Anda di halaman 1dari 20

Bengkel kimia KERTAS

2
– SMK PUTERI AMPANG
CIKGU DIANA
Maklumat KiMIA SPM
• Kod kertas : 4541
• Kertas 1 – 50 Soalan = 50 Markah
• Kertas 2 – 10 Soalan
• 6 Struktur = 60 Markah
• 2 esei bahagian B, Jawab 1 sahaja
= 20 Markah
• 2 esei bahagian C, Jawab 1 sahaj
= 20 Markah
• Kertas 3 – 2 atau 3 soalan
• 1 – 2 soalan struktur
• 1 esei = 33 Markah
= 17 Markah
• Markah keseluruhan
= 200 Markah
Kertas 3
Bahagian Bentuk Soalan
Struktur • 1 atau 2 soalan
• Berdasarkan eksperimen yang telah dibuat
• [yang terkandung didalam buku PRAKTIKAL
ting. 4 dan 5)

Esei • 1 soalan SAHAJA


• Bentuk laporan eksperimen
• Jawab apa yang soalan tanya sahaja
Kertas 3
Bahagian Bentuk Soalan

• Merekod bacaan alat radas dan titik perpuluhan


• Menjadual data
• Membuat hipotesis
• Kenalpasti pembolehubah yang terlibat
• Membuat pemerhatian dan inferen
Struktur - kesimpulan berdasarkan pemerhatian
• Membuat definasi berdasarkan operasi/kaedah yang
dilakukan.
• Membuat pengiraan
• Melukis Graf
– MESTI melebihi separuh daripada kertas graf
• Dan lain-lain
Merekod bacaan alat radas

• Buret – 2 titik perpuluhan


• Voltmeter – 1 titik perpuluhan
• Pembaris – 1 titik perpuluhan
• Jam Randik – 1 titik perpuluhan
• Termometer – 1 titik perpuluhan
Analisis Soalan Tahun-Tahun Lepas

Penting sangatkah nak analisis kertas soalan tahun-tahun lepas? Bolehkah


analisis ini dapat membantu dalam peperiksaan?
Nak tahu jawabnya? PENTING! Melalui analisis perkara-perkara berikut
dapat diketahui:

1.Jenis-jenis soalan yang sering keluar atau disoal


2.Gaya penyoalan atau cara-cara penyoalan
3.Topik-topik yang sering di uji
4.Kata kunci atau istilah penting yang sering digunakan dalam soalan
supaya jawapan pelajar tidak terpesong.
5.Peruntukan markah bagi soalan-soalan yang diberi
6.Supaya dapat mengelakkan kesilapan-kesilapan yang lazim dilakukan oleh
calon-calon
MANFAAT BUAT SOALAN TAHUN-TAHUN LEPAS

Pelajar dapat memberi lebih tumpuan dan mengulang kaji


topik-topik yang sering diuji dan penting
1.Pelajar dapat memperlengkapkan diri dan menyediakan
minda apabila diuji dengan pelbagai bentuk soalan
2.Masa ulang kaji dapat dijimatkan dan menjadi lebih
efektif
3.Pelajar menjadi lebih peka dan berhati-hati dan dapat
mengelakkan kesilapan yang bakal dilakukan.
•Kertas 1 (Objektif)
Mulakan soalan mudah.Tinggal soalan yang tidak dapat dijawab untuk
sementara. Baca semula dan cuba jawab soalan yang ditinggalkan.
•Cadangan penggunaan masa. 1 ½ minit untuk setiap soalan. 50 soalan –75
minit termasuk semakan.
•Terus tandakan jawapan dalam kertas OMR.

•Kertas 2 (Struktur)
Soalan bermula dengan maklumat tertentu. Fahamkan dan gunakan semasa
menjawab.
•Jawapan ringkas dan tepat.Bagi soalan penghitungan,tunjukkan langkah
penghitungan.
•Cadangan penggunaan masa - 1 ½ jam (90 minit ) untuk 6 soalan termasuk
masa semakan.
•Kertas 2 (Esei)

Baca semua soalan dengan teliti.


