Anda di halaman 1dari 11

SPW 209: POLITIK

PERBANDINGAN
SISTEM PRESIDENTIALISME DI
USA

17 APRIL, 2019
USA merdeka dari England pada 4 Julai, 1776
SEJARAH RINGKAS
• Penduduk asal digelar “Pribumi Amerika” (Native Americans).
• Percubaan Sepanyol untuk menempatkan koloni: Ponce de Leon dan
Hernando de Soto.
• Misteri Pulau Roanoke (1587).
• Penempatan pertama kelompok kulit putih: Jamestown pada tahun 1607.
• Diikuti oleh kelompok Puritans yang berhijrah dari London ke Plymouth,
MA menaiki kapal bernama Mayflower pada tahun 1620.
• Perang Revolusi dengan Inggeris (1776-1783).
• Perang 1812 dengan Inggeris.
• Perang Saudara (Civil War) antara Utara dan Selatan (1861-1865) berkenaan
isu sistem perhambaan.
• Wanita dibenarkan mengundi pada tahun 1920 (pindaan perlembagaan ke-19
atau 19th Amendment) setelah hampir 100 tahun perjuangan menuntut hak.
• Hak mengundi universal selepas 1965 (Akta Hak Sivil 1965).
STRUKTUR KERAJAAN (1)
 Eksekutif
• Kelayakan: warganegara yang berumur 35 tahun ke atas.
• Pilihan raya 4 tahun sekali dengan batas 2 penggal.
• Dipilih melalui sistem “Electoral College” (majoriti mudah dari 538
undi elektoral atau “electoral votes”).
• Posisi kuat kerana mempunyai mandat rakyat (dipilih secara langsung
melalui pilihan raya).
• Membentuk kabinet yang diketuai oleh menteri-menteri yang
dipanggil “Secretaries.”
• Mempunyai kuasa veto.
• Kuasa melantik hakim Mahkamah Agung (Supreme Court).
• Donald Trump adalah Presiden ke-45 (tertua dalam sejarah Amerika).
• Boleh dipecat melalui proses “impeachment” dalam Kongres.
STRUKTUR KERAJAAN (2)
 Legislatif
• Dipanggil Kongres (US Congress).
• Terbahagi dua: Rumah Perwakilan atau “House of Representatives” (bawah) dan Senat
(atas).
• Kedua bahagian boleh dikuasai oleh parti yang berbeza.
• Rumah Perwakilan mempunyai 435 anggota yang dipilih setiap 2 tahun. Setiap negeri
menghantar wakil mengikut jumlah populasi.
• Senat mempunyai 100 anggota yang dipilih setiap 6 tahun. Setiap negeri menghantar 2
wakil.
• Pembahagian tugas melalui sistem jawatankuasa (committees).
• Majoriti mudah untuk kebanyakan usul (bills). Perlukan majoriti absolut (2/3) untuk
mengatasi veto presiden, meluluskan perjanjian luar negara, dan meminda
perlembagaan.
• Senator mempunyai kuasa “filibuster” sebagai usaha menghalang sesuatu usul dari
diluluskan.
• Rekonsiliasi antara Rumah Perwakilan dan Senat untuk menyelaraskan usul supaya
dipersetujui majoriti.
STRUKTUR KERAJAAN (3)
 Kehakiman
• Sistem kehakiman negeri dan nasional.
• Mahkamah tertinggi ialah Mahkamah Agung (Supreme Court).
• Mahkamah Agung mempunyai 9 orang hakim yang dipilih oleh
Presiden dan diluluskan oleh Senat.
• Lantikan seumur hidup.
• Mempunyai kuasa “menyimak” (judicial review) untuk memastikan
setiap undang-undang yang diluluskan oleh Kongres dan ditandatangani
oleh Presiden tidak bercanggah dengan Perlembagaan.
• Perbezaan pendekatan dalam menterjemah undang-undang dalam
konteks Perlembagaan. Apakah Perlembagaan itu satu dokumen statik
atau hidup?
• Kes-kes kontroversial yang berkesudahan dengan undi majoriti 5-4
(konservatif dan liberal).
PILIHAN RAYA
• Hukum Duverger (Duverger Law):
 Sistem pilihan raya  Bilangan parti politik
 FPTP  2 parti politik / Perwakilan berkadar  Lebih 2 parti politik
• Sistem “First-Past-The-Post” (FPTP).
• Jawatan politik ditanding dari peringkat lokal sehingga nasional.
• Pilihan raya pada hari Selasa yang pertama di bulan November.
• Umur mengundi 18 tahun.
• Mempunyai sistem referendum dan “petisi melucut jawatan” (recall).
Biasanya di peringkat lokal dan negeri.
• Pilihan raya presiden mengamalkan sistem “electoral college” (270
dari 538 undi).
• Menang undi popular tidak semestinya menang pilihan raya presiden
seperti Al Gore pada tahun 2000 dan Hillary Clinton pada tahun 2016.
PARTI POLITIK
 Parti Democratic
• Ditubuhkan pada tahun 1828 (parti politik tertua di dunia).
• Secara ideologi, berhaluan tengah dan tengah-kiri walaupun terdapat banyak
perbezaan dalam parti.
• Liberal dalam aspek sosial dan menyokong campurtangan kerajaan dalam aspek
ekonomi.
• Dikenali dengan gelaran “Khemah Besar” (The Big Tent) kerana menaungi
pelbagai kelompok masyarakat.
• Logo parti adalah keldai.
 Parti Republican
• Ditubuhkan pada tahun 1854 oleh penentang system perhambaan.
• Secara ideologi, berhaluan tengah-kanan dan kanan.
• Konservatif dalam aspek sosial dan ekonomi (pro-pasar).
• Dikenali dengan gelaran “Grand Old Party” (GOP).
• Logo parti adalah gajah.
PERLEMBAGAAN DAN HAK
 Digubal dan dipersetujui oleh 55 “bapa kemerdekaan” (founding
fathers) pada tahun 1787 di kota Philadelphia.
 Terdiri dari 7 Artikel, antaranya Artikel 1 (kuasa legislatif), Artikel 2
(kuasa eksekutif), Artikel 3 (kuasa kehakiman), Artikel 4 (hubungan
antara negeri dan negeri-pusat).
 10 pindaan (amendments) pertama berhubung rapat dengan hak-hak
individu (Bill of Rights).
 Cuma pernah dipinda 27 kali kerana proses yang rumit.
 Makna kandungan perlembagaan masih diperdebatkan hingga
sekarang.
 Terjemahan perlembagaan mengikut komposisi hakim Mahkamah
Agung (Supreme Court) terutama berkenaan dengan hak-hak
individu.
KUMPULAN PENDESAK
 Organisasi-organisasi yang mewakili kehendak dan kepentingan setiap
golongan dalam masyarakat.
 Melobi kerajaan untuk kepentingan kumpulan mereka.
 Ada juga firma-firma lobi di Washington DC yang mewakili pelbagai
kepentingan (K Street).
 Ramai bekas ahli politik yang bekerja dengan kumpulan pendesak dan firma
lobi.
 Berbagai cara untuk mendesak kerajaan: sumbangan dana kempen, petisyen,
email, telefon, surat, perjumpaan bersemuka, mesyuarat dewan (townhall
meeting), protes jalanan.
 Kumpulan pendesak paling kuat: National Rifle Association (NRA) untuk
isu domestik terutamanya senjata api dan American Israel Public Affairs
Committee (AIPAC) untuk isu internasional terutamanya Israel dan
Palestin.
ISU-ISU SEMASA
 Imigrasi terutamanya dari Amerika Tengah. Usaha untuk
membuat tembok sepanjang sempadan USA-Mexico.
 Sentimen anti-Islam dan anti-asing (xenophobia)
 Kerunduman ekonomi dan masalah pengangguran
terutamanya perusahaan yang pindah ke Asia kerana tenaga
kerja murah.
 Konflik perdagangan dengan China terutamanya dalam isu
tarif.
 Campurtangan Rusia dalam pilihan raya presiden 2016.
 Penglibatan tentera Amerika di Syria, Iraq dan Afghanistan.

Anda mungkin juga menyukai