Anda di halaman 1dari 14

Kuliah

Subuh :
Sirah
Nabawiy
yah
KEPENTINGAN SIRAH NABAWIYYAH DALAM
MEMAHAMI ISLAM
Bukanlah tujuan mempelajari sirah nabawiyyah hanya sekadar mempelajari peristiwa-peristiwa bersejarah ,
oleh sebab itu tidak sepatutnya kita menjadikan belajar tentangnya di bawah subjek sejarah seperti kita
mempelajari tentang tokoh-tokoh sejarah yang lain.

Tujuan sebenar mempelajarinya adalah untuk seorang muslim dapat menggambarkan hakikat islam secara
keseluruhannya dijasadkan di dalam kehidupan Baginda S.A.W, selepas seorang muslim itu memahami prinsip
,asas-asas dan hukum hakamnya secara teori.

Oleh itu, sirah nabawiyah merupakan amal praktikal yang bertujuan untuk menjasadkan hakikat islam secara
sempurna melalui suri tauladan yang terbaik iaitu Baginda S.A.W
KEPENTINGAN SIRAH NABAWIYYAH DALAM
MEMAHAMI ISLAM
1- Memahami keperibadian Rasulullah S.A.W melalui kehidupan dan suasana di mana Baginda menjalani
kehidupan, untuk meyakinkan bahawa Muhammad S.A.W bukan sekadar seorang genius yang menyerlah di
antara kaumnya, bahkan sebelum itu, Baginda adalah seorang utusan yang didukung oleh Allah S.W.T dengan
wahyuNya.

2- Supaya seorang muslim mendapati di depannya satu gambaran bagi suri tauladan yang paling agung dalam
setiap lapangan kehidupan, supaya dia dapat menjadikan cara hidup Baginda S.A.W sebagai satu dustur yang
dia berpegang dengannya dan mencontohinya. Tidak syak lagi bahawa setiap insan sejauh mana dia mencari
tentang contoh yang paling ideal dalam mana-mana lapangan kehidupan, maka dia akan ketemui semua itu
dalam kehidupan Baginda S.A.W secara jelas dan sempurna.
KEPENTINGAN SIRAH NABAWIYYAH DALAM
MEMAHAMI ISLAM
3- Seorang muslim dengan mempelajari sirah nabi mendapati perkara-perkara yang dapat membantunya untuk
memahami kitabullah, hal ini kerana banyak ayat-ayat al-Quran ditafsir maknanya oleh peristiwa-peristiwa
yang dilalui oleh Baginda S.A.W dan pendirian Baginda terhadapa peristiwa tersebut.

4- Melalui mempelajari sirah nabi S.A.W, telah berkumpul bagi seorang muslim itu sebesar-besar maklumat
dan pengetahuan tentang Islam, sama ada maklumat dan pengetahuan tersebut menyentuh tentang akidah,
hukum hakam, akhlak.

5- Melalui mempelajari sirah nabi S.A.W, seorang muslim mendapati seorang model hidup tentang pedagogi
pentarbiyahan danendidikan.
BAGAIMANA KITA MEMPELAJARI SIRAH
NABAWIYYAH
Sudah sedia maklum bahawa ketika mana Muhammad S.A.W muncul di semenanjung arab, Baginda
mempersembahkan dirinya kepada dunia bahawasanya Baginda merupakan seorang nabi yang diutuskan oleh
Allah S.W.T kepada seluruh manusia. Tujuannya adalah untuk:

1- Menegaskan kepada seluruh manusia hakikat sebenar agama yang diutuskan para nabi yang telah berlalu
sebelum ini.

2- Menggalaskan kepada seluruh manusia tanggungjawab yang sama yang dibawa dan digalaskan oleh para nabi
terdahulu kepada kaum mereka.

3- Menjelaskan bahawa Baginda merupakan nabi terakhir yang diutuskan dalam silsilah para rasul yang silih
berganti sepanjang zaman.
BAGAIMANA KITA MEMPELAJARI SIRAH
NABAWIYYAH
4- kemudian Baginda menambahkan lagi penjelasan bahawa Baginda S.A.W hanyalah sekadar salah seorang dari
kalangan manusia, yang berlaku kepadanya segala ciri-ciri manusiawi dan hukum hakamnya, akan tetapi Allah
S.W.T memberikan Baginda amanah- dengan perantaraan wahyu- untuk menyampaikan kepada sekalian manusia
satu risalah :

 Yang mengenalkan kepada mereka identiti mereka yang sebenar

 Yang menyedarkan mereka tentang posisi kehidupan dunia ini di dalam peta kerajaan Allah dari segi zaman

dan tempat.

 Yang menyedarkan mereka tentang kesudahan akhir yang mereka pasti akan ketemu setelah mati
BAGAIMANA KITA MEMPELAJARI SIRAH
NABAWIYYAH

5- Baginda turut mengajak manusia supaya menjadi hamba kepada Allah S.W.T dengan keyakinan dan tangkah
laku mereka secara pilihan, seperti mana penghambaan itu berlaku kepada mereka secara paksaan.

6- Baginda S.A.W juga sering kali menegaskan kepada manusia bahawa Baginda tidak memiliki apa-apa kuasa
untuk menambah, mengurang, atau mengubah sedikit pun isi kandungan risalah yang telah Allah galaskan
kepadanya untuk disampaikan kepada seluruh manusia.
RAHSIA PEMILIHAN SEMENANJUNG ARAB SEBAGAI
TEMPAT LAHIRNYA DAKWAH ISLAM
 Dunia dahulunya dikuasai oleh dua kerajaan yang besar : Parsi dan Rom, diikuti oleh dua kerajaan lain:
Yunani dan India. Parsi menjadi tempat petarungan berbangai pandangan agama dan falsafah, antaranya
aliran Zoroaster yang dianuti para penguasa, aliran ini menganjurkan setiap lelaki mengahwini ibu, anak
perempuan atau adik beradik perempuan. Di sana juga terdapat kepercayaan Mazdakiah, semua wanita dan
harta adalah milik bersama seperti mana air dan api. Rom pula sibuk meluaskan empayarnya dengan rakus,
dan terlibat dengan konflik yang lama dengan kaum Nasrani Sham dan Mesir. Dengan kekuatan tentera yang
besar Rom meluaskan empayar ke penjuru dunia bersama menyebarkan ajaran Kristian yang sudah diubah
suai dengan selera mereka. Yunani tenggelam dengan kepercayaan tahyul dan perbahasan teologi yang
menyebabkan masyarakatnya tenggelam dengan debat yang tidak bermanfaat. India pula menggalami
kemunduran luar biasa dalam bidang agama, akhlak dan sosial.
RAHSIA PEMILIHAN SEMENANJUNG ARAB SEBAGAI
TEMPAT LAHIRNYA DAKWAH ISLAM
 Titik persamaan yang menyebabkan masyarakat dunia terjebak ke dalam keruntuhan akhlak, ketidakstabilan,
dan kesengsaraan adalah ketamadunan dan peradaban yang berdiri di atas nilai material semata—mata tanpa
dipandu oleh pedoman wahyu ke jalan yang lurus.

 Adapun semenanjung arab dahulunya tenang, jauh bahkan terpisah daripada manifestasi kecelaruan dan
ketidakstabilan tersebut. Tabiat penduduknya boleh diumpamakan seperti bahan mentah yang belum lagi
dicairkan untuk dibentuk. Terpancar pada tabiat mereka fitrah manusiawi yang waras dan kecenderungan yang
kuat ke arah akhlak terpuji seperti menunaikan janji, berani dalam peperangan, pemurah, menjaga maruah
diri, dan berbudi pekerti, cuma mereka kurang berpengetahuan tentang jalan dan cara untuk mencapainya.
RAHSIA PEMILIHAN SEMENANJUNG ARAB SEBAGAI
TEMPAT LAHIRNYA DAKWAH ISLAM
 Dengan membandingkan antara keadaan semenanjung arab dan keadaan masyarakat selainnya, mudahlah
untuk kita menjelaskan hikmah ilahi yang menentapkan bahawa semenanjung arab menjadi tempat lahirnya
dakwah Islam dengan lahirnya junjungan besar Baginda S.A.W, antara hikmahnya :

- supaya utusan terakhir seorang ummiyy tidak pernah membaca apa-apa kitab, dan tidak pernah menulis
dengan tangannya supaya manusia tidak meragui akan kenabiannya.
- Untuk menyempurnakan hikmah ini, sudah pasti bi’ah masyarakat yang diutuskan nabi padanya adalah
bi’ah masyarakat yang ummi berbanding masyarakat selaiannya. Hal ini untuk mengelakkan daripada sangkaan
manusia bahawa dakwah Baginda adalah rentetan pengalaman tamadun dan falsafah yang telah menjadi lengkap
dan sempurna.
RAHSIA PEMILIHAN SEMENANJUNG ARAB SEBAGAI
TEMPAT LAHIRNYA DAKWAH ISLAM

- Kesinambungan dakwah Baginda Nabi Ibrahim A.S yang merupakan pembina pertama kaabah

- kedudukan semanjung arab dari segi geografi terletak di tengah-tengah antara masyarakat dunia di
sekelilingnya, ini juga antara penyebab Islam tersebar dengan sangat cepat.

- Bahasa arab menjadi bahasa asal bagi sumber Islam, sedia maklum bahasa arab memiliki keistimewaan
yang banyak berbanding bahasa-bahasa lain.
MUHAMMAD S.A.W PENUTUP SEGALA NABI, DAN
HUBUNGAN DAKWAH BAGINDA DENGAN DAKWAH
AGAMA SAMAWI SEBELUMNYA

‫ فَ َج َع َل‬.‫ ِإالَّ َم ْو ِض َع لَبِنَ ٍة ِم ْن َزا ِويٍَة‬،ُ‫َأح َسنَهُ َوَأمْج َلَه‬ ‫ف‬


َ ‫ا‬ ‫ت‬ ‫ي‬ ‫ب‬ ‫ب‬ ‫ل‬ ٍ ‫ج‬‫ر‬ ‫ل‬ِ ‫ث‬ ‫م‬ ‫ك‬
َ ‫ي‬ ِ
‫ل‬ ‫ب‬ ‫ق‬
َ ‫ن‬ ِ
‫م‬ ِ
‫اء‬ ‫ي‬ ِ
‫ب‬ْ‫ن‬‫اَأل‬ ‫ل‬ ‫ث‬‫م‬‫و‬ ‫ي‬ ِ
‫ل‬ ‫ث‬‫م‬ َّ
‫ن‬ ‫ِإ‬
ْ ًَْ ‫َ َ َ َ َ َ َ ْ ْ َ َ َ ُ َىَن‬
.‫ني‬ ‫ي‬ ِ
‫ب‬َّ
‫ن‬ ‫ال‬ ‫مِت‬ ‫ا‬‫خ‬ ‫ا‬ ‫ن‬‫َأ‬
‫و‬ ، ‫ة‬ ‫ن‬ِ‫ب‬َّ
‫ل‬ ‫ال‬ ‫ا‬ ‫ن‬‫َأ‬ ‫ف‬ : ‫ال‬ ‫ق‬ . ‫ة‬ ‫ن‬ِ‫ب‬َّ
‫ل‬ ‫ال‬ ِ
‫ه‬ ِ
‫ذ‬ ‫ه‬ ‫ت‬ ‫ع‬ ِ
‫ض‬ ‫و‬ َّ
‫ال‬ ‫ه‬ :‫ن‬ ‫و‬ ‫ل‬‫و‬‫ق‬ ‫ي‬ ِ ِ
ِّ
َ ُ َ َ َ ُ َ َ َ َ َ ُ َ ْ
َ َ ُ َ َ ُ ُ َ َ ُ ُ َ ْ َ َ ‫َّاس يَطُوفُو َن ب‬
‫و‬ ‫ه‬ ‫ل‬
َ ‫ن‬
َ ‫و‬‫ب‬ ‫ج‬ ‫ع‬ ‫ي‬‫و‬ ‫ه‬ ُ ‫ن‬ ‫ال‬

Sesungguhnya perumpamaanku dan perumpamaan nabi-nabi sebelumku adalah seperti orang yang membina
sebuah rumah lalu ia memperindahnya dan memperindahnya, kecuali tempat labinah (sejenis batu bata) yang ada
di sudutnya. (dari rumah itu), lalu orang-orang mengelilinginya dan mereka takjub dengannya berkata: Alangkah
baiknya jika labinah ini diletakkan (pada tempatnya). Dia berkata: Maka aku adalah labinah dan aku adalah
penutup para Nabi.
MUHAMMAD S.A.W PENUTUP SEGALA NABI, DAN
HUBUNGAN DAKWAH BAGINDA DENGAN DAKWAH
AGAMA SAMAWI SEBELUMNYA
- Hubungan dakwah Baginda S.A.W dan dakwah para nabi sebelumnya terbina atas asas PENEGASAN &
MELENGKAPKAN .
1- Akidah ( PENEGASAN)

‫ِّين َواَل َتَت َفَّرقُ ۟وا‬


َ ‫ٱلد‬ ‫ا‬۟‫َأن َأقِيمو‬
ُ ْ ۖ ٓ ٰ ‫ ِإ ْب ٰرِهيم وُموس ٰى و ِعيس‬D‫صْينَا بِِهٓۦ‬
‫ى‬ َ َ َ َ َ َ َّ ‫و‬
َ ‫ا‬ ‫م‬
َ‫و‬َ ‫ك‬
َ ‫ي‬
َْ‫ل‬‫ِإ‬ ‫ٓا‬َ‫ن‬ ‫ي‬
ْ ‫ح‬
َ ‫َأو‬
ْ D
‫ى‬ٓ ِ َّ‫ح وٱل‬
‫ذ‬ َ ‫ا‬
ً D
ۭ ‫و‬‫ن‬
ُ ِ
‫ه‬
‫ۦ‬ ِ‫ص ٰى ب‬
َّ ‫و‬
َ ‫ا‬ ‫م‬
َ ِ
‫ِّين‬
‫ع لَ ُكم ِّم َن ٱلد‬
َ ‫۞ َشَر‬
ۚ ‫فِ ِيه‬
Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah
diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang
telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian agama, dan
janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya“ ( AL-SHURA : 13 )
MUHAMMAD S.A.W PENUTUP SEGALA NABI, DAN
HUBUNGAN DAKWAH BAGINDA DENGAN DAKWAH
AGAMA SAMAWI SEBELUMNYA
- Hubungan dakwah Baginda S.A.W dan dakwah para nabi sebelumnya terbina atas asas PENEGASAN &
MELENGKAPKAN .
2- SYARIAT ( MELENGKAPKAN)

ِ ‫ُأِلح َّل لَ ُكم بعض ٱلَّ ِذى حِّرم علَي ُكم ۚ وِجْئتُ ُكم بِـَٔاي ۢ ٍة ِّمن َّربِّ ُكم فَ َّٱت ُق ۟وا ٱللَّه و‬
ِ ‫َأطيع‬ ِ ‫ى ِمن ٱلتَّورٰى ِة و‬ ً َ ‫ُم‬
٥٠ ‫ون‬ُ ََ ْ َ َ ْ َْ َ ُ َ َْ َ َ ْ َ َّ ‫ص ِّد ۭقا لِّ َما َبنْي َ يَ َد‬

"Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku,
dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu; dan juga aku
datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah
kepadaku. ( ALI IMRAN : 50)

Anda mungkin juga menyukai