Anda di halaman 1dari 27

TOPIK 1:

KONSEP ASAS PENTAKSIRAN


BILIK DARJAH

MAZNIHAN HJ.MOHAMAD NOOR


JABATAN ILMU PENDIDIKAN
IPGK TENGKU AMPUAN AFZAN
KUALA LIPIS
PAHANG,
1.1 Konsep Asas Pengujian
Definisi Pengujian :

Pengujian merupakan proses penyerahan set soalan


yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen
atau prosedur yang bersistem bagi mengukur sampel
tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau
murid (Azizi, 2008).

Manakala menurut Siti Rahayah (2003) pengujian


adalah proses pengukuran pencapaian penguasaan
pelajar dalam suatu disiplin di dalam kelas dengan
menggunakan ujian.
1.1 Konsep Asas Pengujian

Definisi:

Menurut Bhasah (2009) ujian adalah satu konsep yang


kerap digunakan oleh guru pada setiap bulan.

Guru dikehendaki menyediakan


- ujian bulanan.
- ujian pertengahan semester.
- ujian percubaan UPSR
- Ujian Penilaian Sekolah Rendah).
- Ujian PMR (Penilaian Menengah Rendah),
- SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).
- STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia).
- STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia). 
1.1 Konsep Asas Pengujian
Definisi:

Manakala menurut Cronbach (1970),


“ ujian ialah satu prosedur yang bersistem untuk
memerhatikan perlakuan atau tingkah laku
seseorang individu dan membuat huraian dengan
bantuan skala bernombor atau satu sistem yang
berkategori.”
1.1 Konsep Asas Pengujian
Definisi:

Contoh skala bernombor:

Mengukur pencapaian murid bagi sesuatu mata


pelajaran seperti dalam ujian KajianTempatan murid
mendapat markah 90/100.

Contoh sistem berkategori

seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti


dan buta warna hijau-merah bagi ujian penglihatan 
(Mokhtar, 2009).
1.1 Konsep Asas Pengujian
Tujuan pengujian:

a) Menentukan perubahan tingkah laku pelajar.


b)    Menentukan pencapaian pelajar dalam
pembelajaran.
c)    Mengesan kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh
pelajar.
d)    Maklum balas kepada guru dari segi kekuatan
dan kelemahan pengajarannya.
e)    Maklum balas kepada pelajar dari segi kekuatan
dan kelemahan pembelajarannya.
1.1 Konsep Asas Pengujian
Pelaksanaan pengujian:

Pelaksanaan ujian terbahagi kepada dua iaitu

1. ujian berbahasa

Contoh ujian berbahasa adalah ujian


kertas dan pensel (ujian bertulis) dan ujian
lisan. 

2. ujian bukan berbahasa. 

Ujian bukan berbahasa contohnya adalah


ujian prestasi yang lebih tertumpu kepada
kemahiran psikomotor.
1.2 Konsep Asas Pengukuran
Definisi: Pengukuran:

    Pengukuran adalah satu proses mendapatkan


penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang
tentang sebanyak mana individu atau pelajar
mempunyai suatu ciri yang diukur dengan
menggunakan alat atau instrumen tertentu (Azizi,
2008).

pengukuran adalah pemberian angka-angka atau


nombor kepada sesuatu objek atau perkara
mengikut satu set peraturan yang telah ditetapkan.
(Bhasah, 2009).
1.2 Konsep Asas Pengukuran
Definisi: Pengukuran:

    Alat pengukuran yang digunakan oleh guru


mungkin terdiri daripada:

1. ujian,
2. skala kadar (rating scales).
3. senarai semak.

Contoh bagi pengukuran adalah skor atau markah 85


daripada 100 markah bagi sesuatu ujian.
1.2 Konsep Asas Pengukuran
Tujuan Pengukuran:

a. Mengesan hasil-hasil pembelajaran dan j


jenis-jenis kemahiran yang diperoleh.
b. Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran
yang dihadapi oleh pelajar.
c. Membandingkan pencapaian dan kedudukan
di antara pelajar dalam mata pelajaran yang
tertentu ataupun keseluruhan pencapaian
akademiknya.
d. Mendapat maklumat untuk membuat
pengelasan dan menempatkan pelajar dalam
jurusan kurikulum yang sesuai.
e. Mendapat maklumat untuk rekod prestasi
dan rekod profil sebagai maklum balas
kepada pelajar dan ibu bapa.
1.3 Konsep Asas Pengukuran
Definisi Penilaian:

Menurut Siti Rahayah (2003), penilaian adalah satu sistem


atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul
maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan
yang sewajarnya dan merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran selanjutnya dengan cara yang berkesan.

