Anda di halaman 1dari 25

1.

3
Penyebaran
cahaya
Penyebaran cahaya
• Penyebaran cahaya ialah proses cahaya putih
dipecahkan kepada juzuk – juzuk warnanya yang
disebut spektrum apabila melalui prisma.
Penyebaran cahaya
• Sepktrum terdiri daripada tujuh warna
dalam tertib ini: merah, jingga, kuning,
hijau, biru, indigo dan ungu.

• Penyebaran cahaya berlaku kerana setiap


juzuk warna bergerak pada kelajuan yang
berlainan melalui prisma.
Penyebaran cahaya
• Oleh sebab itu, cahaya – cahaya berwarna
dibiaskan pada sudut yang berbeza.
• Cahaya ungu banyak dibiaskan oleh prisma
kaca berbanding dengan cahaya merah yang
mempunyai panjang gelombang yang lebih
panjang. Hal ini demikian, kerana cahaya
ungu bergerak dengan halaju yang paling
perlahan.
Penyebaran cahaya
Pembentukan Pelangi
Pembentukan pelangi
• Pembentukan pelangi ialah fenomena
semula jadi yang berkaitan dengan
penyebaran cahaya.

• Pelangi dapat dilihat semasa hujan renyai –


renyai pada waktu pagi atau waktu petang
apabila cahaya matahari menyinari titisan –
titisan air hujan.
• Seseorang dapat melihat pelangi apabila
dia membelakangi matahari.

• Titisan air hujan bertindak sebagai prisma.

• Pelangi terbentuk apabila cahaya matahari


melalui titisan air hujan. Cahaya matahari
akan dibiaskan kepada juzuk – juzuk
warnanya.
Pembentukan pelangi

• Titisan air bertindak


sebagai prisma

• Pelangi terbentuk
apabila cahaya matahari
melalui titisan air.

• Cahaya matahari akan dibiaskan kepada juzuk


– juzuk warnanya
1.4
Penyerakan cahaya
Penyerakan cahaya
• Atmosfera bumi mengandungi zarah – zarah
seperti molekul gas, wap dan habuk.

• Apabila cahaya putih menuju ke zarah – zarah


itu, sinar cahaya dihalang dan dipantulkan. Sinar
cahaya akan diserakkan ke semua arah. Kejadian
ini disebut penyerakan cahaya.
Penyerakan cahaya
• Penyerakan cahaya berkaitan dengan warna
cahaya. Cahaya biru banyak diserakkan
berbanding dengan cahaya merah. Hal ini
disebabkan cahaya biru mempunyai panjang
gelombang yang lebih pendek.
• Cahaya dengan panjang gelombang yang
lebih pendek akan banyak dibiaskan.
Kebiruan Langit
Pembentukan kebiruan langit

• Pada waktu tengah hari, cahaya matahari


bergerak melalui lapisan atmosfera yang nipis.
Pembentukan kebiruan langit
• Juzuk warna merah, jingga, kuning dan hijau
mempunyai jarak gelombang yang panjang
dan boleh menembusi lapisan atmosfera
tanpa diserakkan.
• Cahaya biru dengan panjang gelombang yang
pendek paling banyak diserakkan ke semua
arah, menyebabkan langit kelihatan biru.
Kemerahan Matahari Terbenam
Pembentukan Kemerahan langit

Pada waktu senja, cahaya matahari bergerak


melalui lapisan atmosfera yang lebih tebal.
Pembentukan Kemerahan langit
• Cahaya merah dan jingga mempunyai jarak
gelombang yang panjang dan bergerak terus
melalui atmosfera.

• Cahaya biru telah diserakkan dan cahaya


yang sampai ke mata pemerhati terdiri
terutamanya daripada cahaya merah atau
jingga
Latihan
Tentukan pernyataan di bawah betul (√) atau salah (X)

1. Pembentukan pelangi berkaitan dengan


penyebaran cahaya.
(√)

2. Seseorang dapat melihat pelangi


apabila dia berdepan dengan matahari.
(X)
3. Molekul gas, wap dan habuk dapat
menyerakkan cahaya. (√)
4. Cahaya biru diserakkan paling banyak.
(√)
5. Cahaya dengan panjang gelombang
yang panjang diserakkan paling sedikit.

(√)
6.Cahaya merah diserakkan ke semua
arah menyebabkan langit kelihatan
kebiruan pada waktu tengah hari.
(X)

7. Penyerakan cahaya ialah proses


penguraian cahaya putih kepada juzuk –
juzuk warnanya.
(X)

Anda mungkin juga menyukai