Anda di halaman 1dari 17

BAB 2: HUBUNGAN

DIPLOMATIK
Pengenalan
• Terdapat 3 pendekatan dalam membentuk
hubungan antarabangsa atau hubungan
diplomatik
– Hubungan tradisional
– Hubungan perlakuan
– Hubungan alternatif
Hubungan Tradisional
• Satu bentuk hubungan tradisi merentasi
masa iaitu satu bentuk hubungan
diplomasi yang telah sedia ada terjalin
Hubungan Perlakuan
• Satu bentuk hubungan yang dijalin atas
sebab-sebab ekonomi, sosiologi, sains
politik dan psikologi
Hubungan Alternatif
• Terbentuk atas sebab alternatif yang
terdapat beberapa faktor yang mendorong
sesuatu negara yang mengadakan
hubungan diplomatik termasuk untuk
mewujudkan kerjasama dan usahasama
dalam sesuatu dasar, konsep atau objektif
yang ingin dicapai bersama
2.1 DASAR LUAR NEGARA
Definisi
• Bermaksud matlamat, rancangan dan
tindakan yang dijalankan oleh sesebuah
negara dalam usaha untuk berhubung
dengan sesuatu negara yang lain
• Hanya mementingkan aspek tindakan
yang diambil oleh sesebuah negara bagi
mempengaruhi keadaan-keadaan yang
berada di luar bidang kuasanya
Hubungan Diplomatik
• Definisi:- Merujuk kepada hubungan atau interaksi
yang melampaui sempadan negara
• Melibatkan hubungan antara negara dengan
negara (kerajaan dengan kerajaan)
• Hubungan yang turut melibatkan entiti-entiti yng
terdiri daripada organisasi dan institusi
antarabangsa, syarikat-syarikat multinasional dan
individu-individu.
Pengenalan
• Merupakan instrumen atau alat yang diperlukan
oleh sesebuah negara untuk berhubung dan
berinteraksi dengan sebuah negara yang lain,
baik yang berjiran dengannya atau yang berada
jauh dengannya.
• Mengutamakan dan bertujuan untuk menjaga
kepentingan negara, keamanan, keselamatan
dan kemakmuran penduduk walaupun boleh
berubah mengikut senario politik.
Objektif
• Melindungi kepentingan nasional dalam arena
antarabangsa sekaligus di pentas dunia
• Menjaga, mempertahankan dan memajukan
kepentingan-kepentingan Malaysia di peringkat
global
• Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan,
kedaulatan dan keselamatan negara
• Mempertahankan prinsip menghormati
kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah wilayah
melalui dasar tidak campur tangan dalam hal
ehwal dan masalah dalaman negara lain
• Menangani perkembangan dan cabaran politik,
ekonomi, keselamatan dan sosial di pentas
dunia
• Memupuk hubungan baik dan mengeratkan
kerjasama dengan negara-negara lain
• Mempertahankan pendirian dan kepentingan
negara-negara membangun di peringkat
antarabangsa
Prinsip
• Mengamalkan prinsip pendekatan berbaik-
baik dengan negara lain
– Menyelesaikan masalah melalui rundingan
– Menjalinkan hubungan diplomatik dengan
mana-mana negara yang sudi bekerjasama
dengan Malaysia
• Mengamalkan prinsip hidup bersama secara
aman dan harmoni
– Memahami dan menghormati hak kedaulatan negara
lain
– Malaysia yakin bahawa setiap rakyat di setiap negara
tahu apa yang terbaik untuk negara mereka dan lebih
memahami apa yang diperlukan
• Mengamalkan prinsip penyelesaian dan
kewujudan bersama secara aman (non-
confrontational)
– Menyelesaikan masalah antara negara lain melalui
perundingan atau meja bulat dan menolak sekeras-
kerasnya pendebatan apatah lagi secara kekerasan,
paksaan atau peperangan
– Menyelesaikan masalah dalamannya tanpa campur
tangan daripada pihak luar
2.2 Faktor Penentu Dasar Luar
• Faktor Dalaman
– Kepentingan Ekonomi
– Kepentingan Politik
– Kepentingan Keselamatan
– Demografi
– Kedudukan geostrategik dan geopolitik (Kajian
yang menganalisi geografi, sejarah serta sains sosial dengan
rujukan kepada politik antarabangsa)
• Faktor Luaran
– Menyokong piagam PBB
– Dasar Berkecuali (Tidak memihak kepada mana-mana kuasa
besar dunia)
• Faktor Kepimpinan
– Tunku Abdul Rahman
– Tun Abdul Razak
– Tun Hussein Onn
– Tun Dr Mahathir Mohamad
– Tun Abdullah Ahmad Badawi
– Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
• Faktor Sejarah dan Budaya
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai