Anda di halaman 1dari 30

UNIT 1 KESELAMATAN

PJPK TINGKATAN 4 KSSM PK


OLEH CIKGU NORAZILA KHALID
SMK ULU TIRAM, JOHOR
KESELAMATAN

• Konsep keselamatan
merupakan isu hak asasi
manusia yang diberi perhatian
oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu.
• Keselamatan insan ialah salah
satu hak asasi manusia dan hak
sejagat tanpa mengira
kedudukan dan etnik dalam
kehidupan.
• Salah satu kegiatan yang
mencabar hak asasi
keselamatan dan
kemanusiaan ialah
jenayah pemerdagangan
manusia yang semakin
berbahaya.
• Pemerdagangan
manusia merupakan
jenayah serius yang
melanggar hak asasi
manusia melibatkan
hampir semua negara di KESELAMATAN
dunia.
KESELAMATAN

• Salah satu kegiatan yang


mencabar hak asasi
keselamatan dan
kemanusiaan ialah jenayah
pemerdagangan manusia
yang semakin berbahaya.
• Pemerdagangan manusia
merupakan jenayah serius
yang melanggar hak asasi
manusia melibatkan
hampir semua negara di
dunia.
KESELAMATAN

• Menurut Akta 670 Akta


Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran 2007,
pemerdagangan manusia
merujuk kepada perdagangan
dan perniagaan yang melibatkan
migrasi manusia secara haram.
• Antaranya eksploitasi manusia
yang miskin dari negara dunia
ketiga atau eksploitasi tenaga
kerja.
KESELAMATAN

• Isu hak asasi manusia ini


memerlukan kemahiran
kecekapan psikososial
untuk menjaga
keselamatan diri agar
terselamat daripada
menjadi mangsa
pemerdagangan manusia.
PEMERDAGANGAN
MANUSIA

• Pemerdagangan manusia
juga dikenali sebagai
perhambaan zaman moden
iaitu perdagangan yang
melibatkan pergerakan atau
migrasi manusia secara
haram seperti aktiviti buruh
paksa, perhambaan,
pelacuran dan keldai dadah.
PEMERDAGANGAN
MANUSIA

• Cara pemerdagangan manusia


melibatkan pengambilan, merekrut,
membawa, memindah, menggunakan
unsur paksaan dan kawalan kuasa,
melakukan penculikan secara
kekerasan, penipuan, mangsa dianiaya,
dieksploitasi serta penjenayah
menggunakan kedudukan bagi tujuan
mendapatkan keuntungan.
KATEGORI
PEMERDAGANGAN
MANUSIA

• Eksploitasi seks
• Buruh paksa
• Pengabdian domestik
secara paksa
• Pemindahan organ
• Pemerdagangan bayi
• Keldai dadah
EKSPLOITASI
SEKS

Mangsa diperdaya
dengan janji-janji palsu
sebelum dijadikan
pelacur
BURUH PAKSA DAN
PENGABDIAN
DOMESTIK SECARA
PAKSA

• Mangsa diseludup
dari dalam atau ke
luar negara untuk
bekerja secara paksa
sebagai pembantu
rumah, buruh kasar
atau pengemis.
PEMINDAHAN
ORGAN

Mangsa diculik dan dibunuh


untuk diambil organ dan
diniagakan di pasaran gelap.
PEMERDAGANGAN BAYI

Bayi diseludup dan dijual di pasaran gelap dengan harga tinggi mengikut
permintaan.
KELDAI DADAH

• Diperdaya dengan
tawaran mewah
dan upah yang
tinggi untuk ke luar
negara tanpa
menyedari bahawa
mereka
menyeludup dadah.
SITUASI BERISIKO
MENJADI MANGSA
PEMERDAGANGAN
MANUSIA

• Pemerdagangan manusia
disebabkan oleh masalah
ekonomi, kemiskinan, keluarga,
desakan hidup, ketidakstabilan
politik, ancaman sosial dan
bencana alam.
• Selain itu peluang pekerjaan,
mobiliti sosial, keselamatan,
lokasi strategik serta kesamaan
budaya dan bahasa turut
menjadi penyebab migrasi dan
pemerdagangan manusia.
SITUASI BERISIKO MENJADI
MANGSA PEMERDAGANGAN
MANUSIA

• Tawaran kerja di luar negara


• Kurang pengawasan ibu bapa
• Kurang pengetahuan tentang isu
pemerdagangan manusia
• Penipuan
• Konflik di dalam negara seperti peperangan
• Perkahwinan kontrak
TAWARAN
KERJA DI LUAR
NEGARA

• Tawaran kerja di luar negara


dengan gaji yang tinggi dan
tarikan ekonomi yang stabil
serta keinginan melakukan
anjakan perubahan
menyumbang kepada risiko
menjadi mangsa
pemerdagangan manusia.
KURANG
PENGAWASAN
IBU BAPA

• Kecuaian ibu bapa


ditambah dengan anak-
anak yang kurang
berpengetahuan
menyebabkan mereka
mudah menjadi mangsa
kepada sindiket
penculikan dan
pemerdagangan.
KURANG PENGETAHUAN
TENTANG ISU PEMERDAGANGAN
MANUSIA

• Individu yang kurang


pengetahuan tentang isu ini akan
menyebabkan mereka mudah
mempercayai dan terpedaya
dengan sindiket antarabangsa.
• Sindiket ini akan
menyalahgunakan visa pelajar
dan visa pelancongan.
PENIPUAN

• Penjenayah menyamar sebagai ejen


buruh dan menipu mangsa dengan
pelbagai tawaran menarik di tempat
baru.
• Akhirnya, mangsa yang berhijrah
terpaksa mengikut arahan ejen
seperti menjadi hamba seks, keldai
dadah dan pengemis.
KONFLIK DI DALAM
NEGARA SEPERTI
PEPERANGAN

• Konflik keagamaan dan etnik yang


berlaku di Myanmar menyebabkan
rakyat Myanmar berketurunan
Rohingya menjadi mangsa pelarian
manakala peperangan yang
berterusan berlaku di Timur
Tengah yang melibatkan negara-
negara Yaman, Syria, Jordan dan
Palestin membuatkan rakyatnya
melarikan diri ke Asia Tenggara
dan Eropah serta terpaksa bekerja
dengan upah yang terhad.
PERKAHWINAN
KONTRAK

• Satu kontrak
perkahwinan dirunding
oleh individu selain pihak
yang berkahwin atau
tanpa penglibatan dan
persetujuan mereka.
• Mereka diperdaya bagi
tujuan menjalankan
kegiatan pelacuran.
CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA
MENJADI MANGSA PEMERDAGANGAN
MANUSIA

• Peranan ibu bapa


• Sentiasa berwaspada dengan tawaran gaji
• Menapis kebenaran iklan pekerjaan di
Internet
• Peka dengan maklumat
• Kempen kesedaran
• Berwaspada dengan orang yang baru dikenali
PERANAN IBU BAPA

• Ibu bapa perlu mengawal aktiviti anak-anak


agar tidak terpedaya dengan orang yang tidak
dikenali atau baru dikenali.
• Ibu bapa mesti menjelaskan bahaya
pemerdagangan manusia supaya kesedaran
bahaya ini dapat diketahui oleh anak-anak.
• Ibu bapa membuat aduan kepada pihak
berkuasa jika berlaku aktiviti mencurigakan di
kawasan tempat tinggal.
• Bagi individu yang bekerja di luar negara,
perlulah sentiasa berkongsi perkembangan
diri dengan ibu bapa atau keluarga supaya
tidak terjebak dengan bahaya ini.
SENTIASA BERWASPADA
DENGAN TAWARAN GAJI

• Sindiket tempatan mahupun


antarabangsa akan menggunakan
pelbagai taktik bukan sahaja tawaran
gaji yang lumayan, bahkan menipu
dengan janji palsu seperti skim
pemberian rawatan perubatan
percuma, cuti tahunan yang panjang,
peluang untuk melancong, rumah
percuma dan sebagainya.
MENAPIS
KEBENARAN IKLAN
PEKERJAAN DI
INTERNET

• Pihak kerajaan melalui


Kementerian Komunikasi dan
Multimedia perlu menapis iklan
pekerjaan di Internet sama ada
dari dalam atau luar negara
bagi memastikan bahawa iklan
pekerjaan yang dipaparkan
adalah sahih supaya individu
yang memerlukan pekerjaan
tidak tertipu.
PEKA DENGAN MAKLUMAT

• Individu yang ingin


bekerja di luar
negara harus peka
akan maklumat
penting tentang
destinasi pekerjaan.
KEMPEN KESEDARAN

• Kempen kesedaran yang berbentuk pendidikan serta kesedaran


terhadap antipemerdagangan manusia dan penyeludupan migran
dijalankan secara berterusan di sekolah, IPTA atau IPTS dan melalui
peranan media massa.
BERWASPADA
DENGAN ORANG
YANG BARU
DIKENALI

• Elakkan daripada
memberikan
maklumat peribadi
seperti nombor kad
pengenalan dan
alamat rumah kepada
orang lain
terutamanya individu
yang baru dikenali.
UNIT 1 KESELAMATAN
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai