Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

PERKARA KULIT ISI KANDUNGAN BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Rekreasi dan Senggangan

MUKA SURAT i 1 2

1.2 Matlamat Kajian

2 3

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

4
4 5 6 7 7 8 10 11

2.1 Pandangan Yang Pelbagai Terhadap Rekreasi Dan Senggangan 2.2 Pengaruh Teknologi 2.3 Faktor-faktor Sosial Yang Mengukuhkan Perkembangan Rekreasi/Senggangan 2.3.1 Peningkatan dalam masa berbudi bicara 2.3.2 Peningkatan kemewahan negara 2.3.3 Komodifikasi senggangan 2.4 Perhubungan Antara Rekreasi Dan Senggangan 2.5 Peranan Rekreasi dan Senggangan dalam Kurikulum Pendidikan Tinggi

BAB

3 3.1 3.2 3.3 3.4

METODOLOGI Pengenalan Persampelan Data Pengumpulan Data Analisis Data

12 12 12 13 13

RUJUKAN

14

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Rekreasi dan Senggangan

Rekreasi dan masa senggang mempunyai pelbagai makna dan maksudnya yang tersendiri, dan ia adalah bergantung kepada persepsi seseorang individu itu. Rekreasi, dari satu persepsi seorang remaja, melibatkan, sebagai contoh, menonton televisyen, menghadiri pementasan opera muzikal, terlibat dalam aktiviti lompatan bungee, menebas rumput di halaman rumah, membawa anak-anak bersiar-siar di zoo, bermain daun terup, memuat turun lagu-lagu kesukaan dari laman sesawang, menulis buku, menikmati hidangan minum petang di bandar, ataupun apa sahaja terpulanglah kepada si empunya badan. Para ahli teori sebenarnya bergelut untuk mengambil kata putus akan apakah panggilan yang seafdalnya untuk jenis-jenis aktiviti sedemikian. Adakah ia boleh digolongkan sebagai rekreasi, masa senggangan, masa bebas, masa kebolehtersediaan, kreativiti, perbuatan mementingkan diri sendiri, ataupun hedonisma? Persepsi individu adalah penting dalam memberikan definisi yang sesuai terhadap senggangan dan rekreasi yang mana para pengkaji sendiri masih berdebat dan berhujah tentang faedah yang dapat dibawa ke dalam sesuatu masyarakat, individu, mahupun aspek budaya itu sendiri.

Meskipun begitu, apa yang jelas, perkhidmatan-perkhidmatan rekreasi, taman-taman, dan masa senggangan telahpun diiktiraf dan menjadi bahagian penting dalam operasi-operasi anjuran kerajaan serta agensi-agensi non-profit, komersil, dan juga yang terlibat dalam industri therapeutic. Hari ini, rekreasi telah mewujudkan satu kuasa penting dalam sektor ekonomi tempatan dan juga nasional serta bertanggungjawap menghasilkan ribuan peluang pekerjaan kepada para belia dan masyarakat di negara kita, yakni meliputi sektor-sektor kerajaan, pelancongan dan tour, hiburan dan kesenian, program-program kesihatan dan kecergasan, hobi2

hobi, serta sukan-sukan. Di sebalik nilai-nilai keramahan yang dihasilkannya, rekreasi juga menyediakan para remaja dan belia-belia pelapis kita faedah-faedah bernilai dari segi fizikal, emosional, kefalsafahan, serta beberapa aspek yang melibatkan kesihatan kendiri yang lain. Dalam erti kata yang lebih luas, kehidupan senggangan sesuatu negara dan masyarakat itu menggambarkan nilai-nilai dan karakter asas yang terdapat di dalamnya. Sukan-sukan dan permainan, media-media hiburan, dan sebagainya lagi yang dinikmati oleh para masyarakat dan belia khususnya dengan penuh rasa seronok akan dapat membantu untuk membentuk ciri-ciri keperibadian serta kesejahteraan individu, keluarga, komuniti, dan keseluruhan masyarakat secara amnya.

1.2

Matlamat Kajian

Untuk sebab-sebab ini, maka adalah penting untuk kita mengetahui serta memahami bagaimana masyarakat secara amnya, dan kepada para belia kita secara khususnya mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti rekreasi dan masa senggang. Untuk itu, kita akan merungkai soalsoal konseptualnya serta melihat kepelbagaian kegiatan rekreasi dan senggangan yang dilakukan oleh para belia dan masyarakat itu sendiri. Seterusnya kita cuba menghubungkaitkan pertalian antara kedua-dua terma tersebut, sebelum melihat akan prospek yang dapat diserapkan ke dalam kurikulum pengajian tinggi bagi para remaja yang ingin mendalami dengan lebih lanjut lagi berkenaan rekreasi dan masa senggangan itu sendiri.

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.1

Pandangan Yang Pelbagai Terhadap Rekreasi Dan Senggangan

Untuk sesetengah orang, rekreasi membawa maksud rangkaian agensi-agensi kerajaan yang menyediakan kemudahan serta fasiliti seperti taman-taman, tempat permainan, padang-padang sukan, serta pusat-pusat komuniti di kebanyakan bandar, daerah, dan negeri di seluruh negara. Masyarakat menganggap segala kemudahan yang disediakan tersebut adalah merupakan tempat terbaik untuk para belia dan remaja, mahupun keluarga dari pelbagai peringkat umur, untuk bersantai dan berkumpul beramai-ramai, menghabiskan masa melakukan hobi, sukan, serta aktiviti-aktivit sosial yang lainnya. Bagi sesetengah orang lain pula, rekreasi boleh ditemui dan dilakukan di pusat-pusat penjagaan dan kelab orang - orang tua, asrama perlindungan untuk mereka yang tercatat perkembangan mentalnya, ataupun pada pusat rawatan untuk pemulihan dan perkembangan fizikal.

Ada juga yang menganggap bahawa dengan mengembara, tidak kiralah samada melalui keretapi, motorsikal, kapal terbang, atau kapal-kapal persiaran, adalah merupakan bentuk rekreasi yang diminati. Perkembangan industri kembara dan penerbangan itu sendiri amatlah mengujakan. Kelab-kelab kembara, yang ramai dianggotai oleh golongan belia yang telah berkejaya, semakin popular dan dikenali ramai. Malahan, pihak Disney telah membuka lembaran baru dalam dunia rekreasi sejagat dengan memperkenalkan beberapa buah kapal persiaran yang hanya memfokuskan kepada kategori penumpang berkeluarga dan para belia/remaja sahaja, dan idea ini juga semakin disambut baik oleh industri-industri pelancongan dan penerbangan utama dunia yang lain.
4

2.2

Pengaruh Teknologi

Dengan peningkatan populasi remaja dan generasi muda di serata dunia, khususnya di negara ini, rekreasi dan masa senggangan telah mengambil dan memberikan satu pengertian baru terhadap aktiviti pengembaraan, risiko, keterujaan, dan kepuasan yang mana mereka cenderung untuk mengadunkan antara rekreasi dan teknologi. Idea berkenaan penglibatan terhadap kegiatan rekreasi para remaja khususnya, tidak hanya terhad kepada sebarang aktiviti fizikal sahaja malah ia juga memfokuskan kepada permainan Internet, memuatturun atau berkongsi muzik, berbalas mesej secara ringkas dan segera, dan macam-macam lagi yang kita semua masih belum terokai dan fahami. Kegiatan-kegiatan tersebut juga termasuklah juga seringkas duduk menatap skrin komputer hinggalah terlibat dalam aktiviti ekstrem seperti permainan papan selaju pada tajakan seluncur bercirikan rekaan Bob Burnquist bersudut 360 darjah berserta jurang sejauh 70 kaki, dan memerlukan pula kawalan dan panduan keselamatan yang ketat sebelum bermain.

Permainan papan selaju ekstrem seperti yang diterangkan di atas lazimnya ditayang dan ditajai oleh saluran sukan X-Games ESPN. ESPN telah membawa lembaran baru terhadap aktiviti rekreasi ekstrem golongan remaja dengan menyumbangkan jutaan ringgit bagi tujuan penajaan dan promosi. Antara sukan-sukan ekstrem yang popular dikalangan remaja adalah seperti papan luncur salji dan permainan ski, luncur angin, bola sepak atas jalan, perlumbaan BMX, serta motorsikal. Tidak dapat dipersoalkan lagi, rekreasi dan masa senggangan adalah merupakan aktiviti menarik yang digemari golongan remaja dan belia secara khususnya. Ia memberikan satu bentuk pengalaman yang menarik dan berharga kepada mereka, serta melahirkan aspek utama dalam perkembangan ekonomi negara serta peranan kerajaan dewasa kini. Malah haruslah juga diambilkira bahawa ini bukanlah suatu perkembangan yang baru sahaja berlaku. Rekreasi dan masa senggangan adalah merupakan konsep-konsep yang telah menarik minat umat manusia sejak era-era kuno Greek lagi. Terdapat pelbagai bentuk permainan telah dilarang dan dicegah sama sekali pada sesetengah kumpulan masyarakat dan dihargai dan dipandang tinggi pula pada kumpulan masyarakat yang lain.