Dalam konteks yang lebih luas, penilaian adalah satu


usaha mengemukakan pendapat tentang nilai sesuatu
idea, penyelesaian, kaedah, bahan dan sebagainya. Ia
melibatkan penggunaan kriteria dan juga standard untuk
menentukan sejauh mana sesuatu itu tepat, berkesan,
ekonomikal atau memuaskan.
1.3 Konsep Asas Pengukuran
Definisi Penilaian:

Gay (1985) dalam Bhasah (2009), penilaian adalah satu


proses yang sistematik semasa mengumpul dan
menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu
objektif yang telah ditetapkan itu telah dicapai. Seterusnya
membolehkan guru membuat pertimbangan atau
keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan
pembelajaran. 

Penilaian adalah satu proses sistematik untuk menentukan


sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para
pelajar.
1.3 Konsep Asas Pengukuran
Definisi Penilaian:

Suatu proses mentaksir sama ada kuantiti sesuatu yang


diukur itu boleh diterima atau tidak. Ia melibatkan
1. pengenalpastian,
2. pemerolehan
3. pentafsiran maklumat yang berguna bagi
pertimbangan pilihan-pilihan keputusan
berasaskan kepada sesuatu objektif
pendidikan.

Penilaian merupakan satu aspek penting dan sangat


mustahak dalam pendidikan.
1.3 Konsep Asas Pengukuran
Maklumat/data untuk penilaian adalah berbentuk:

a. Kualitatif 

Menggunakan maklumat kualitatif yang


mengandungi pernyataan deskriptif bertujuan untuk
menghuraikan dengan lebih lanjut, jelas atau membuat
analisis terhadap sesuatu isu
(Bhasah,2009).

Data kualitatif diperoleh daripada rekod peristiwa


dan rekod pemerhatian tingkah laku seseorang
individu.
Contoh:
Muhammad Haziq seorang pelajar yang
pintar dan cerdas.    
1.3 Konsep Asas Pengukuran
Maklumat/data untuk penilaian adalah berbentuk:

Kuantitatif 

Data kuantitatif meliputi nilai berangka atau markah


seperti Nurul Izzah mempunyai darjah kecerdasan
120.

Ringkasnya penilaian merupakan satu aspek


proses pembelajaran yang penting kerana ia
menggalakkan murid menbaiki pencapaiannya,
membantu guru membuat taksiran tentang
pembelajaran murid-murid, dan menggalakkan guru
membuat taksiran tentang kesan pengajaran mereka.     
1.3 Konsep Asas Pengukuran
Proses Penilaian

Pada umumnya, proses membuat penilaian adalah seperti


berikut:

a)    Menentukan jenis data yang harus dikumpulkan


b)    Menentukan jenis responden/subjek
c)    Pengumpulan data
d)    Analisis
e)    Interpretasi data
f)    Membuat keputusan
1.3 Konsep Asas Pengukuran
Tujuan Penilaian:
a) Mengumpul maklumat pencapaian pelajar,
membuat analisis dan mengambil tindakan
yang selanjutnya.
b) Menentukan kekuatan dan kelemahan
pelajar serta merancang aktiviti pengayaan
dan pemulihan.
c) Membuat pertimbangan dan penghakiman
terhadap kualiti, keberkesanan atau nilai
sesuatu aktiviti pendidikan.
d) Menentukan pencapaian objektif pelajaran
yang ditetapkan untuk pengajaran dan
pembelajaran pada masa akan datang.
e) Membantu guru mengetahui tahap
pencapaian sesuatu objektif pengajaran,
keadaan ini memudahkan guru membuat
keputusan.
1.3 Konsep Asas Pengukuran
Latihan:
    
Anda dikehendaki mencari maklumat tentang pelaksanaan
Penilaian Kendalian Sekolah (PKS) bagi mata pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah anda.

.
d. Mendapat maklumat untuk membuat
pengelasan dan menempatkan pelajar dalam
jurusan kurikulum yang sesuai.
e. Mendapat maklumat untuk rekod prestasi
dan rekod profil sebagai maklum balas
kepada pelajar dan ibu bapa.
1.4 Konsep Asas Pentaksiran.
Definisi Pentaksiran:

Pentaksiran bilik darjah meliputi satu kaedah dan sumber


yang luas digunakan oleh guru untuk mengumpulkan,
menginterpretasi dan mensintesis maklumat tentang
pelajar.” Menurut Cizek (1993) dalam Bhasah (2009),

Pentaksiran adalah proses yang melibatkan pengutipan,


sintesis dan interpretasi maklumat dalam membuat
keputusan (Airasian, 2001) dalam Vincent Pang dan Denis
Lajium (2008).

Menurut Bhasah (2009), istilah pentaksiran dan penilaian


saling bertukar ganti. Umumnya pentaksiran melibatkan
membuat keputusan berdasarkan kepada sesuatu
peraturan dan piawaian.
1.4 Konsep Asas Pentaksiran.

- Pentaksiran adalah sebahagian daripada proses


pembelajaran, oleh itu pentaksiran dan penilaian
merupakan satu proses berterusan yang
digabungkan ke dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

- Pentaksiran bukan sahaja melibatkan pentadbiran,


pemarkahan dan penggredan sesuatu ujian tetapi
mencakupi pengutipan segala bentuk maklumat
yang membantu pemahaman mengenai pelajar dan
pemantauan pengajaran.
1.4 Konsep Asas Pentaksiran.
- Contoh:

- Pelbagai kaedah pengutipan maklumat dan interpretasi


juga terlibat dalam pentaksiran.

- Sebagai contoh, Azni mendapat 85 markah untuk mata


pelajaran Kajian Tempatan.

- Dalam pentaksiran kita tidak dapat mengatakan sama


ada prestasi Azni baik atau tidak kerana markah
tersebut tidak mencukupi untuk memberi maklumat
yang berkenaan.

- Yang diukur adalah prestasinya sahaja, ada beberapa


perkara yang tidak dapat ditunjukkan atau ditentukan
daripada penaksiran.
1.4 Konsep Asas Pentaksiran.
- Contoh:

- Yang diukur adalah prestasinya sahaja, ada beberapa


perkara yang tidak dapat ditunjukkan atau ditentukan
daripada penaksiran.

- Contohnya nilai, sebab-sebab pelajar mendapat markah


sedemikian, tahap program, pendekatan pengajaran
dan pembelajaran dan keberkesanan objektif kurikulum
tercapai atau tidak. 
1.4 Konsep Asas Pentaksiran.
- Ciri-ciri pentaksiran

a. Pentaksiran merupakan satu proses


mengumpul data bertujuan membuat
keputusan tentang individu atau kumpulan.

b. Ujian merupakan sebahagian daripada


pentaksiran.

c. Semasa membuat pentaksiran ke atas


pelajar, guru sebenarnya mengukur tahap
kecekapan untuk menentukan sama ada
tahap kecekapan yang perlu dikuasai pada
satu-satu peringkat pengajaran dan
pembelajaran telah dapat diwujudkan.
1.4 Konsep Asas Pentaksiran.
Tujuan Pentaksiran

A. Membolehkan sistem persekolahan, sekolah-


sekolah,  guru dan pelajar meningkatkan dan
memberikan piawaian yang lebih bermakna.

B. Memberikan fokus atau tumpuan serta arah


kepada pengajaran dan pembelajaran dalam
menepati piawaian yang ditetapkan.

C. Memberi sijil kepada pelajar yang


menunjukkan kecekapan dalam sesuatu
bidang pembelajaran dan guru menentukan t
ahap pencapaian pelajar berbanding dengan
kriteria yang telah ditetapkan. 
1.4 Konsep Asas Pentaksiran.
Tujuan Pentaksiran

D. Mengunakan maklum balas dari hasil


pentaksiran untuk pendidik dan pelajar
memahami dan memberi tumpuan bagi
meningkatkan aspek berkaitan pengajaran
dan pembelajaran mereka. Contohnya,
mencari punca kelemahan dan membantu
pelajar untuk meningkatkan prestasi atau
memperbaiki kaeah pengajaran.
1.4 Konsep Asas Pentaksiran.
Tujuan Pentaksiran

E. Meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar


dengan lebih baik, pengajar memberi
pengajaran yang lebih bermakna dan sistem
persekolahan yang lebih berkesan.

Contohnya, apabila pelajar dapat


melaksanakan tugasan dengan cemerlang,
mereka diberikan pengiktirafan di atas
pencapaian mereka.
 SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai