Anda di halaman 1dari 38

Peranan Al-Quran &

Sunnah Sebagai
Panduan Hidup
GROUP 1

Al quran & sunnah


Dari Segi Ekonomi
PENDAHULUAN
Ekonomi merupakan salah satu aset berharga bagi sesebuah negara. Oleh itu,
adalah penting bagi setiap rakyatnya mendalami ilmu tentang ekonomi.
Melalui pengetahuan tentang ekonomi Islam ini, kita akan dapat mengetahui
jenis-jenis kegiatan ekonomi yang biasa dijalankan dalam Islam. Selain itu,
kita juga dapat menyelesaikan masalah ekonomi yang melanda negara
sekiranya setiap rakyat ini menyedari tanggungjawab masing-masing
Ekonomi
PERANAN AL QURAN DAN AS SUNNAH SEBAGAI PANDUAN
HIDUP DALAM ASPEK EKONOMI
1. Membolehkan aktiviti ekonomi berjalan dengan lancar
2. Mengelakkan berlakunya penipuan dalam urusan perniagaan
3. Memajukan kegiatan ekonomi negara Islam
4. Menekankan aspek keadilan
5. Mengelakkan unsur judi dalam urusan perniagaan
6. Memastikan tiada unsur riba’ dalam urusan hutang
Contoh Larangan
1. Riba.

Riba merupakan perkara yang diharamkan dalam Islam. Orang yang menyatakan riba
adalah halal akan menjadi kufur dan terkeluar dari Islam, kerana riba adalah salah satu dari dosa besar yang wajib
dielakkan oleh seorang muslim yang disebutkan secara jelas dalam al-quran dan sunnah tentang pengharamannya.
Contoh Larangan
1. Riba.

Dimaksudkan dengan riba ialah sebarang tambahan dalam barangan tertentu (ribawi) dan tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh. Di dalam
surah al-Baqarah, ayat 278-279 dirakamkan bahawa Allah dan rasul memerangi pemakan riba. Firman Allah, mafhumnya:Wahai orang-orang yang beriman!
bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu
orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya
peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok
asal harta kamu. (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Surah al-Baqarah: 278-279).

Dalam menjalankan aktiviti perniagaan, amalan riba hendaklah dielakkan sepenuhnya. Peniaga yang baik dan diredhai Allah SWT ialah peniaga yang
mampu berniaga dengan berpandukan peruntukan syarak, bebas dari sebarang bentuk riba sama ada dalam mendapatkan modal, membuat simpanan,
membuat pelaburan dan seumpamanya.
Contoh Larangan
2. Larangan mengurangkan kadar sukatan dan timbangan.
Dalam keghairahan mencari keuntungan dalam perniagaan, Islam menuntut para perniaga bersikap amanah dan tidak mengaburi mata pelanggan dengan pelbagai helah
seperti mengurangkan kadar timbangan dan sukatan. Perbuatan seumpama ini adalah dilarang dan tercela dalam Islam. Termasuk juga dalam kategori tidak
menyempurnakan sukatan dan timbangan ini, perbuatan mengurangkan kualiti dan kuantiti sesuatu barangan.

Bagi menunjukkan hina dan tercelanya perbuatan menipu dalam sukatan dan timbangan ini, Allah SWT telah menemplak peniaga yang berbuat demikian di
dalam surah al-Mutaffifin 1-3, mafhumnya:Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila
menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk
orang lain, mereka kurangi.
Contoh Larangan
2. Larangan mengurangkan kadar sukatan dan timbangan.
Terdapat banyak ayat yang memerintahkan agar disempurnakan sukatan dan timbangan dalam aktiviti pernigaan.
Antaranya firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 35, mafhumnya: dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu
menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan
sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak). Dalam surah al-Rahman ayat 9, Allah SWT
berfirman, Maksudnya: dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang
yang ditimbang.

Semua ayat tersebut memerintahkan agar disempurnakan timbangan dan sukatan. Bahkan dalam surah al-Isra’
tersebut, Allah SWT turut menjanjikan kesan dan kesudahan yang baik di dunia dan di akhirat bagi mereka yang
berbuat demikian. Namunpun demikian, wajar diingatkan bahawa sekiranya perintah dan suruhan ini tidak
diendahkan, ia boleh menyebabkan turunnya bala dan azab Allah SWT, sebagaimana berlakunya terhadap penduduk
Madyan, kaum nabi Syuib.
Contoh Larangan
.3. Rasuah.
Rasuah juga merupakan salah satu dosa besar dalam Islam. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bidang
termasuklah dalam aktiviti perniagaan. Sesetengah orang beranggapan rasuah/ duit kopi/ duit under-table
ini adalah satu kemestian dalam perniagaan. Ini kerana pada mereka dengan rasuah ia boleh membantu
mengenali orang-orang penting, membantu mendapat projek dan peluang pernigaan yang lebih luas,
memudahkan perjalanan projek dan dapat juga membantu memudahkan after sale servis yang dijanjikan.
Pendek kata tiada apa yang tidak dapat dilakukan jika dihulurkan dengan sedikit wang ringgit.
Setengah mereka berselindung dengan menukarkan istilah rasuah itu dengan kata-kata lain seperti
pertolongan/ bantuan/ hadiah/ sedekah dan seumpamanya. Sememangnya rasuah jauh berbeza dengan
sedekah dan hadiah. Rasuah adalah pemberian yang dibuat bertujuan untuk mendapatkan sesuatu dengan
cara yang salah atau bukan dengan cara yang sebenar. Sedekah pula adalah pemberian yang dibuat dengan
tujuan mendapatkan balasan pahala dari Allah SWT semata-mata, sedangkan hadiah pula adalah pemberian
yang dibuat dengan tujuan mempereratkan lagi ikatan silatul rahim dan kasih sayang.
Contoh Larangan
.3. Rasuah.
Rasuah kadangkala membawa keuntungan yang berlimpah, namun mesti diingat bahawa ia juga akan
menghakis keberkatan dalam perniagaan, bahkan mereka akan mendapat laknat daripada Allah SWT. Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah,Rasulullah SAW bersabda:

‫اشي َوال ُْم ْرتَ ِشي‬ َ ّ ‫ولالل َّ ِه َصلَّى الل َّ ُه َعل َيْ ِه َو َسل َّ َم ل َْعن َ ُة الل َّ ِه َعل َى‬
ِ ‫الر‬ ُ ‫ال َر ُس‬
َ ‫ال َق‬ َ ‫ع ْن َعبْ ِد الل َّ ِه بْ ِن‬.
َ ‫ع ْم ٍرو َق‬ َ
Maksudnya:
Dari Abdullah bin Amru katanya, Rasulullah SAW bersabda Allah SWT melaknat pemberi rasuah dan
penerima rasuah.
Gejala rasuah dalam semua situasi dan kondisi termasuk dalam menjalankan aktiviti perniagaan adalah
dilarang sama sekali dalam Islam dan merupakan perbuatan haram lagi tercela. Sebagai peniaga yang
beriman, perbuatan terkutuk ini hendaklah dihindari agar keberkatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat
dapat dikecapi oleh semua.
Dari Segi Sosial
PENDAHULUAN
-Sistem sosial Islam bermaksud sistem perhubungan sesuatu kelompok
manusia dengan kelompok yang lain dan mereka ini diikat dengan beberapa
nilai yang ditetapkan oleh Islam
-Elemen penting sistem sosial Islam adalah
pertama,ukhwahislamiyyahiaituIslam menitikberatkan perhubungan sesama
manusia berdasarkan ukhuwah Islam iaitu persaudaraan atas dasar agama
yang luhur tidak merentasi sempadan warna kulit, agama dan juga bangsa.
Kedua, kasih sayang.Dalam Islam kasih sayang dapat ditunjukkan melalui
kebajikan dan sesama manusia.Sifat saling bantu-membantu dan tolong-
menolong akan membawa kepada keamanan dan keharmonian umat Islam.
Ketiga, hormat menghormati. Sikap saling hormat–menghormati harus
dididik dari kecil lagi kerana ianya akan menjadikan seseorang itu lebih
menghormati hak orang lain dan haknya sendiri.Ianya amat dituntut dalam
agama Islam mahupun dalama gama yang lain.
Sosial
-Sebagai contoh kepentingan Quran dan Sunnah dari
segi ukhuwah islamiah antara ialah sepertimana yang
dinyatakan dalam surah al-hujurat ayat11.
Sosial
- Surah al-hujurat ayat11.

(larangan menghina) 2( ‫لمزوـاوالـ‬


‫تــــ‬
maksud menghina diatas ialah membuka keaiban orang lain.
Larangan celaan ini meliputi seluruh umat islam
sebagaimana yang dinyatakan oleh kebanyakan ulama’ kerana
umat islam adalah bersaudara.
Sosial
- Surah al-hujurat ayat11.

1) ‫سخرالـ‬‫( يـــ‬larangan mencela)


-Allah SWT menghalang perbuatan menghina sesama
saudara islam yang lain untuk menjamin perpaduan
dalam masyarakat
Sosial
Surah al-hujurat ayat11.
3) (‫ ) وـالـتـنابزوـا‬larangan memanggil dengan gelaran buruk

-menurut ibnu abbas, ayat diatas bermaksud Allah


melarang perbuatan memanggil seorang dengan
gelaran yang mengandungi ejekan yang menjelekkan
terhadap sesuatu yang pernah dilakukannya sedangkan
dia telah bertaubat. Perkara ini dilarang kerana dengan
mengungkit kesilapan yang lepasakan mengingatkannya
kembali kepada kejahatan.
Sosial
Sosial
-Sebagai konklusi, Islam menganjurkan konsep
ukhuwah bagi menjamin keharmonian didalam
hidup bermasyarakat. Islam juga menggalakkan
hubungan harmoni yang perlu dijaga dalam
masyarakat majmuk dengan memupuk sifat toleransi.
Oleh itu,segala hubungan yang
merangkumi hubungan manusia sesama
manusia, manusia dengan makhluk lain dan
hubungan manusia dengan penciptanya perlulah
dijadikan perkara penting yang perlu diikuti oleh kita
bagi menjamin kehidupan diredai Allah S.W.T.
Dari Segi Kebajikan
PENDAHULUAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Kebajikan
membawa definisi sesuatu yang membawa kebaikan ;
perbuatan baik ; kebaikan ; berbuat baik ~ kepada orang.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Sebagaimana yang kita tahu, agama Islam amat
menitikberatkan dan menyeru kepada konsep kebajikan dalam
menghayati cara hidup yang hakikat dan syumul (menyeluruh),
tidak kira latar belakang dan hidupan yang ada di muka bumi
ini.
Kebajikan
Firman Allah SWT :
‫ون‬ ِ‫لـــلَّك ُ ْمـ ُ ْفل‬
{َ ‫تــــ ُح‬ َ ‫} َواـ ْف َعلُوـا اـل‬
‫ـْخ ْي َر َ َع‬
Maksudnya : kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di
Akhirat). (surah Al-Hajj :77)

{‫يـــفـُروـ ُهـ‬ ْ ‫}َوـ َما َ ْفيـــ َعلُوـا ِم ْن َخ ْي ٍر َ ل‬


َ ْ ‫فـــَن ُ ك‬
Maksudnya : dan apa sahaja kebajikan Yang mereka kerjakan, maka mereka tidak
sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). (Ali Imran :115).
Kebajikan
1. MENDORONG MANUSIA SALING MENOLONG ANTARA SATU
SAMA LAIN

Islam menggalakkan kita menolong antara satu sama lain terutama golongan miskin,
fakir, anak yatim mahupun orang yang berada di dalam kesusahan.-Kita dapat menolong
orang dengan bersedekah, menginfakkan harta atau membuat kebaikan
Kebajikan
Firman Allah SWT:

" Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal yang baik) untuk mendapat keampunan
daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan
bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya;
yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang
dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar."
Kebajikan
2. MENJAGA HAK ANTARA MAKHLUK LAIN DAN ALAM
SEKELILING

Islam sangat menitik beratkan kebajikan alam sekeliling termasuklah haiwan dan alam
sekitar. Muslim berwawasan yang menghayati intipatiAl-quran dan As-sunnah secara
menyeluruh tidak akanmenganiaya haiwan sesuka hati sertamerosakkan kehidupan alam
semula jadi.
Kebajikan
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A beliau berkata bahawa
Rasulullah S.A.W bersabda :

‫عل َى ك ّ ُِل َش ْى ٍء‬ َ ‫ِإ َّنـالل َّ َه كَتَ َبـا ِإل ْح َس‬


َ ‫ان‬

Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap


sesuatu.
Kebajikan
(Surah Al-Hadid, ayat 21)

Allah SWT juga berfirman dalam Surah Al Baqarah Ayat 195 :

‫ح ِس ِنيْ َن‬ ُّ ‫َواَن ْ ِفقُ ْوا ِف ْي َسبِيْ ِل الل ّ ٰ ِه َول َا تُلْقُ ْوا ِبا َيْ ِديْك ُْم اِل َى التّ َْهلُك َ ِة ۛ َوا َ ْح ِسن ُ ْوا ۛ اِ ّ َن الل ّ ٰ َه ي ُ ِح‬
ْ ‫ب ال ُْم‬

Maksudnya : “Dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu


jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan
berbuatbaiklah. Sungguh, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.”
Kebajikan
Kebajikan terhadap alam sekeliling ini termasuklah tidak melakuka
sebarang penyeksaan atau penindasan terhadap makhluk lain yang terdapat
di muka bumi ini. Perlakuan buruk seperti ini sangat dimurkai oleh Allah
SWT dan RasulNya.
Abdullah bin ‘Umar R.Anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W
bersabda :

‫يها الن َّ َار‬


َ ِْ
‫ف‬ ‫َت‬ ‫ل‬‫خ‬َ ‫د‬
َ ‫ف‬
َ ،‫ا‬‫وع‬ ‫ج‬ ‫ت‬َ
ً ُ ْ َ‫ت‬ ‫ا‬‫م‬ ‫ى‬َ ‫ت‬‫ح‬ ،‫ا‬‫ه‬ْ ‫ت‬ ‫س‬ ‫ب‬
ّ َ َ َ َ َ َّ‫ح‬ ‫ة‬
ٍ ‫ر‬ِ
‫ه‬ ‫ي‬ ِ
‫ف‬ ٌ ‫ة‬َ ‫ام َرأ‬ ِ
ْ َ ‫ع‬
‫ت‬ ‫ب‬ ‫ذ‬
ّ ِ ُ
Maksudnya: Seorang perempuan diazab disebabkan seekor kucing yang
dia kurung sehingga ia mati kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke
dalam neraka disebabkannya.
Kebajikan
3. MEMAHAMI HAKIKAT HIDUP

Kebenaran (hakikat) serta kebajikan berjalan seiring dan merupakan unsur-unsur yang.
dipandang tinggi. Falsafah pendita turut ada menyebut,

“Manusia hendaklah tahu sesuatu kebenaran dan berpegang dengan kebenaran itu.
Manusia juga hendakalah menyukai kebajikan (kebaikan) dan melaksanakannya.”
Kebajikan
Secara fitrahnya, manusia sering melakukan perkara yang mengikut
kehendak nafsu sahaja demi kepuasan diri serta mengharapkan balasan
setelah melakukan kebaikan. Begitu juga dalam melakukan amal kebajikan.

Namun, jika manusia mendalami apa yang ada disebalik tirai kehidupan yang
berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, maka mereka pasti akan menghayati
hakikat hidup dengan lebih baik. Dengan memahami hakikat hidup, segala amal
kebajikan dan amal-amal lain yang dilakukan akan diteruskan dengan nilai-nilai
kebaikan tanpa mengharapkan apa-apa bentuk balasan.
Kebajikan
Allah SWT berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 112,

َ ‫بَلٰى َمنۡ اَسۡل ََم َوج َۡه ٗه لِل ّ ٰ ِه َو ُه َو ُمح ِۡس ٌن َفل َٗهۤ اَج ُۡر ٗه ِعن َۡد َر ِبّ ٖه َول َا َخو ٌۡف‬
‫علَي ِۡهمۡ َول َا ُه ۡم يَحۡ َزنُو َۡن‬