Hari ini, untuk pertama kalinya, telah terwujudnya satu penerimaan sejagat berkenaan nilai-nilai rekreasi dan senggangan itu sendiri. Maka disebabkan itu, pihak-pihak kerajaan di kesemua peringkat di negara kita telah menerima tanggungjawap dalam menyedia atau membantu akan kewujudan peluang-peluang senggangan melalui sistem rekreasi, taman-taman, sokongan pelancongan, serta fasiliti dan kompleks sukan yang intensif.

2.3

Faktor-faktor Sosial Yang Mengukuhkan Perkembangan Rekreasi/Senggangan

Faktor-faktor sosial telah membantu ke arah perkembangan program dan perkhidmatan rekreasi dan senggangan di Malaysia, dan faktor tersebut terhasil oleh beberapa sebab. Beberapa daripada sebab tersebut adalah melibatkan perubahan dari segi struktur ekonomi masyarakat ataupun anjakan yang dramatik dari segi perhubungan jantina dan keluarga. Sebab-sebab yang lain pula berakar umbi daripada jangkaan sosial yang mula muncul tatkala kita mula beransur-ansur beralih daripada kehidupan luar bandar dan desa, yang mana kerajaan memainkan peranan terhad kepada kehidupan yang lebih kompleks dan perindustrian yang mana pihak kerajaan mula mengambil alih peranan dan fungsi yang lebih meluas.

Sewaktu mana masyarakat pula mula bertransformasi keluar daripada zaman perindustrian ke era teknologi maklumat, bentuk bentuk sokongan tradisional daripada pihak kerajaan untuk tamantaman dan rekreasi awam, corak-corak penglibatan dalam rekreasi, dan jenis-jenis aktiviti rekreasi itu sendiri telahpun bertukar, saling mengecut, dan berkembang. Di bawah ialah antara trend-trend sosial penting yang membawa kepada perkembangan rekreasi dan senggangan sejak akhir-akhir ini:-

2.3.1 Peningkatan dalam masa berbudi bicara (diskresioner)

Perkembangan dari segi masa budi bicara masyarakat amnya, remaja khususnya telah lama dianggap sebagai satu pengaruh yang penting di dalam peningkatan penglibatan ke dalam aktiviti rekreasi. Di antara tahun 1900 dan 1990, perkembangan dalam masa senggangan hanyalah mendatar dan perlahan dan tidak begitu menyerlah. Mula bebas daripada aktiviti dan kehidupan bercirikan pertanian, masa-masa cuti yang semakin seragam dan meningkat, percutian yang ditanggung majikan, serta lepasan mingguan singkat adalah merupakan sebab-sebab tergabung yang memberikan orang ramai peluang untuk terlibat di dalam aktiviti rekreasi berbanding eraera ketamadunan manusia sebelum ini.

Rekreasi, 3.9%

Pendidikan, 8%

Pengangkutan, 11.9% Peribadi, 7.4%

Rumah, 25%

Lain-lain, 2.6%

Perubatan, 20%

Makanan & Pakaian, 20.1%

Rajah 1.0 Perbelanjaan kepenggunaan peribadi mengikut kategori, 2003 (Amerika Syarikat)

2.3.2 Peningkatan Kemewahan Negara

Faktor kritikal kedua yang membawa kepada perkembangan pesat rekreasi adalah berpunca daripada peningkatan pesat dan penuh dramatik kadar pendapatan kasar negara (KDNK) dan
7

pendapatan isirumah. Di Amerika contohnya, di antara tahun 1990 sehinggalah ke tahun 2004, GNP telah meningkat dua kali ganda; perbelanjaan untuk kegunaan peribadai telah meningkat tiga kali ganda. Pada tempoh waktu yang sama juga kadar kemiskinan di negara tersebut menunjukkan tren turun naik, iaitu antara 12.1 dan 15 peratus dari jumlah keseluruhan populasi. Ini menyebabkan timbulnya perdebatan hangat akan bagaimanakah boleh munculnya kelompokkelompok miskin di negara tersebut sedangkan masyarakatnya hidup serba mewah.

2.3.3 Komodifikasi senggangan

Semakin banyak permainan-permainan yang ada pada masa kini dimajukan dalam bentuk yang begitu kompleks dan mahal oleh syarikat-syarikat perniagaan yang ingin mencari keuntungan. Konglomerat gergasi dunia, seperti Time Warner, Disney, dan Viacom telah mengambilalih beberapa koperasi besar yang menjalankan perniagaan muzik, televisyen, dan filem-filem. Konglomerat tersebut juga mempunyai stadium-stadium sukan serta pasukan-pasukan profesional mereka sendiri, kapal-kapal persiaran mewah, taman-taman tema, serta operasioperasi senggangan yang lain.

Pada masa kini juga, semakin banyak fasiliti-fasiliti baru yang dibina khusus untuk menyediakan pelbagai bentuk dan jenis rekreasi bagi mengikuti perkembangan trend semasa, iaitu ke arah komodifikasi. Sebagai contoh, di bandar-bandar utama di Amerika Syarikat misalnya, beberapa pusat kecergasan yang besar telah didirikan yang turut merangkumi kawasan akuatik, aerobik, bilik-bilik tarian, dan juga kemudahan untuk para keluarga bermain-main serta beberapa aktiviti lain. Trend ini juga jelas dilihat wujud di negara kita, Malaysia.

PERBELANJAAN PERIBADI TAHUNAN UNTUK REKREASI, 1985 - 2003 Jenis-jenis Produk atau Servis Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan Rekreasi Peratusan jumlah total kepenggunaan peribadi Buku-buku dan peta Majalah, suratkhabar, dan nota-nota muzik Patung-patung mudah rapuh dan perkakas sukan Peralatan barangan beroda, sukan, dan fotograpik Produk-produk audio dan video, peralatan komputer, dan instrument muzik Barangan audio dan video, termasuklah instrument muzik Komputer dan perisian Bunga, biji benih, dan tumbuhan berpasu Bayaran masuk ke taman-taman hiburan Teater-teater dan wayang gambar Teater dan opera legitimasi serta hiburan institusi tak berasaskan untung Sukan-sukan tontonan Organisasi kelab dan berkembar, kecuali insurans Penglibatan di taman-taman hiburan komersil Kegiatan pari-mutuel Lain-lain (termasuklah loteri, haiwan,TV kabel, pemprosesan filem, kem sukan, sewaan video, dsb. 1985 116.3 6.6% 6.5 12 14.6 15.6 19.9 n/a n/a 4.7 6.7 2.6 1.8 2.3 3.1 9.1 2.3 19.4 1990 290.2 7.6% 16.2 21.6 32.8 29.7 53 44.1 8.9 10.9 14.8 5.1 5.2 4.5 13.5 25.2 3.5 65.4 1995 418.1 8.4% 23.2 27.5 44.4 39.7 81.5 57.2 24.3 14 19.2 5.5 7.6 6.1 17.4 48.8 3.7 93.4 2000 585.7 8.7% 33.7 35 56.6 57.6 116.6 72.8 43.8 18 27.3 8.1 9.8 9.3 19 75.8 5 133.9 2003 660.7 8.5% 38.5 36.6 60.2 68 121.3 75.2 46.1 18.8 35.6 9.9 11.6 14.1 22.1 89.3 5.3 160.9

Sumber: Statistical Abstract of the United States, 2005 Table 1223 (revises 5 Aug 2004) (U.S Department of Commerce, 2005) Rajah 2.0: Perbelanjaan Peribadi Tahunan Untuk Rekreasi, 1985 2003 (Amerika Syarikat).

2.4

Perhubungan Antara Rekreasi dan Senggangan

Apa yang jelas, kedua-dua terma di atas adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Senggangan, sebagai contoh, memberikan peluang-peluang untuk bermain dan melakukan aktiviti rekreasi. Kebanyakan daripada masa-masa bebas kita dalam masyarakat moden dewasa kini dipenuhi oleh kegiatan-kegiatan rekreasi, walaupun aktiviti-aktiviti senggangan juga turut terlibat, termasuklah pelajaran, amalan keagamaan, ataupun perkhidmatan komuniti, yang mana lazimnya tidak dianggap sebagai salah satu bentuk rekreasi.

Rekreasi pula melibatkan pelbagai bentuk permainan, namun terdapat juga beberapa bentuk aktiviti yang tidak bersifat permainan seperti penjelajahan, melawati muzium, atau mengikuti amalan kebudayaan atau keintelektualan sesuatu kelompok. Sebagai satu institusi sosial, rekreasi mempunyai aplikasi yang lebih luas berbanding senggangan dalam dua erti: Rekreasi lazimnya disediakan oleh institusi-institusi yang tidak meletakkan waktu-waktu senggangan sebagai keutamaan mereka, seperti pihak tentera atau perniagaan; dan agensi-agensi rekreasi seringkali menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan sosial atau persekitaran dan mungkin menjadi penghubung yang penting antara majlis-majlis perbandaran dan penduduk sekitar. Senggangan adalah merupakan satu subjek kajian para pengkaji ekonomi dan sosiologi; ia juga semakin mendapat perhatian daripada para penyelidik fisiologi serta fisiologi sosial. Walaubagaimanapun, bagi orang awam secara keseluruhannya, senggangan cenderung untuk diandaikan sebagai suatu konsep yang abstrak, terpinggir, dan jauh. Meskipun ramai agensiagensi dan jabatan penyelidikan mahupun komuniti-komuniti menggunakan terma senggangan pada tajuk-tajuk kajian mereka, namun ia secara jelasnya kekurangan elemen desakan atau tindakan segera bagi mendapatkan perhatian masyarakat mahupun kerajaan.

Daripada kedua-dua terma di atas, terma rekreasi adalah merupakan yang paling difahami dan begitu jelas bagi kebanyakan orang. Ia mudah untuk diingati, dikenali, dan dicamkan sebagai

10

satu bidang sosial, akitiviti personal, mahupun tanggungjawap sosial, serta amat `rapat` dengan pelbagai peringkat umur dalam populasi.

2.5

Peranan Rekreasi dan Senggangan dalam Kurikulum Pendidikan Tinggi

Kedua-dua rekreasi dan senggangan adalah merupakan fokus kurikulum pendidikan tinggi bagi para remaja dan belia-belau yang merancang untuk memasuki bidang dan lapangan Mannell dan Kleiber telah menyatakan bahawa

perkhidmatan senggangan sepenuhnya.

golongan ini memerlukan penekanan pembelajaran yang berbeza-beza. Senggangan mempelajari pemikiran-pemikiran para ahli sarjana, mereka menulis, dan menelaah pengetahuan dan meneliti sains-sains pengurusan dan sosial. Penemuan para remaja harapan negara ini kemudiannya akan dilaporkan dalam pelbagai jurnal antarabangsa mahupun tempatan, serta pada sidang-sidang konferens yang bertemakan pembelajaran bidang senggangan itu sendiri. Mannell dan Kleiber turut menambah:

Kebanyakan kolej dan universiti yang menawarkan program bidang kajian rekreasi dan senggangan menggesa para pelajarnya untuk mengintegrasi dan memahami antara isu-isu yang melibatkan `orang`, `sumber` atau `polisi`. Dalam erti kata lain, kurikulum kajian senggangan memerlukan para pelajarnya untuk mempelajari kelakukan senggangan individu mahupun kumpulan sebagai satu faktor fungsi sosial dan kebudayaan, perancangan dan pengurusan sumber-sumber semulajadi atau buatan bagi kegunaan di masa lapang, isu-isu

polisi/pengurusan yang berkaitan dengan perkhidmatan senggangan awam dan peribadi.

Maka selaras dengan itu, serentak dengan tugasan pada kali ini, maka kajian yang melibatkan rekreasi dan waktu-waktu senggangan memerlukan usaha pengumpulan data yang menyeluruh. Maka dengan itu, metadologi berasaskan kepada soal selidik digunapakai bagi mendapatkan komen dan ulasan orang ramai berkenaan konsep rekreasi dan senggangan, dan bagaimanakah kedua-dua terma tersebut digunapakai ke dalam kehidapan mereka seharian. Data yang dikumpulkan akan dianalisa dan diperbentangkan bagi menunjukkan hasil dapatannya.

11

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Untuk tujuan pengumpulan data, kaedah kualitatif akan digunakan. Meskipun sebelum ini kebanyakan kajian-kajian cenderung untuk menggunakan kaedah kuantitatif kerana lebih menekankan aspek sebab dan musabab, namum untuk lebih mendapatkan data empirikal yang lebih baik dan mendalam, maka kaedah kualitatif akan digunakan.

3.2 Persampelan Data

Prosedur persampelan bagi penyelidikan kualitatif, adalah; (i) penyelidik perlu meletakkan sempadan (boundaries): dengan mengambil kira takrifan yang dibuat, tertakluk kepada limitasi masa, kemampuan, dan kebenaran untuk akses ke tempat, serta ia berkaitan dengan soalansoalan kajian, (ii) penyelidik perlu menyediakan satu kerangka bagi membantunya mendedah, mengesah, atau mengehadkan proses, dan konstruk yang mendasari kajian ini

Dalam penyelidikan kualitatif, kebiasaannya pemilihan sampel adalah kecil dan mempunyai tujuan yang tertentu. Ini kerana pemilihan sampel bukan merupakan kesimpulan umum tetapi adalah penerokaan secara mendalam (explore in depth) dan pengkayaan maklumat kes (information rich case) (Patton, 1990). Hujah ini turut diperkuatkan lagi dengan pandangan Patton (1990) yang menyatakan `the logic and power of purposive sampling lies in selecting information rich cases for study in-depth`.

12

3.3 Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data digunakan kerana dalam penyelidikan kualitatif, penyelidik perlu menerokai dan mengeluarkan data dari lokasi kajian, tetapi bukan mengumpul data yang telah tersedia. Kajian ini berdasarkan kaedah utama pengumpulan maklumat dalam penyelidikan kualitatif, iaitu soal selidik. Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan sebanyak mungkin maklumat dalam jangka masa yang terhad.

3.4 Analisis Data

Untuk tujuan analisi dan penyusunan data kajian ini, bentuk pra-analisis, kemasan data, pamiran data, verifikasi data, dan dapatan akan digunakan.

13

RUJUKAN

Eagles, Paul. F. J. 2009. Governance Criteria in Parks and Protected Areas. Journal of Sustainable Tourism 17(1): 1-18. Eagles, Paul F. J. and Hector Ceballos-Lascurain. 2010. Colonization of Bird Names by the American Ornithologists Union. Canadian Field Naturalist (In press). Eagles, Paul. F. J. 2010. Changing Societal Values and Carrying Capacity in Park Management: Fifty years at Pinery Provincial Park in Ontario. Leisure/Loisir 34(2): 189-206. Eagles, Paul F. J., Mark E. Havitz, Bonnie L. McCutcheon, Windekind Buteau-Duitschaever, and Troy D. Glover. 2010. The Perceived Implications of an Outsourcing Model on Governance within British Columbia Provincial Parks in Canada: A Quantitative Study. Environmental Management 17(02): 231-248. Kwan, Pia, Paul F. J. Eagles and Amber Gebhardt. 2010. Ecolodge Patrons Characteristics and Motivations: A Study of Belize. Journal of Ecotourism 9(1): 62-83. McWilliam, Wendy, Paul Eagles, Mark Seasons, and Robert Brown. 2010. The housing-forest interface: testing structural approaches for protecting suburban natural systems following development. Urban Forestry & Urban Greening: doi.org/10.1016/j.ufug.2009.12.002. Buteau-Duitschaever, W, C., McCutcheon, B., Eagles, P. F. J. Havitz, M. E., and Glover, T. D. 2010. Park Visitors Perceptions of Governance: A Comparison between Ontario and British Columbia Provincial Parks Management Models. Tourism Review 65(4): 31-50. Rattan, Jasveen and Paul F. J. Eagles. 2010. Volunteer Tourism: Its Role in Creating Conservation Awareness. Journal of Ecotourism (In press). McWilliam, Wendy, Paul F. J. Eagles, Mark Seasons, and Robert Brown. 2010. Assessing the degradation effects of local residents on urban forests in Ontario, Canada. Journal of Arboriculture and Urban Forestry 36(6): 253-260. Maple, Laura C., Paul F. J. Eagles, and Heather Rolfe. 2010. Birdwatchers specialization characteristics and national tourism planning. Journal of Ecotourism 9(3): 219-238.

14

Anda mungkin juga menyukai