Anda di halaman 1dari 25

MEMBENTUK PEMIKIRAN

USAHAWAN DALAM
MERINTIS INOVASI BAGI
MEMANTAPKAN
PENCAPAIAN PRESTASI
PENDAHULUAN

Masyarakat yang mempunyai paling ramai


usahawan adalah merupakan masyarakat
yang terbaik. Ini adalah kerana usahawan
merupakan individu yang paling dinamik,
kreatif dan inovatif. Mereka bersedia untuk
berhadapan dengan ketidaktentuan melalui
kreativiti dan kesungguhan untuk mencapai
kejayaan. Semangat ini telah menyebabkan
mereka melihat hari esok dengan penuh
peluang dan berkayakinan untuk merebut
peluang berkenaan.
DEFINISI USAHAWAN.
Perkataan usahawan mempunyai erti
yang sama dengan perkataan Inggeris
entrepreneur. Perkataan entrepreneur
berasal dari perkataan Perancis,
entreprendre yang bererti memikul
tugas atau tanggungjawab.
Kamus Dewan Edisi Baru mentakrifkan
usahawan sebagai orang yang mengusahakan
sesuatu perusahaan iaitu pengusaha.
Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan
secara besar-besaran untuk membuat
barang-barang industri atau pekerjaan
berniaga secara besar-besaran.
The Encyclopedia Americana International Edition
memberi maksud usahawan sebagai ahli
perniagaan yang mengambil risiko
menggabungkan faktor pengeluaran termasuk
modal, buruh, bahan dan menerima ganjaran
melalui keuntungan daripada nilai pasaran
barangannya.

Joseph A.Schumpeter, seorang ahli ekonomi


menyatakan usahawan adalah seorang inovator
yang boleh mengakibatkan kepada suatu
pembaharuan.

Websters Third New International Dictionary pula


mentakrifkan usahawan sebagai orang yang
mengurus suatu kegiatan ekonomi terutamanya
mengelola, memiliki, mengurus dan menanggung
risiko sesuatu perniagaan.
DEFINISI KEUSAHAWANAN
Keusahawanan adalah di antara perkara
yang terpenting kepada individu, keluarga,
pembangunan masyarakat, pembangunan negara
serta agama. Ianya merupakan satu bidang ilmu
yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran
dan pengetahuan yang berkaitan dengan
perniagaan dan perusahaan

keusahawanan dikatakan sebagai satu


kebolehan, kemampuan, dan kecenderungan
untuk melakukan perkara-perkara berikut :-
Mengenalpasti peluang perniagaan
Mengendalikan usaha perniagaan yang
menguntungkan dirinya sendiri dan orang
ramai.
Mendapatkan kejayaan melalui usaha-usaha
yang dapat memenuhi keperluan orang ramai.
Mendapatkan kekayaan dengan cara berusaha
memenuhi keperluan masyarakat.
Mengambil risiko yang telah diperhitungkan
(calculated risk)
Mentadbir dan menggunakan faktor-faktor
pengeluaran bagi menghasilkan pembangunan
ekonomi dan kebajikan sosial.
Sentiasa berusaha dan bersedia untuk
membuat pembaharuan yang boleh
meningkatkan daya pengeluaran dari masa ke
semasa.
Secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa
keusahawanan sebagai kualiti manusia yang
bukan sahaja mendatangkan faedah kepada
dirinya sendiri tetapi ia dapat membangunkan
ekonomi dengan pesat serta memberi
sumbangan kepada orang lain. Ia merupakan
proses mewujudkan dan mengurus perniagaan
untuk mencapai objektif yang dihajati.
KOMPETENSI KEUSAHAWANAN
Kompetensi keusahawanan bermaksud
kemampuan atau kecekapan seseorang
untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan
dengan berkesan. Kompetensi atau keterampilan
diri keusahawanan dimiliki melalui amalan-
amalan perilaku hasil daripada pengaruh nilai-
nilai hidup seseorang, sikap atau desakan
dalaman untuk melakukan tugas dengan
cemerlang.
Senarai Kompetensi Keusahawanan

1. Inisiatif
2. Melihat dan merebut peluang
3. Kecekalan
4. Mencari maklumat
5. Menitik beratkan mutu kerja yang tinggi
6. Komitmen terhadap perjanjian kerja
7. Berorientasi ke arah kecekapan
8. Membuat perancangan yang sistematik
9. Menyelesaikan masalah secara kreatif
10.Yakin terhadap keupayaan diri
11.Ketegasan
12.Meyakinkan orang lain
13.Menggunakan strategi pengaruh
PROSES INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN
Definisi Inovasi

Inovasi merupakan fungsi utama di


dalam proses keusahawanan. Inovasi
adalah proses di mana usahawan
menukarkan peluang-peluang
perniagaan ke dalam bentuk idea yang
boleh dipasarkan.
Nilai Inovasi, Kreativiti Perlu Dalam Keusahawanan

Nilai inovasi pula ialah daya keupayaan


dan kebolehan yang ada pada usahawan
untuk mengaplikasikan idea kreatif
terhadap masalah dan peluang untuk
meningkatkan produktiviti dan prestasi.
Bagaimana Untuk Membina
Minda Positif Sebagai Seorang
Usahawan
Mengamalkan sikap positif.
Berkata kata dengan positif
Berkawan dengan mereka yang bersikap
positif.
Gantikan pemikiran negatif dengan
pemikiran yang positif.
Bayangkan imej yang positif.
Anda positifkan fizikal anda.
Memikirkan perkara yang menggembirakan.
Ciri-ciri usahawan..

Sentiasa berfikiran positif


Sentiasa bertindak secara efektif dan
efisien
Kreatif
Sentiasa bersyukur
Sentiasa bertawakal kepada Allah s.w.t
tip ringkas untuk usahawan

1. Perlu jelas matlamat.


2. Ada buat perancangan.
3. Berusaha dengan cekal.
4. Baca buku selalu.
5. Belajar tanpa henti.
6. Bertindak dengan cepat.
7. Tidak mudah mengalah.
8. Berani hadapi risiko.
9. Fokus pada kekuatan.
10. Sentiasa perbaiki diri.
11. Gagal itu lumrah.
Bagaimana Untuk Tidak Mudah Hilang Semangat?

Semangat dan motivasi jatuh merudum?


Semangat hilang?
Sedih? Kecewa? Sakit hati?
Itu semua boleh dielakkan dengan satu
cara mudah, iaitu melatih diri dengan
tidak merenung dan memikirkan
masalah-masalah itu.
Bagaimana mengubah diri ke arah yang lebih baik?

Sentiasa berdoa mengharapkan bimbingan,


perlindungan dan bantuan daripada ALLAH
SWT agar kita sentiasa dipermudahkan
untuk menjadi manusia yang diredai-Nya.
Mengapa orang berjaya terus berusaha gigih?

Jawapannya adalah Kejayaan hari ini bukan


penentu kejayaan hari esok dan seterusnya.
Kejayaan hari ini adalah kejayaan hari ini
sahaja, bukan kejayaan esok. Kejayaan hari
ini mungkin akan terhapus atau hilang begitu
sahaja. Maka ia belum pasti dapat menjamin
hidup kita pada hari mendatang.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakan bahawa
usahawan adalah seorang yang mengambil risiko
memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau
perusahaan dan mengusahakannya. Seseorang yang telah
memulakan perniagaan atau telah membeli perniagaan
yang dimulakan oleh orang lain juga dikenali sebagai usahawan.
Usahawan juga adalah seorang pengurus yang menerajui
perniagaannya dan dapat menuntut hak keempunyaan ke
atas perniagaan tersebut. Oleh itu ia menanggung
risiko perniagaan. Usahawan mempunyai wawasan dan
mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran
masyarakat. Ia adalah seseorang yang inginkan
kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri
dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri .
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai