Anda di halaman 1dari 6

aspek perkembangan kanak-

kanak
perkembangan kanak-kanak

• aspek perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada empat bahagian,


iaitu
• fizikal,
• kognitif,
• emosi dan
• sosial.
Aspek perkembangan fizikal
• perkembangan fizikal adalah proses perkembangan kemahiran psikomotor
dalam diri individu.
• Kemahiran tersebut biasanya memerlukan penggunaan anggota badan,
misalnya seorang kanak-kanak yang bermula dengan kemahiran mengenal
huruf, menulis dan kemudian membaca.
• Secara huraiannya, pembentukan manusia adalah hasil daripada satu sel
persenyawaan benih ibu dan bapa yang akan membesar menjadi janin dalam
kandungan ibu selama sembilan bulan sebelum dilahirkan. Kemudiannya, bayi
itu akan berubah secara beransur-ansur manjadi seorang kanak-kanak yang
membesar. Maka, proses perubahan yang dilalui bayi itulah dipanggil proses
pertumbuhan dan perkembangan
Aspek perkembangan kognitif
• perkembangan kognitif dikatakan sebagai perkembangan fikiran dan intelek
manusia.
• perkembangan kognitif sebagai proses peningkatan keupayaan pemikiran,
pengetahuan dan intelektual kanak-kanak.
• Dalam kata lainnya, proses ini melihat kepada kemampuan kanak-kanak dalam
menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah disamping
memahami dan menganalisa masalah tersebut.
• Secara amnya, bidang ini mementingkan siasatan ke atas bagaimana
seseorang kanak-kanak dapat berkembang dari satu usia ke usia mental yang
lebih tinggi. Dalam usia tersebut, kanak-kanak biasanya mula membentuk
pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya.
• Justeru, perkembangan kognitif ini merupakan salah satu daripada proses
tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak.
Aspek perkembangan emosi
• Perkembangan Kanak-kanak membincangkan aspek kemahiran
mengurus dan mengawal emosi.
• perkembangan emosi kanak-kanak disifatkan sebagai keupayaan
kanak-kanak bergaul , berinteraksi dan meluahkan perasaan mereka.
• perkembangan emosi lebih dikaitkan dengan perasaan iaitu suatu
aspek penting dalam dalam kehidupan seseorang termasuk negatif
atau positif kerana ia membantu kanak-kanak membina idea baru,
matlamat dan perancangan.
• ilustrasi emosi yang terlihat dalam kehidupan harian kanak-kanak
berfungsi sebagai satu cara bagi komunikasi untuk memberitahu dan
menyatakan keperluan mereka. Justeru, perkembangan emosi
merupakan salah satu aspek dalam perkembangan kanak-kanak.
Aspek perkembangan sosial
• membincangkan kemahiran menjalin perhubungan sosial dan
menunjukkan perlakuan baik dan sesuai mengikut norma-norma
masyarakat.
• perkembangan sosial sebagai satu proses apabila kanak-kanak belajar
berhubung dengan orang lain mengikut cara yang diterima oleh
masyarakat dan budayanya. Proses ini meliputi cara berfikir tentang
kendiri, orang lain dan perhubungan sosial.

Anda mungkin juga menyukai