Anda di halaman 1dari 28

TARIAN NGAJAT

Disediakan oleh :
Wan Nadzureen binti Nordin
Isi kandungan
• Sejarah Kaum Iban
• Sejarah Tarian Ngajat
• Jenis Tarian Ngajat
• Peralatan Muzik
• Pakaian Tradisi
SEJARAH KAUM IBAN
• Tidak diketahui asal-usulnya secara jelas
• Kira-kira telah wujud bersama suku Iban sejak abad ke-16
• Masyarakat Iban dahulu lazimnya keluar pergi berperang
dan terkenal dengan memenggal atau memburu kepala
(head hunter).
• Tujuannya adalah untuk mempertahankan kawasan,
memperluaskan tanah jajahan dan menunjukkan
keberanian.
• Semakin besar kawasan jajahan, semakin besar kuasa
seseorang.
• Berperang atau bergaduh dengan kaum yang berbeza dari
pada mereka.
• Tidak bergaduh dengan kaum sendiri.
SEJARAH TARIAN NGAJAT
• Sebelum berperang, upacara ritual ‘miring’ diadakan dan dihadiri oleh orang-orang
atasan dan barisan para pertempur.
• Kanak-kanak dan ibu mengandung tidak dibenarkan menghadiri upacara tersebut.
• Upacara melibatkan ilmu memuja demi membakar semangat pertempur.
• Upacara ritual menggunakan beberapa alatan dan bahan seperti mangkuk berisi
beras, telur ayam, rokok gulung dan tembakau.
• Upacara diselitkan dengan tarian, lagu dan sajak – untuk menaikkan semangat
mereka.
• Keluar bertempur seawal 3 – 4 pagi, untuk tidak menyedarkan seisi rumah sewaktu
mereka ingin keluar berperang.
• Mereka akan balik daripada bertempur dengan membawa kepala musuh mereka.
• Hari keesokannya mereka akan mengadakan upacara meraikan para pejuang.
• Tengkorak yang telah direbus dan dibersihkan akan digantung di tengah-tengah
rumah. (Tujuean: untuk menunjukkan kekuatan ahli rumah panjang dan menakut-
nakutkan pihak musuh.
JENIS-JENIS TARIAN NGAJAT
• Ngajat Bebunuh
• Ngajat Lesung
• Ngajat Induk
• Ngajat Berayah
• Ngajat Pua Kumbu
• Ngajat Ngali Temuai
1. Tarian Ngajat Ngalu Temuai
• Dipersembahkan bertujuan untuk menyambut
kedatangan tetamu khas dan semasa
perayaan Hari Gawai atau perayaan lain
• Dipersembahkan ketika upacara perasmian
atau pembukaan sesuatu majlis rasmi yang
dihadiri oleh tetamu kehormat dan orang
ramai
• Tarian dipersembahkan sambil mengiringi
tetamu sehingga ke ruai tuai rumah.
ALAT MUZIK TARIAN NGAJAT
• Tawak
• Bebendai
• Engkerumong
• Ketebung
Tawak (Idiofon)
• Diperbuat daripada tembaga dan diikat pada
tali
• Berpasangan (ibu dan anak)
• Dindingnya tebal berbusut di tengah
• Nada yang dihasilkan nyaring.
Bebendai - Idiofon
• Gong kecil yang tergantung
• Berbentuk bulat dan membukit di tengah
Engkeromong (Idiofon)
• Gong kecil yang diperbuat daripada gangsa.
• Berbusut di tengah
• Berbentuk periuk
• 1 set = 7 buah gong yang disusun sebaris di atas
para yang panjang
• Kebanyakan alat muzik dimainkan oleh kaum
lelaki
• Sebahagian kecilnya dipraktikkan oleh kaum
wanita khususnya warga tua
Ketebung (membranofon)
• Dikenali juga sebagai (single sided drum)
• Drum yang boleh diketuk dari 1 sudutt sahaja
dan diperbuat daripada bahan semula jadi.
• Berbentuk dan bulat memanjang ke atas.
VIDEO CARA BERMAIN ALAT MUZIK
TARIAN NGAJAT
• https://www.youtube.com/watch?v=d-
HC1BbFuqY
• https://www.youtube.com/watch?v=FVVzrHb
pK8I
PAKAIAN TRADISIONAL TARIAN
NGAJAT
PAKAIAN KAUM LELAKI
• SIRAT
• GAGONG
• TOPI
• TERABAI DAN ILANG
SIRAT
• Dikenali sebagai kain cawat – pakaian asas
kaum Iban
• Dipakai dengan cara melilitnya di pinggang
dan celah kelangkang
• Hujung kain dijuntaikan dari pinggang ke
hadapan dan belakang badan, mempamerkan
bahagian yang berhias
GAGONG
• Merupakan sejenis baju tebal dan keras
• Diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit
beruang
• Tidak dijahit kiri dan kanan
TOPI
• Dihiasi dengan bulung dan rambut manusia
TERABAI DAN ILANG
• Terabai – pelindung diri daripada terkena
pukulan atau tetakan musuh
• Ilang – Parang yang digunakan semasa
berlawan dengan musuh
PAKAIAN KAUM WANITA (KUMANG)
• Sugu tinggi sebagai hiasan kepala
• Rawai tinggi di bahagian dada
• Kain tenun diikat pada pinggang
• Gelang tangan, kaki dan anting-anting.

Anda mungkin juga menyukai