[Tidak demikian] bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah,


sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak
ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak [pula] mereka bersedih hati. (2:112)
Dari Segi Pendidikan
PENDAHULUAN
Rasulullah SAW bersabda bahawa “menuntut ilmu itu adalah
kewajipan ke atas setiap orang Islam” (HR. Ibnu Majah no:
224)
-Al-Quran mengarahkan umat Islam untuk terus membaca dan
belajar tentang sesuatu perkara
Pendidikan
﴾٤﴿ ‫عل َّ َم ِبال ْ َقل َ ِم‬ ‫ي‬‫ذ‬ِ َ ‫ل‬ ‫ا‬ ﴾ ٣ ﴿ ‫م‬ ‫ْر‬ ‫ك‬َ ‫ْأ‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫ك‬ ‫ب‬ ‫ر‬‫و‬ ْ ‫أ‬‫ر‬‫ق‬ ‫ا‬ ﴾ ٢ ﴿‫َق‬ ‫ل‬‫ع‬ ‫ن‬ ِ
‫م‬ ‫ان‬ ‫نس‬ ‫إ‬ ْ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫َق‬ ‫ل‬‫خ‬ ﴾١ ﴿‫َق‬ ‫ل‬‫خ‬ ‫ي‬‫ذ‬ِ َ ‫ل‬ ‫ا‬‫ك‬ ‫ـ‬
‫ِب‬ ‫ر‬ ‫م‬ ‫اس‬ ْ
َ ّ ُ َ َ ُ ََّ َ ْ ٍ َ ْ َ َ ِ َ َ َ َ ّ َ ِّ
َّ ِ ْ ‫ا ْق َرأ‬
‫ب‬
ِ
٥﴿ ‫ان َما ل َْم يَ ْعل َْم‬َ ‫نس‬َ ‫إ‬
ِ ْ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫م‬ َ
َ ّ ‫عل‬َ ﴾

Maksudnya: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan


(sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan
Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - Ia
mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
Surah al-‘Alaq (1-5)
Pendidikan
-Galakan kepada orang islam untuk melengkapkan diri dengan ilmu.

ٍ ‫ين أُوتُوا ال ِْعل َْم َد َر َج‬


‫ات‬ َ ‫آمنُوا ِمنك ُْم َوال َّ ِذ‬ َ ‫ـه ال َّ ِذ‬
َ ‫ين‬ ُ َّ ‫يَ ْر َف ِع الل‬

Maksudnya: “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu
pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. [al-Mujadalah:11]

-Al-Quran juga menyuruh umat islam untuk menyelidik sesuatu berita dan tidak menerima secara membabi buta

َ ‫عل َى َما َف َعلْتُ ْم نَا ِد ِم‬


‫ين‬ َ ‫حوا‬ َ ‫اس ٌق ِبنَبَ ٍإ َفتَبَيَّنُوا أ َ ْن تُ ِصيبُوا َق ْوما ً ِب‬
ُ ‫ج َهال َةٍ َفتُ ْص ِب‬ ِ ‫اءك ُْم َف‬
َ ‫آمنُوا ِإ ْن َج‬ َ ‫يَا أَيُّ َها ال َّ ِذ‬
َ ‫ين‬

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah
(untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan
sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Surah al-Hujurat : 6)
Dari Segi Politik
PENDAHULUAN
Perkataan politik berasal daripada kata akar polis dari Bahasa
Greek, yang bererti negara, kota, dan kemajuan. Istilah politik
dipopularkan oleh Plato dalam bukunya Politea dan Aristotle
dalam bukunya Politicia. Politik merupakan istilah yang
digunakan untuk membincangkan konsep pengaturan masyarakat.
Dalam bahasa arab, politik juga dikenali sebagai siasah daripada
perkataan (‫اس ًة‬
َ ‫ـ‬
‫ي‬ ‫س‬‫س‬ِ ‫و‬
‫ـ‬‫س‬
‫يـــ‬ ‫اس‬
َ ُْ ُ َ َ َ‫ـ‬ ‫س‬ ) yang memberi maksud cara
mengurus tadbir dan memerintah, mengurus atau mengatur
perkara mengikut syariat Islam.
Politik
sabda Nabi SAW:
‫اء تَكْثُر‬ ‫ف‬ ‫ل‬ ‫خ‬ ‫ُون‬ ‫ك‬ ‫ت‬ ‫س‬ ‫و‬ ‫ي‬ ِ
‫د‬ ‫ع‬ ‫ب‬ ‫ي‬ ‫ب‬ ‫ن‬ ‫َا‬ ‫ل‬ ‫ه‬ ‫ن‬ ‫إ‬ ‫و‬ ‫ي‬ ‫ب‬ ‫ن‬ ‫ه‬ ‫ف‬ ‫ل‬ ‫خ‬ ‫ي‬ ‫ب‬ ‫ن‬ ‫َك‬ ‫ل‬ ‫ه‬ ‫ا‬ ‫م‬َ ُ‫ـ‬ َ َ ‫تبَنُو ِإ ْس َرا ِئ‬
ُ َ َ ُ ُ َ َ َ ْ َ َ ِ َ ُ َ ّ ِ َ , ُ ّ ِ َ ُ َ َ َ ٌ ّ ِ َ َ َ َ ُ َ ‫وس ُه ُم األ‬
ّ ‫ل‬
‫ك‬ ‫اء‬ ‫ي‬‫ب‬ِ ْ ‫ن‬ ُ ‫يلتَ ُس‬ ْ َ ‫ك َان‬
Maksudnya: “Adalah bagi Bani Israil, mereka diuruskan urusannya oleh para nabi (tasusuhumul
anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku,
namun akan ada ramai para khilafah.”
Riwayat Bukhari (3455) dan Muslim (1842)

“Bani Israil yang dipimpin oleh para nabi apabila wafatnya seorang nabi, akan diganti dengan nabi
yang lain, yang menguruskan urusan mereka, bagi segala maslahah untuk mereka”. (Imam
Nawawi , Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 12/231)
Politik
1. Menjadi rujukan utama bagi mentadbir sesebuah negara berdasarkan hukum yang terdapat dalam
alQuran dan hadis untuk menegakkan negara Islam yang adil

Hak asasi Ciri- ciri negara Islam


Pemerintahan berdasarkan Al quran dan hadis
Aplikasi konsep Amar maaruf nahi munkar
Negara aman dan sejahtera

Ketua negara adil dan beriman


Majlis Syura asas pemerintahan

Dasar politik Islam ada 4 perkara iaitu


Al Syura (Musyawarah bagi mencapai permuafakatan)
Al Adalah(keadilan)
Al Huriyyah(kebebasan)
Al Musawah(kesaksamaan
Politik
Politik bertujuan untuk memastikan negara aman dan melaksanakan hukum syariat Islam. Hal ini
kerana, hukuman Islam adalah adil dan saksama tanpa mengira darjat , pangkat dan kedudukan.

Sesebuah negara wajiblah melaksanakan hukuman jenayah Islam seperti Hudud , Qisas ,
Diyat , Ta’zir seperti yang terkandung dalam al quran untuk membentuk sebuah sistem
politik yang teratur.
Politik
Hukum Hudud
ٌ‫اۤءۢ ِب َما ك ََسبَا نَك َال ًا ِ ّم َن الل ّ ٰ ِه َۗوالل ّ ٰ ُه َع ِزيْ ٌز َح ِكيْم‬
ً ‫الس ِار َق ُة َفا ْق َط ُع ْوٓا اَيْ ِديَ ُه َما َج َز‬
َّ ‫الس ِار ُق َو‬
َّ ‫َو‬

Adapun orang laki-laki maupun perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) balasan atas
perbuatan yang mereka lakukan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana. (Al maidah
ayat 38)
Hukum qisas

‫ف َوا َ َداۤءٌ اِل َيْ ِه‬ ٌ ‫ى اَل ُْح ُّر ِبال ُْح ِ ّر َوال َْعبْ ُد ِبال َْعبْ ِد َوالْاُنْثٰى ِبالْاُنْثٰىۗ َف َم ْن ُع ِف َي ل َٗه ِم ْن ا َ ِخيْ ِه َش ْيءٌ َفا ِتّبَا‬
ِ ‫ع ۢ ِبال َْم ْع ُر ْو‬ ۗ ٰ ‫اصِفى ال ْ َقتْل‬ َ ‫ٓيٰاَيُّ َها ال ّ َ ِذيْ َنا ٰ َمن ُ ْوا ك ُ ِت‬
ُ ‫ب َعل َيْك ُُم ال ْ ِق َص‬
ٌ‫اباَلِيْم‬ٌ ‫اعتَ ٰدى بَ ْع َد ٰذلِ َك َفل َٗه َع َذ‬ ْ َ‫ان ۗ ٰذلِ َك ت‬
ْ ‫خ ِفيْ ٌف ِّ ّـِم ْن َّر ِبّك ُْم َو َر ْح َم ٌة ۗ َف َم ِن‬ ٍ ‫ِباِ ْح َس‬

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu (melaksanakan) qisas berkenaan dengan orang yang
dibunuh. Orang merdeka dengan orang merdeka, hamba sahaya dengan hamba sahaya, perempuan dengan perempuan.
Tetapi barangsiapa memperoleh maaf dari saudaranya, hendaklah dia mengikutinya dengan baik, dan membayar diat
(tebusan) kepadanya dengan baik (pula). Yang demikian itu adalah keringanan dan rahmat dari Tuhanmu. Barangsiapa
melampaui batas setelah itu, maka ia akan mendapat azab yang sangat pedih. (Al Baqarah ayat 178)
Kita wajiblah berdisiplin dengan hidup berteraskan Al quran dan Sunnah bagi menjadikan politik negara harmoni dan
rakyatnya berdisiplin.
Politik
2.Membuktikan bahawa memilih pemimpin yang adil dan amanah adalah wajib

‫ا َ يَ ِح ُّللِثَل َاثَ ٍة يَك ُْون ُ ْو َن ِب َفل َا ٍة ِم َن ال ْأ َ ْر ِ ِإ‬


‫ضلَّا أ َ َّم ُروا أ َ َح َد ُه ْم‬

Maksudnya: “Tidak harus bagi tiga orang yang berada di tengah-tengah bumi yang lapang (bermusafir), melainkan
mereka mesti melantik salah seorang mereka sebagai pemimpin.”
Riwayat Ahmad (2/177) dan Abu Daud (2608, 2609)
Imam al-Ghazali[4] berkata:

‫سو َما أ ُ َّسل َُه َف َم ْه ُدو ٌم َو َما ل َا َح ِار َسل َُه َف َضا ِئ ٌع‬
َ ٌ ‫ان َح ِار‬ ُّ ‫ين أ ُ ّ ٌس‬
ُ ‫والسل َْط‬ ِّ
ُ ‫الد‬

Maksudnya: “Agama itu adalah asasnya sedangkan pemerintah sebagai pengawalnya. Apa yang tidak ada asasnya,
nescaya boleh membawa keruntuhan dan apa yang tidak ada pengawalnya akan menjadi hilang.” (Rujuk al-Iqtisad fi
al-I’tiqad, hlm. 128)
Kita wajarlah melantik pemimpin atau ulul amri yang memenuhi syarat berdasarkan alquran dan sunnah
( Muslim, baligh , adil , berilmu )
Politik
3. Menjaga kebajikan rakyat secara menyeluruh tanpa mengira agama dan bangsa

Politik islam adalah lengkap dan bersifat syumul. Oleh itu orang bukan Islam juga akan dijaga kebajikannya.

Orang bukan Islam berhak mendapat perlindungan dalam sebuah negara Islam. Hak ini merangkumi perlindungan
daripada pencerobohan luar dan kezaliman dari dalam negara.
Golongan bukan Islam berhak menikmati keamanan dan kestabilan hidup. Hak ini adalah hak sama yang dikecapi oleh
orang Islam. Pemerintah Islam bertanggungjawab untuk melindungi walaupun setitik darah mereka.

Orang Islam di dalam negara Islam juga adalah dilarang sama sekali menyakiti bukan Islam atau mencerobohi diri,
keluarga harta atau agama mereka sama ada melalui tangan (kekuasaan) ataupun lidah.
Politik

‫ح ِ ّر ُم ْو َن َما َح َّر َم الل ّ ٰ ُه َو َر ُس ْول ُٗه َول َا يَ ِديْن ُ ْو َن ِدي ْ َن ال َْح ِ ّق‬
َ ُ‫َقا ِتل ُوا ال ّ َ ِذيْ َن ل َا ي ُ ْؤ ِمن ُ ْو َن ِبالل ّ ٰ ِه َول َا ِبال ْيَ ْو ِم الْا ٰ ِخ ِر َول َا ي‬
ࣖ ‫ع ْن يَّ ٍد َّو ُه ْم ٰص ِغ ُر ْو َن‬ َ ‫ب َحتّ ٰى ي ُ ْع ُطوا ال ِْج ْزي َ َة‬ َ ٰ ‫ت‬ ِ
‫ك‬ ْ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫وا‬ ُ ‫ت‬ ‫و‬
ْ ُ ‫ا‬ ‫ن‬
َ ْ ‫ي‬‫ذ‬ِ َ ّ ‫ِم َن ال‬

Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian, mereka yang tidak
mengharamkan apa yang telah diharamkan Allah dan Rasul-Nya dan mereka yang tidak beragama
dengan agama yang benar (agama Allah), (yaitu orang-orang) yang telah diberikan Kitab, hingga
mereka membayar jizyah (pajak) dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk.( At taubah ayat
29)
Seperti orang Islam membayar zakat ,orang bukan Islam juga perlu membayar jizyah sebagai cukai
perlindungan.

Anda mungkin juga menyukai