•Pilih 1 soalan daripada bahagian B dan 1 soalan daripada bahagian C yang
dirasakan memberi isi yang tepat dan terbanyak.
•Rancangkan jawapan secara sistematik mengikut maklumat yang
dikehendaki soalan.
•Setiap soalan / bahagian soalan terdapat jumlah peruntukan markah. Ini
boleh digunakan sebagai panduan panjang jawapan. [1 markah – 1 poin]
•Berikan fakta-fakta utama. Dimana yang sesuai,huraikan jawapan dengan
bantuan gambar rajah berlabel, graf, jadual atau persamaan kimia.
•Cadangan penggunaan masa – 1 jam (60 minit) iaitu 30 minit setiap soalan
termasuk masa semakan.
Kertas 3
Soalan melibatkan eksperimen yang dijalankan di makmal. Oleh itu pelajar mesti
menghadiri pelajaran amali dan berlatih menulis laporan amali yang sempurna.
Dengan ini membantu untuk menjawab dengan baik.

Buat latihan melukis graf. Penggunaan masa - 1 jam 30 minit bagi ketiga-tiga soalan.
Untuk soalan 3 pelajar hendaklah menulis tajuk sub topik mengikut urutan seperti
dalam soalan.

LINK
Kesilapan Biasa Calon
Soalan Struktur
•Menyalin semula soalan
•Tidak memahami tugasan soalan / kehendak soalan
•Jawapan terlalu panjang / memanjangkan jawapan
•Memberi lebih daripada satu jawapan
•Memberi unit yang salah
•Masalah ejaan pada istilah
Soalan Esei
• Jawapan terlalu umum – tiada isi
•Tidak faham kehendak soalan
•Isi yang diberi tidak sama dengan markah yang diperuntukkan.
•Tidak menyertakan gambar rajah sebagai pelengkap
•Tulisan sukar dibaca
•Bahasa – penyampaian tidak memuaskan & fakta tidak tersusun
Lain-lain (terdapat dalam struktur dan esei)

Persamaan tidak seimbang


Tidak dapat membezakan antara persamaan ion, persamaan setengah tindak
balas atau persamaan kimia
Tidak dapat menyatakan warna bahan dengan tepat
Tidak menyebut warna asal bagi sesuatu perubahan
Kesilapan gambar rajah
Kesilapan dalam penghitungan iaitu tidak menunjukkan jalan kerja
Tidak menghuraikan kaedah bagaimana ujian ke atas sesuatu bahan
dijalankan
Tertinggal perlakuan-perlakuan penting dalam huraian eksperimen seperti
gaulkan, campurkan, gaulkan campuran dengan rata, panaskan dengan kuat
•Bagi huraian eksperimen yang berkaitan dengan kuantiti, terdapat calon
yang tidak memberikan kuantiti yang sesuai malah ada yang tidak menyebut
langsung
•Keliru dengan pemerhatian. Contoh: Gas hidrogen dibebaskan. Sepatutnya
pembuakan/ gelembung gas
•Melukis graf : paksi-paksi tidak dilabel dan tiada unit
•Menganggap Siri Kereaktifan sama Siri Elektrokimia
•Tidak menyebut keadaan bahan yang digunakan atau hasil yang terbentuk
•Soalan yang memerlukan perbezaan antara dua bahan, ada calon yang
menumpukan kepada satu bahan sahaja. Misalnya soalan tentang perbezaan
sebatian ionik dan sebatian kovalen. Calon hanya memberikan sifat sebatian
ionik sahaja
(LINK ISTILAH)
•Konsep mol - Perlu dikuasai dengan baik. Perlukan pelbagai latihan dalam
semua tajuk yang berkaitan dengan konsep mol. Antara tajuk yang
melibatkan konsep mol:
Formula dan persamaan kimia
•Asid, bes dan garam   
•Termokimia
•Kadar tindakbalas
•Penguasaan

(a) Bahasa/ istilah


Gunakan istilah yang tepat, tidak kabur atau secara umum sahaja
•Perlu latihan menggunakan bahasa yang tepat dalam menghuraikan eksperimen, memberi maksud
atau menerangkan sesutu konsep.
•(b) Formula bahan kimia
Perlu untuk membina persamaan kimia.
•Jenis-jenis persamaan harus diketahui dan dapat dibezakan. Misalnya persamaan ion, setengah
persamaan.
•Persamaan penting kerana digunakan untuk menghitung kuantiti bahan atau hasil tindak balas.
•(c) Huraian eksperimen
Jawapan mestilah lengkap dan terperinci tidak hanya melukis gambar rajah susunan radas tanpa
huraian.
•Tulis senarai bahan kimia dan alat radas.
•Beri penekanan kepada cara membuat pemerhatian dan kemahiran proses.
•Amalkan pembelajaran menyeluruh dan seimbang - iaitu dengan memberi tumpuan yang sama
kepada semua bahagian dalam sukatan pelajaran kimia.
Lebihkan latihan bagi topik sebatian karbon dan hubungkaitkan
alkana , alkena , alkohol, asid karboksilik dan ester.

Jangan terus melupakan tajuk-tajuk / bahagian yang banyak


menghafal dan mengingat. Perkara yang perlu dihafal ialah:     

Jadual Berkala bagi unsur kumpulan 1,17 dan 18 serta kala 3.


•Jadual cas ion
•Siri elektrokimia /siri kereaktifan
•Formula am siri homolog dan nama bagi 10 ahli pertama dalam setiap
siri homolog.
•Keterlarutan garam
•Ujian kualitatif anion dan kation
•Carta aliran penukaran etanol.
Calon perlu buat enam perkara ini jika mahu skor A+ Kimia SPM'
1) Kuasai perkaitan antara topik-topik dalam subjek
•Calon perlu memahami perkaitan antara semua topik yang telah dipelajari dalam subjek Kimia
dan menguasai isi kandungan subjek.
2) Buat analisa soalan SPM tahun-tahun lepas
•Membuat analisa soalan SPM tahun-tahun lepas adalah sangat penting untuk
mengetahui topik-topik yang kerap ditanya dalam SPM dan gaya penyoalan
yang dikeluarkan.
•Fokuskan pada stimulus yang berbeza yang dikeluarkan untuk topik yang
sama. Calon boleh memfokuskan cara menjawab bagi soalan yang mempunyai
stimulus yang pelbagai.
•Calon dapat memfokuskan jawapan berdasarkan peruntukan markah yang
diberikan menggunakan standard pemarkahan SPM sebenar.
3) Latih tubi Kertas 1
•Kumpulkan seberapa banyak set soalan Kertas 1 dari percubaan negeri-
negeri tahun semasa atau set soalan SPM tahun-tahun lepas.
•Jawab soalan Kertas 1 dengan memperuntukkan masa standard SPM iaitu 1
¼ jam untuk satu set. Kemudian semak jawapan dan kenal pasti kesalahan
dan buat pembetulan.
•Ulang untuk set yang berikutnya dan setkan peningkatan yang ditunjukkan
bagi setiap set kertas.
•Target untuk mendapat sekurang-kurangnya 40/50 bagi Kertas 1.
4) Latih tubi Kertas 2 soalan struktur (Bahagian A)
•Buat latih tubi soalan struktur dan fokuskan pada soalan aras aplikasi dan
analisis iaitu soalan 5 dan 6.
•Target untuk mendapat sekurang-kurangnya 45/60 bagi bahagian A Kertas 2.

5) Latih tubi Kertas 2 soalan esei (Bahagian B dan C)


•Tahu perbezaan soalan respon tertutup (Bahagian B) dengan soalan respon
terbuka (Bahagian C).
•Buat pemilihan soalan yang bijak (pilih salah satu dari dua soalan di Bahagian
B dan salah satu dari dua soalan dari Bahagian C).
•Kuasai teknik menjawab soalan mengeskperimen (Bahagian C) yang bernilai
10 markah.

6) Kuasai teknik menjawab Kertas 3


Fokuskan untuk mendapatkan skor 3 bagi setiap konstruk kemahiran proses sains yang
diuji.
Target untuk mendapat sekurang-kurangnya 40/50 bagi kertas 3.

Anda mungkin juga menyukai