Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN SEJARAH TINGKATAN 3

PENYATAAN MASALAH:
Masyarakat Iban bumiputra Sarawak yang berbilang kaum dan budaya
menyebabkan negeri ini memiliki tradisi dan warisannya yang tersendiri.
Buktikan.

NAMA : SONIA ANAK JOWEL

TINGKATAN : 3B

NO.K.P. : 041228-13-0188
PENGENALAN (KAUM IBAN)

-Berasal daripada Kalimantan,Indonesia dan


memasuki Sarawak melalui Batang Air Kapuas.
-Dikenali sebagai Dayak Laut kerana mereka
biasanya bergerak di pesisiran sungai sebagai lanun
dan pelayar yang handal.
-Kaum bumiputra yang terbesar di Negeri Sarawak.
-Masih mengamalkan animisme, tradisi,adat-adat
lama dan kepercayaan nenek moyang yang
dipanggil sebagai “ Pengarap Lama “.
-Tinggal di rumah panjang yang terletak di tebing
sungai, kawasan tanah rendah dan di tepi jalan raya
supaya dapat memudahkan kerja,berhubung dan
berkomunikasi antara satu sama lain.
-Merupakan peneroka pertama yang membukakan
hutan rimba untuk mencari Kawasan yang sesuai
untuk menanam padi huma.
-Suka merantau,mengembara dan berpindah-
randah untuk mencari tanah yang subur untuk
bercucuk tanam. Kegiatan pertanian terutamanya
penanaman padi merupakan kegiatan utama
mereka.
TARIAN ( TARIAN NGAJAT)

-Ditarikan untuk menyambut kepulangan pahlawan-pahlawan daripada medan perang dan meraikan
kejayaan hasil dari menuai sebagai simbol kesyukuran.

-Dipersembahkan dengan alunan pelbagai alat muzik tradisi seperti gong, gendang,tawak,bebendai
dan engkerumong.

-Tarian ini mengajar bagaimana kaum iban berperang .

KESENIAN

Pua Kumbu

-bermotifkan alam semula jadi.Contohnya, motif flora dan fauna seperti bunga,harimau dan burung.

-diperbuat daripada benang kapas.

- Pada zaman dahulu, pua kumbu digunakan untuk peubatan, ketika kematian dan majlis
perkahwinan kerana dipercayai mempunyai kuasa.

Ukiran

-diukir pada permukaan keras seperti ukiran pada pemegang parang,alat muzik tradisional dan kayu
pada rumah panjang.

-bermotifkan alam semula jadi seperti motif flora dan fauna.

Anyaman

-dianyam menggunakan bahan seperti rotan, nipah,mengkuang,bilah dan pandan.

-dapat menghasilkan barang seperti bag wanita, bakul , raga dan tikar.
PERAYAAN (HARI GAWAI)

-disambut pada 31 Mei dan 1 Jun.

-disambut bagi meraikan tamatnya musim menuai dan bermulanya musim menanam padi yang
baharu.

-Pada 31 Mei,terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti membuat kuih-muih


tradisional,menziarahi kubur ahli keluarga,menyembelih haiwan dan sukaneka.Kaum Iban biasanya
akan berkumpul di ruai untuk makan malam Bersama pada malam 31 Mei untuk menantikan detik
12 malam. Pada jam 12, mereka akan mengucapakan “ Selamat Hari Gawai” kepada antara satu
sama lain dan meminum air tuak iaitu “ ai pengayu”.

- Pada 1 Jun, mereka akan kunjung- mengunjungi antara satu sama lain.

-Ngiling bidai diadakan pada hujung bulan Jun untuk menyambut penutupan Hari Gawai.

SEMANGAT KEKITAAN

A.KASIH SAYANG
Sebagai masyarakat, kita perlulah memupuk nilai kasih sayang di antara satu sama lain.Hal ini kerana
nilai kasih sayang amatlah penting dan berharga untuk setiap individu. Dengan adanya nilai ini dalam
setiap inividu, kita dapat mewujudkan suasana yang harmoni aman dan sejahtera tanpa peperangan.
Contohnya, menolong orang ketika dalam kesusahan, memberi derma dan bantuan kepada
golongan orang miskin dan menghomati antara satu sama lain. Sekiranya tiada, perpaduan kaum
negara kita semakin berkurang.

B.Kerjasama

Kita perlulah sentiasa bekerjasama ketika melakukan aktiviti kemasyarakatan. Contohnya, bergotong
-royong .Dengan adanya kerjasama, sesuatu urusan itu dapat diuruskan dengan mudah dan
cepat.Selain itu, ia juga dapat meningkatkan komunikasi antara satu sama lain dan dapat
mengeratkan hubungan silaturahim.

Anda mungkin juga menyukai