Anda di halaman 1dari 11

KAEDAH PERMANIAN

BERADAS
KAEDAH PERMANIAN BERADAS (IUI)

DEFINISI:
 Merupakan satu proses inseminasi sperma yang telah diproses dengan menggunakan
prosedur makmal untuk mengasingkan sperma yang aktif dari cecair dan sperma yang
kurang aktif.

 Sperma yang aktif akan di insiminasi ke dalam rahim wanita dengan menggunakan
‘catherer’ pada hari ovulasi yang telah dijangka akan berlaku.

TUJUAN:
 Untuk pencapaian kehamilan melalui penyuburan dengan cara selain pemancutan mani. Ini
adalah cara alternatif perubatan kepada persetubuhan,atau permanian semula jadi.

 Rawatan ini hanya dilakukan pada wanita yang mempunyai rahim yang normal dan tiub
fallopio yang tidak tersumbat.
SEJARAH KAEDAH IUI

IUI yang pertama dilakukan pada haiwan dan kemudian pada manusia.

 Prosedur ini dilakukan pada haiwan bermula semenjak abad keempat belas
apabila orang Arab menggunakan kaedah ini untuk pembiakan kuda.

 Penghujung tahun 1784,Lazarro Spallanzani adalah kali pertama


menggunakan teknik ini untuk membiak anjing.

 Di London pada tahun 1793,John Hunter merupakan saintis yang pertama


dilaporkan berjaya mencapai kehamilan manusia dengan menggunakan
kaedah IUI.
LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN SEBELUM
MEMULAKAN KITAR IUI

LANGKAH 1
 Ujian patalogi bagi wanita dan lelaki

LANGKAH 2
 Pesakit akan diberi khidmat kaunseling terlebih dahulu.
 Bagi mereka yang mempunyai masalah kesuburan akan menjalankan beberapa ujian sebelum
memulakan prosedur IUI

LANGKAH 3
 Janji temu di unit feritliti untuk memudahkan doktor mendapatkan tarikh jangkaan dating
haid.
 Ketika ini doktor atau jururawat akan mengajar cara suntikan dan ubat-ubatan yang lain.
PROSEDUR

Dalam IUI,wanita tersebut perlu menjalani rangsangan ovari dengan mengambil pil ‘clomiphene
citrate dari haid ke 2 hinggan hari ke 6 datangnya haid atau suntikan gonadotropin setiap hari.

Apabila diameter folikel telah mencapai 18mm, suntikan hCG akan diberi untuk mematangkan
telur sekaligus akan berlakunya ovulasi.Suntikan Hcg biasanya akan diberi pada pukul 9 malam
dan prosedur IUI akan dijalankan 36 jam berikutnya.

Pada hari prosedur IUI dijalankan,pasangan lelaki perlu mengeluarkan air mani di bilik yang
telah disediakan.Kemudian,sampel air mani tersebut akan diproses oleh pegawai andrologis atau
embriologis.
Berikut merupakan beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian :

1. Pastikan bekas atau botol yang disediakan untuk pemungutan air mani itu bersih dan
kering.

2. Elakkan dari melakukan seksual (mengeluarkan air mani),sekurang –kurangnya 3-5 hari.

3. Air mani dikeluarkan secara onani atau melancap.

4. Pastikan semua air mani dimasukkan ke dalam bekas atau botol yang telah disediakan.

5. Elakkan dari menggunakan bekas-bekas lain,seperti kondom,kerana kemungkinan ianya


tidak bersih atau mengandungi bahan-bahan yang boleh mencemarkan air mani.

6. Pastikan anda menghantar air mani ke makmal,elakkan air mani itu terdedah kepada suhu
yang terlalu sejuk atau panas.

7. Maklumkan sekiranya pernah jatuh sakit atau mengambil atau mengambil sebarang ubat-
ubatan dalam tempoh 2 bulan sebelumnya.
8. Maklumkan sekiranya pernah jatuh sakit atau mengambil sebarang ubat-ubatan dalam
tempoh 2 bulan sebelumnya.

9. Mencuci tangan sebelum mengeluarkan sperma.

10. Elakkan menggunakan pelincir atau sabun.

11. Elakkan air mani dari tertumpah.


Siapa yang boleh dapat faedah melalui rawatan IUI?

Indikasi bagi menjalankan IUI adalah seperti berikut:

 Mempunyai rahim yang normal


 Tiub fallopio tidak tersumbat
 Masalah ovulasi
 Kekurangan cecair serviks
 Endrometriosis
 Cukup bilangan sperma yang bergerak
 Faktor immunologi (antisperm antibodies)
 Ketidaksuburan yang belum dikenal pasti puncanya
PROTOKOL

1. Semula jadi
 Satu kitaran semula jadi adalah disyorkan apabila rawatan anda adalah dengan sperma
penderma atau ketidaksuburan yang disebabkan masalah persetubuhan.

2. Kitaran menggunakan ubat kesuburan seperti clomifene (Clomid)


 Kebiasaannya,pesakit disyorkan untuk makan ubat clomid terlebih dahulu pada hari ke-2
hinggan hari ke-6 datang haid untuk merangsang ovari.Ia akan menyebabkan beberapa
telur dihasilkan dan membesar sehingga matang.

3. Kitaran menggunakan suntikan hormone atau gonadotrophins (Gonal –F, Puregon dan
Menopur)
 Ia biasanya akan disyorkan apabila ketidaksuburan adalah tidak diketahui puncanya atau
ada faktor lelaki kurang subur.Suntikan tersebut digunakan apabila telur pesakit masih
tidak matang setelah makan ubat clomid.Suntikan ini digunakan pada dos yang lebih
rendah berbanding dengan IVF. Ia akan meningkatkan peluang berjaya rawatan dengan
merangsang pengeluaran 2 atau 3 folikel.
Apakah IUI dan bagaimanakah ia
berfungsi?

IUI bermaksud suatu kaedah yang melibatkan prosedur makmal untuk memisahkan
sperma bergerak pantas dari sperma lebih perlahan atau tidak bergerak.

Sperma yang bergerak pantas kemudiannya disalur masuk terus ke dalam rahim
wanita melalui satu catherer halus melepasi pintu rahim atau serviks pada masa
ovulasi hampir berlaku.
PROSES IUI

1) Alat spekulum (alat khas untuk membuka dinding faraj) akan dimasukkan ke
dalam faraj untuk membolehkan serviks atau pintu rahim dilihat dengan jelas.

2) Satu tiub kecil (lembut,tiub fleksibel,tomcat catherer)kemudiannya dimasukkan


ke dalam rahim anda melalui serviks dan sperma yang telah disediakan tadi
dimasukkan terus ke dalam rahim melalui tiub ini.

 Keseluruhan proses mengambil masa hanya beberapa minit. Prosedur ini boleh
menyebabkan rasa kurang selesa dan menyakitkan seperti senggugut tetapi
hanya sementara.

3) Anda mungkin ingin untuk berehat untuk masa yang singkat (20-30minit)
sebelum pulang ke rumah.

Anda mungkin juga menyukai