Anda di halaman 1dari 14

DIARI REFLEKSI EKSPERIMEN

TERAPI BERKEBUN
ABA 3193 ASSIGNMENT
FARAH NAJWA BINTI MAT DAUD
(1182688)
Tujuan

Tujuan refleksi ini adalah bagi mengkaji pengaruh terapi berkebun


kepada tekanan/kemurungan/kebimbangan dan kesejahteraan diri
pelajar.
Pengenalan
• Nama yang diberi ialah Farah Najwa Binti Mat Daud.
Berasal dari kelantan. Berumur 23 tahun.
• Reaksi awal mengenai tugasan ini pada mulanya agak
senang dan ia juga antara tugasan subjek yang sangat
memudahkan pelajar.
• Pada minggu pertama bersama kaunselor yang merupakan
pelajar master iaitu yang dikenali dengan nama Kak Dewi
membuat pemilihan bersama mengenai tanaman apa yang
ingin ditanam. Justeru itu, tanaman yang dipilih oleh saya
adalah tanaman Pokok Ketumbar.
• Tempoh eksperimen terapi berkebun ini dijalankan dari
tarikh 30 April hingga 25 Jun 2021 iaitu selama 7 minggu.
Minggu 1
Minggu 2
- Mengukur tahap
- Menjalankan
DASS & Wellbeing
aktiviti berkebun
- Memilih tanaman
& membeli barang
01 dan kaunseling
kelompok
keperluan
- Membuat refleksi
- Menyemai benih
- Kaunseling
kelompok
04 02
- Membuat refleksi
Minggu 4 Minggu 3
- Menjalankan aktiviti - Menjalankan aktiviti
berkebun dan kaunseling berkebun dan
kelompok 03 kaunseling kelompok
- Mengukur tahap DASS & - Membuat refleksi
Wellbeing
- Membuat refleksi

Terangkan proses yang dirancang


Minggu #1
• Minggu 1 ini hanya mengenai perkenalan antara ahli-ahli dan juga kami diminta untuk menjawab dan mengukur
ujian DASS masing-masing. Sejujurnya keputusan DASS saya agak teruk iaitu tahap tekanan dan kebimbangan
saya sangat tinggi.
• Pada minggu ini juga, ahli kelompok bersama dengan kaunselor membincangkan mengenai kesihatan mental
semasa lockdown. Masing-masing menceritakan perasaan dan apa cabaran yang dilalui oleh mereka ketika itu.
Selain itu, ahli kelompok diminta untuk memilih lambang makanan dalam negeri masing-masing. Seperti saya
yang berasal dari Kelantan yang tersohor dengan kuih tepung pelita.
• Kemudian, kaunselor daripada pelajar master menbincangkan tentang asbab ahli kelompok mengambil jurusan
kaunseling. Sebagai contoh, saya mengambil jurusan tersebut adalah untuk mengubah diri saya disamping
memahami mengapa seseorang itu bertingkahhlaku seperti itu.
• Refleksi saya pada minggu pertama ini tidak banyak kerana masih dalam permulaan sesi. Jadi, apa yang saya
dapat ialah saya belajar bukan saya sahaja yang mengalami cabaran ketika pandemik, tetapi rupanya ahli
kelompok lebih teruk daripada saya. Disini saya belajar untuk saling bekerjasama dan melengkapi kekurangan
antara satu sama lain sebagai seorang pelajar kaunseling yang berdepan dengan banyak cabaran.
Minggu #2

• Pada minggu kedua, ahli kelompok berbincang mengenai keputusan DASS yang dibuat pada minggu pertama. Sejujurnya keputusan DASS saya agak teruk iaitu
tahap tekanan dan kebimbangan saya sangat tinggi. Ini kerana pada ketika itu saya mengalami kebimbangan yang teruk, terlalu banyak masalah yang dihadapi dan
terlalu banyak tekanan daripada tugasa-tuagasan.

• Seterusnya, kami berbincang dan menetapkan tanaman yang berlainan yang ingin ditanam oleh setiap ahli. Ada diantara mereka menanam pokok daun sup, cili
padi, taugeh, bunga kertas, daun pudina dan lain-lain. Manakala Saya membuat pemilihan untuk menanam pokok ketumbar kerana suka dengan haruman wangi
pokok tersebut dalam setiap masakan. Pokok tersebut merupakan kegemaran saya dan juga keluarga dalam setiap masakan seperti diletak bersama dalam sup ayam
dan pelbagai jenis sos.

• Selepas itu, kami juga berbincang mengenai kaitan antara berkebun dengan hilangkan tekanan. Melalui pandangan saya mengenai berkebun, ia dapat
menghilangkan tekanan sebagai seorang pelajar yang tidak lari daripada tugasan - tugasan yang banyak. Ia juga dapat membuatkan saya lebih menghargai dan
mengajar tentang kehidupan. Selain itu, ahli berbincang tentang perasaan pulang untuk sambutan hari raya.

• Refleksi saya pada minggu kedua, apa yang saya dapat ialah saya menyedari tahap ujian DASS saya sangat teruk dan saya perlu dapatkan rawatan atau perlu buat
“Coping Strategies”. Saya juga belajar tentang kelebihan atau manfaat tanaman yang dipilih oleh setiap ahli kelompok serta saya belajar bukan saya sahaja yang
mengalami cabaran ketika pandemik ini malah ramai lagi ahli kelompok yang mengalami benda sama dan lebih teruk daripada saya. Disini saya belajar untuk
saling bekerjasama dan saling melengkapi setiap kekurangan masing-masing untuk menjayakan apa yang kami sedang usahakan sekarang sebagai seorang pelajar
kaunseling.
Minggu #3

• Minggu ketiga ini bermula minggu belajar secara atas talian sejak pengumuman penangguhan pelajar pulang ke kampus dan
perintah kawalan berkurung telah diperketatkan.
• Pada minggu ini jugalah kaunselor dari pelajar master mengambil kesempatan untuk menyentuh isu tentang perubahan belajar
secara talian dan cabaran belajar dirumah. Bagi saya ia sangat memenatkan walaupun sudah terbiasa tetapi penat dengan
arahan yang tidak muktamad dari pihak atasan selain mencari penyelesaian yang tepat. Ada ahli yang sudahpun berasa putus
asa dan tiada semangat untuk meneruskan pengajian. Tambahan pula ada ahli yang telah disahkan positif Covid-19 yang lagi
sudah mula berfikir tiada harapan lagi untuk meneruskan pengajian kerana berasa kosong dan tiada semangat.
• Selain itu, pada minggu ini juga ramai ahli mempunyai tekanan mengenai terlalu banyak tugasan subjek yang arahan tidak
berapa jelas dan baru dibahagikan tetapi diminta untuk menghantar lebih awal. Sedangkan minggu tersebut agak sibuk dengan
segala kuiz dan tugasan yang perlu diutamakan. Rata-rata ahli sudah tidak menjadi teratur dengan jadual tugasan. Jadi,
kaunselor cuba untuk membincangkan isu ini dengan meminta pendapat cara bagaimana untuk menyusun semula jadual
tugasan-tugasan mengikut pandangan daripada ahli-ahli kelompok lain.
• Refleksi saya pada minggu tersebut ialah saya sedar bukan mudah untuk kita menerima sesuatu perkara atau situasi yang baru
dan tak pernah dihadapi pada masa kini. Malah bukan sahaja pelajar yang mengalami cabaran tetapi juga para pendidik dan
pekerja. Pentingnya saya untuk sentiasa mencari sumber kekuatan agar tidak lemah dan putus asa dalam pengajian masa kini.
Saya sedar betapa besarnya impak negatif berbanding positif pandemik covid-19 ini. Saya juga sedar betapa pentingnya
peranan kaunselor masa kini untuk membantu dan membincangkan dengan klien-klien yang menghadapi isu kesihatan mental
ketika pandemik ini.
Minggu #4
• Minggu keempat merupakan minggu kedua belajar dan buat sesi kaunseling secara atas talian bersama kaunselor. Pada minggu
ini, kaunselor menyentuh semula tentang tanaman yang dipilih oleh setiap ahli kerana terlupa. Kaunselor juga berbincang
mengenai jalan penyelesaian setiap ahli agar tidak terlepas daripada segala kerja tugasan subjek dan perasaan mereka apabila
pulang ke kampung. Antara mereka berasa gembira apabila pulang ke rumah kerana berasa selamat disamping keluarga ketika
dapat mengurangkan rasa bimbang dan risiko ketika pandemik.
• Ada ahli berkongsi cara penyelesaian dengan membuat susunan semula kerja yang perlu diutamakan. Seterusnya kaunselor
bertanya kepada setiap ahli mengenai impak positif ketika berkebun ketika pandemik. Berkebun ketika pandemik ini sangat
membantu menghilangkan kebosanan dan mengisi masa terluang . Ada yang mengatakan dapat menghilangkan tekanan apabila
melihat pokok-pokok diluar rumah.
• Aktiviti berkebun minggu ini adalah persiapan barang-barang berkebun seperti membeli baja tanah, akar atau benih pokok.
Sebagai contoh, saya menonton cara menanam pokok ketumbar tanpa menggunakan baja lalu saya membeli benih biji ketumbar
dan menyediakan tisu yang basah dengan bekas yang berjaring. Ada ahli sudah melakukan tanaman pada minggu ini. Kaunselor
tersebut ingin melihat progress pokok yang ditanam dalam masa seminggu sebelum sesi seterusnya iaitu sesi minggu ke -5. Biji ketumbar yang dibeli
• Refleksi saya pada minggu ini adalah saya belajar untuk tidak malu meminta pertolongan kerana lumrah manusia saling
memerlukan antara satu sama lain. Dulu saya sangka saya kuat hadapi seorangan tetapi tidak. Saya juga belajar tentang
kepentingan kawan yang saya boleh katakan sesuai dengan subjek silang budaya ini ketika pandemik. Tanpa kawan, tiada yang
saling mengingati antara satu sama lain.
Minggu #5

• Minggu kelima merupakan minggu ketiga belajar dan buat sesi kaunseling secara atas
talian bersama kaunselor. Pada minggu ini adalah sesi pembentangan. kaunselor bertanya
dan berbincang sesama ahli mengenai progress menanam dan perkembangan selama
seminggu menanam samada sudah bertumbuh atau sebaliknya.
• Disini juga, kami berbincang mengenai perasaan atau kesan yang dirasa apabilla melakukan
aktiviti berkebun tersebut. Sebagai contoh, saya berasa ada satu tanggungjawab yang perlu
saya jaga dan hargai. Saya juga bertambah gembira apabila pokok sudah tumbuh daun-
daunnya. Ia membuatkan saya berdisiplin dan rajin.
• Refleksi saya pada minggu ini adalah sangat menarik mendengar perkongsiaan daripada
ahli-ahli kelompok mengenai proses tanaman mereka. Untuk berkebun ini, saya dapat
rasakan satu sifat yang bertanggungjawab untuk menjaga pokok tersebut sampai berjaya.
Saya juga menjadi lebih gemar untuk meneruskan tanaman ini apabila pokok tersebut
memberikan hasil dalam masa 3 minggu walaupun tidak banyak. Dari segi mental saya, ia
dapat mengurangkan fikiran saya mengenai tugasan subjek buat sementara waktu.
Minggu #6

• Pada minggu ini, Kaunselor fokuskan kepada penceritaan. Iaitu peristiwa yang berlaku kepada salah seorang
sahabat kami yang kehilangan ayahandanya.
• Kaunselor bertanya kepada ahli-ahli kelompok mengenai pandangan peristiwa yang berlaku pada sahabat
kami. Rata-rata ahli kelompok berkongsi cerita tentang ujian yang dihadapi oleh beliau kerana sebelum ini
sahabat kami telah disahkan positif dan dikuarantin di pusat kuarantin yang jauh daripada keluarga kerana
menetap di Nilai. Kemudian ketika itu juga bapa saudara beliau jatuh sakit, kakak disahkan positif dan
sebagainya. Selang beberapa hari, timbul berita sedih apabila dikhabarkan ayahandanya meninggal dunia.
Ramai ahli kelompok turut merasa empati kerana memahami apa yang dilalui oleh beliau.
• Kemudian, kaunselor bertanya mengenai tentang perasaan atau pengalaman yang dirasai oleh setiap ahli
yang mempunyai rasa kehilangan orang yang tersayang. Selepas itu, ahli-ahli kelompok berkongsi mengenai
“feedback” setiap ahli tentang aktiviti tersebut.
• Refleksi saya pada minggu ini cuba untuk saya ringkaskan. Saya sedar yang saya perlu memberi sokongan
kepada rakan-rakan saya apabila mereka memerlukan. Saya juga sedar bahawa kehilangan orang yang
tersayang adalah rindu yang tidak akan pernah terubat. Saya sedar yang saya sendiri yang perlu mencari
kekuatan untuk kembali bersemangat. Terakhir sekali, saya perlu sentiasa mengingati orang yang tersayang
walau dimana jua berada.
Minggu #7

• Minggu ke-7 ini merupakan minggu terakhir sesi kaunseling terapi bagi subjek ini.
• Aktiviti pada minggu ini adalah kaunselor meminta ahli kelompok untuk mengambil semula ujian DASS
yang baharu dalam masa 15 minit sahaja. Kemudian membuat perbandingan antara ujian DASS pada awal
sesi pertama dengan ujian DASS pada minggu terakhir ini.
• Kaunselor bertanya kepada ahli-ahli kelompok mengenai menurun atau meningkat keputusan DASS
tersebut. Ada ahli yang keputusannya menurun atau lebih baik daripada keputusan DASS sesi pertama.
Ada salah seorang yang keputusan DASS pada sesi pertama lebih baik akan tetapi keputusan minggu ini
meningkat dan teruk .
• Selepas itu, kaunselor bertanya dan berbincang mengenai bagaimana penyelesaian yang telah dilakukan
oleh setiap ahli kelompok. Ada yang berkongsi cara pengurusan masa dan kebanyakkanya mengenai cara
belajar serta menyiapkan tugasan.
• Seterusnya, Kaunselor meminta salah seorang ahli berkongsi semula apa yang dikongsi bermula sesi
pertama sehingga sesi keenam.
• Refleksi saya pada minggu ini adalah agak sedih kerana sudah sampai ke penghujung sesi sedangkan sesi
ini sangat menarik dan memberi kesan yang positif dari segi pemikiran kerana pada awal tanggapan
mengenai sesi ini agak membebankan tetapi sekarang tidak lagi.
Perancangan seterusnya?

• Ingin menjadi seorang yang 4

sentiasa bersifat positif.


3
• Kekal berkebun kerana ia
memberi impak yang lebih baik.
2

• Ingin terus belajar untuk


menghargai alam sekitar. 1

• Ingin menjadi seorang insan yang


disenangi, bermanfaat untuk orang
sekeliling walaupun berbeza kaum dan
bangsa.
Kesimpulan

• Apa yang dipelajari adalah sangat banyak. Salah satunya adalah saya belajar cara macam mana untuk
melakukan sesi kaunseling dengan klien supaya tidak begitu membosankan. Saya juga belajar mengenai
pengajaran dalam kehidupan setiap ahli yang berkongsi. Maksudnya disini, cabaran demi cabaran yang
dilalui menjadi hikmah dan ia dalam proses perjalanan kehidupan apabila makin membesar. Sama juga
dengan tanaman, banyak liku-liku yang diperlukan untuk tumbuh.
• Perkembangan yang saya dapat lihat adalah semakin rajin, semakin positif, dapat menerima dengan baik
terhadap isu sekarang, dapat mengurus masa dengan baik.
• Kepentingan tanaman ini pada diri ialah ia dapat membuatkan saya keluar rumah untuk membeli barang
keperluan menanam dan melihat alam sekitar dikawasan rumah. Kaitan dengan kaunseling silang budaya
pula untuk berkebun atau menghargai alam sekitar ini, semua kaum berbilang bangsa boleh turut menyertai.
Maksudnya ialah sesi kaunseling berkebun ini bukan terhad kepada satu kaum sahaja iaitu kaum melayu
kerana pelbagai kaum mempunyai masalah mental yang sama dan ia tetap dapat menyertai sesi tersebut.
Terima Kasih untuk sesiapa
yang terlibat dalam
menjayakan sesi ini.

Anda mungkin juga menyukai