Anda di halaman 1dari 14

DTE3553

PLC
BAB 4 : OPERASI PLC
4.1 : Proses Pengaturcaraan
Proses pengaturcaraan PLC adalah merupakan aktiviti merancang seperti membina dan memasukkan
aturcara untuk melaksanakan tugasan yang dikehendaki.

Berikut adalah bahagian-bahagian yang perlu ada di dalam sesuatu aturcara PLC.

1. Mula
Memulakan sesuatu operasi

2. Mod Operasi
Menentukan kedudukan asal peranti masukan/keluaran dan juga
kedudukan mula.

3. Keadaan Reset
Mengawal operasi mula/henti secara manual atau secara automatik di dalam aturcara.

4. Operasi/Turutan Proses
Merekabentuk aturcara seperti yang dikehendaki oleh tugas.

5. Isyarat Keluaran
Memicu peralatan keluaran.

6. Status Keluaran
Memaparkan lampu penunjuk atau penggera.

7. Tamat
Menghentikan operasi.
4.2 : Bahasa-bahasa Pengaturcaraan

Terdapat LIMA bahasa pengaturcaraan yang dikenali di peringkat


antarabangsa iaitu :

 Rajah Tangga (Ladder Diagram)

 Senarai Arahan (Instruction List)

 Teks Struktur (Structured Text)

 Carta Fungsi Turutan (Sequential Function Chart)

 Fungsi Rajah Blok (Function Block Diagram)


4.2.1 : Rajah Tangga (Ladder Diagram)

Rajah tangga merupakan bahasa pengaturcaraan jenis grafik yang


ditukar dari rajah litar pendawaian kawalan geganti.

Rajah tangga mengandungi landasan sesentuh dari kiri ke kanan


rajah. Sesentuh landasan ini disambung kepada elemen penyuisan
sedia buka (normally open – NO ) atau penyuisan sedia tutup
(normally closed –NC ) menerusi laluan arus dan gelung elemen.

Rajah tangga juga menunjukkan litar kawalan dan memaparkan


fungsi serta kombinasi operasi turutan bagi setiap cabang pada baris
mendatar secara berasingan.
4.2.2 : Senarai Arahan (Instruction List)
Merupakan bahasa jenis penghimpun berteks.

Ianya dibina dari suruhan kawalan yang mengandungi


pengendali (operator) dan kendalian (operand).

contoh aturcara yang menggunakan bahasa senarai arahan.

LD A
AND B
ST C
4.2.3 : Teks Struktur (Structured Text)
Merupakan bahasa jenis penghimpun berteks yang
mengandungi ungkapan dan suruhan.

Contoh penggunaan bahasa ini adalah seperti berikut :

Cylinder out = (Input A OR Input B) AND Output C


4.2.4 : Carta Fungsi Turutan (Sequential
Function Chart
Merupakan jenis bahasa grafik dan elemen-elemennya terdiri
daripada langkah, peralihan, pilihan dan cabang selari.
Setiap langkah menunjukkan status proses aturcara kawalan
yang aktif atau tidak aktif.
Satu langkah mengandungi tindakan yang berdasarkan kepada
peralihan.
Tindakan pula mengandungi struktur turutannya sendiri.
4.2.5 : Rajah Fungsi Blok (Function Block
Diagram)
Merupakan jenis bahasa grafik dan elemen-elemen yang
terdapat di dalam rajah fungsi ini digambarkan secara
grafik fungsi dan blok fungsi.

Elemen-elemen ini disambungkan dengan garisan aliran


isyarat dan dihubungkan secara terus kedalam rangkaian.
4.3 : Asas Rajah Tangga
• Sebuah Rajah Tangga terdiri daripada satu garis menegak di
sebelah kiri dan kanan yang dinamakan bus bar dan juga garis
mendatar ke kanan yang dinamakan garis-garis arahan
(instruction lines ).
• Di sepanjang garis-garis arahan terdapat kombinasi-kombinasi
logik keadaan (conditions) yang akan menentukan bila dan
bagaimana arahan-arahan di sebelah kanan sekali akan
dilaksanakan.
Pasangan-pasangan garisan menegak di sepanjang garisan cabang
dipanggil keadaan (conditions). Keadaan-keadaan ini terdiri daripada
dua iaitu :
i. Keadaan Sedia Buka ( normally open - NO ) ( )
ii. Keadaan Sedia Tutup ( normally closed – NC ) ( )
Nombor-nombor pada setiap keadaan menentukan bit operasi
setiap arahan. Setiap arahan dalam Rajah Tangga samaada ON atau
OFF bergantung kepada status bit operasi yang telah ditentukan.

Note : Keadaan normally open adalah ON jika bit operasi adalah ON


dan akan OFF jika bit operasi adalah OFF.
Keadaan normally closed adalah ON jika bit operasi adalah OFF dan
akan OFF jika bit operasi adalah ON.
4.4 : Istilah-istilah Asas
1. Keadaan Perlaksanaan ( Execution Conditions)
Kombinasi logik antara keadaan-keadaan ON dan OFF
mewujudkan keadaan terkumpul bagi sesuatu arahan yang ingin
dilaksanakan. Keadaan inilah yang dinamakan Keadaan
Perlaksanaan.

Contoh keaadaan perlaksanaan

Arahan akan berada dalam Keadaan Perlaksanaan (Execution


Conditions) ON apabila X0 adalah ON, X1 adalah OFF dan X2 adalah
ON.
2. Bit Operasi (Operand Bits)
• Bit operasi bagi setiap arahan boleh terdiri daripada mana-mana bit dalam kawasan-kawasan
ingatan. Ini bermakna keadaan-keadaan ( conditions ) dalam Rajah Tangga boleh ditentukan oleh
bit I/O, bendera ( flags ), bit kerja ( work bits ), pemasa / pembilang ( timers / counters ) dan lain-
lain.
KAWASAN DATA BIT FUNGSI
  Kawasan IR00000 - IR01515 Digunakan sebagai bit masukan
  Input  
Kawasan IR Kawasan IR10000 – IR11515 Digunakan sebagai bit keluaran.
  Output
Kawasan IR21600 – IR21915 Bit ini tidak mempunyai fungsi
Kerja yang. khusus. Boleh digunakan
secara bebas dalam program.
     
Kawasan SR SR24400 – SR25507 Bit ini melakukan fungsi yang
tertentu seperti bendera (flags)
dan bit kawalan.
     
Kawasan TR TR 0 – TR 7 Bit ini digunakan untuk
menyimpan secara sementara
status ON / OFF pada cabang-
cabang program
     
Kawasan HR HR 0000 – HR 9915 Bit ni digunakan untuk
menyimpan data dan
mengekalkan status ON / OFF
bila kuasa dimatikan.
     Nombor yang sama digunakan
Kawasan Timer/Counter TC 000 – TC 511 untuk timer dan counter. TC000
ke TC002 dgunakan utk. `interval
timer’
3. Blok Logik (Logic Blocks)
Cara keadaan memberi tindakbalas terhadap sesuatu
arahan adalah ditentukan oleh perhubungan diantara
keadaan-keadaan (conditions) yang ada pada garisan
arahan yang menghubungkan mereka.

Sebarang kumpulan keadaan yang terbentuk untuk


menghasilkan satu keputusan logik dinamakan blok logik.
4.5 : Kod Mnemonik
Rajah Tangga tidak boleh dibaca oleh Konsol Pengaturcaraan.
Oleh itu Rajah Tangga perlu ditukar kepada kod mnemonik.
Kod mnemonik memberikan maklumat yang sama seperti Rajah
Tangga dan boleh ditaip secara terus pada Konsol Pengaturcaraan.
ALAMAT ARAHAN OPERASI / DATA
00000 LD X0
00001 OR X1
00002 AND X3
00003 AND LD  
00004 OUT Y0
00005 TMY 00
    K20
00006 CNT 002
    #0010
00007 END  

Anda mungkin juga menyukai