Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN

•Permainan dikir barat adalah suatu teater tradisional yang


paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan dan
Patani.
Secara umumnya, tidak seperti teater tradisional lain,
permainan ini lebih popular di kalangan
masyarakat biasa daripada kalangan istana. Di dalam
persembahan dikir
barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang
tukang karut dan tok
juara (atau dikenali sebagai juara sahaja). Mereka akan
mengarut sambil
berbalas pantun dan diikuti oleh awok-awok sebagai suara
latar dengan suara
yang kuat dan lantang.
Dikir barat boleh dipersembahkan sebagai hiburan ataupun
pertandingan.
Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat tani di musim
menuai padi
dan juga majlis perkahwinan serta berkhatan. Di samping itu,
pertandingan
sering diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-
badan
kerajaan mahupun pihak tertentu untuk mengutip wang. Dikir barat
adalah
permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional lain.

Perkembangan teater ini amat unik kerana dikir barat sering berubah
bentuk
persembahan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan
• Perkataan dikir adalah hasil dari kombinasi dua
perkataan, iaitu dikir dan pantun atau dikir dan
karut.
• Pengertian karut itu sendiri ialah dari istilah
mengarut dalam bentuk pantun atau syair.
• Jadi dikir barat, dikir karut, dikir pantun dan dikir
syair merujuk kepada perkara yang sama.
• Di Kelantan permainan ini lebih dikenali sebagai
dikir barat dan di Patani sebagai dikir karut.
PERSEDIAAN SEBELUM BERMAIN
• a) Menempah Tukang Karut dan Juara
• Jikalau sesuatu pertunjukan dikir barat itu dianjurkan
oleh sesebuah badan terpulanglah kepada penganjur
tersebut untuk menempah tukang karut dan juara
yang sesuai. Awok-awok tidak payah ditempah
kerana setiap juara sudah mempunyai awok-awok
sendiri. Selalunya penganjur mahukan tukang karut
dan juara yang popular. Penganjur boleh menempah
tukang karut dan juara sama ada secara formal atau
sebaliknya iaitu di rumah tukang karut sendiri,
melalui orang tengah, di tempat pertunjukan
ataupun di mana sahaja mereka dapal berjumpa.
b) Mendapat Kebenaran Bermain
• Satu lagi tugas penganjur ialah mendapatkan
kebenaran pertunjukan dari pihak berkuasa
seperti penghulu, penggawa, pegawai polis
dan ketua daerah.
c) Menampal Iklan-Iklan dan Poster

• Iklan-iklan ditampal, disebar dan didedahkan


di sekitar kawasan kampung dalam bahasa
atau loghat daerah. Walau bagaimanapun
pengumuman melalui pembesar suara sangat
popular. Pihak penganjur akan pergi ke
kampung-kampung yang berdekatan pada
waktu petang sebelum pertunjukan itu dan
turut memberi tahu bahawa permainan
tersebut akan diadakan di kampung yang
tertentu pada waktu lain.
d) Tempat Bermain
• Permainan dikir barat dimainkan di atas
pentas. Biasanya, bentuk pentas dibina
mengikut corak permainan sesebuah dikir
barat.

Anda mungkin juga menyukai