Anda di halaman 1dari 6

KOLEJ VOKASIONAL TAWAU

Penyerakan Cahaya
AZIZAH SULBIN
ERNA FARZANA BASIR
NORAINI ABDULLAH
NUR ERNA DAYANA IDRIS
SITTI ARBAYA JAMES
SYAZANA ATIKAH SAPEE
Pengenalan
Cahaya merupakan tenaga berbentuk
gelombang dan membantu kita melihat.
Sifat cahaya ialah cahaya bergerak lurus
ke semua arah . Bagaimanapun, cahaya
dapat diserakkan . Keadaan ini disebut
sebagai penyerakan cahaya. Kebiruan
langit pada waktu tengah hari dan langit
kemerahan pada waktu senja adalah di
anatara contoh kesan daripada pnyerakan
cahaya.
Penyerakan Cahaya
Penyerakan cahaya adalah proses di mana
cahaya dipesongkan dari arah asalnya.
Ini dilakukan oleh zarah terampai di dalam
atmosfera.
Ini kerana atmosfera bumi mempunyai
zarah halus seperti gas, habuk, debu dan
wap.
Apabila cahaya matahari bersinar melalui
atmosfera bumi, komponennya akan
diserakkan dalam pelbagai arah oleh zarah
halus ini.
contoh proses penyerakan cahaya
Fenomena matahari lebih merah pada waktu pagi
selepas letusan gunung berapi

Lapisan atmosfera menjadi lebih tebal semasa


letusan gunung berapi kerana terdapat lebih
banyak habuk atau debu terdapat di atmosfera.
Apabila cahaya matahari menuju ke bumi, maka
cahayanya diserakkan oleh zarah-zarah ini.
Semasa penyerakan, juzuk warna merah paling
kurang diserakkan oleh habuk dan debu yang
menyebabkan hanya warna merah yang sampai
ke mata pemerhati ketika itu.
Kesimpulan
Semakin panjang gelombang warna
cahaya, semakin kurang cahaya
diserakkan manakala semakin pendek
gelombang warna cahaya, semakin
banyak cahaya diserakkan.

Anda mungkin juga menyukai