Anda di halaman 1dari 41

ULANGKAJI TEKNIK

MENJAWAB SOALAN

SEMESTER 1
KELEMAHAN CALON:
1. Tidak mampu menjawab 4 soalan dalam masa 2 jam.
2. Tidak memahami kehendak soalan.
3. Huraian / fakta yang kurang tepat atau tidak jelas.
4. Tidak memberikan contoh yang sesuai / tidak ada contoh bagi mengukuhkan
hujah.
5. Tidak mampu menjelaskan konsep sejarah dengan tepat.
6. Tidak ada respon soalan / respon soalan yang tidak betul.
7. Tidak ada penegasan isi bagi setiap isi / idea utama.
8. Masalah bahasa (ejaan, penggunaan huruf besar / huruf kecil dll).
9. Susunan kertas jawapan (WAJIB ikut nombor soalan yang dijawab).
10. Penggunaan pensil (WAJIB guna pen).
DIMENSI PEMARKAHAN
RUBRIK

DIMENSI MARKAH
Komunikasi (Susunan
Pengetahuan dan wacana, binaan tesis, Taakulan/reasoning
kefahaman (fakta, penyampaian isi, fokus (kefahaman, aplikasi,
idea, konsep, perbincangan, analisis, sintesis &
tema) penegasan wacana, evaluasi)
rumusan & kesimpulan)
TABURAN MARKAH MENGIKUT
DIMENSI

6 MARKAH
68 MARKAH
MARKAH
(DIMENSI TAAKULAN/
(DIMENSI
(DIMENSI KOMUNIKASI)
PENGETAHUAN & KEFAHAMAN)
REASONING)
CONTOH ELEMEN PADA SOALAN

JAWAPAN HENDAKLAH MENGANDUNGI


PERKARA BERIKUT:

PENDAHULUA
N ISI KESIMPULAN
PENGENALAN / PENDAHULUAN:

Memberi gambaran latar Bentuk


belakang tajuk atau
pendahuluan: Biar apapun
gambaran umum berkenaan • Jenis pengertian /
tajuk/soalan. Calon definisi bentuk
diingatkan supaya jangan • Jenis peristiwa
membuat pendahuluan penting pendahuluan ia
terlalu panjang dan • Peristiwa sebelum mesti dikaitkan
hendaklah dibuat dalam satu • Latar belakang tokoh
(soalan tokoh sahaja) dengan soalan.
perenggan sahaja • Campuran 1 – 3
(3 - 5 ayat).
SOALAN PERBINCANGAN:
1. Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.

SOALAN STPM SEBENAR:


2. Bincangkan faktor kemunculan Portugal sebagai kuasa
maritim pada abad ke-15 dan abad ke-16 Masihi. (2014/U
2013)
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.
PENGENALAN (CALON):
Masyarakat maritim ialah masyarakat yang ekonominya berasaskan aktiviti laut.
Masyarakat ini mahir dalam ilmu kelautan. Masyarakat maritim juga mahir dalam pembuatan
kapal dan pelayaran. Persoalannya, apakah ciri-ciri masyarakat maritim yang diamalkan di
Portugal, pada abad ke-16 dan 17 masihi?

Cara penulisan respon soalan yang TIDAK TEPAT.


Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.
PENGENALAN (CALON):
Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang melakukan aktiviti berasaskan laut.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah, menangkap ikan, dan mengumpul hasil laut. Masyarakat
maritim telah wujud di Portugal pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi.

Tidak ada respon soalan.


Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.
PENGENALAN (CALON):
Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang tinggal di pesisiran laut. Mereka
mencari nafkah dengan menjual hasil laut dan selebihnya akan dijadikan makanan. Sebagai
contohnya tiram, ikan dan sotong. Jelaslah bahawa terdapat ciri-ciri masyarakat maritim di
Portugal pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi.

Tidak menjelaskan konsep masyarakat maritim dengan tepat.


Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.
PENGENALAN:
• Masyarakat maritim - aktiviti berasaskan laut seperti perdagangan, perikanan, pengumpulan
hasil laut, perkapalan, penerokaan dan penjelajahan.
• Masyarakatnya tinggal di pesisir pantai, lembah sungai, pelabuhan atau bandar pelabuhan.
• Portugal - paling awal memulakan aktiviti penerokaan dan penjelajahan ke dunia luar.
• Portugal muncul sebagai kuasa maritim yang unggul bermula sejak abad ke-15 dan 16
Masihi.
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.
PENGENALAN:
Masyarakat maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut seperti
perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan dan penjelajahan. Masyarakatnya
tinggal di pesisir pantai, lembah sungai, pelabuhan atau bandar pelabuhan. Masyarakat maritim menjalankan
aktiviti menangkap ikan dan mengumpul hasil laut. Masyarakat maritim terdiri daripada golongan pedagang,
nelayan, nahkoda, anak kapal dan peneroka. Portugal merupakan negara Eropah yang paling awal
memulakan aktiviti penerokaan dan penjelajahan ke dunia luar. Kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim
yang unggul bermula sejak abad ke-15 dan 16 Masihi. Oleh hal yang demikian, ciri-ciri masyarakat maritim di
Portugal dapat dilihat dengan jelas terutamanya dari aspek kegiatan ekonomi, petempatan, sifat ingin tahu
dan sebagainya.
Mempunyai fakta asas.

PERKARA Mengolah / mengupas /


YANG PERLU mentafsir fakta.
ADA PADA
ISI/FAKTA Mengandungi contoh.

Mempunyai unsur pertarikhan


(jika berkaitan) dan penegasan
isi.
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.
ISI (CALON): KEGIATAN EKONOMI
Antara ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal ialah melakukan aktiviti perdagangan. Portugal
membuat hubungan dengan negara lain untuk mendapatkan bahan-bahan yang tidak ada atau kurang di
negaranya seperti rempah-ratus, gandum dan barli. Portugal melakukan aktiviti perdagangannya dengan
negara lain di Lisbon. Perdagangan dilakukan sistem barter iaitu menukar barang secara sama rata.
Negara-negara yang melakukan perdagangan dengan negara Portugal adalah seperti Jepun. Jelaslah
bahawa aktiviti perdagangan merupakan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 dan
ke-17 masihi.
Penulisan isi / idea utama tidak tepat. Huraian tidak jelas. Kurang fakta atau contoh untuk menyokong
hujah.
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.

ISI 1: KEGIATAN EKONOMI - PERDAGANGAN


• Ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 hingga 17 Masihi ialah dalam aspek
kegiatan ekonomi - perdagangan.
• Buktinya wujudnya pelabuhan seperti Lisbon.
• Masyarakat maritim Portugal melancarkan ekspedisi ke Timur untuk menguasai
perdagangan rempah.
• Selain berdagang masyarakat maritim juga terlibat dalam aktiviti menangkap ikan,
mengumpul hasil laut dan mempunyai kemahiran membina kapal.
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.

ISI 1: KEGIATAN EKONOMI - PERDAGANGAN


Antara ciri utama masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 hingga 17 Masihi ialah dalam aspek kegiatan ekonomi.
Kegiatan ekonomi utama masyarakat maritim di Portugal ialah perdagangan. Ini dapat dibuktikan dengan wujudnya pelabuhan
seperti Lisbon. Masyarakat maritim Portugal turut melancarkan ekspedisi ke Timur untuk menguasai perdagangan rempah.
Misalnya, pada permulaan abad ke-16M, kapal-kapal Portugis telah memulakan pelayaran ke Timur Jauh (Asia Timur, Asia
Tenggara dan Asia Selatan) melalui Tanjung Pengharapan dan kembali semula dengan muatan rempah, sutera dan batu
permata yang berharga. Malahan, saudagar-saudagar Portugal telah mendirikan pangkalan perdagangan di Ceylon, Maluku,
Sumatera, dan Jawa (Kepulauan Rempah). Pada tahun 1517, pedagang Portugal telah berjaya sampai di pelabuhan Canton,
manakala pada tahun 1542, mereka berjaya sampai ke Jepun. Pedagang-pedagang Portugal turut menjalin hubungan
perdagangan dengan Brazil dan berjaya menguasai kayu-kayan, emas dan bahan pencelup. Selain berdagang masyarakat
maritim juga terlibat dalam aktiviti menangkap ikan, mengumpul hasil laut dan mempunyai kemahiran membina kapal.
Tuntasnya, kegiatan ekonomi perdagangan merupakan aktiviti ekonomi utama masyarakat maritim Portugal.
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.
ISI (CALON): PETEMPATAN
Seterusnya, petempatan yang strategik. Lazimnya masyarakat maritim tinggal di persisir
pantai, lembah sungai dan kepulauan. Kedudukan berhampiran dengan laut memudahkan
mereka untuk menjalankan aktiviti berkaitan dengan laut seperti perdagangan, perikanan
dan pengumpulan hasil laut.
Huraian tidak jelas / ringkas. Kurang fakta atau contoh untuk menyokong hujah. Tidak ada
penegasan isi.
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.
ISI (CALON): PETEMPATAN
Selain itu, petempatan juga merupakan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad
ke-16 dan abad ke-17 masihi. Masyarakatnya tinggal di kawasan lembah-lembah sungai atau
berdekatan tepi laut. Hal ini memudahkan masyarakatnya untuk melakukan aktiviti
menangkap ikan dan memungut hasil laut dan hutan. Antara hasil laut dan hutan yang ditemui
adalah seperti strawberi, rasberry dan lobak. Antara kawasan-kawasan yang mereka tinggal
adalah seperti Zeeland. Oleh itu, petempatan juga merupakan ciri-ciri masyarakat maritim di
Portugal pada abad ke-16 dan abad ke-17 masihi.
Contoh dan fakta yang tidak betul.
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.

ISI 2: PETEMPATAN
• Ciri masyarakat maritim di Portugal ialah dari aspek petempatan.
• Portugal terletak di Semenanjung Iberia yang dikelilingi Lautan Atlantik.
• Masyarakat maritim Portugal tinggal berhampiran pesisir pantai, lembah sungai dan kepulauan.
• Memudahkan masyarakat maritim Portugal menjalankan kegiatan seperti perdagangan,
menangkap ikan dan mengumpul hasil laut.
• Masyarakat maritim Portugal juga tinggal di pelabuhan yang terletak di muara sungai – Pelabuhan
Libson yang memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran.
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.

ISI 2: PETEMPATAN
Seterusnya, ciri masyarakat maritim di Portugal ialah dari aspek petempatan. Portugal terletak di
Semenanjung Iberia yang dikelilingi Lautan Atlantik. Oleh hal yang demikian Portugal mempunyai kawasan
pantai yang panjang. Masyarakat maritim Portugal pada abad ke-16 hingga 17 Masihi tinggal berhampiran
pesisir pantai, lembah sungai dan kepulauan. Petempatan mereka berhampiran dengan laut memudahkan
masyarakat maritim Portugal menjalankan kegiatan seperti perdagangan, menangkap ikan dan mengumpul
hasil laut. Masyarakat maritim Portugal juga tinggal di pelabuhan yang terletak di muara sungai. Antara
pelabuhan yang menjadi tumpuan ialah pelabuhan Libson yang memainkan peranan sebagai pusat
pengumpulan dan pengedaran barang dagangan Portugal. Jelaslah bahawa petempatan merupakan ciri
masyarakat maritim Portugal abad ke-16 hingga 17 Masihi.
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.
ISI (CALON): KEMAHIRAN MEMBINA KAPAL LAUT
Selain itu, kemahiran membina kapal laut. Masyarakat maritim terdapat golongan yang
mahir dalam pembinaan kapal laut. Mereka telah membina pelbagai jenis kapal yang sesuai
untuk digunakan untuk belayar di lautan luas. Kemajuan dalam pembinaan kapal
menyebabkan munculnya industri pembinaan kapal di Portugal.

Penulisan idea utama yang tidak lengkap. Kurang fakta atau contoh untuk menyokong
hujah. Tidak ada penegasan isi.
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.

