Anda di halaman 1dari 15

UNIT 6 KECERGASAN

FIZIKALBERDASARKAN
KESIHATAN
PJPK TINGKATAN 5 KSSM PJ
OLEH CIKGU NORAZILA KHALID
SMK ULU TIRAM, JOHOR
DAYA TAHAN DAN KEKUATAN
OTOT
DAYA TAHAN DAN
KEKUATAN OTOT
• Keupayaan daya tahan otot seseorang penting bagi
menjalankan aktiviti harian dengan efisien.
• Hal ini demikian kerana keupayaan otot dapat
mengurangkan atau mengelakkan risiko
kecederaan daripada berlaku semasa melakukan
aktiviti fizikal dalam satu jangka masa yang lama
dan berterusan.
• Pada masa yang sama dapat meningkatkan
keupayaan sistem kardiovaskular.
DAYA TAHAN DAN
KEKUATAN OTOT
• Kekuatan otot pula penting untuk
membentuk postur tubuh yang baik serta
meningkatkan lean muscles.
• Selain itu, kekuatan otot juga dapat
mengurangkan lemak dan boleh
membantu masa reaksi dengan lebih baik,
seterusnya meningkatkan kecergasan
fizikal serta kesihatan seseorang.
LATIHAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN
OTOT
• Daya tahan otot ialah keupayaan otot
untuk melakukan aktiviti (kerja) secara
berulang kali dalam satu jangka masa
yang lama dengan penghasilan hasil kerja
yang baik (Bompa & Buzzichelli, 2019).
• Contohnya, seseorang murid mampu
melakukan senaman tekan tubi dalam
masa satu minit secara berterusan dengan
pergerakan yang konsisten dan sempurna.
LATIHAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN
OTOT
• Manakala kekuatan otot merupakan kemampuan
otot melakukan aktiviti (kerja) untuk mengatasi
rintangan atau beban dengan menggunakan daya
maksimum (Bompa & Buzzichelli, 2019).
• Contohnya, seorang murid boleh melakukan
senaman mendagu (chinning) sebanyak 15 kali
dalam masa 20 saat.
• Berbanding dengan daya tahan otot, aktiviti yang
disempurnakan untuk kekuatan otot melibatkan
jangka masa yang lebih pendek dengan rintangan
bebanan yang lebih tinggi (50-70% dari 1RM)
LATIHAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN
OTOT • Semasa melakukan latihan, murid perlu
bernafas dengan normal dan mengikut rentak
lakuan aktiviti, seperti menarik nafas semasa
fasa lakuan dan menghembus nafas semasa
fasa rehat dalam setiap jenis aktiviti latihan
tersebut (Summit Medical Management,
2019).
• Ini membantu jantung bekerja dengan efisien
dan memberikan kesan baik dalam
meningkatkan tahap kecergasan dan
kesihatan murid yang berusaha untuk
mengawal berat badan mereka serta
memperbaiki penampilan.
CARA
PELAKSANAAN
• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
• Setiap murid akan mengambil tugasan
latihan kecergasan di dalam kotak yang
disediakan.
• Setiap murid akan melakukan latihan
kecergasan berdasarkan latihan yang
ditulis pada kertas yang telah dipilih.
• Guru akan memastikan murid melakukan
aktiviti latihan kecergasan dengan betul.
AKTIVITI SENAMAN KEKUATAN OTOT
AKTIVITI SENAMAN KEKUATAN OTOT
AKTIVITI SENAMAN KEKUATAN OTOT
AKTIVITI SENAMAN DAYA TAHAN OTOT
AKTIVITI SENAMAN DAYA TAHAN OTOT
AKTIVITI SENAMAN DAYA TAHAN OTOT
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai