Anda di halaman 1dari 6

Punca dan cara membetulkan

rabun jauh dan rabun dekat


Punca dan cara membetulkan rabun jauh

PUNCA
* Rabun jauh disebabkan oleh kanta mata yang terlalu tebal,
atau bola mata yang teralu panjang atau kedua-duanya sekali.
Objek jauh kelihatan kabur kerana imej bagi objek jauh
difokuskan di hadapan retina.

CARA MEMBETULKANNYA
* Kanta cekung membetulkan rabun jauh dengan
mencapahkan cahaya sebelum memasuki mata agar imej
difokuskan tepat pada retina.
RABUN JAUH
Punca dan cara membetulkan rabun dekat

PUNCA
* Rabun dekat disebabkan oleh kanta mata yang terlalu nipis,
atau bola mata yang terlalu pendek atau kedua-duanya sekali.
Objek dekat kelihatan kabur kerana imej bagi objek dekat
difokuskan di belakang retina.

CARA MEMBETULKANNYA
* Kanta cembung membetulkan rabun dekat dengan
menumpukan cahaya sebelum memasuki mata agar imej
difokuskan tepat pada retina.
RABUN DEKAT
ASTIGMATISME
* Kecacatan penglihatan ini berpunca daripada lengkungan
kornea atau kanta mata yang tidak sekata. Cahaya tidak dapat
difokuskan pada satu titik tetapi difokuskan pada beberapa
titik menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan terherot.
Mata juga cepat menjadi letih dan individu ini akan selalu
mengalami sakit kepala apabila melihat sesuatu objek untuk
jangka masa yang panjang.
ASTIGMATISME

Anda mungkin juga menyukai