan Inggeris
- antara tokoh-tokohnya ialah Tan Jiak Kim, Lim Boon Keng, Song Ong Siang dan Seah Liang Seah
- presiden pertama persatuan ini ialah Tan Jiak Kim
- antara pengasas utama persatuan ini ialah Lim Boon Keng
- tujuan penubuhannya untuk melindungi kepentingan orang Cina Peranakan di Negeri-Negeri Selat
- selain itu menggalakkan orang Cina Peranakan memperoleh pendidikan tinggi dan teknikal
- mereka juga menunjukkan taat setia kepada British
- antara tokoh golongan ini ialah Tan Cheng Lock

(i) Tan Cheng Lock


- lahir di Melaka
- berpendidikan Inggeris di Sekolah Tinggi Melaka dan Raffles Institution di Singapura
- tahun 1923-1934 telah dilantik sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat

b) Pertubuhan Orang India


- terpengaruh dengan gerakan kebangsaan di negara asal sebelum Perang Dunia II
- tubuhkan persatuan dengan tujuan melindungi kepentingan orang India di Tanah Melayu
- awal kurun ke-20 golongan cerdik pandai India yang berpendidikan Inggeris menubuhkan persatuan
India di bandar-bandar utama seperti Taiping, Kuala Lumpur, Melaka, Klang, Seremban dan Pulau
Pinang
- menjadi perintis kepada pembentukan pertubuhan yang menyatukan orang India di Tanah Melayu
- tahun 1039 Persatuan India Pusat Tanah Melayu ditubuhkan
- dipimpin oleh A.M.Soosay
- merupakan gabungan 12 buah persatuan India dan 4 dewan perniagaan India
- tujuan untuk memperjuangkan hak dan kepentingan orang India di Tanah Melayu

Anda mungkin juga menyukai