Anda di halaman 1dari 13

Adakah anda tahu apa itu alkohol?

• Alkohol sinonim dengan arak atau minuman


keras
selalunya diminum ketika bersosial atau
digunakan untuk
mempertingkatkan "mood"
• Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika
selalu
diminum
• Minuman beralkohol terdapat dalam
pelbagai bentuk
termasuk bir, wain, brandi dan wiski
Arak atau minuman keras ialah minuman beralkohol (biasanya etanol)
yang menyebabkan seseorang menjadi mabuk, tidak sedarkan diri,
terlena, dan sebagainya. Biasanya minuman keras mengakibatkan
atau menimbulkan hal yang negatif bagi si peminumnya. Contohnya
ialah wain, bir, wiski dan lain-lain.
Sesetengah agama, seperti Islam dan sesetengah mazhab
Kristian dan Buddha, mengharamkan pengambilan arak. Di
kebanyakan negara, penjualannya dikawal oleh kerajaan kerana ia
memberi amat berbahaya kepada kanak-kanak.

Jenis-jenis arak
Rum
Wine
Scotch
Wiskey
Khamar
Samsu
Adakah anda tahu kesannya terhadap badan?
• Ia memperlahankan fungsi sistem saraf pusat
• Mengubah persepsi, emosi, pergerakan, penglihatan, dan
pendengaran seseorang

Apakah faktor-faktor risiko bagi seseorang untuk minum


berlebihan?
• Faktor persekitaran contohnya :
o Mudah didapati
o Tidak mahal
o Pengiklanan yang menarik di media
• Faktor Sosial :
o Pengaruh rakan sebaya
o Latarbelakang keluarga
o Pengaruh idola atau orang-orang yang terkenal
o Budaya
• Faktor Biologi :
o Keturunan
o Personaliti (contohnya: impulsif, mudah gelabah/terangsang)
Apakah kesan-kesan pengambilan alkohol ?

Kesan pengambilan alkohol merangkumi berbagai aspek


kehidupan seseorang. Implikasi
sosial termasuk :

• Kurang konsentrasi yang boleh mengakibatkan kemerosotan


prestasi pelajaran

• Ponteng sekolah yang boleh mempengaruhi pencapaian


akademik

• Kelakuan Delinkuen/salah laku

• Penglibatan remaja dalam jenayah untuk membiayai tabiat


ketagihan alkohol
Kesan fizikal alkohol adalah:
• Keadaan mabuk (seseorang itu berjalan terhuyung hayang,
pertuturan yang tidak betul
atau jelas, bingung dan bercelaru).
• Keracunan (gejala-gejala termasuk mengantuk yang teramat, tidak
sedar diri, sukar
bernafas, paras gula yang rendah, sawan dan juga boleh
menyebabkan kematian).

Gangguan kesihatan termasuk:


• Kerosakan otak yang kekal
• Penyakit hepar ( radang hepar, sirosis, kanser)
• Penyakit jantung (peningkatan tekanan darah, angin ahmar/strok)
• Ulser pada perut (ulser gastrik dan peptik)
• Kanser usus
• Penurunan naluri seks dan mati pucuk
• Keguguran spontan
• Bayi yang tidak normal
• Anaemia (kandungan darah rendah)
Masalah Psikososial juga mungkin timbul.
Antaranya :

• Perubahan personaliti
• Kemurungan
• Bunuh diri
• Kelakuan agresif
Bagaimana anda boleh menghindari dari alkohol?
Anda sepatutnya :
• Mengamalkan gaya hidup sihat
• Berkemahiran untuk menangani stress dan masalah yang dihadapi
• Jauhi dari rakan yang mengambil alkohol
• Isikan masa sepenuhnya - Ambil bahagian dalam sukan, mulakan
satu program senaman atau hobi, mengambil bahagian dalam
aktiviti sosial yang berfaedah seperti
PROSTAR dan Rakan Muda
• Jangan menerima pelawaan untuk mencuba alkohol walaupun
untuk sekali sahaja
• Jauhi dari tempat yang boleh menggalakkan pengambilan alkohol
seperti bar, kelab malam, disko dan sebagainya.
• Mempunyai kemahiran/kebolehan bagi menangani masalah
termasuk semua yang
tertera di atas
Adakah terdapat sebarang risiko tidak langsung terhadap
kesihatan?
Ya, seseorang yang ketagihan alkohol lebih cenderung untuk :
• Terlibat dalam gejala seks yang tidak selamat (berisiko tinggi
mendapat HIV/AIDS).
• Menunjukkan perilaku yang ganas.
• Menderita akibat kecederaan contohnya akibat kemalangan
jalanraya.

Apakah itu ketagihan alkohol?


Penyalahgunaan alkohol menyebabkan seseorang terlalu
bergantung kepadanya sepanjang
masa.
Bilakah seseorang itu disyaki mengalami ketagihan alkohol?
• Keinginan yang teruk atau gian untuk minum alkohol
• Gagal untuk berhenti dari terus minum
• Gejala fizikal ( berketar, berpeluh dan loya)
• Perlu meningkatkan jumlah alkohol yang diminum
• Meneruskan tabiat minum walaupun mengalami banyak
masalah yang diakibatkan
oleh alkohol
Apakah yang boleh anda
lakukan jika anda
mempunyai masalah alkohol?

• Dapatkan pertolongan
secepat mungkin

• Berbincang dengan orang


dewasa yang boleh
dipercayai (ibubapa, doktor,
kaunselor sekolah dan
sebagainya) atau seseorang
yang boleh memberi
sokongan

Anda mungkin juga menyukai