Anda di halaman 1dari 18

GMGA 3033

OPERASI DASAR AWAM


Pembentangan Kumpulan
210636 Khairul Amri Bin Yusof
210863 Wildan Bin Mohd. Yusoff
210786 Nurul Saidah Binti Che Mohd Nor
210707 Mohd Suhaimi Bin Ibrahim
210683 Mohd Borhan Hafizal Azmi Abd Wahab
PENGENALAN
• Pebentangan Bajet tahun 2015 yang dibentangkan YAB
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul
Razak di Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2014 lalu adalah
merupakan bajet terakhir yang terkandung di dalam
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

• Pada dasarnya, bajet atau belanjawan 2015 adalah


berkerangkakan pengurangan beban kos sara hidup dan
menyaksikan belanjawan yang dicanai dalam tujuh fokus atau
strategi utama yang bertujuan untuk meningkatkan taraf
hidup rakyat Malaysia.

• Pembentangan Bajet 2015 pada kali ini bertemakan ‘Ekonomi


Keperluan Rakyat’.
PENGENALAN

• Sama ada tema ini dipancarkan dengan jaya atau tidak di dalam belanjawan ini,
akan dapat dinilai oleh setiap rakyat dengan meneliti pada intipati yang akan
disenaraikan dalam tujuh strategi utamanya.
• Bagi memenuhi hasrat ini, kerajaan perlu merangka dasar, projek, program,
rancangan, atau apa juga kegiatan bagi memastikan rakyat berpeluang menikmati
keselesaan dan kemajuan hidup, serta mengekalkan kestabilan politik, sosial dan
ekonomi negara secara berterusan.
• Ini dilakukan melalui berbagai cara, antaranya ialah menggubal atau melaksanakan
“dasar awam”.
• Secara umumnya setiap keputusan yang diambil oleh kerajaan pastinya mempunyai
objektif, matlamat dan tujuan untuk dijadikan sebagai panduan umum dalam
mengatasi masalah sesebuah negara.
• Pendek kata matlamat dasar mestilah jelas dan merupakan jalan penyelesaian
terhadap sebahagian besar masalah rakyat ataupun kumpulan sasaran dasar
tersebut.
OBJEKTIF DASAR
o Istilah objektif merujuk kepada satu perbuatan atau tindakan yang
berasaskan kenyataaan atau fakta sebenar, atau tidak dikuasai atau
dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri.
o Perkara yang hendak dicapai atau dilaksanakan , contohnya pelaksanaan
dalam sesuatu dasar.
o Objektif dasar ialah sesuatu dasar yang khusus yang ingin dicapai
terhadap matlamat dan tujuan dasar yang dilaksanakan oleh pihak
kerajaan.
o Biasanya terdapat dua jenis objektif, iaitu umum dan objektif khusus.
o Objektif umum lebih menyeluruh sifatnya, merangkumi kesemua objektif
khusus.
o Objektif khusus pula sifatnya lebih jelas, tegas atau jitu dan berkait rapat
dengan objektif umum.
o Biasanya terdapat lebih daripada satu objektif khusus dalam sesuatu
kajian.
o Tiap-tiap satunya akan membanyangkan maksud untuk menyelesaikan
masalah yang disebutkan dalam kenyataan masalah.
o Objektif khusus juga akan membanyangkan kaedah yang akan digunakan
untuk mencapai setiap objektif itu kelak.
MATLAMAT DASAR
 Istilah matlamat sebagai sasaran atau sesuatu yang hendak
dicapai atau tujuan.
 Matlamat dasar bermaksud sasaran terhadap sesuatu dasar
yang telah dibuat oleh kerajaan atau sesuatu yang hendak
dicapai terhadap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan.
 Matlamat boleh menjadi satu pandu arah kepada sebarang
tindakan atau proses yang dilaksanakan.
 Sesuatu tindakan atau proses tanpa matlamat adalah mustahil
untuk dilaksanakan kerana tidak mempunyai arah tujuan yang
spesifik.
 Istilah matlamat didefinisikan sebagai penghujung kepada
sesuatu usaha itu dihalakan.
 Satu hasil yang boleh diukur dan boleh dilihat, terdiri daripada
satu atau lebih objektif yang ingin dicapai dalam sesuatu
tempoh yang ditetapkan.
Matlamat Dasar
Terdapat EMPAT (4) matlamat dasar awam yang sering
digunakan oleh kerajaan :

 Kesaksamaan (equality)
meletakkan sesuatu pada tempatnya; treating others alike. Merujuk
kepada pengagihan sumber dalam ekonomi. Ketidakadilan akan
mewujudkan tentangan dan menggagalkan pencapaian matlamat dasar
awam.

 Kecekapan (efficiency)
Pengagihan sumber yang terhad secara cekap akan menghasilkan
pulangan yang banyak. Penilaian kecekapan dibuat berdasarkan
perbandingan.

 Keselamatan (security)
Fungsi asas sesebuah kerajaan ialah memastikan keselamatan awam.
Keselamatan awam merujuk kepada aspek ekonomi, fizikal, psikologi dll.

 Kebebasan (liberty)
Dasar awam yang dilaksanakan oleh kerajaan perlu menjamin
kebebasan individu. Dalam sesetengah keadaan kebebasan individu
perlu dibataskan supaya tidak menimbulkan kesan yang tidak baik ke
atas orang lain.
OBJEKTIF VS MATLAMAT
Ciri-ciri Objektif Matlamat

Tujuan Dinyatakan secara jelas – Dinyatakan secara umum -


mempunyai tujuan yang spesifik mempunyai tujuan yang spesefik
dan dinyatakan secara konkrit. dan dinyatakan secara luas.
Terminologi Operasi - definisi terma yang Formal - definisi terma yang
digunakan secara operasi. digunakan adalah secara formal.

Tempoh masa Jelas - tempoh masanya secara Tidak spesifik - tempoh masanya
spesifik. tidak spesifik.

Pengukuran Quantitative - pengukurannya Non-quantitative - pengukurannya


bersifat kuantitatif atau boleh bersifat tidak boleh diukur.
diukur.
Keperluan sasaran Spesifik - kumpulan sasarannya Umum - kumpulan sasarannya
dinyatakan secara spesifik. dinyatakan secara luas.
OBJEKTIF BAJET TAHUN 2015

 Objektif Bajet 2015 yang disifatkan sebagai Ekonomi Keperluan


Rakyat (EKR) ini memperlihatkan banyak perbelanjaan dan usaha
yang bakal diperuntukkan ke arah pelaksanaan EKR terutama
sekali dalam strategi ketujuhnya yang bertajuk "Mensejahtera
Rakyat".

 Menitikberatkan keseimbangan atara capital ekonomi dan people


ekonomi.

 Ekonomi Keperluan Rakyat menjadi paksi dan pegangan dalam


mendahulukan kepentingan rakyat. Ia menunjukkan iltizam
kerajaan untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat
terbela bagi mencapai status negara maju, nikmat kekayaan dan
kemakmur.

 Antara objektif utama kerajaan ialah mengurus kos sara hidup dan
mengekalkan kadar inflasi yang rendah.
OBJEKTIF BAJET TAHUN 2015

 Tiga aspek iaitu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan


kedudukan fiskal dan peningkatan kos sara hidup menjadi
fokus utama dalam Bajet 2015.

 Usaha untuk mengukuhkan pertumbuhan ekonomi yang


mampan menjadi faktor utama supaya matlamat untuk
mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun
2020 tercapai.

 Ianya juga memberi tumpuan untuk meningkatkan pendapatan


rakyat yang kini berdepan dengan peningkatan kos sara hidup
dengan melengkapi mereka dengan kemahiran tinggi.

 Malah, inisiatif yang dilakukan itu menunjukkan komitmen


kerajaan yang bersungguh-sungguh melakukan perubahan
fiskal yang lebih berimbang.
OBJEKTIF BAJET TAHUN 2015

 Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang


meluas bermula April tahun depan juga akan membawa
petanda positif bagi memastikan kemapanan dalam
pertumbuhan perbelanjaan pengguna.

 Inisiatif kerajaan yang memberi insentif dan dana untuk latihan,


pendidikan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam Bajet
2015 juga dapat meningkatkan matlamat kerajaan mencapai
negara berpendapatan tinggi dengan lebih pantas.

 Bajet ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan mempunyai


matlamat untuk memperkasa masyarakat luar bandar menerusi
beberapa peruntukan lain termasuk dari segi kesihatan,
pendidikan dan pengangkutan awam. "Sebahagian besarnya
adalah untuk membantu ke arah pembangunan masyarakat
luar bandar di seluruh negara.
MATLAMAT BAJET TAHUN 2015
 Berdasarkan objektif Bajet 2015 yang bertemakan ‘Ekonomi Keperluan Rakyat‘, ianya
menggariskan tujuh strategi yang merupakan matlamat pihak kerajaan untuk
mencapainya. Ianya menekankan kepada keseimbangan di antara ekonomi modal
dengan ekonomi keperluan rakyat.

 Tujuh strategi utama yang digariskan dalam Bajet Tahun 2015 adalah:

 Memperkukuh Pertumbuhan Ekonomi


 Memantap Tadbir Urus Fiskal
 Mengupaya Modal Insan dan Keusahawanan
 Memperkasa Agenda Bumiputera
 Memartabat Peranan Wanita
 Membangun Program Transformasi Belia Negara
 Mensejahtera Rakyat

 Justeru, matlamat Bajet 2015 menerusi tujuh strategi ini telah memberi fokus kepada
usaha meringankan bebas rakyat, meningkat pendapatan isi rumah serta usaha
meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat melalui peluang pendidikan, latihan,
kemahiran, pekerjaan, perniagaan, perumahan, keusahawanan dan keselamatan.
PERNYATAAN DASAR
• Objektif bajet adalah untuk menentukan agensi kerajaan diberikan
peruntukan yang sewajarnya bagi digunakan dengan cekap dan berkesan
untuk setiap program dan aktiviti selaras dengan dasar belanjawan
negara.

• Bajet adalah satu pernyataan hasil dan perbelanjaan bagi sesuatu masa
hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan sumber ekonomi
negara untuk memenuhi keperluan negara dan rakyat.

• Belanjawan bukan sahaja merupakan alat perancangan pentadbiran


kerajaan tetapi juga memainkan peranan penting dalam menentukan arah
tuju dan kedudukan ekonomi negara.

• Namun harapan terakhir warga adalah kerajaan mengamalkan dasar


perbelanjaan berhemah yang meletakkan nilai untuk wang serta
mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan memastikan dasar tiada
ketirisan dalam menguruskan wang negara .
PERNYATAAN DASAR
• Secara umumnya, setiap keputusan yang diambil oleh kerajaan pastinya mempunyai objektif, matlamat dan tujuan.
Namun yang nyata, tindakan kerajaan ini membolehkan Bajet 2015 ini dijadikan sebagai panduan umum dalam
mengatasi masalah sesebuah negara. Dengan perkataan lain, belanjawan ini merupakan penghayatan tentang
matlamat-matlamat asas bagi program-program kerajaan yang bertujuan untuk mengatasi sesuatu masalah negara.
• Justeru itu tanpa mengira apa jenis dasar sekalipun, matlamat perlaksanaannya adalah bagi menjamin pengukuhan
kehidupan rakyat demi kemajuan negara pada masa hadapan melalui beberapa strategi ini :

 Strategi Pertama: Memperkukuh Pertumbuhan Ekonomi


Dalam hal ini, Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang kondusif dan komprehensif bagi melonjak pelaburan
domestik dan asing. Dalam memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, pihak kerajaan akan melaksanakan beberapa
tindakan tersebut:
 Tindakan Pertama: Merancakkan Sektor Perkhidmatan
 Tindakan ke-2: Memperkukuhkan Pasaran Kewangan Islam
 Tindakan ke-3: Menggalakkan Industri Perkapalan Tempatan
 Tindakan ke-4: Mempastikan Pertumbuhan Wilayah Yang Seimbang Dan Inklusif
 Tindakan ke-5: Insentif Untuk Pengurusan Kawasan Perindustrian
 Tindakan ke-6: Elaun Modal Bagi Peningkatan Proses Automasi oleh Industri Berintensif Buruh
 Tindakan ke-7: Pelaburan Berkualiti Tinggi
 Tindakan ke-8: Merancak Pelaburan Awam dan Swasta
 Tindakan ke-9: Menggalakkan Penubuhan Hab Prinsipal
 Tindakan ke-10: Merancakkan Industri Kreatif
 Tindakan ke-11: Meningkatkan Keupayaan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi
 Tindakan ke-12: Merancak Industri Pelancongan
 Tindakan ke-13: Membangunkan Perusahaan Kecil dan Sederhana
 Tindakan ke-14: Pembangunan Inovasi dan Pengkomersilan
PERNYATAAN DASAR
• Strategi Kedua: Memantap Tadbir Urus Fiskal
Kerajaan sentiasa berusaha bagi mengukuhkan kemampanan kedudukan kewangan Negara, untuk
menjamin kesejahteraan rakyat secara menyeluruh dan mengurangkan defisit fiskal, bagi mencapai
bajet berimbang melalui beberapa tindakan seperti :
– Tindakan Pertama: Melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan
– Tindakan ke-2: Merasionalisasi Subsidi
– Tindakan ke-3: Menyebar Luas Strategi Lautan Biru Kebangsaan

• Strategi Ketiga: Mengupaya Modal Insan Dan Keusahawanan


– Tindakan Pertama: Memantapkan Profesionalisme Perguruan dan Prestasi Sekolah
– Tindakan Ke-2: Mengupaya Program Sekolah Amanah dan Pembinaan Sekolah Baru
– Tindakan Ke-3: Mengarus Perdana Pendidikan Teknikal dan Vokasional
– Tindakan Ke-4: Membangunkan dan Menyelenggara Fasiliti Pendidikan
– Tindakan Ke-5: Menaja Pelajaran
– Tindakan Ke-6: Memperluas Program MyBrain15
– Tindakan Ke-7: Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
– Tindakan Ke-8: Meningkat Kebolehpasaran Graduan
– Tindakan Ke-9: Mensejahterakan Golongan Pekerja
– Tindakan Ke-10 : Globally Recognised Industry and Professional Certification atau
– Tindakan Ke-11 : Program Latihan Kemahiran
– Tindakan Ke-12: Syarikat Permulaan atau Start-up
PERNYATAAN DASAR

• Strategi Keempat: Memperkasa Agenda Bumiputera


– Tindakan Pertama: Meningkatkan Pemilikan Ekuiti Bumiputera
– Tindakan Ke-2: Memantapkan Keusahawanan Bumiputera
– Tindakan Ke-3: PKS Bumiputera
– Tindakan Ke-4: Membangunkan Modal Insan Bumiputera

• Strategi Kelima: Memartabat Peranan Wanita


– Pertama: Memperkukuh Program Pengarah Wanita bagi mencapai 30 peratus penglibatan
wanita dalam kumpulan pembuat keputusan
– Kedua : Menambah baik peluang wanita untuk kembali ke pasaran kerja melalui program
1Malaysia Support for Housewife
– Ketiga : Talent Corp akan mewujudkan Program Women Career Comeback

• Strategi Keenam: Membangun Program Transformasi Belia Negara


– Pertama : Pelan Transformasi Selia Negara
– Kedua : 1Malaysia Youth City
– Ketiga : Skim Perumahan Belia atau Youth Housing Scheme
– Keempat : Blueprint Negara Bersukan atau Sporting Nation
PERNYATAAN DASAR
• Strategi Ketujuh: Mensejahtera Rakyat
Melalui stratergi ini, pihak kerajaan tahu bahawa kemakmuran sesebuah negara bergantung juga
kepada kemampuannya untuk menyediakan tahap kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat secara
menyeluruh dengan pemberian seperti :
– Bantuan Persekolahan - Penambahbaikan Perkhidmatan Awam
– Program Baucar Buku 1Malaysia - Perumahan kepada Penjawat Awam
– Memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan - Bantuan Rakyat 1Malaysia
– Pembangunan dan Kebajikan Nelayan - Menghargai Sumbangan Ahli Parlimen
– Pemilikan Rumah
– Kemudahan dan Infrastruktur Luar Bandar
– National Water Blueprint
– Keselamatan dan Ketenteraman Awam
– Pemerkasaan NGO
– Pusat Percetakan AI-Quran
– Program Penyeragaman Harga dan Kedai Rakyat 1Malaysia
– Mempertingkatkan Sistem Pengangkutan Awam
– Bantuan Khas Kepada Pekebun Kecil Getah dan Kelapa Sawit
– Perkhidmatan dan Kemudahan Kesihatan
– Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
PENUTUP
 Kerajaan mempunyai pelbagai agenda dalam memajukan negara.

 Dalam perancangan dan proses membangunkan negara, pelbagai bentuk dasar awam
digunakan seperti projek, program, dan dasar.

 Walaupun tujuan dasar awam dibentuk adalah untuk memajukan negara dan
masyarakat serta kerajaan mengandaikan semua aktiviti dasar tersebut mampu
memberi kesan yang positif terhadap masyarakat, tetapi hakikatnya, kesan negetif juga
tidak dapat dielakkan.

 Kerajaan juga perlu mengkaji apakah kesan negetif yang mungkin terjadi terhadap
persekitaran dan masyarakat.

 Namun demikian, Bajet 2015 ini amat menekankan keseimbangan di antara ekonomi
modal dengan ekonomi keperluan rakyat.

 Kesimpulannya, Bajet 2015 jelas memperlihatkan komitmen kerajaan untuk dan


meneruskan tradisi membela nasib rakyat. Rakyat pelbagai lapisan sewajarnya
bersyukur kerana masih mempunyai kerajaan yang sentiasa mengambil kira
kepentingan rakyat.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai