Anda di halaman 1dari 9

MEMBUAT ULASAN

TEMA:
KEMASYARAKATAN
JIRAN SEPAKAT MEMBAWA
BERKAT
Tulis ulasan tentang kebaikan amalan berjiran dalam bentuk perenggan
berdasarkan maklumat dan gambar di bawah.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan .
MENYENARAIKAN ISI

ISI TERSURAT ISI TERSIRAT


 Menziarahi jiran  Ketika sakit / perayaan
 Bertegur sapa dengan jiran  Mengeratkan hubungan
 Membantu jiran ketika pindah  Berat sama dipikul ringan sama
rumah dijinjing
 Menghantar isteri jiran yang  Tanda mengambil berat
hendak bersalin ke hospital
CARA MENULIS ULASAN
Buat dalam bentuk perenggan – 3 perenggan
1. Bina perenggan pendahuluan
Buat sekurang-kurangnya 2 ayat berkaitan dengan
tajuk.
Contoh Ayat Pertama :
- Jiran merupakan orang yang tinggal berdekatkan dengan
tempat tinggal kita.
Contoh Ayat Kedua :
- Berikut merupakan beberapa kebaikan amalan berjiran
yang perlu dilakukan.
2. Bina perenggan isi
- masukkan isi tersurat dan isi tersirat dengan
menyertakan penanda wancana dan kata bantu yang
telah diajar.
Contoh :
- Antaranya… - kita perlu
- Selain itu… - kita hendaklah
- Seterusnya… - haruslah
- Di samping itu juga… - patutlah
Sertakan sekurang-kurang 2 isi tersirat
dalam perenggan isi.
Contoh :
Antaranya, kita perlu menziarahi jiran kita
terutama ketika mereka sakit. Selain itu, kita
haruslah bertegur sapa untuk mengeratkan
perhubungan sesama jiran. Seterusnya, kita
hendaklah membantu jiran ketika pindah
rumah. Kita juga patut menghantar isteri jiran
yang hendak bersalin ke hospital.
3. Bina perenggan penutup
- Buat sekurang-kurangnya 1 atau 2 ayat untuk
penutup.
- Seeloknya sertakan nilai murni
Contoh :
Kesimpulannya, amalan berjiran ini banyak
memberi kebaikan. Oleh itu, hargailah jiran anda.
ULASAN YANG LENGKAP
Jiran merupakan orang yang tinggal berdekatkan dengan
tempat tinggal kita. Berikut merupakan beberapa kebaikan
amalan berjiran yang perlu dilakukan.
Antaranya, kita perlu menziarahi jiran kita terutama
ketika mereka sakit. Selain itu, kita haruslah bertegur sapa
untuk mengeratkan perhubungan sesama jiran. Seterusnya,
kita hendaklah membantu jiran ketika pindah rumah. Kita
juga patut menghantar isteri jiran yang hendak bersalin ke
hospital.
Kesimpulannya, amalan berjiran ini banyak memberi
kebaikan. Oleh itu, hargailah jiran anda.

(66 perkataan)
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai