Anda di halaman 1dari 28

LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES

KAUNSELING
1. Menyediakan prasesi.
2. Membina hubungan(melayan,mendengar,
memahami).
3. Meneroka, menganalisis masalah.
4. Mengenal pasti masalah
5. Memilih alternatif
6. Mengambil tindakan
7. Menamatkan sesi
 Membuat temu janji
 Bersedia mengetahui profil klien
Panduan mewujudkan hubungan baik
 Menunjukkan tingkah laku tanpa lisan yang mesra.
 Menunjukkan keinginan untuk menolong.
 Mendengar apa yang diperkatakan.
 Mendengar luahan perasaan yang dinyatakan.
 Mendengar dan memahami perasaan dan erti yang
tidak dinyatakan
 Tidak cepat membuat tanggapan dan penilaian.
 Mendengar dengan telinga,mata dan tubuh
badan yang ditunjukkan dan dikatakan oleh
perkataan dan tingkah laku klien.
 Tidak banyak bercakap, banyak mendengar
dan memahami.
Fikirkan dan catatkan apakah yang perlu
dilakukan oleh kaunselor untuk membina hu
bungan yang baik dengan kliennya.
--------------------------------------------
--------------------------------------------.
Ini bertujuan supaya pihak kaunselor dan klien
dapat memahami permasalahan dengan betul
dan membantu klien menganalisis masalah
dengan lebih objektif. Perkara yang perlu
difahami adalah apakah yang menjadi masalah?
1. Pemikirannyakah?
Memahami dunia dengan tidak rasional.
2. Perasaannyakah?
Perasaan yang tidak selaras
3. Perlakuannyakah?
Mempelajari atau mengamalkan tingkah
laku yang tidak sesuai.
4. Pengalamannyakah?
Pengalaman lama yang pahit yang
menganggu hingga kini.
Jika anda seorang kaunselor dan mempunyai klien
yang enggan atau teragak-agak untuk bercerita,
apakah yang boleh anda lakukan?
-----------------------------------------.

Apakah kemahiran kaunseling yang sesuai


digunakan pada tahap penerokaan?
----------------------------------------------.

Penerokaan yang mendalam akan menimbulkan


perasaan empati pada diri kaunselor dan
seterusnya memastikan kaunselor memahami klien
dan masalahnya. Sebenarnya aktiviti penerokaan
memberi manfaat kepada klien itu sendiri.
Bagaimanakah penerokaan boleh memberi
manfaat kepada klien?
----------------------------------------
----------------------------------------.
Klien perlu dibantu supaya dapat melihat di
mana punca masalah. Ini kerana masalah
selalunya kompleks berkait sehingga tidak
dapat dipastikan yang mana punca utama dan
sampingan.
 Dirisendiri
 Orang lain tetapi melibatkan dirinya
 Takdir
 Mengumpul seberapa banyak pilihan daripada
klien dan kaunselor.
 Menimbang satu persatu dari segi buruk baik
dan kesesuaiannya.
 Mengenepikan pilihan yang kurang baik dan
tidak sesuai.
 Beri peluang klien membuat pilihan
 Cuba anda fikirkan kenapa kedua-dua
kaunselor dan klien mesti bersetuju dengan
masalah yang dihadapi oleh klien. Tidakah
klien lebih memahami keadaan dirinya dan
dengan itu tahu apa masalahnya? Kenapa
kaunselor tidak boleh terima sahaja apa yang
dikatakan oleh klien?
--------------------------------------------
--------------------------------------------.
 Cuba anda fikirkan apakah langkah
seterusnya apabila masalah klien telah
berjaya dikenal pasti dan dipersetujui oleh
kaunselor dan klien.
-----------------------------------------------.
Secara umumnya masalah timbul dari
dalaman(diri sendiri )dan luaran(orang lain
atau kuasa lain)
 Senaraikan empat contoh masalah yang
berpunca dari dalaman dan berpunca dari
luaran.
-------------------------------------------------
-------------------------------------------------.
Apabila punca masalah telah dikenal pasti,
kaunselor membantu klien menetapkan
matlamat kaunseling. Matlamat kaunseling
mestilah jelas kerana ia akan menentukan
strategi atau tindakan yg akan diambil.
Contoh matlamat kaunseling:
 Dapat menyesuaikan diri dgn sekolah baru dlm masa
3 bulan
 Boleh menerima hakikat bahawa ibu dan ayah
bercerai
 Memperbaiki tahap pencapian akademik dari CGPA
2.5 kpd 2.8 pda semester akan datang
Aktiviti
Sila kemukakan dua lagi matlamat kaunseling selain
dari apa yang diberi di atas:
----------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------.
 Tahap ini apb klien dapat membuat pilihan
drp beberapa alternitif yg dibincang bagi
mencapai matlamat kaunselingnya.
 Setelah mengetahui apakah
matlamat,kaunselor membimbing klien
seberapa banyak alternatif bagi mencapai
matlamat.
Andaikan matlamat kaunseling ialah ‘Dapat
menyesuaikan diri dengan sekolah baru dlam masa
3 bulan.’ Sila kemukakan beberapa alternatif
bagaimana matlamat itu boleh dicapai.
-----------------------------------------------------
-----------------------------------------------------.

 Kaunselor menggalakkan klien utk berfikir


apakah alternatif yg terbuka baginya
 Kaunselor sepatutnya menyumbang senarai
alternatif,agar klien berasa kaunselor ingin
membantu
 Setelah berpuas hati, klien meletakkan keutaman pda
setiap alternatif dlm senarai
 Kaunselor mengingatkan klien pemilihan hanyalah
tentatif
 Tujuan bagi menentukan alternatif manakah yg akan
dibincang dahulu
 Perbincangan yg mendalam dibuat bagi setiap alternatif
 Perbincangan berkisar tentang
kebaikan/kekuatan/kekurangan/kelemahan alternatif
dan kesesuaian klien
 Jika klien tidak bersedia,maka alternatif itu tidaklah
sesuai baginya walaupun pada kaunselor merupakan
alternatif terbaik
 Setelah setiap alternatif didalami,klien akan
menandakan semula alternatif mengikut keutamaan.
Tindakan perlu dibincangkan supaya kejayaan
dlm pembelajaran drp sesi dapat dirasakan.
Tindakan selanjutnya adalah dengan:
 Menghuraikan alternatif yg dipilih
 Membincangkan langkah yg perlu diambil
 Menentukan masa langkah akan diambil
 Meminta klien menyatakan semula keputusan
yg telah dipersetujui
 Memberi peluang kpd klien mendapatkan
sokongan utk rujukan dan pertemuan
berikutnya
Bayangkan anda telah mengendalikan sesi
kaunseling dan telah berjaya membawa klien
melalui tahap penerokaan, mengenal pasti
masalah, dan memilih alternatif. Malangnya
klien anda tidak mahu mengambil tindakan
kerana katanya dia rela menerima keadaannya
sekarang. Apakah yang harus anda buat?
----------------------------------------------------
----------------------------------------------------
----------------------------------------------------
----------------------------------------------------.
Proses mengambil tindakan sebenarnya berlaku
di luar sesi kaunseling. Kerap berlaku klien yg
yakin akan berjaya dgn tindakannya mendapati
tindakan tidak berlaku selancar yg
dirancangkan. Ramai hilang keyakinan bila
berada di luar sesi kaunseling. Malah ada
tindakan yg gagal,dan situasi menjadi lebih
serius. Sebab itu hubungan kaunseling tidak
boleh berakhir dgn klien bersetuju mengambil
tindakan. Mesti ada proses susulan.
Proses susulan bermaksud kaunselor dan klien berjumpa
kembali utk menilai tindakan yg diambil oleh klien. Klien
diminta datang berjumpa kaunselor utk menceritakan hasil
tindakannya. Selain dari itu membincangkan apakah tindakan
yg diambil, perbincangan berkisar tentang apakah
perasaan,fikiran,dan tingkah laku yg mengiringi tindakan.

Dlm sesi susulan,corak perbincangan bergantung kpd klien


3 kemungkinan senerio yg dibawa oleh klien:
Senerio 1 : Klien gagal(tidak)mengambil tindakan
Senerio 2 : Klien memperolehi kesan negatif dari
tindakannya
Senerio 3 : Klien memperolehi kesan positif dari tindakannya

Aktiviti: Sila berbincang dgn rakan-rakan apa yg boleh


dilakukan oleh
kaunselor dlm setiap senerio di atas.
Semua sesi kaunseling perlu ditamatkan. Ini
dibuat semasa setiap sesi setelah satu
permasalahan dapat diuruskan . Tahap
penamatan wujud dlm proses sesi kaunseling
dan dlm proses hubungan kaunseling.
Sesi perlu ditamatkan bila sudah cukup waktu
sepertimana yg telah dijanjikan dgn klien. Beberapa
perkara yg perlu diberi perhatian oleh kaunselor.
 Sesi tidak dihentikan dgn tergesa-gesa
 Rumusan tentang apa yg telah dibincangkan mesti
dibuat oleh kaunselor. Jika sesuai, kaunselor boleh
juga meminta klien membuat rumusan berkenaan
 Klien mesti diingatkan tentang apa-apa persetujuan
yg telah dicapai bersama dlm sesi.
 Klien mesti dingatkan apakah tindakan yg mesti klien
buat (jika ada) sebelum sesi akan datang bermula
 Temu janji yg khusus mesti dibuat, dan pastikan klien
menyatakan kesediaan utk datang balik.
Hubungan kaunseling boleh ditamatkan jika matlamat klien telah
dicapai. Perkara-perkara berkaitan dgn penamatan hubungan
kaunseling ialah:
 Penamatan tidak dibuat secara tergesa-gesa. Klien mesti
dimaklumkan tentang kemungkinan hubungan kaunseling akan
berakhir pada satu atau dua sesi sebelum sesi terakhir. Misalnya
jika mengikut perhitungan kaunselor klien telah dapat menangani
masalahnya pada sesi kelima, pada sesi keempat kaunselor
hendaklah membayangkan kpd klien bahawa sesi akan datang
adalah sesi terakhir.
 Kaunselor mesti mempastikan matlamat kaunseling klien telah
tercapai dan klien selesa dgn perubahan dirinya
 Persetujuan klien utk menamatkan hubungan kaunseling mesti
diperolehi
 Klien hendaklah dimaklumkan bahawa pintu bilik kaunselor masih
‘terbuka’baginya jika dirasakan khidmat kaunseling dlm perkara
lain diperlukan. Klien mesti diyakinkan bahawa dia sendiri
sebenarnay mampu menguruskan masalahnya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai