Anda di halaman 1dari 11

TOPIK 2

KONSEP MALAYSIA MAJU DAN


SEJAHTERA
PENGENALAN
Kemajuan dan kesejahteraan sesebuah
negara hanya dapat diukur berdasarkan
kualiti hidup rakyat yang bertambah baik
secara berterusan
Kerajaan telah memberikan keutamaan
yang tinggi kepada pembangunan negara
dari semua dimensi, termasuk kualiti
hidup
Kerajaan telah menumpukan segala
usaha untuk
a) Meningkatkan taraf hidup golongan
miskin

b) Menyediakan peluang untuk


meningkatkan pendapatan

c) Menyediakan kemudahan pendidikan,


kesihatan, perumahan dan kemudahan
asas yang lain

d) Melindungi alam sekitar dan mewujudkan


PETUNJUK NEGARA MAJU DAN
SEJAHTERA
Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) ialah
pengukuran komposit berdasarkan
sepuluh komponen terpilih, iaitu
pendidikan, pengangkutan dan
komunikasi, perumahan, kebudayaan dan
liburan, pendapatan dan pengagihan,
keselamtan awam, kesihatan, penyertaan
sosial, alam sekitar, kehidupan keluarga,
dan persekitaran kerja
Pendidikan
Sistem pendidikan merupakan alat utama untuk
menyampaikan pengetahuan dari satu generasi ke
satu generasi yang lain.
Pengangkutan dan komunikasi
Merupakan faktor penting dalam menilai kemajuan
dan pembangunan kerana membolehkan sumber
mudah diangkut dan diperoleh
Perumahan
Rumah merupakan keperluan asas sosial untuk
kehidupan yang sempurna dan memberikan
keselamatan serta perlindungan kepada keluarga
Kebudayaan dan liburan
Kebudayaan digambarkan melalui kelakuan dan
pemikiran manusia, yang mempengaruhi cara
percakapan dan amalan sosial serta keagamaan
suatu masyarakat
Pendapatan dan pengagihan
Pendapatan membolehkan individu menampung
perbelanjaan untuk diri dan keluarga mereka dan
agihan pendapatan pula menggambarkan
kesaksamaan dan pengagihan sumber ekonomi
Keselamatan awam
Keselamatan awam penting untuk menjamin
keamanan dan kestabilan sosial yang menyumbang
kepada kehidupan yang lebih berkualiti
Kesihatan
Kesihatan yang baik membolehkan manusia bekerja
dengan produktif serta melibatkan diri secara aktif
dalam kehidupan sosial dan ekonomi masyarakat
Penyertaan sosial
Menggambarkan komitmen dan kesediaan orang
ramai untuk terlibat dalam aktiviti sosial, politik,
keagamaan dan aktiviti kemasyarakatan
Alam Sekitar
Alam sekitar mempunyai kesan langsung
terhadap kesejahteraan penduduk.
Pencemaran air dan udara serta kawasan
hutan adalah antara petunjuk kualiti alam
sekitar
Kehidupan Keluarga
Unit keluarga mewakili institusi utama dalam
struktur sosial dan berfungsi untuk
memenuhi keperluan sosial, ekonomi dan
psikologi individu
Persekitaran kerja
Produktiviti yang tinggi dapat menjamin
pendapatan yang lebih baik dan seterusnya
meningkatkan taraf ekonomi dan kualiti hidup
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBINA
NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA
Mengamalkan budaya inovasi dan kreatif
1. Rakyat Malaysia perlu bersedia untuk
mencuba perkara baharu dan berinovasi
dalam apa-apa lapangan yang diceburi
Menyuburkan budaya ilmu
1. Sesebuah negara hanya akan benar- benar
maju dan berjaya apabila rakyatnya
memiliki ilmu yang tinggi
2. Negara perlu memiliki masyarakat yang
mengutamakan pendidikan dan
pengetahuan daripada segala-galanya
Mentransformasikan pendidikan
1. Pendidikan di Malaysia harus melalui
transformasi yang terancang untuk
mencapai status negara maju dan sejahtera
2. Kepimpinan negara masa hadapan
memerlukan pemimpin yang berilmu, di
samping budi pekerti yang baik.
Mengamalkan budaya berprestasi tinggi
a) Budaya berprestasi tinggi bermaksud
mempunyai sifat untuk memastikan
bahawa setiap perkara yang dilakukan
mencapai tahap yang terbaik
b) Pengamalan budaya cemerlang dan
berprestasi tinggi akan membawa
Malaysia ke tahap kejayaan serta
pencapaian yang lebih tinggi
Mengamalkan pengurusan berintegriti
a) Dalam pengurusan negara, kepimpinan negara
harus mengamalkan pengurusan berintegriti
dalam melaksanakan sebarang tugas dan
tanggungjawab agar bangsa dan negara
sentiasa disegani dihormati oleh semua pihak
Mempererat perpaduan kaum
a) Perpaduan kaum amat penting untuk
keharmonian dan kesejahteraan negara
b) Perpaduan kaum juga menjadi pemangkin
kepada kestabilan dan kemajuan negara
Menjamin keadilan sosial
a) Keadilan sosial hanya wujud sekiranya setiap
individu mendapat hak-haknya sebagai rakyat
Malaysia
b) Kerajaan akan membela hak semua rakyat
tanpa meminggirkan mana-mana pihak
Mengamalkan budaya ketepatan
a) Perkhidmatan yang dilakukan mestilah
berdasarkan kualiti yang bagus dan perlu
dijalankan dengan berterusan
b) Ketepatan bermaksud setiap perkara
termasuk tindakan, masa, janji haruslah
dilaksanakan dengan tepat

Anda mungkin juga menyukai