Anda di halaman 1dari 16

CA10103: SEJARAH

KESUSASTERAAN
MELAYU

3 CERITA RAKYAT

REFFLY BIN SUMAN


(BC21160168)
ASAL USUL KG.
BARANGKASON
PLOT
Permulaan:
• Terjadi banjir besar di kampung yang belum mempunyai nama akibat
limpahan air dari laut. Setelah beberapa minggu banjir tersebut pun reda dan
terdapat banyak hidupan laut yang tertinggal di sebuah sungai yang terdapat
di kampung tersebut.
• Pada suatu hari seorang remaja pergi ke sungai untuk mandi. Sesampainya dia
di sungai dia terkejut kerana mendapati terdapat banyak belangkas di sungai
tersebut akibat banjir besar yang berlaku beberapa minggu lepas. Remaja itu
kemudian memanggil ketua kampung untuk melihat perkara tersebut di
sungai.

3
 Koflik:
• Ketua kampung pun membawa seekor belangkas ke rumahnya untuk berbincang dengan
orang-orang lama berkenaan nama kampung. Setelah berbincang dan mendapat keputusan
Ketua kampung kemudian pergi ke hutan untuk mencari sepohon pokok lagenda iaitu Pokok
Son.
• Setelah beberapa hari mencari pokok tersebut ketua kampung pun pulang dengan
membawa pokok tersebut yang bersaiz lebih kecil dari yang disangka mereka. Semua orang
kampung berkumpul sekali lagi untuk berbincang tentang nama yang harus diletakkan.

Peleraian:
• Setelah beberapa hari berbincang dengan semua penduduk kampung dan mendapat kata
putus untuk menjadikan atau menamakan kampung tersebut dengan nama “Barangkason”
iaitu gabungan antara “Belangkas” atau bahasa tempatannya “Barangkas” dan “Pokok Son”
dan nama itu pun dipakai sehingga sekarang. 4
Pengajaran: kita haruslah berbincang dengan semua orang agar mendapat kata
sepakat untuk mengelakkan perbalahan.
Nilai: Berfikiran terbuka.

12/14/2021 PRESENTATION TITLE 5


SANG MERAK
YANG
SOMBONG
PLOT
Permulaan:

• Cerita ini mengisahkan tentang sekumpulan sahabat haiwan iaitu Sang


Merak,Monyet, Sang Gagak dan juga Kura-kura di sebuah hutan di Kampung
Nobuh. Cerita ini bermula apabila mereka merancang untuk pergi bermain di
hutan yang baru mereka jumpa. Selang beberapa hari mereka semua pun pergi ke
hutan baru tersebut.

Perkembangan:

• Setelah sampai di destinasi mereka,Sang Monyet dan Kura-kura pun mula


bermain dan mengajak Sang Merak bermain Bersama namun Sang Merak
menolak pelawaan mereka berdua kerana menganggap mereka tidak layak
bermain dengannya. 7
• Sang Merak yang menolak pelawaan mereka pun tidur di atas pokok dan
meninggalkan Sang Gagak sendirian. Sang Gagak yang bersendirian pun terbang
ke tempat lain untuk mencari makanan.

Konflik:

• Tiba-tiba Sang Monyet dan Kura-kura terdengar suara satu das tembakan yang
datang dari dalam hutan. Sang Gagak juga terdengar bunyi tersebut. Mereka
berdua serta Sang Gagak pun pergi ke arah bunyi tembakan tersebut untuk
melihat perkara yang berlaku. Mereka semua terkejut kerana melihat Sang
Merak telah ditangkap oleh pemburu.
• Mereka bertiga kemudian membuat satu rancangan untuk menyelamatkan Sang
Merak dari pemburu tersebut.
8
Klimaks:

• Rancangan tersebut pun berjaya dan Sang Merak berjaya diselamatkan dari
cengkaman pemburu tersebut. Mereka semua pun bergegas untuk membawa
Sang Merak lari dari tempat tersebut.

Peleraian:

• Setelah Sang Merak diselamatkan, Sang Merak sedar bahawa kesombongan


mampu membawa kepada bencana atau masalah. Sang Merak pun meminta maaf
kepada Sang Monyet, Kura-kura dan Sang Gagak.

9
Pengajaran: Kita haruslah sentiasa bersikap baik dengan semua orang.

Nilai: Semangat setia kawan.

10
SI PEMUDA DAN
TUMBUHAN
LEMBIDING.
PLOT

Permulaan:
• Cerita ini bermula pada saat seorang pemuda dari kampung Nosou datang ke
Kampung Nobuh untuk mencari satu tumbuhan yang bernama Lembiding.
Tumbuhan ini dicari oleh kebanyakkan orang oleh kerana fungsinya yang
pelbagai salah satunya ialah menguatkkan rumah atau membuat sesebuah rumah
itu menjadi kukuh dan tidak mudah roboh. Tumbuhan ini juga mempunyai
banyak pantang larang salah satunya ialah tumbuhan ini hanya boleh dimakan
apabila si tukang rumah sudah selesai membina rumah.

12
Perkembangan:
• Pemuda yang datang dari kampung seberang itu pun mula mencari tumbuhan
tersebut oleh kerana tumbuhan tersebut susah untuk dijumpai oleh orang biasa
kecuali orang yang banyak pengalaman seperti orang-orang lama di Kampung
Nobuh.

Konflik:
• Setelah pemuda itu menjumpai tumbuhan yang dicarinya dia pun tanpa berfikir
panjang memakan tumbuhan tersebut. Setelah beberapa Ketika pemuda tersebut
pengsan dan tubuhnya menjadi pucat. Hal ini kerana pemuda ini tidak
mengetahui tentang pantang larang sebelum memakan tumbuhan Lembiding
tersebut.

13
Klimaks:
• Pemuda yang memakan tumbuhan tersebut dijumpai oleh sekumpulan orang
yang secara kebetulan mencari tumbuhan Lembiding di kawasan pemuda itu
pengsan. Mereka kemudian membawa pemuda itu pergi ke tempat orang-orang
lama untuk mengubati pemuda itu. Setelah beberapa hari pemuda itu pun sedar
dan sihat.

Peleraian:
• Pemuda yang telah sihat itu pun pulang membawa tumbuhan Lembiding dan
telah mengingati pantang larang tumbuhan tersebut.

14
Pengajaran: Kita hendaklah senantiasa bertanya agar kita tidak ditimpa masalah
atau bencana.

Nilai: Tolong-menolong

15
SEKIAN DAN
TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai