Anda di halaman 1dari 39

ANATOMI & FISIOLOGI

SISTEM PENGHADAMAN

PRO FORMA PJM3106 (TAJUK 10 SISTEM PENGHADAMAN)


Topik 1 : Pengenalan dan fungsi sistem penghadaman Topik 2 : Struktur dan fungsi sistem penghadaman Subtopik : 1. Organisasi trek penghadaman 2. Pergerakan bahan yang dihadam Topik 3 : Penghadaman dan penyerapan Subtopik : 1. Proses dan penyerapan nutrient 2. Proses dan penyerapan karbohidrat 3. Proses dan penyerapan lipid 4. Proses dan penyerapan air dan elektrolit 5. Proses dan penyerapan vitamin

PENGENALAN
Sistem Penghadaman > Proses penghancuran makanan ke dalam bentuk yang ringkas/kecil untuk menyerap nutrien yang terdapat dalam makanan tersebut. > Nutrien itu diserap ke dalam sistem peredaran darah dan diedarkan ke sel-sel badan.

FUNGSI SISTEM PENGHADAMAN


1. MENERIMA MAKANAN

4. MEMBUANG BAHAGIAN MAKANAN YANG TIDAK DAPAT DICERNA

FUNGSI

2. MENCERNA MAKANAN MENJADI NUTRIEN

3. MENYERAP NUTRIEN KE DALAM ALIRAN DARAH

STRUKTUR SISTEM PENGHADAMAN

1. Organisasi trek penghadaman 2. Pergerakan bahan yang dihadam

Sistem Penghadaman terdiri daripada trek penghadaman / salur alimentari / trek gastrointestinal dan kelenjar pencernaan.

# Trek Penghadaman atau Salur Alimentari : Salur panjang yang dilalui makanan, bermula dari rongga mulut hingga ke dubur/anus.

# Kelenjar pencernaan termasuklah kelenjar liur, hati, dan pankreas. # Selain itu, dinding perut dan dinding usus kecil juga mempunyai kelenjar pencernaan.

Organisasi Trek Penghadaman

Pergerakan Bahan Yang Dihadam


Pergerakan bahan yang dihadam bermula dari :

Rongga Mulut

Faring

Esofagus

Perut

Usus Kecil

Usus Besar

Rektum

Anus

Mulut
Dalam rongga mulut, makanan dikunyahkan oleh gigi menjadi butiran yang lebih kecil. Ini bertujuan menambahkan luas permukaan yang terdedah untuk memudahkan tindakan enzim kemudian.

3 pasang air liur: i. Kelenjar paratoid ii. Kelenjar sublingual iii. Kelenjar submandibel # merembeskan air liur ke dalam rongga mulut melalui duktus liur.
Kanji Glikogen
Salivary amilase (ptialin)

maltosa maltosa

Salivary amilase (ptialin)

Komponen Air Liur


1. Air : Melembap dan melembutkan makanan supaya senang ditelan. 2. Lendir : Melekat dan melicinkan butir-butir makanan dalam rongga mulut. 3. Garam Natrium : NaHCO dan NaPO menyediakan medium beralkali untuk tindakan pencernaan enzim ptialin (amilase air liur) ke atas kanji masak dan glikogen dan menukarkannya kepada maltosa.

Lidah menolong menggumpalkan makanan menjadi bolus serta menolaknya ke arah faring. Semasa menelan, lidah tolak makanan > belakang mulut > esofagus. Lelangit lembut menghalang makanan daripada memasuki rongga nasal.

Faring
Bahagian / ruang yang menyambung mulut ke esofagus dan trakea. Semasa penelanan bolus, epiglotis menghalang daripada memasuki trakea. Kadangkala, tindakan tersebut gagal dan butiran makanan serta air terlepas dan masuk ke dalam trakea. tindakan refleks : batuk > mengeluarkan semula daripada saluran pernafasan.

Esofagus / Kerongkong
Menyambung faring kepada perut. Peristalsis > Pengecutan dan pengenduran otot-otot salur pencernaan secara berirama. Apabila otot bulat mengecut dan menyempitkan salur esofagus lalu menolak bolus makanan ke depan, otot bulat di depan bolus akan mengendur untuk membolehkan bolus itu bergerak.

Esofagus

Organ berdinding tebal dan berotot. Bolus > perut melalui sfinkter kardium yang terbuka. Jus gaster dirembes dalam perut dan mengandungi asid hidroklorik, enzim renin, dan pepsin serta mukus. Asid hidroklorik : -membunuh kuman yang mungkin hadir dalam makanan. -menyediakan pH(1.5-2) yang sesuai bagi enzim renin dan pepsin #paling aktif dalam keadaan berasid. -meneutralkan air liur yang beralkali dalam makanan untuk menghentikan tindakan enzim ptialin (amilase air liur).

Perut

Perut

Enzim renin : Mengentalkan susu dengan menukarkan kaseinogen (protein susu yang larut) menjadi kasein (protein susu yang tidak larut)

Enzim pepsin : Menghidrolisiskan protein menjadi pepton dan polipeptida. Pepton ialah pecahan molekul protein yang terdiri daripada satu atau lebih rantaian polipeptida yang tergelung. Protein + air ---pepsin- Pepton dan Polipeptida Mukus : Bahan yang berlendir serta likat . Melindungi dinding perut daripada asid hidroklorik.

Semasa makanan dicernakan oleh enzim di dalam perut, penguncupan dan pengenduran perut membantu memecahkan makanan secara fizikal. Tindakan peristalsis juga membantu mencampur-adukkan makanan dengan enzim.

Makanan berada dalam perut selama kira-kira 2 - 5 jam. Makanan yang meninggalkan perut adalah separa cecair dan dikenali sebagai kim.

Kim akan memasuki duodenum apabila sfinker pilorus mengendur.

Usus Kecil

Di duodenum, kim dicampurkan dengan hempedu dari pundi hempedu(hati) dan jus pankreas dari pankreas. Hempedu disintesiskan oleh hati dan disimpan dalam pundi hempedu. Hempedu disalurkan melalui duktus hempedu ke dalam duodenum apabila diperlukan sahaja.

Hempedu mengandungi garam hempedu, tetapi tidak mengandungi enzim.

Hempedu berfungsi kekalkan kandugan usus kecil supaya beralkali serta menghentikan tindakan asid hidroklorik ke atas kim supaya pankreas dan jus usus dapat bertindak.

Berfungsi juga untuk mengemulsikan/ membaurkan lemak, iaitu memecahkan lemak menjadi titisan halus yang terampai di dalam air. Tindakannya seumpama tindakan sabun terhadap lemak.

Pengemulsian lipid/lemak dapat menambahkan jumlah luas permukaannya untuk tindakan enzim.

Amilase pankreas bertindak ke atas kanji yang belum sempat dihidrolisiskan oleh ptialin dalam rongga mulut.

Hasil pencernaan: MALTOSA

Kanji + air --amilase Maltosa

Di Seluruh Usus Kecil (Duodenum, Jejunum, dan Ileum)


Terdapat banyak kelenjar usus pada dinding usus kecil.
Kelenjar usus/ Kelenjar Brunner menghasilkan jus usus yang bersifat alkali.

Jus usus mengandungi enzim erepsin (peptidase), maltase, sukrase, laktase, lipase, dan enterokinase.

Erepsin : pepton asid amino polipeptida asid amino Sukrase : sukrosa Glukosa + Fruktosa Maltase : Maltosa Glukosa Laktase : Laktosa Glukosa + Galaktosa Lipase : Lemak Gliserol + asid lemak Enterokinase : aktifkan enzim tripsinogen tripsin

Hasil akhir pencernaan: Gula ringkas Asid amino Gliserol Asid lemak
Semua hasil ini diserap di usus kecil.

Usus Besar
(3 Bahagian : Sekum,Kolon,Rektum)

PENYERAPAN

Sendawa http://rezagood.wordpress.com/2009/08/04/sendawaitu-pertanda-apa/ Buang angin http://www.arsitekonline.com/articles/indexarticles.html Sembelit http://www.biovco.com/masalah-sembelit.php?ref=mkd Buasir http://fahmitravelogue.blogspot.com/2010/02/info-sihatapa-itu-buasir.html Gastrik http://intim.wordpress.com/2007/08/30/gastrik-puncapedih-ulu-hati/ http://rawatangastrik.com/blog/penyakit-gastrik/apa-itu-penyakitgastrik/ Cirit-birit http://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/bulletin/kosmik/2 000/kosmik1.html Appendiks http://klinikmansurah.blogspot.com/2009/02/appendicitis.html Allergi http://infosihat2006.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai