Anda di halaman 1dari 26

BERIMAN DENGAN NABI

DAN RASUL
KONSEP NUBUWWAH / RISALAH
Nubuwwah:
Asal perkataan “ naba’a” – khabar / berita
Istilah: pemilihan atau penentuan Allah akan
seseorang hambaNya untuk diturunkan wahyu
kepadanya.

Risalah:
Pemberian tugas atau perintah Allah kepada
seseorang Nabi untuk menyampaikan wahyu
atau syariatNya kepada manusia.
HAKIKAT NUBUWWAH DAN RISALAH
(1) Nubuwwah dan risalah kurniaan Allah bukan
kerana usaha dan ijtihad.
(2) Nubuwwah mendahului risalah.
(3) Nabi yang menerima nubuwwah = menerima
wahyu Allah – tidak ditugaskan
menyampaikan wahyu kepada manusia.
(4) Rasul yang menerima risalah = menerima
wahyu dan ditugaskan menyampaikannya
kepada manusia.
(5)Nabi yang tidak bertugas menyampaikan
risalah beramal dan berfatwa dengan syariat
Rasul terdahulu.
HIKMAH RISALAH
 Menyampaikan panduan kepada manusia bagi
menyusun sistem kehidupan.

 Agar manusia tidak berhujah di hadapan Allah di atas


keingkaran mereka.

“Rasul-rasul yang Kami telah utuskan itu semuanya


pembawa khabar gembira kepada orang-orang yang
beriman, dan pembawa amaran kepada orang-orang
yang berbuat maksiat, supaya tidak ada bagi manusia
sesuatu hujah atau sebarang alasan untuk berdalih
pada Hari Kiamat kelak terhadap Allah sesudah
mengutuskan rasul-rasul. Dan ingatlah Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (al-Nisa’; 165)
DALIL BERIMAN KEPADA RASUL / NABI
“Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan
para Rasul sebelum engkau (wahai
Muhammad), setengahnya Kami ceritakan
kepada engkau dan setengahnya Kami tidak
ceritakan.” (Ghafir; 78)

“Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah


ada pada mereka seorang pemberi
peringatan.” (Fathir; 24)

“dan bagi setiap umat itu ada seorang Rasul.”


(Yunus; 47)
 Wajib beriman dengan Rasul dan para Nabi.

 Keingkaran mengakui kenabian serta


kerasulan bererti telah kufur.

 Nabi dan Rasul yang tidak diceritakan Allah,


wajib diimani secara ijmal (umum).

 Tidak boleh mengatakan seseorang itu Nabi /


rasul selama mana nama mereka tidak
dijelaskan oleh Allah dalam al-Qur’an.

 Nabi dan Rasul yang disebut dalam al-Qur’an


25 orang.
KEWAJIPAN MANUSIA TERHADAP
RASUL
 Setelah beriman dengan para rasul dengan
risalah yang di bawa, manusia wajib
membenarkan risalah yang di bawa dan tidak
membezakan di antara mereka.

“…… kami beriman kepada setengah dari rasul-


rasul itu dan kami ingkarkan setengah yang
lain serta bermaksud (dengan perkataan itu)
mengambil jalan lain di antara yang demikian
(iman atau kufur).” (al-Nisa’; 150)
 Wajib mentaati perintah Rasul kerana
ketaatan kepada Rasul bererti taat kepada
Allah.
 Wajib beriktiqad bahawa rasul adalah makhluk
yang paling sempurna dari segi ilmu serta
amal.
 Wajib mengimani bahawa rasul itu manusia
(bukan malaikat dsb)
 Wajib mengimani bahawa Allah membekalkan
sifat-sifat dan tabiat-tabiat manusia – berhajat
kepada makan minum / tidur / beristeri /
beranak pinak / bercucu /disakiti / dizalimi /
demam / mati – sifat-sifat yang tidak
merendahkan martabat mereka sebagai Rasul.
 Mengimani bahawa Allah mengurniakan
keistimewaan, kelebihan – akhlak yang
melayakkan mereka menerima wahyu dan
menanggung beban risalah – menjadi suri
tauladan kepada umat manusia.
 Mengimani mereka dibantu dengan mukjizat
bagi membenarkan risalah.
 Paling utama dari kalangan Rasul adalah nabi
Muhammad.
ULUL AZMI DARI KALANGAN RASUL

(1) Muhammad (s.a.w)


(2) Musa a.s
(3) Isa a.s
(4) Ibrahim a.s
(5) Nuh a.s
SIFAT WAJIB BAGI PARA NABI DAN
RASUL

(1) al-Amanah / al-‘Ismah

(2) al-Sidq (benar / jujur)

(3) al-Tabligh (menyampaikan)

(4) al- Fathonah (cerdik)


AMANAH

 Amanah – dipercayai dalam perkataan dan


perbuatan, sama ada dalam kehidupan
peribadi ataupun sosial.

 Menyampaikan semua risalah sebagaimana


yang diamanahkan Allah. Jika khianat
nescaya syariat Allah akan diubah.

- Menjadi suri tauladan kepada umat manusia.


AL-SIDQ (BENAR)

 Benar – niat , kehendak, perkataan dan


perbuatan.
 Rasul dianugerahkan mukjizat bagi
menyokong risalah – Allah tidak menyokong
pendusta.

“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada


diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik”
(al-Ahzab; 21)
AL-TABLIGH (MENYAMPAIKAN)

 Menyampaikan wahyu kepada umat manusia.


 Mustahil bersifat menyembunyikan wahyu.

“Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada


Rasulullah selain daripada menyampaikan
perintah-perintah Allah sahaja, dan Allah
sentiasa mengetahui apa yang kamu lahirkan
dan apa yang kamu sembunyikan.”
(al-Maidah; 99)

“Dan Kami tidak akan menyiksa sebelum Kami


mengutus seorang Rasul.” (al-Isra’; 15)
AL-FATHONAH (CERDAS / BIJAK)

 Bersifat cerdik, cepat memahami, kuat ingatan, tajam


pemikiran.
 Mampu membatalkan hujah-hujah lawan.
 Cepat memahami suasana yang berlaku disekelilingnya
dan menyelesaikannya mengikut cara yang bersesuaian
dengan akal yang bijak dan sempurna.
 Kisah Nabi Ibrahim (Rujuk al-Baqarah; 258)
 Hassan bin Thabit berkata:
“Kalaupun bukan kerana tanda-tanda kebenaran dan
juga alamat kebenaran kerasulannya, maka kepintaran
dan kebijaksanaannya sudah cukup menjadi bukti atas
kebaikan dan hidayah yang dibawanya.”
(kata-kata sahabat)
KONSEP ‘ISMAH AL-ANBIYA’

 ‘Ismah - terpelihara dari sebarang maksiat


zahir atau batin.

 Rasul adalah insan yang bersih zahir dan batin


dari sebarang dosa sama ada dosa besar atau
kecil.
TUDUHAN ORIENTALIS TERHADAP
KONSEP ‘ISMAH (MA’SUM)
 Para nabi dan Rasul tidak ma’sum – mereka
turut melakukan dosa.

 Cth: Nabi Adam melakukan dosa, oleh itu Nabi


Isa sebagai “anak Tuhan” dikorbankan dengan
disalib bagi menebus dosa umat manusia
seluruhnya.
 Cth: Nabi Nuh (Hud; 45-47)
Jawapan:

 Semua Nabi dan Rasul adalah ma’sum.


 Allah tidak menuntut seorang lain dikorbankan
bagi menebus dosa orang lain kerana ;

(1) Manusia bertanggungjawab di atas dosanya


sendiri.

“Dan seseorang yang berdosa tidak akan


memikul dosa orang lain.” (al-An’am; 164).
(2) Manusia dilahirkan atas fitrah (suci dari
dosa).
“Semua anak dilahirkan atas
fitrah.”(Hadith)

(3) Setiap orang mendapat pahala sesuai dengan


amal perbuatan sendiri.

“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada


(balasan) bagi seseorang melainkan (balasan)
apa yang diusahakannya.” (al-Najm; 39)
DALIL ‘ISMAH AL-ANBIYA’
(KEMA’SUMAN NABI) Sayyid Sabiq, Aqidah Islam

 Nabi manusia pilihan Allah. (Ali Imran; 33).

 Nabi tidak melakukan pengkhianatan.


(Ali ‘Imran; 161)

 Nabi dididik / diasuh oleh Allah. ( Thoha; 39)

 Nabi dibawah penjagaan Allah. (al-Thuur; 48)


NABI MUHAMMAD SAW.
 Nabi terakhir (Khatim al-Anbiya’) dan
penyempurna syariat terdahulu.

“Muhammad itu bukanlah bapa kepada mana-


mana lelaki, tetapi ia adalah utusan Allah dan
penutup nabi-nabi.” (al-Ahzab; 40)

Perjanjian Allah dengan Nabi-nabi terdahulu


yang akan menerima dan mengakui apabila
datang Rasul yang mengesahkan ajaran yang
dibawa oleh mereka. (Rujuk Ali Imran; 81)

Sesungguhnya risalah dan kenabian itu telah


tamat. Tiada Nabi dan rasul
sesudahku.”(Hadith)
“Perumpamaanku dan perumpamaan semua
Nabi itu adalah sebagaimana seorang yang
mendirikan sebuah rumah, ia telah
menyempurnakannya dan
memperindahkannya seluruhnya melainkan di
tempat satu bata. Kemudian, ada seorang
yang memasukinya lalu melihat bangunan
tersebut, dan berkata; “Alangkah indahnya
(rumah ini) tetapi hanya tempat bata ini yang
belum selesai.” Aku (Muhammad) itulah
penyempurna tempat bata itu. Semua Nabi
diakhiri dengan kedatanganku.”
(Hadith)
 Risalah yang di bawa Nabi Muhammad untuk
seluruh manusia.

“Dan tiadalah Kami mengutusmu wahai


Muhammad melainkan untuk umat manusia
seluruhnya, ...” (al-Saba’; 28)
 Keutamaan Nabi Muhammad melebihi nabi-
nabi lain.

“Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian


mereka dari sebahagian yang lain. Di antara
mereka ada yang berkata-kata dengan Allah
dan ada yang Kami tinggikan beberapa
darjat...” (al-Baqarah; 253)

“Demi Allah, sekiranya Musa masih hidup dan


ada di hadapan kamu, maka tidak ada tempat
baginya melainkan tentu mengikuti ajaranku.”
(Hadith)

 Syafa’at Nabi Muhammad (s.a.w)


 Pemberitahuan dalam ajaran terdahulu
tentang kedatangan Rasulullah (s.a.w).
(Ali ‘Imran; 81)

 Kenyataan dari doa Nabi Ibrahim.


(Rujuk al-Baqarah; 129).

 Berita gembira dari Nabi Isa tentang


kedatangan Nabi bernama Ahmad sesudahnya.
“Wahai Bani Israel, sesungguhnya aku ini
utusan mu, membenarkan wahyu yang
diturunkan sebelumku, iaitu Taurat dan untuk
menyampaikan berita gembira, iaitu
kedatangan seorang Rasul sesudahku,
namanya Ahmad. (al-Saff; 6)
‫واهلل أعلم بالصواب‬

Anda mungkin juga menyukai