Anda di halaman 1dari 14

1.

SOSIOLOGI SUKAN

1.2 SUKAN DAN SOSIALISASI


OBJEKTIF

Para pelajar dapat;

a) Mentakrifkan sosialisasi ke dalam sukan dan


sosialisasi menerusi sukan;
b) Membezakan antara sosialisasi ke dalam sukan
dengan sosialisasi menerusi sukan dengan
memberikan contoh yang sesuai bagi setiap satu.
PENGENALAN
◦ Sosialisasi ialah proses manusia mempelajari mengenai budaya serta
proses menjadi ahli dalam masyarakat.
◦ Sosialisasi bertujuan mengembangkan kemampuan individu untuk
berkomunikasi dan memainkan peranan sosial dalam masyarakat.
◦ Proses sosialisasi boleh bermula dari keluarga, rakan sebaya, sekolah,
komuniti kerja dan seterusnya masyarakat setempat.
◦ Penglibatan dalam sukan memberi peluang untuk individu bersosialisasi
dan berinteraksi dengan orang lain.
◦ Proses sosialisasi sukan berlaku menerusi dua cara iaitu;

1. SOSIALISASI KE DALAM SUKAN


2. SOSIALISASI MENERUSI SUKAN
SOSIALISASI KE DALAM SUKAN
◦ Proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku apabila individu
memilih untuk melibatkan diri dalam sukan kerana pengaruh
dan dorongan yang diterima daripada agen sosialisasi.
◦ Antara agen sosialisasi yang mempengaruhi individu untuk
melibatkan diri dalam bidang sukan ialah keluarga, rakan-
rakan, guru, sekolah, komuniti dan media massa.
◦ Pengaruh agen sosialisasi ini membentuk sikap, nilai dan
perlakuan dalam sukan yang diceburi.
◦ Kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga aktif bersukan
cenderung untuk melibatkan diri dalam bidang sukan.
Pemain adik-beradik, Serena dan
Venus Williams merupakan pemain
tenis terkemuka dunia.

Keluarga Datuk Sidek Abdullah


yang telah melahirkan jaguh
badminton negara iaitu Datuk
Misbun, Jalani, Razif dan Rashid
AGEN – AGEN SOSIALISASI KE DALAM SUKAN

Keluarga
◦ Agen terpenting yang mempengaruhi proses sosialisasi individu kedalam
sukan.
◦ Ada anak-anak yang mengikut jejak langkah ibu bapa bersukan.
◦ Ibu bapa menyediakan keperluan kewangan, peralatan, sokongan moral
terhadap penyertaan anak-anak ke dalam sukan.
◦ Adik beradik juga merupakan agen sosialisasi yang turut berperanan
penting pada peringkat awal penglibatan kanak- kanak ke dalam sukan.
◦ Kekerapan menonton rancangan sukan, harapan keluarga terhadap
pencapaian anak dalam bidang sukan dan amalan sukan dalam kehidupan
seharian turut mendorong proses sosialisasi ke dalam sukan
AGEN – AGEN SOSIALISASI KE DALAM SUKAN

Rakan Sebaya

◦ Agen penting yang turut mempengaruhi proses sosialisasi seseorang


individu ke dalam sukan.
◦ Kepentingan bersama di kalangan remaja turut mempengaruhi proses
sosialisasi ke dalam sukan.
◦ Pengaruh rakan sebaya dalam sukan yang diceburi membentuk gaya hidup
remaja.
◦ Kanak-kanak dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya yang merupakan jiran
tetangga berdekatan mereka.
◦ Golongan remaja dipengaruhi oleh rakan sebaya yang berkongsi minat yang
sama.
AGEN – AGEN SOSIALISASI KE DALAM SUKAN

Sekolah

◦ Proses sosialisasi ke dalam sukan melalui kelas PJK.


◦ Program-program yang dirancang oleh pihak sekolah memberi peluang,
pendedahan dan pengalaman kepada pelajar melibatkan diri dalam
sukan.
◦ Sekolah, keluarga dan rakan sebaya paling berpengaruh terhadap proses
sosialisasi individu ke dalam sukan.
AGEN – AGEN SOSIALISASI KE DALAM SUKAN

Komuniti

◦ Peluang yang diwujudkan dalam satu komuniti memberi kesempatan kepada


golongan remaja untuk melibatkan diri ke dalam sukan.
◦ Contoh seperti sukan baseball yang merupakan sukan tertua di Amerika dan
mempunyai program tersendiri bagi menarik penglibatan remaja ke dalam
sukan tersebut.
AGEN – AGEN SOSIALISASI KE DALAM SUKAN

Media Massa

◦ Alat komunikasi dan sumber saluran maklumat yang utama berperanan penting
dalam perkembangan sukan.
◦ Memainkan peranan penting sebagai agen sosialisasi ke dalam sukan.
◦ Berita mengenai sukan didedah dan dipaparkan melalui saluran televisyen, radio,
akhbar, majalah internet dan lain-lain.
◦ Sumber maklumat kepada orang ramai dan remaja untuk mendapatkan maklumat
tentang pelbagai jenis sukan dan idola idola dalam sukan tertentu (role model).
SOSIALISASI MENERUSI SUKAN
◦ Proses sosialisasi menerusi sukan merujuk kepada elemen positif
dalam sukan seperti sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin
serta menghormati individu lain .
◦ Ia berfungsi membantu proses pembentukan perwatakan, nilai
dan perlakuan individu.
◦ Penglibatan dalam sukan memberi kesan yang menyeluruh
kepada perkembangan individu dalam aspek jasmani, emosi,
rohani, sosial dan intelek.
◦ Hasil nilai dan pengalaman yang diperoleh daripada
penglibatan sukan menjadikan individu lebih berdisiplin, berani
menghadapi cabaran, mudah bergaul, dan menjadi warganegara
yang bertanggungjawab.
PERBEZAAN ANTARA SOSIALISASI KE DALAM
SUKAN DAN SOSIALISASI MENERUSI SUKAN

SOSIALISASI KE DALAM SUKAN SOSIALISASI MENERUSI


SUKAN
• Individu disosialisasikan dengan • Individu disosialisasikan dengan
sukan berdasarkan pengaruh agen sukan berdasarkan nilai yang
sosialisasi seperti keluarga, rakan diperoleh hasil penyertaan dalam
sebaya, sekolah, masyarakat, media sukan yang dipilih
massa dan persekitaran

• Dapat mewujudkan perpaduan yang • Dapat melindungi institusi


erat tidak mengira bangsa dan agama mahupun diri sendiri

• Contoh : Hari sukan sekolah, • Contoh : Sukan taekwondo, judo,


Maraton dan Kejohanan terbuka silat, menembak dan lain-lain
lagi
KUIZ
1. Antara situasi berikut yang manakah menggambarkan proses sosialisasi dalam sukan?

I. Ameera melibatkan diri dalam sukan kerana pengaruh rakan-rakan sekolah.


II. Ameera menjadi seorang yang berdisiplin dan berani hasil penglibatan dalam sukan.
III. III. Ameera melibatkan diri dalam sukan hoki kerana seringkali mengikut bapanya yang
merupakan seorang jurulatih hoki.
IV. Ameera menjadikan pemain hoki negara sebagai sumber motivasi untuk berjaya dalam
sukan hoki.

A. I, II dan III B. I, II dan IV


C. I, III dan IV D. I, II, III dan IV
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai