Anda di halaman 1dari 10

(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH

TEKNIK MEMBAJA GETAH DEWASA / MATANG

PENGENALAN
Pembajaan penting untuk kesihatan pokok kerana pokok yang kurang zat mudah diserang penyakit. Pembajaan boleh merangsang pemulihan kulit baru setelah ditoreh. Meningkatkan hasil lateks dan kayu getah. Dapat mengelak dan memulihkan pokok getah daripada serangan penyakit akar daun. Pokok mesti dibaja pada masa yang sesuai dan pada kadar yang mencukupi. Keperluan pembajaan sesuatu kawasan ditentukan berdasarkan status nutrien pada sampel tanah dan daun yang diambil.

KEBERKESANAN BAJA
Bergantung Kepada : Penyerapan Baja Oleh Pokok Penjimatan Tenaga Dan Kos Jenis Baja Kadar Baja Masa Membaja Kekerapan Membaja

CARA MENGIRA KEPERLUAN BAJA


Contoh : Berapa banyak baja UREA, TSP dan MOP untuk membaja sehektar kebun getah dengan kombinasi N : 60 kg, P : 30 kg dan K : 30 kg.
Urea : 100 x 60

46 TSP : 100 x 30
46 MOP : 100 x 30 60

= 130 kg

= 65 kg

= 65 kg

PEMBAJAAN POKOK GETAH MATANG


Pokok mesti dibaja pada masa yang sesuai dan pada kadar yang mencukupi berpandukan kepada pengesyoran pembajaan. Keperluan pembajaan sesuatu kawasan ditentukan berdasarkan status nutrien pada sampel tanah dan daun yang diambil. Masa pembajaan yang sesuai penting memandangkan ini akan membantu pengambilan nutrien oleh pokok. Baja perlu untuk mendapatkan pokok getah yang subur dan berkeupayaan mengeluarkan hasil torehan yang tinggi.

CARA CARA MEMBAJA


Bagi pokok matang dewasa, baja hendaklah ditabur di atas

lorong tanaman yang bersih dari rumpai sejarak 300 hingga 350sm dari pangkal pokok sebelah menyebelah. Oleh kerana pangkal pokok tidak banyak akar rambut, eloklah kawasan kira-kira 60sm keliling dari pangkal pokok tidak dibaja. Baja boleh juga ditabur keseluruhan kawasan kecuali kawasan 60sm dari pangkal pokok andainya kawasan bersih dari rumpai.

Bukan satu kaedah yang baik melonggokkan baja secara memanjang di antara barisan pokok. Cara ini tidak membolehkan semua akar rambut mendapatkan baja.

CARA-CARA MEMBAJA : GAMBARAJAH

Kawasan ditabur baja

Lorong tanaman 300 350 cm

Kawasan 60 cm keliling pokok tidak dibaja

MASA SESUAI MEMBAJA GETAH MATANG


Pembajaan bagi getah matang sesuai dilakukan sebaik sahaja daun mula terbentuk dalam musim daun luruh. Kadar pengambilan nutrien paling aktif ialah di antara waktu pendaunan semula sehingga 5 bulan berikutnya. Baja tambahan tidak diperlukan sekiranya ranggasan atau pendaunan kali kedua berlaku

Pada dasarnya, pembajaan pokok dewasa dibaja setahun sekali sehingga dua ke tiga tahun sebelum pokoknya ditanam semula.

KAWASAN YANG PERLU DIBAJA


Apabila pokok meningkat umur 4 tahun, akar-akar akan meluas ke pertengahan antara barisan. Apabila pokok berumur 18 bulan, baja ditabur di jalur yang bersih di antara barisan pokok dan elakkan menabur di pangkal pokok.

KESIMPULAN
Pemilihan jenis baja serta kadar penggunaanya hendaklah sesuai dengan keadaan tanah dan peringkat tanah dan peringkat umur pokok supaya mendapatkan kesan yang baik terhadap pertumbuhan pokok.

Baja adalah satu input penting dalam kesuburan kebun.

Anda mungkin juga menyukai