Anda di halaman 1dari 10

LITAR ASAS

LITAR ASAS
HUKUM OHM’S
 Hukum Ohm menyatakan bahawa arus elektrik (I), yang mengalir
melalui suatu Perintang (R) adalah berkadar terus dengan beza upaya
(V) yang merentasi perintang ini dengan syarat, suhunya adalah tetap.

Hukum Ohm ialah V / I = pemalar


pemalar adalah rintangan (R), iaitu R = V / I
V dalam Volt, I dalam Ampere dan R dalam Ohm. i) Arus
I = V / R , unit dalam
Ampere (A)

ii) Voltan
V = I x R , unit dalam
Volt (V)

iii) Rintangan
R = V / I , unit dalam
Ohm ()
 Contoh 1 :
 Beza upaya yang merentasi suatu beban ialah 12 V dan arus yang mengalir melaluinya ialah 0.4 A.
Berapakah nilai rintangan beban tersebut ?
 Penyelesaian : Diberi : V = 12 V, I = 0.4 A
Formula R=V/I
= 12V / 0.4 A
= 30 ohm
 Contoh 2 :
 Hitungkan arus yang mengalir melalui beban 10  jika sebuah bateri 2 V disambung merentasinya.
 Penyelesaian : Diberi : V = 2 V, R = 10 
Formula I = V / R
= 2V / 10 Ω
= 0.2 A
 Contoh 3 :

 Arus 6 mA mengalir melalui perintang 20 K. Hitungkan beza upaya yang


merentasinya ?
  
 Penyelesaian : Diberi : I = 6mA = 6 x 10-3 A
 R = 20 K = 20 x 103
  
 FormulaV = I x R
 = (6 x 10-3 A) x (20 x 103) 
 = 120 V
Soalan latihan

 Arus 15 mA mengalir melalui perintang 20 K. Hitungkan beza upaya voltan


yang merentasinya ?

 Seterusnya kirakan nilai voltan jika melalui rintangan 500 ohm.


 Beza upaya yang merentasi suatu beban ialah 20 V dan arus yang mengalir
melaluinya ialah 0.9 A. Berapakah nilai rintangan beban tersebut ?

 Penyelesaian:
 Hitungkan arus yang mengalir melalui beban 40 ohm jika sebuah bateri 9V
disambung merentasinya.

 Penyelesaian :
 Arus 0.25A mengalir melalui perintang 10 Kohm. Hitungkan beza upaya voltan
yang merentasinya ?

Anda mungkin juga menyukai