ISI 3: TEKNOLOGI PERKAPALAN DAN PELAYARAN


• Teknologi perkapalan dan pelayaran juga merupakan ciri masyarakat maritim di Portugal.
• Masyarakat maritim Portugal mahir membina kapal jenis Caravel yang mampu belayar dalam jarak yang jauh.
• Kapal ini turut dilengkapi dengan layar yang berbentuk segi tiga dan segi empat.
• Mereka juga mahir membina kapal-kapal bersaiz besar yang dikenali sebagai Carracks.
• Masyarakat maritim di Portugal juga mempunyai kemahiran dalam teknologi pelayaran hasil penubuhan
Akademi Pelayaran di Sagres oleh Putera Henry.
• Pelayar dan pedagang Portugal juga mahir membina dan mengendalikan senapang serta Meriam bagi
menghadapi ancaman lanun dan musuh-musuh di lautan.
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.
ISI 3: TEKNOLOGI PERKAPALAN DAN PELAYARAN
Teknologi perkapalan dan pelayaran juga merupakan ciri masyarakat maritim di Portugal. Masyarakat maritim Portugal
mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal jenis Caravel yang mampu belayar dalam jarak yang jauh walaupun mempunyai
beratnya lebih kurang 2000 tan. Kapal ini turut dilengkapi dengan layar yang berbentuk segi tiga dan segi empat. Mereka juga mahir
membina kapal-kapal bersaiz besar yang dikenali sebagai Carracks yang mampu membawa muatan dengan lebih banyak.
Masyarakat maritim di Portugal juga mempunyai kemahiran dalam teknologi pelayaran. Ini kerana hasil penubuhan Akademi
Pelayaran di Sagres oleh Putera Henry. Akademi ini turut terlibat dalam penciptaan peralatan bagi memudahkan pelayaran seperti
kompas magnetik, astrolab (alat yg digunakan oleh ahli astronomi zmn pertengahan utk mengukur altitud bintang, matahari dsbnya
serta sbg alat bantu pandu arah dlm pelayaran ) untuk menentukan longitud dan carta pelayaran. Pelayar dan pedagang Portugal
juga mahir membina dan mengendalikan senapang serta meriam bagi menghadapi ancaman lanun dan musuh-musuh di lautan,
membolehkan mereka belayar di lautan yang luas dengan selamat. Pendek kata kemahiran dalam teknologi perkapalan dan
pelayaran serta kewujudan akademi pelayaran membolehkan masyarakat maritim Portugal terdedah kepada ilmu nautika yang
menjadi ciri utama masyarakat maritim di negara tersebut.
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.
ISI (CALON): PENEROKAAN DAN PENJELAJAHAN
Lain daripada itu, masyarakat yang melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan juga merupakan ciri dari
masyarakat maritim di Portugal. Hal ini kerana, mereka ingin mencari pasaran bagi barangan keluaran mereka
dan bahan mentah yang hanya didapati di luar Portugal. Contohnya, masyarakat Portugal mendagangkan kain
keluaran mereka dan sebagainya. Namun, menjelang abad ke-16 Portugal sudah melakukan dasar
Imperialisme. Buktinya, kerajaan Melayu Melaka telah diserang oleh Portugis pada abad ke-16. tegasnya, ciri
masyarakat maritim di Portugal termasuklah melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan.

Penulisan idea utama yang tidak lengkap. Kurang fakta atau contoh untuk menyokong hujah. Tidak ada
penegasan isi.
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.

ISI 4: PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN


• Selain daripada itu, ciri masyarakat maritim di Portugal - aspek penjelajahan dan penerokaan.
• Mereka menjadi perintis dalam bidang penjelajahan dan penerokaan.
• Menjelang abad ke-15 dan 16M, mereka telah melancarkan ekspedisi meneroka jalan laut ke Timur.
• Contohnya; 1487, Bartholomew Diaz telah belayar hingga ke Tanjung Pengharapan, manakala pada tahun
1497, Vasco da Gama berjaya mengelilingi benua Afrika dan sampai ke India.
• Aktiviti penjelajahan dan penerokaan juga menjadikan tanah jajahan Portugal semakin luas terutama di
sebelah Timur.
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.
ISI 4: PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN
Selain daripada itu, ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 hingga 17 Masihi boleh dilihat dalam aspek
penjelajahan dan penerokaan. Mereka menjadi perintis dalam bidang penjelajahan dan penerokaan terutamanya dalam
pelayaran jarak jauh. Ini membuka peluang perdagangan masyarakat maritim Portugal dengan kawasan di luar Eropah.
Menjelang abad ke-15 dan 16M, mereka telah melancarkan ekspedisi meneroka jalan laut ke Timur. Misalnya, pada tahun
1487, Bartholomew Diaz telah belayar hingga ke Tanjung Pengharapan, manakala pada tahun 1497, Vasco da Gama
berjaya mengelilingi benua Afrika dan sampai ke India. Tahun 1503, Cochin di India ditawan dan dijadikan sebagai pusat
pentadbiran Portugal di Timur. Seterusnya, pada tahun 1511, Portugis berjaya menawan Melaka. Aktiviti penjelajahan dan
penerokaan masyarakat maritim Portugal bukan sahaja meningkatkan perdagangan, malahan ia juga menjadikan tanah
jajahan Portugal semakin luas terutama di sebelah Timur. Jelaslah, kejayaan Portugal dalam aktiviti penjelajahan dan
penerokaan menjadi inspirasi kepada bangsa-bangsa Eropah yang lain seperti Sepanyol, Belanda, British dan Perancis
untuk melakukan aktiviti pelayaran ke Timur dan dunia baharu.
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.
ISI (CALON): SIFAT INGIN TAHU YANG TINGGI
Masyarakat maritim Portugal juga mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Pelayar-
pelayar dari Portugal berjaya untuk belayar ke serata tempat seperti Bartholomew Diaz yang
telah belayar sehingga tanjung Harapan. Masyarakat ini juga mempunyai sifat keberanian
yang tinggi sehingga berani untuk menghadapi pelbagai cabaran ketika belayar di lautan
yang luas.
Huraian yang pendek dan tidak dapat menjelaskan idea utama. Dalam 1 perenggan ada 2
idea utama. Tiada penegasan isi.
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.

ISI 5: MEMILIKI SIFAT INGIN TAHU


• Ciri masyarakat maritim Portugal yang seterusnya ialah mereka memiliki sifat ingin tahu.
• Ini menyebabkan mereka mahu mengetahui adat resam, budaya dan sejarah masyarakat lain.
• Ia juga mendorong mereka untuk mengkaji bentuk muka bumi, iklim dan cuaca di sesuatu
tempat. Kesannya, masyarakat maritim di Portugal terbuka untuk menerima idea teknologi
baharu.
• Contoh - mereka berjaya mempelajari ilmu teknologi daripada bangsa Arab dan Cina
terutamanya yang berkaitan dengan ilmu pelayaran dan senjata api.
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.

ISI 5: MEMILIKI SIFAT INGIN TAHU


Ciri masyarakat maritim Portugal yang seterusnya ialah mereka memiliki sifat ingin tahu
yang kuat. Sifat ingin tahu ini menyebabkan mereka mahu mengetahui adat resam, budaya
dan sejarah masyarakat lain. Semangat ingin tahu ini juga mendorong mereka untuk mengkaji
bentuk muka bumi, iklim dan cuaca di sesuatu tempat. Kesannya, masyarakat maritim di
Portugal terbuka untuk menerima idea teknologi yang mereka perolehi di sesuatu tempat.
Misalnya, mereka berjaya mempelajari ilmu teknologi daripada bangsa Arab dan Cina
terutamanya yang berkaitan dengan ilmu pelayaran dan senjata api. Tuntasnya, sifat ingin tahu
juga merupakan ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad k-16 hingga 17 Masihi.
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.
ISI (CALON): KEBERANIAN
Antara ciri-ciri masyarakat maritim yang diamalkan di Portugal pada abad ke-16 dan abad ke-17
masihi ialah masyarakat ini mempunyai keberanian. Hal ini demikian kerana masyarakat maritim
mengambil risiko yang besar untuk belayar ke laut yang sangat bahaya demi mendapatkan hasil-hasil laut
supaya mereka boleh meneruskan kehidupan mereka. Masyarakat maritim merentas lautan di kawasan
yang jauh untuk menjalankan aktiviti perdagangan. Masyarakat maritim dapat memajukan kehidupan
mereka dalam aktiviti perikanan kerana boleh membuat pasaran dengan hasil mereka. Jelaslah bahawa,
masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 dan abad ke-17 masihi mempunyai keberanian
Huraian tidak dapat menjelaskan idea utama. Tiada contoh yang releven. Bahasa penulisan juga tidak
sesuai dengan penulisan esei Sejarah.
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.

ISI 6: MEMILIKI SIFAT BERANI


• Memiliki sifat berani juga merupakan ciri masyarakat maritim Portugal.
• Masyarakat maritim Portugal berani menghadapi cabaran - mereka mempunyai
kemampuan untuk menghadapi pelbagai cabaran terutamanya ketika belayar di lautan
luas.
• Contohnya, Ferdinand Magellan yang telah melancarkan ekspedisi ke Timur pada tahun
1519.
• Dalam ekspedisi tersebut, beliau menghadapi masalah kekurangan makanan dan
kerosakan kapal.
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.

ISI 6: MEMILIKI SIFAT BERANI


Akhir sekali, memiliki sifat berani juga merupakan ciri masyarakat maritim Portugal. Masyarakat
maritim Portugal berani menghadapi cabaran. Oleh hal yang demikian mereka mempunyai
kemampuan untuk menghadapi pelbagai cabaran terutamanya ketika belayar di lautan luas.
Contohnya, Ferdinand Magellan yang telah melancarkan ekspedisi ke Timur pada tahun 1519. Dalam
ekspedisi tersebut, beliau menghadapi masalah kekurangan makanan dan kerosakan kapal. Namun
demikian, Ferdinand Magellan telah meneruskan pelayaran walaupun beliau didesak oleh anak-anak
kapal untuk berpatah balik. Tegasnya, pengalaman yang diperoleh masyarakat maritim Portugal ketika
berada di lautan menjadikan mereka bangsa yang berani menghadapi cabaran sehingga berjaya
menjelajah ke kawasan baharu.
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.
ISI (CALON):
Akhir sekali, bank kewangan telah ditubuhkan di Portugal pada masa itu oleh masyarakat
maritim bagi memudahkan urusan-urusan kewangan dengan negara-negara lain. Seperti contoh,
bank kewangan menyediakan “cheque” yang merupakan sehelai kertas dan nilai mata
terkandung dalamnya, ini memudahkan pelayar-pelayar agar mereka tidak perlu membawa duit
dalam jumlah yang banyak kerana risiko kehilangan dan juga berat. Tambahan pula, insurans
keselamatan dijamin kepada pelayar-pelayar sekiranya mereka ancaman daripada lanun yang
sentiasa merompak kapal-kapal dagang kerana terdapat hasil barangan dan duit.
Isi / idea utama tidak sesuai dengan kehendak soalan. Kelemahan bahasa dalam menulis esei.
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.
ISI (CALON):
Antara ciri yang diamalkan ialah masyarakat maritim menjalankan kegiatan pertanian.
Kegiatan pertanian adalah sumber utama mereka bagi memperolehi keuntungan dan
bekalan makanan. Contoh tanaman yang ditanam adalah hemp, biji kohl, gandum, barli dan
oat. Bagi mendapatkan keuntungan petani membayar cukai kepada kerajaan Portugal.

Isi / idea utama tidak sesuai dengan kehendak soalan. Kelemahan bahasa dalam menulis
esei.
Ia merupakan rumusan yang konkrit berkaitan
dengan fakta-fakta atau isi-isi yang dikemukakan.

Ia juga merupakan kefahaman calon berkaitan


soalan atau tajuk yang dijawab.

