Anda di halaman 1dari 10

TRIANGULASI

Konsep dan Jenis

TRIANGULASI
Merupakan prosedur kesahan di mana penyelidik menggunakan pelbagai sumber maklumat yang berbeza untuk membentuk tema atau kategori dalam sesuatu kajian.

TRIANGULASI
Proses ini menggunakan lensa penyelidik yang secara sistematik menganalisis dan mengatur data untuk mencari tema dan kategori yang sama dengan menghapuskan tindan tindih antara maklumat/data.

TRIANGULASI
Amalan yang biasa digunakan adalah dengan membentuk bukti yang sama melalui maklumat yang dikumpul melalui pelbagai metod seperti pemerhatian, temubual dan analisis dokumen untuk mengesan tema minor dan major. Dalam konteks ini, laporan atau naratif adalah sah sebab penyelidik melalui proses ini dan menggunakan pelbagai bentuk data.

TRIANGULASI
TRIANGULASI TRIANGULASI TRIANGULASI TRIANGULASI TRIANGULASI DATA PENYELIDIK TEORI METOD PERSEKITARAN

TRIANGULASI DATA
Melibatkan penggunaan pelbagai sumber data/maklumat yang berbeza.

TRIANGULASI PENYELIDIK
Melibatkan penggunaan beberapa penyelidik yang berbeza dalam kajian. Penyelidik yang berbeza ini menggunakan metod kualitatif yang sama (seperti temubual, pemerhatian, kajian kes, atau kumpulan fokus). Dapatan daripada setiap penyelidik akan dibandingkan. Sekiranya dapatan daripada setiap penyelidik menghasilkan kesimpulan yang sama, ini menunjukkan yang kesahan adalah wujud. Sekiranya kesimpulan sangat berbeza, maka kajian selanjutnya perlu dijalankan untuk mendapatkan dapatan yang benar dan pasti.

TRIANGULASI TEORI
Melibatkan pengunaan pelbagai perspektif professional untuk menginterpretasi satu set data atau maklumat. Menggunakan professional di luar bidang kajian. Membawa bersama pakar daripada disiplin yang berbeza. Sekiranya individu daripada disiplin yang berbeza itu menginterpretasi maklumat dan mendapat kesimpulan yang sama, ini bermakna kesahan dapat diwujudkan.

TRIANGULASI METOD
Melibatkan penggunaan pelbagai metod kualitatif dan kuantitatif dalam satu-satu kajian. Sekiranya kesimpulan bagi setiap metod yang digunakan adalah sama, maka kesahan dapat diwujudkan.

TRIANGULASI PERSEKITARAN
Melibatkan penggunaan lokasi, latar dan lain-lain faktor utama berkaitan persekitaran yang berbeza seperti masa di siang hari, hari dalam minggu atau musim dalam tahun. Yang utama adalah mengenalpasti faktor persekitaran yang mana, sekiranya ada, yang mempengaruhi maklumat yang dikumpul semasa kajian. Sekiranya dapatan kajian adalah sama dalam keadaan persekitaran yang pelbagai, maka kesahan telah dapat diwujudkan. Walaubagaimana pun, triangulasi ini tidak digunakan dalam semua kes. Ia hanya digunakan sekiranya ada kemungkinan dapatan dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran.

Anda mungkin juga menyukai