Anda di halaman 1dari 12

Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan

AK21603
Perancangan Media
Sem 2 sesi 2016/2017
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan

Topik 3
Pemilihan media yang
kompetitif dalam media
campuran
Topik 3
Pemilihan media
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan

Pemilihan media
Selepas pembentukan strategi media, tugas memilih
media dan menjadualkan media pun bermula.
Tanggungjawab perancang media ialah untuk
memikirkan media yang sesuai dengan khalayak yang
sesuai, pada masa yang sesuai dalam suasana yang
terbaik. Ini adalah supaya mesej-mesej iklan mencapai
pendedahan yang terbaik, menarik perhatian dan
memberi motivasi kepada orang ramai untuk melakukan
tindakan. Perancang iklan mestilah melakukan semua ini
dengan kekesanan kos supaya objektif jangkauan,
kekerapan dan kesinambungan dapat dicapai.
Topik 3
Pemilihan media
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan

Pemilihan media
Beberapa perkara perlu diberi pertimbangan dalam
usaha untuk memilih media.
i. Strategi dan objektif kempen
Strategi dan kempen iklan yang dibentuk
mempengaruhi jenis media yang perlu dipilih.
Setengah-setengah strategi bersesuaianm untuk jenis-
jenis media tertentu sahaja. Begitu juga setengah-
setengah kempen atau barangan hanya berkesan
penyebaran mesejtxya apabiladisalurkan dalam media
tertentu.
Topik 3
Pemilihan media
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan

Pemilihan media
Sebagai contoh, setengah-setengah majalah, akhbar
atau penerbitan lain mempunyai imej yang tersendiri
seperti imej kewanitaan, imej kelelakian, imej
kemewahan dan begitu juga barangan atau
perkhidmatan.
Topik 3
Pemilihan media
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan

Pemilihan media
ii. Saiz dan ciri-ciri khalayak
Perancang media perlu mengetahui maklumat tentang
khalayak media. Antara maklumat itu ialah berapa
jangkauan khalayak bagi media itu, tahap minat
khalayak itu, sejauh mana ciri-ciri khalayak itu
selaras dengan profil pasaran sasaran bagi barangan
atau perkhidmatan.
Khalayak dalam hal ini merujuk kepada jumlah
bilangan orang yang dijangkau oleh sesuatu media.
Dalam hal media cetak, istilah bilangan edaran atau
sirkulasi digunakan untuk merujuk kepada jumlah
bilangan naskhah yang diedarkan.
Topik 3
Pemilihan media
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan

Pemilihan media
Bilangan pembacaan atau ‘readership’ merujuk
kepada jumlah pembaca bagi hitung panjang naskhah
yang diedarkan. Formula untuk mendapatkan jumlah
pembaca ialah bilangan edaran dikalikan dengan
hitung panjang bilangan pembaca bagi setiap
naskhah.
Topik 3
Pemilihan media
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan

Pemilihan media
iii. Liputan geografi
Bagi sesebuah negara yang besar atau bagi
periklanan antarabangsa, pertimbangan geografi
adalah amat penting. Periklanan akan sia-sia
sekiranya barangan atau perkhidmatan tidak dapat
diperoleh di sesuatu kawasan kempen itu
dilancarkan. Biasanya peruntukan yang tinggi
diberikan untuk kawasan yang kuat saingan
periklanannya.
Topik 3
Pemilihan media
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan

Pemilihan media
iv. Nilai-nilai pendedahan, perhatian dan niotivasi
media
Tugas perancang media ialah untuk
menyelaraskan media yang sesuai dengan
khalayak sasaran supaya iklan mencapai
pendedahan yang diingini, menarik perhatian
dan membina motivasi bagi pengguna. Ini
merupakan tugas yang amat berat kerana
data-data tentang hal ini amat terbatas.
Topik 3
Pemilihan media
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan

Pemilihan media
v. Kecekapan kos atau "cost efficiency"
Langkah terakhir untuk menentukan pilihan media ialah
menganalisis kecekapan kos bagi setiap media yang ada.
Satu istilah umum dalam pembelian media ialah CPM
(cost per thousand) atau KSS (kos setiap seribu). Kos
bagi setiap seribu (PKM) adalah satu istilah pemasaran
yang digunakan untuk menunjukkan harga 1,000 iklan
jejak pada salah satu halaman web. Jika mengenakan
penerbit laman web $2,00 CPM, yang bermakna
pengiklan perlu membayar $2.00 untuk setiap 1,000 jejak
iklan itu. "M" di CPM mewakili nombor Roman untuk
1,000.
Topik 3
Pemilihan media
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan

Pemilihan media
Sesuatu media dibandingkan dengan media yang lain
melalui kos untuk menjangkau l,000 orang dalam
khalayak mereka. Kos setiap seribu (KSS) bagi sebuah
iklan halaman luar kulit belakang majalah yang berharga
$10 ribu dan mempunyai 100 ribu pelanggan dikira
dengan cara yang berikut:
KSS = $10,000 =$100.00
100
Topik 3
Pemilihan media
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan

Pemilihan media
Cuba bandingkan dengan KSS bagi iklan akhbar
mingguan yang berharga $1 ribu dan mempunyai 30 ribu
pelanggan:
KSS = $1,000 =$33.33
30
Melalui perbandingan di atas tentulah iklan di dalam
akhbar mingguan lebih tinggi kecekapan kosnya
dibandingkan dengan iklan majalah. Dalam hal ini,
perancang media lebih berminat tentang kecekapan kos
untuk mencapai khalayak sasaran, dan bukannya
tentang kos untuk menjangkau jumlah sirkulasi media
tersebut.

Anda mungkin juga menyukai