APAKAH YANG Dalam membuat kesimpulan calon dikehendaki


memberi pandangan berdasarkan isi-isi atau fakta-
ANDA FAHAM fakta.
DENGAN Perlu diingat calon TIDAK PERLU membuat
PENUTUP / kesimpulan terlalu panjang kerana ia membuang
KESIMPULAN: masa.

Sebaiknya kesimpulan dalam satu perenggan sahaja


(3-4 ayat).
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.
KESIMPULAN (CALON):
kesimpulannya, masyarakat maritim di Portugal merupakan masyarakat yang mahir
dalam aktiviti berasaskan laut dan pembuatan kapal. Mereka juga telah meluaskan
pengetahuan mereka dan menyebarkannya serta menarik minat generasi muda.

Tidak dapat merumuskan huraian / isi. Tidak ada penjelasan yang jitu mengenai apa yang
berlaku selepas itu di Portugal.
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.
KESIMPULAN (CALON):
kesimpulannya, masyarakat maritim sangat berteraskan kegiatan perdagangan. Hal ini
telah membawa kepada perluasan pengaruh diplomatik negara Portugal dan juga
pembinaan terusan suez. Portugal muncul sebagai kuasa-kuasa perdagangan yang penting
menjelang abad ke-17 Masihi.

Tidak dapat merumuskan huraian / isi. Fakta yang salah.


Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.

KESIMPULAN:
• Ciri utama masyarakat maritim Portugal pada abad ke-16 hingga 17 Masihi
dapat dilihat dari aspek kegiatan ekonomi - perdagangan.
• Manakala ciri-ciri lain seperti kemahiran dalam teknologi perkapalan dan
pelayaran.
• Portugal berjaya meluaskan jajahan takluk mereka.
• Sebagai inspirasi kepada kuasa Barat lain.
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada
abad ke-16 hingga 17 Masihi.

KESIMPULAN:
Kesimpulannya, ciri utama masyarakat maritim Portugal pada abad ke-16 hingga 17
Masihi dapat dilihat dari aspek kegiatan ekonomi yang mereka jalankan iaitu perdagangan.
Manakala ciri-ciri lain seperti kemahiran dalam teknologi perkapalan dan pelayaran
membolehkan Portugal menjadi kuasa maritim yang hebat menjelang abad ke-17 Masihi.
Keadaan ini telah mendorong Portugal berjaya meluaskan jajahan takluk mereka. Ia juga
memberi inspirasi kepada kuasa Barat lain untuk mengikuti jejak langkah Portugal untuk
meneroka dan menjelajah di luar Eropah.
RANGKA JAWAPAN
Bincangkan faktor kemunculan Portugal sebagai kuasa Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal
maritim pada abad ke-15 dan abad ke-16 Masihi pada abad ke-16 hingga 17 Masihi.
A. Pengenalan – maksud masyarakat maritim & latar belakang A.Pengenalan : maksud masyarakat maritim, latar
masyarakat maritim di Portugal. belakang masyarakat maritim di Portugal & respon
B. Isi: soalan.
1. Perkembangan ekonomi kapitalisme dan merkantilisme B.Isi:
2. Peranan Putera Henry 1. Kegiatan ekonomi - perdagangan
3. Memecahkan monopoli perdagangan oleh saudagar 2. Petempatan
Itali dan Islam 3. Teknologi perkapalan dan pelayaran
4. Menyebarkan agama Kristian 4. Penjelajahan dan penerokaan
5. Pengaruh renisans 5. Memiliki sifat ingin tahu
6. Perlumbaan dengan negara-negara bangsa
6. Memiliki sifat berani
7. Kemajuan dalam teknologi pelayaran
C. Kesimpulan : Rumusan – penekanan terhadap
8. Perang Salib
9. Pengetahuan mengenai dunia luar kegiatan ekonomi (perdagangan) sebagai ciri utama
C. Kesimpulan – kesan kemunculan Portugal sebagai kuasa masyarakat maritim di Portugal. Portugal menjadi
maritim bukan sahaja di Eropah tapi seluruh dunia. negara imperialis.
SEKIAN…

BONNE
GOOD LUCK BOA SORTE
CHANCE

Anda mungkin juga menyukai