Anda di halaman 1dari 10

Bidang 1: Perkembangan Diri

Nilai Amanah
DEFINISI

• Sikap bertanggungjawab yang boleh


menimbulkan kepercayaan orang lain.
Dasar Bersih, Cekap dan Amanah
• Amanah merupakan sikap bertanggungjawab
yang dapat membina kepercayaan orang lain
terhadap seseorang.
• Amalan amanah telah diterapkan dalam sistem
politik dan jentera pentadbiran kerajaan melalui
slogan "Bersih, Cekap dan Amanah" (BCA)
• Slogan "Bersih, Cekap dan Amanah" (BCA)
ialah satu daripada dasar pentadbiran awam
yang telah dilancarkan pada pertengahan April
1982.
Konsep BERSIH

• Memiliki moral yang tinggi


• Bertatatertib dan berdisiplin
• tidak menerima rasuah dan menyeleweng
• Berkecuali dan tidak mementingkan diri
sendiri
• Tidak khianat, hasad dan dengki
Konsep CEKAP

• Berani dan cepat membuat keputusan


• Tenang menghadapi krisis
• Berkeyakinan dan berpengetahuan
• Berpengalaman dan mahir dalam bidang
tertentu.
• Mempunyai produktiviti yang tinggi dan
kualiti dalam kerja.
Konsep Amanah

• Rela dan cuba menjalankan


tanggungjawab dalam batas kuasa yang
ditentukan
• Bersikap luhur dan murni
• Jujur kepada diri sendiri, rakan, dan
organisasi
• Tidak menyalahgunakan kuasa.
Amalan Amanah Mengikut Persepektif
agama
• Islam
• Sekiranya individu itu mengamalkan sifat
amanah, maka dia tidak akan
mengkhianati kepentingan organisasi,
institusi, dan orang awam dalam
menjalankan tugas.
Buddha
Ajaran Buddha memimpin manusia yang mulia, suci dan
membawa kebahagian dan ketenteraman.
• Mengikut ajaranBuddha, perkembangan moral,
penumpuan minda serta penyucian minda adalah aspek
terpenting dalam menjalani kehidupan beragama
sehingga tercapainya Nirvana.
• Dalam prinsip Lapan Roda Kehidupan, manusia diajar
supaya tidak bercakap bohong dan menipu serta tidak
amanah kerana kelak kesempurnaan hidup dapat
tercapai.
• Bagi penganut Buddha, setiap perbuatan yang benar
akan dibalas dengan kebaikan dan kesucian bagi
menuju ke arah pencapaian Nirvana.
Hindu

• Agama Hindu percaya kepada hukum karma


dan kelahiran semula selepas mati.
• Menurut hukum Karma, dikatakan keadilan akan
dibalas dengan kebaikan dan perkara baik
mengatasi yang jahat.
• Sifat amanah juga menjadi agenda utama dan
kehidupan orang India iaitu mereka tidak boleh
bercakap bohong atau mengkhianati orang lain
serta tidak menyalahgunakan kuasa yang
diberikan
• Bagi memperoleh penghormatan pada
kelahiran, penganut Hindu membuat kebaikan
kerana sesuatu yang baik itu akan mengatasi
yang jahat.
Kristian

• Agama Kristian juga tidak ketinggalan dalam seruan


agar penganutnya sentiasa bersikap amanah dalam apa
jua perkerjaan yang dilakukan.
• Sifat amanah ini terkandung dalam rukun kesembilan
yang menyatakan bahawa mereka tidak boleh menjadi
saksi dusta kepada jiran mereka.
• Sesiapa yang tidak bersikap amanah akan dianggap
sebagai musuh yang tidak akan dipercayai oleh sesiapa
sahaja.
• Agama Kristian juga menyatakan bahawa kejujuran dan
bersikap amanah itu perkara utama dalam kehidupan
kerana dikatakan "pintu ke syurga adalah sempit"

Anda mungkin juga menyukai