Anda di halaman 1dari 10

BAB: 13

PERGERAKAN
METEOROID,ASTEROID& KOMET
Dibentangkan oleh:
Kumpulan 7
Nama ahli kumpulan:
-Nur Irdani binti Iswani
-Nurin Afiqah binti Abu Bakar
-Teoh Sze Ling
-Chong ZI Rou
1. Pendahuluan

Asteroid dan komet bergerak melalui orbitnya


sendiri mengelilingi Matahari. Meteoroid pula
bergerak secara bebas di angkasa serta dipengaruhi
oleh daya tarikan graviti planet , bulan dan objek lain
di sekelilingnya. Hal ini demikian, kerana saiz dan
jisim meteoroid yang lebih kecil menyebabkannya
lebih mudah dipengaruhi oleh daya tarikan graviti
yang kecil. Bagaimanakah pengerakkan meteoroid,
asteroid dan komet?
2. Pergerakan meteoroid

- Meteoroid adalah serpihan batu dan logam kecil yang terapung di ruang angkasa serta
bergerak secara bebas di ruang angkasa. Kebanyakan meteoroid hanya sebesar batu kerikil.
Meteoroid yang bersaiz besar dipercayai berasal daripada lingkaran Asteroid. Manakala,
meteoroid yang bersaiz kecil mungkin berasal dari Bulan atau Planet Marikh.

- Apabila meteoroid memasuki atmosfera Bumi, meteoroid disebut sebagai meteor.


Geseran molekul antara udara dengan meteor menghasilkan haba sehingga terbakar dan
tehasil coretan cahaya. Pancaran meteor (atau dikenali sebagai hujan meteor) pula berlaku
apabila meteoroid memasuki atmosfera Bumi pada kelajuan yang sangat tinggi dalam
lintasan parallel. Kebanyakan meteor yang jatuh bersaiz tidak melebihi butiran pasir, maka
hampir kesemua meteor tersebut hancur dan tidak dapat menghempap permukaan bumi.

- Kebiasaanya, meteor akan habis terbakar sebelum sampai ke Bumi akan tetapi, ada juga
meteor yang dapat sampai ke Bumi. Meteor ini disebut sebagai meteorit. Kawah akan
terhasil akibat dari hentaman meteorit tersebut. Antara meteorit yang terbesar yang pernah
mengahentam bumi adalah Meteorit Hoba , terletak di sebuah ladang di utara tengah
Namibia, Afrika Selatan.
Meteorit Hoba, Namibia
Berat meteorit ini adalah 54,431 kilogram dan berukuran 2.95 x
2.84 x 1.22 m. Meteorit ini dianggarkan berumur 200 hingga 400
juta tahun.
2. Pergerakan Asteroid

- Asteroid ialah objek kecil yang terdiri daripada mineral dan batuan yang
mengelilingi Matahari. Ia mempunyai saiz yang lebih kecil jika dibandingkan
dengan planet-planet yang ada di dalam sistem suria kita. Oleh sebab itu, asteroid
tergolong dalam kumpulan planet kecil (minor planet) atau dikenali sebagai
planetoid.

- Asteroid bergerak dengan kelajuan purata, 25km/s. Kebanyakan asteroid


berada di dalam lingkaran asteroid dalam orbit bujur di antara Marikh dan
Musytari. Akan tetapi, terdapat juga orbit asteroid yang berada di luar lingkaran
asteroid seperti Apollo, Amor dan Aten.

- Orbit-orbit yang berada di luar lingkaran asteroid ini boleh berhampiran atau
bersilang dengan orbit Bumi. Pelanggaran boleh berlaku antara asteeroid dengan
Bumi pada titik persilangan atau lintasan berhampiran orbit Bumi dan orbit
asteroid. Perlanggaran dengan asteroid yang bersaiz besar boleh menyebabkan
kemusnahan kehidupan di Bumi.
Asteroid dikatakan menjadi salah satu faktor kepupusan dinosaur.

Pada tahun 1980, seorang saintis bernama Luis Avarez


telah menghasilkan teori ‘Alvarez Asteroid Impact Theory’
di mana beliau berpendapat bahawa hentaman asteroid
dengan diameter sehingga 10 km adalah salah satu faktor
besar dalam menyumbang ke arah kepupusan dinosaur.
3. Pergerakan komet
- Komet merujuk kepada gumpalan batu, ais dan tanah yang bergerak
mengelilingi Matahari di angkasa. Komet bergerak pada julat kelajuan antara 10
hingga 70km/s. Kebanyakan komet berasal dari Lingkaran Kuiper dan awan Ourt.

- Komet memiliki orbit atau lintasan yang berbentuk elips, lebih lonjong dan
panjang berbanding dengan orbit planet-planet yang lain. Namun disebabkan oleh
tarikan graviti luar yang kuat, komet mudah terkeluar dari orbitnya. Komet yang
terkeluar dari orbitnya berisiko untuk berlanggar dengan bumi dalam kelajuan yang
tinggi. Jika komet menghampiri Matahari, kelajuan komet semakin laju, mencair
dan kelihatan seperti ekor panjang. Ekor komet sentiasa dalam keadaan menjauhi
Matahari disebabkan oleh tiupan angin suria dari Matahari.

- Ekor komet membalikkan cahaya matahari dan boleh dilihat dari bumi jika
komet itu cukup dekat. Ekor komet berbeza-beza bentuk dan saiznya. Lebih dekat
komet tersebut dengan matahari, lebih panjanglah ekornya. Ada juga komet yang
tidak berekor.
Komet Halley
Komet Halley atau nama rasminya ditetapkan 1P/Halley
adalah komet jangka pendek yang dapat dilihat dari bumi
setiap 74-79 tahun. Komet Halley adalah satu-satunya
komet jangka pendek yang dapat dilihat dengan mata kasar
dari Bumi dan satu-satunya komet sedemikian yang dapat
muncul dua kali dalam seumur hidup manusia.
TAMAT!!
- Rujukan -
Buku rujukan:
• Jariah binti Khalib, Maznah binti Omar, Badariah binti Hamzah dan Shamsulikram bin Abdul
Hamid, 2017, Buku Teks Sains tingkatan 2, Shah Alam, Selangor, Karangkraf Network Sdn.
Bhd.

- (m/s 272- 274)


Internet:
• https
://starchild.gsfc.nasa.gov/docs/StarChild/solar_system_level1/meteoroids.html#:~:text=A%
20meteoroid%20is%20a%20piece,from%20the%20Moon%20or%20Mars
.
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Pancuran_meteor
• https://www.namibia-accommodation.com/listing/hoba-meteorite
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Asteroid
• https://rootofscience.com/blog/2017/sains-fizikal/geologi/bukti-sains-yang-menunjukkan-p
unca-utama-kepupusan-dinosaur-pada-65-juta-tahun-dahulu
/
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Komet_Halley
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Komet

Anda mungkin juga menyukai