Anda di halaman 1dari 8

Adab

Menuntut
Ilmu
Menurut al-Quran dan Hadis
Iklas
Dalam menuntut ilmu kita hendaklah ikhlas kerana Allah Ta’ala dan seseorang tidak akan
mendapat ilmu yang bermanfaat jika dia tidak ikhlas kerana Allah. 

“Sesiapa yang menuntut ilmu syar’i yang sepatutnya dia lakukan untuk mencari wajah
Allah dengan ikhlas, namun tidak dia melakukannya melainkan untuk mencari
keuntungan duniawi, maka dia tidak akan dapat mencium bau syurga pada hari
kiamat.” (HR. Ahmad)
Bersungguh-sungguh dalam belajar

Dalam menuntut ilmu diperlukan kesungguhan. Tidak layak para penuntut ilmu bersikap malas
dalam menuntutnya. Kita akan mendapatkan ilmu yang bermanfaat dengan izin Allah apabila kita
bersungguh-sungguh dalam mencarinya.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam barsabda:

“Dua orang rakus yang tidak pernah kenyang: iaitu (1) orang yang rakus terhadap ilmu
dan tidak pernah kenyang dengannya dan (2) orang yang rakus terhadap dunia dan
tidak pernah kenyang dengannya.” (HR. Al-Baihaqi)
  Tidak boleh sombong dan tidak boleh malu

Sombong dan malu menyebabkan pelakunya tidak akan memperolehi ilmu selagimana
kedua sifat tersebut masih terdapat di dalam dirinya.

Imam Mujahid rahimahullah berkata:

ٍ ْ‫الَ َي َت َعلَّ ُم ْال ِع ْل َم مُسْ َتح‬


‫ى َوالَ مُسْ َت ْك ِب ٌر‬

“Dua orang yang tidak belajar ilmu: seorang pemalu dan seorang yang takbur.” (HR.
Bukhari secara muallaq)
 Diam ketika pelajaran disampaikan

Ketika belajar dan mengkaji ilmu tidak boleh bercakap-cakap perkara yang tidak
bermanfaat, tanpa ada keperluan, dan tidak berkaitan dengan ilmu yang disampaikan,
tidak boleh berbual-bual. Allah Ta’ala berfirman:

ِ ‫قُرْ آنُ َفاسْ َت ِمعُوا لَ ُه َوَأ ْن‬L‫ َوِإ َذا قُ ِرَئ ا ْل‬ 
َ ‫ص ُتوا لَ َعلَّ ُك ْم ُترْ َحم‬
‫ُون‬

“Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah (dengan
sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Al-A’raaf:
204)
Menghafal ilmu yang disampaikan
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

َ ‫نضَّر هللا امرًأ َسمِع مقالتي َفو َعاها‬


‫ فرُبَّ حامل ِف ْقه إلى َمن هو أفقه منه‬،‫وحفِظها و َبلَّغها‬

“Semoga Allah memberikan cahaya kepada wajah orang yang mendengarkan sabdaku lalu dia memahaminya dan
menghafalnya kemudian menyampaikannya. Berapa banyak orang yang menyampaikan ilmu kepada orang yang
lebih faham darinya.” (HR At-Tirmizi).

Dalam hadis tersebut Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berdoa kepada Allah Ta’ala agar Allah memberikan
cahaya pada wajah orang-orang yang mendengar, memahami, menghafal, dan mengamalkan sabda
baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam . Maka kita juga diperintahkan untuk menghafal pelajaran-pelajaran yang
bersumber dari Al-Quran dan hadis-hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Mengikat ilmu atau pelajaran dengan tulisan

Ketika belajar, seorang penuntut ilmu hendaklah mencatat pelajaran, point-point


penting, faedah dan manfaat dari ayat, hadis dan perkataan para sahabat serta ulama, atau
berbagai dalil bagi suatu permasalahan yang dibahaskan oleh seorang guru. Ianya bertujuan
agar ilmu yang disampaikannya tidak hilang dan terus melekat dalam ingatannya setiap kali
dia mengulangi pelajarannya.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

‫قيدوا العلم بالكتاب‬

“Ikatlah ilmu dengan tulisan” (HR. Ibnu ‘Abdil Barr)


Mengamalkan ilmu  yang telah dipelajari

Sesiapa sahaja yang menuntut ilmu bukan untuk diamalkan, nescaya diharamkannya
dari mendapat keberkatan ilmu, kemuliaan, serta ganjaran pahalanya yang besar.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Perumpamaan seorang alim yang mengajarkan kebaikan kepada


manusia, kemudian dia melupakan dirinya (tidak mengamalkan ilmunya)
adalah seperti lampu (lilin) yang menerangi manusia, namun membakar
dirinya sendiri.” (HR At-Tabrani)

Anda mungkin juga menyukai