Anda di halaman 1dari 86

ANTERIOR CRUCIATE

LIGAMENT(ACL) AVULSION
FRACTURE

OLEH :
SN FELICIA AK LIMBANG
KOLEJ KEJURURAWATAN MELAKA
27/05/2005
ANATOMI
Sendi Lutut

Sendiyang terbesar,paling kompleks dan senang


mendapat kecederaan.

Merupakan sendi diarthrosis

Antara tulang yang terlibat dalam pembentukan sendi


lutut ialah ;

Artikulasi di antara medial femoral condyle dan medial


tibial condyle

Artikulasi di antara lateral femoral condyle dan lateral


tibial condyle
Samb…
 Artikulasi di antara
patella dan
femur(sendi medial
dan lateral
tibiofemoral dan
sendi
patellofemoral)

 Pergerakan pada
sendi lutut ialah fleksi
dan ekstensi sahaja
LIGAMENT
 Extracapsular ligament ;

 Patella reticula
 Tibia collateral ligament/medial ligament
 Fibular collateral ligament
 Oblique popliteal ligament

 Intra-articular ligament ;

 Anterior dan posterior cruciate ligament


 Medial dan lateral menisci
Intra-articular ligament –
cruciate ligament
 Merupakan ligament yang kuat yang
menghubungkan tibia kepada femur dan berada
pada kapsul sendi lutut

 Anterior cruciate ligament

 melekat di bahagian anterior tibia plateau dan


memanjang dari arah ke atas dan ke
belakang lateral condyle femur.
 Berada dalam keadaan tegang apabila lutut
extensi dan kendur apabila lutut flexsi.
Samb…
 Posterior cruciate ligament

 melekat di bahagian posterior tibia di antara


condyles dan di sebelah permukaan posterior
 Melalui bahagian medial anterior cruciate
ligament.
 Perlekatan dengan licin di bahagian notch medial
condylar.
 Menjadi tegang apabila lutut flexsi.
FUNGSI FUNGSI CRUCIATE LIGAMENT
 Anterior cruciate ligament

 Menghalang femur dislokasi ke belakang.

 Menghalang tibia dislokasi ke depan dan juga


hyperextension.

 Menghadkan pegerakan extensi pada lateral


condyle femur.
Samb…
 Koyak lebih biasa daripada posterior cruciate
ligament.

 Posterior cruciate ligament

 Menghalang femur dislokasi ke depan.

 Menghalang tibia dislokasi ke belakang dan juga


hyperflexion
OTOT-OTOT,PERLEKATAN DAN
BEKALAN DARAH
Otot Hamstring
1. Biceps femoris
o Origin – long head- ischial tuberosity
- short head- linea aspera femur
o Insertion – kepala fibula dan lateral condyle
tibia
o Innervertion – long head – saraf tibia
- short head – saraf peroneal
Samb…
2.Semitendinosus
o Origin – ischial tuberosity
o Insertion – permukaan medial pada proximal

tibia
o Innervertion – saraf tibia

3. Semimembranosus
o Origin – ischial tuberosity
o Insertion – medial condyle tibia
o Innervertion – saraf tibia
SAMB…
Gracilis

o Origin – badan dan inferior ramus pubis


o Insertion – permukaan medial pada
proximal tibia
o Innervertion – saraf obturator

Sartorius

o Origin – anterior superior iliac supine


o Insertion – permukaan medial pada
proximal tibia
o Innervertion – saraf femoral
Samb…
Popliteus

o Origin – lateral condyle femur


o Insertion – permukaan posterior tibia
o Innervertion – Saraf tibial
SAMB…
Otot Quadriceps
1. Rectus femoris
o Origin – anterior superior iliac spine
o Insertion – dari patella tendon ke tibial
tuberosity
o Innervertion – femoral nerve

2. Vastus lateralis
o Origin – greater trochanter dan linea aspera
femur
o Insertion – dari patella tendon ke tibial
tuberosity
o Innervertion – femoral nerve
Samb…
3.Vastus intermedius
o Origin – anterior femur
o Insertion – dari patella tendon ke tibial
tuberosity
o Innervertion – femoral nerve

4. Vastus medialis
o Origin – linea aspera femur
o Insertion – dari patella tendon ke tibial
tuberosity
o Innervertion – femoral nerve
PERLEKATAN OTOT PADA SENDI LUTUT
LALUAN ARTERI DI SENDI LUTUT
LALUAN VENA DI SENDI LUTUT
SEJARAH KEMASUKAN
♦ Pada 25/02/05 pesakit telah mengalami kemalangan
ketika balik dari kerja malam.Orang yang lalu lalang
telah membawa pesakit ke bahagian kecemasan di
hospital Melaka.Pesakit telah dimasukkan ke wad D1
kerana di diagnoskan mengalami fraktur avulsion pada
anterior cruciate ligament.

♦ Lutut kanan pesakit telah di aspirate kerana


kebengkakan berlaku dan sebanyak 150 cc darah telah
dikeluarkan.Selepas itu pesakit dipasang “above knee
back slab” sehingga bengkak surut sebelum dipasang
“above knee POP”.
Samb…
♦ Pada 03/03/05 pesakit telah menjalani pembedahan “lag
screw” dan telah berjaya tanpa sebarang
komplikasi.Pesakit balik dari dewan bedah dengan “back
slab” sebelum ditukar pada “cylinder cast” pada hari
ketiga selepas pembedahan.

♦ Pada 06/03/05 pesakit dibenarkan discaj kerana keadaan


fizikal dan mental pesakit yang memuaskan.Pendidikan
kesihatan mengenai penjagaan POP telah diberikan dan
pesakit faham dan akan menjaga POP supaya tiada
berlaku perkara yang serius pada POP nya.

♦ Tarikh temujanji ialah pada dua minggu selepas itu iaitu


pada 29/03/05 di klinik orthopedic.
SEJARAH SOSIAL

Pesakit tinggal bersama dengan keluarganya di


Lorong Banda Kaba.Merupakan anak ketiga dari lima
adik beradik pesakit belum berkahwin dan kerja di
kilang sebagai operator kilang
Berumur 27 tahun pesakit suka bermain catur dengan
saudara- maranya semasa ada kelapangan.
Merupakan seorang anak yang baik dan taat pada ibu
bapa dan akan berkahwin pada tahun depan dengan
gadis pilihannya sendiri.
Samb…
Pesakit tidak merokok dan minum minuman
keras cuma pada hari kebesaran sahaja pesakit
akan minum.
Tidak suka keluar berhibur kerana pesakit
tidak mempunyai ramai kawan dan hanya
duduk di rumah sekiranya cuti.
Pesakit suka bercucuk tanam dan di rumahnya
ada kebun sayur nya sndiri dan hasil tanaman
tersebut akan di jual di pasar borong.
LITERATURE REVIEW

Ligamentous injuries to the knee are among


the most serious of all knee disorders so early
diagnosis of the injury is mandatory.(Lonnie R.
Mercier Practical Orthopaedics Fourth
Edition)

Avulsion Fracture may be produced by a


sudden muscle contraction – the muscle
pulling off the portion of the bone to which it
is attached.(Dandy J.D Essential
Orthopaedics and Trauma)
Samb…
Most patient’s with Anterior Cruciate Ligament
do well with activities of daily living even after
follow – up in the range of 5 to 15 years.
( Donald C.Fithian,The Clinics of North
America No.4,Oct 2002)

Most ligament injuries occur while the knee is


bent,relaxing the capsule and ligaments,and
permitting rotation.A wide variety of complex
injuries may occur.( O’Donoghue,1973;
Hughston,1976)
KLINIKAL MANIFESTASI
Kesakitan – simtom yang biasa berlaku apabila ada
kecederaan pada lutut.Ianya terjadi samada secara
inflammasi atau perubahan degeneratif tetapi
sekiranya terjadi akibat dari gangguan mekanikal
pesakit dapat menunjukkan di mana lokasi kesakitan
tersebut.

Kekejangan – juga merupakan simtom yang biasa


kerana apabila ada kepatahan berlaku tisu tisu yang
berada di situ akan bertindak terhadap keadaan
kepatahan tersebut ini akan menyebabkan otot otot
akan menjadi kejang.
Samb…
Kebengkakan – selalunya berlaku selepas beberapa
jam kemalangan terjadi.Deformiti juga akan kelihatan
pada tempat kebengkakan tersebut.Bengkak ini akan
merebak dengan luas pada bahagian suprapatellar dan
apabila di palpate rasa seperti ‘doughy’ akan dirasai
kerana berlaku haemarthrosisPemeriksaan haruslah
dilakukan dengan teliti dan berhati hati untuk
mengesan sebarang tanda kecederaan pada vascular
atau neurological.
Samb…

Locking – Pesakit selalunya menghuraikan keadaan


ini seperti pergerakan yang terhad sama sekali.Tetapi
bagi pakar orthopaedic keadaan ini hanyalah
kehilangan fungsi extensi sahaja.

‘Giving Way’ – merupakan gangguan mekanikal


walaupun ia nya boleh disebabkan oleh kelemahan
otot-otot.Sekiranya terdapat ketidakstabilan yang
begitu serius kemungkinan sendi patellofemoral dan
dislokasi patellar disyaki berlaku.
RAWATAN DI ACCIDENT
AND EMERGENCY

X – ray antero-posterior dan lateral


bahagian lutut kanan

Berpuasa

Intravena drip 5 pint Normal Saline


Samb…
Flavine dressing pada luka abrasi di badan
pesakit

Intramuskular Voltaren 75 mg stat

Toilet Debridement and suturing pada luka


laserasi di kaki kanan under local
anaesthesia.
Samb…

POST OPERATIF ORDER


• Allow orally
• IM Voltaren 50 mg TDS
• Full Blood Count di wad
stat.Transfusi darah jika kurang dari
10g/dl
• IV Zinacef 750 mg TDS
Samb…

• Wound Inspection pada hari ke-2


• Check x-ray lutut kanan AP dan
Lateral
• STO pada hari ke-14
• Tukar backslab kepada cylinder cast
selepas wound inspection
• Redivac botol akan dicabut pada hari
ke-2 selepas pembedahan
MASALAH KEJURURAWATAN
SEBELUM PEMBEDAHAN
25/02/05 @ 0900 am

MASALAH KEJURURAWATAN (1)


Kesakitan berkaitan dengan luka dan kepatahan pada kaki.

OBJEKTIF
Kesakitan dapat dikurangkan pada tahap minima.

INTERVENSI

Nilai tahap kesakitan pesakit dengan


menggunakan “pain score chart” supaya
tindakan perawatan yang berkesan dapat
dilakukan
Samb…
Immobilisasikan kaki pesakit dengan bantal
untuk mengelakkan daripada pergerakan
dan mengekalkan alignmen tulang.
Berikan ubatan dari kumpulan analgesic
seperti yang diarahkan oleh doctor untuk
mengurangkan kesakitan contohnya IM
Voltaren 50 mg setiap 8 jam
Rancangkan jagaan perawatan dalam satu
masa seperti menukar cadar dan mandi lap
untuk mengelakkan banyak gangguan dan
pesakit dapat berehat.
SAMB…
Lakukan setiap prosedur perawatan dengan
lemah-lembut dan berhati-hati serta
kekalkan kedudukan pesakit dalam posisi
yang selesa kerana ini dapat mengurangkan
kesakitan.

Lapor kepada doctor sekiranya pesakit


masih mengadu kesakitan supaya rawatan
selanjutnya dapat dilakukan.
Samb…

Lakukan penilaian semula tahap kesakitan


pesakit untuk menilai samada semakin
kurang atau bertambah teruk.

PENILAIAN SEMULA - 27/O2/O5 @ 09OO


am
Pesakit memberitahu bahawa kesakitan dapat
dikurangkan.
MASALAH KEJURURAWATAN (2)
Gangguan mobiliti berkaitan dengan
pemasangan POP
27/02/05 @ 0900 am

OBJEKTIF
Pesakit boleh bergerak dengan menggunakan alat
bantuan berjalan seperti kerusi roda dan
tongkat.

INTERVENSI

Ases keadaan fizikal pesakit untuk menentukan


kemampuan bergerak.Ini untuk merancang kaedah
alat bantuan berjalan yang bersesuaian.
SAMB…
Ajar pesakit melakukan senaman yang menguatkan otot
dan mengekalkan “range of motion” sendinya.Ini untuk
mengekalkan fungsi sendi semasa mobiliti.

Ajar pesakit cara melakukan “Static Quadriceps


Exercises” setiap 10 kali/jam masa terjaga pada kaki
yang dipasang POP untuk mengekalkan tonus otot malah
dapat mengekalkan kekuatan kaki untuk
mengangkatnya semasa berjalan.

Ajar pesakit menggunakan trapeze untuk mengangkat


badan dan juga melakukan senaman pada tangan untuk
persediaan berjalan dengan tongkat.

Bantu pesakit semasa hendak turun dari katil ke kerusi


agar pesakit berani untuk berdiri dengan sebelah kaki.
Samb…
Ajar pesakit menyeimbangkan badan semasa berdiri
dengan sebelah kaki untuk persediaan berjalan dengan
tongkat atau walking frame.

Beri motivasi verbal apabila pesakit mampu bergerak


dengan menggunakan tongkat/walking frame untuk
meningkatkan “self esteem” dan “self worth” pesakit.

Lakukan penilaian semula samada pesakit dapat bergerak


menggunakan alat bantuan bergerak.

PENILAIAN SEMULA – 28/02/05 @ 0900 am


Pesakit boleh bergerak dengan baik menggunakan non-weight
cruthes
MASALAH KEJURURAWATAN (3)
Potensi berlaku plaster sore
berkaitan dengan pemasangan POP kas.
27/02/05 @ 0900 am

OBJEKTIF
Pesakit menunjukkan tanda-tanda kulit yang bebas
dari plaster sore seperti tiada aduan dan suhu
yang normal.

INTERVENSI

Lakukan penilaian terhadap kulit sebelum pemasangan


POP untuk mengesan sebarang luka abrasi,laserasi
atau lebam-lebam .Ini untuk membuka “window” kelak
supaya integriti kulit dapat dijaga.
Samb…
Lakukan teknik pemasangan POP kas dengan betul
seperi guna orthoban untuk melindungi kulit dan letak
pad pada bahagian yang senang kena tekanan seperti
tibial tuberosity,patella,kepala fibula dan bahagian
malleolus.
Jangan pegang POP kas yang masih basah dengan
jejari tetapi ampu dengan tapak tangan untuk
mengelakkan lekukan pada permukaan POP
kas.Lekukan ini akan menekan pada kulit setempat
dan menjejaskan perfusi tisu hingga akhirnya menjadi
iskemia dan nekrosis yang boleh menyebabkan plaster
sore terjadi.
Tinggikan kaki yang dipasang POP dengan bantal
untuk mengelakkan kejadian edema pada anggota
distal.Ini dapat menggalakkan pengembalian vena
pada kaki dan mengurangkan edema.
SAMB…
.
 Perhatikan tanda-tanda pada plaster sore
seperti aduan pesakit di tempat tekanan di
tibial tuberosity,condylar,kepala fibula dan
malleulos,tanda-tanda discaj kelihatan di
permukaan POP kas,rasa suam pada bahagian
discaj,aduan kegatalan setempat dan berbau
busuk dari POP.

Lakukan tindakan dengan segera apabila


terdapat tanda-tanda plaster sore dengan
memberitahu doctor dan lakukan “bivalve”
atau POP “window” untuk menilai keadaan
kulit.
SAMB…
Berikan pendidikan kesihatan kepada pesakit mengenai
penjagaan integriti kulit di dalam POP kas ;
jangan basahkan plaster kas kerana kulit di dalam akan
menjadi lembut dan mudah pecah
elak menggunakan benda yang tajam untuk menggaru
kulit dalam kas kerana boleh menyebabkan kecederaan
kulit.
Jangan memasukkan objek keras seperti manik atau
duit syiling ke dalam kas.Ini menyebabkan tekanan
setempat kulit dan boleh menyebabkan plaster sore.
Elak menarik keluar orthoban daripada kas yang
merupakan pelindung kulit dari geselan pada kas.
Nasihatkan pesakit berjumpa dengan doctor segera jika
terdapat tanda-tanda plaster sore supaya tindakan
segera dapat dilakukan.
Samb…
Pastikan hujung plaster kas tidak tajam yang boleh
mencederakan kulit di sekelilingnya.
Lakukan penilaian semula terhadap pesakit dan juga
POP samada terdapat tanda-tanda plaster sore atau
tiada.

PENILAIAN SEMULA - 01/03/05 @ 0900 am


Tiada sebarang tanda plaster sore dan POP kas dalam
keadaan yang baik iaitu tiada tanda-tanda lekukan dan
kas tidak lembut.
MASALAH KEJURURAWATAN (4)
Potensi mendapat gangguan fungsi
neurovascular berkaitan dengan
pemasangan POP kas.
27/02/05 @ 0900 am

OBJEKTIF
Status neurovascular berfungsi secara normal dan
tiada gangguan.

INTERVENSI

Lakukan penilaian ke atas kaki yang akan dipasang


POP untuk menentukan tiada gangguan pengaliran
darah dan fungsi saraf.

.
Samb…

Tinggikan kaki pesakit dengan mengunakan


bantal untuk mengurangkan bengkak dan
menggalakkan pengaliran darah vena ke
badan.
Galakkan pesakit melakukan senaman ringan
seperti mengerakkan jari-jari kaki,senaman
“ankle pumping” dorsifleks dan ekstensi untuk
pengaliran venous.
Lakukan pemerhatian dan rekod status
neurovascular pada anggota distal yang
terlibat dan bandingkan pada anggota baik
untuk melihat sebarang perubahan seperti;
Samb…
.
 Warna – pink – menunjukkan tiada sebarang sekatan pada
arteri ,manakala pucat menunjukkan terdapat kesekatan arterial
dan sekiranya cynos mungkin terdapat “venous congestion”
 Suhu kulit – rasai bahagian dorsal jari samada suam atau sejuk
untuk menunjukkan pengaliran darah adalah baik pada distal
atau pun ada kesekatan pada arterial.
 Kapilari refill – lakukan “blanching test” dengan memicit pada
hujung kuku dan lepaskan kembali sekiranya kurang dari 2 saat
menunjukkan tiada sekatan pada arterial dan jika lebih terdapat
gangguan dalam pengaliran arterial ke distal anggota.
 Sensasi – untuk menilai status saraf sensori dengan menyentuh
setiap jari dan tanya kepada pesakit samada ada rasa atau
tidak.Jika ada rasa kebas ini menunjukkan terdapat tekanan
pada saraf sensori.
 Pergerakan – suruh pesakit mengerakkan jari kakinya seperti
fleksi,ekstensi,adduksi dan abduksi untuk menilai saraf peroneal
Samb…
Beritahu doctor dengan segera sekiranya ada tanda-
tanda seperti di atas supaya bivalve boleh dilakukan
dengan segera untuk melegakan tekanan pada salur
darah atau saraf.

Dengar aduan pesakit seperti sakit yang amat


sangat,bengkak atau rasa POP ketat serta ambil
tindakan segera ke atas aduan pesakit.

Lakukan penilaian semula ke atas status neurovascular


pesakit untuk menentukan tiada gangguan pengaliran
darah dan saraf dapat berfungsi dengan normal.

PENILAIAN SEMULA – 01/03/05 @ 0900 am


Status neurovascular anggota yang dipasang POP tiada
perubahan dan dalam keadaan normal.
MASALAH KEJURURAWATAN (5)
Kebimbangan berkaitan dengan kurang
pengetahuan mengenai pembedahan.
02/03/05 @ 0900 am

OBJEKTIF
Pesakit menyuarakan tentang kefahaman beliau mengenai
prosedur pembedahan serta pre,intra dan post operatif
rutin pembedahan.

INTERVENSI

Lakukan penilaian terhadap kefahaman pesakit mengenai


pembedahan supaya tindakan perancangan yang berkesan
dapat dilakukan.

.
Samb…
Beri peluang kepada pesakit untuk menanyakan
soalan-soalan mengenai pembedahan yang bakal
dijalankan.
Beritahu pesakit mengenai prosedur pre operatif
contohnya :
Puasa – melalui mulut mulai dari 12 mn untuk
mengelakkan rangsangan sekresi asid gastric.
Pencukuran bulu roma dan persediaan kulit steril untuk
mengurangkan mikro-organisma dan mengelakkan infeksi
semasa pembedahan.
Sekiranya ada gigi palsu,kanta mata,cermin mata,barang-
barang kemas atau prosthesis hendaklah ditanggalkan.
Sekiranya mengalami allergic pada ubat tertentu atau pun
makanan laut,hendaklah diberitahu kepada doctor supaya tidak
berlaku komplikasi seperti renjatan anafilatik semasa
pembedahan
Samb…
.
Kemungkinan premed atau sedative akan
diberikan bergantung kepada arahan dari doctor.
Consent – pesakit dan doktor hendaklah
menandatangani surat kebenaran untuk membuat
pembedahan di mana doctor akan menerangkan
prosedur pembedahan dan apa yang akan terjadi
selepas pembedahan.
Keselamatan – “Cot bed” akan digunakan selepas
pembedahan untuk mengelakkan kejatuhan
selepas anesthesia.Pesakit juga boleh
menggunakan “call light” sekiranya memerlukan
bantuan dan elakkan untuk keluar dari katil
secara bersendirian bagi mengelakkan terjatuh
dan tercedera.
Samb…
Ekspektasi semasa di dalam dewan bedah – jururawat dewan
bedah dan anesthesiologist akan berjumpa dengan pesakit
dan pesakit akan dimasukkan intravena drip dan juga
electrode monitor.
Bincang mengenai faedah ambulasi awal untuk mengelakkan
komplikasi seperti “deep vein thrombosis”,hypostatic
pneumonia,otot atrofi dan sebagainya.
Ajar dan suruh pesakit melakukan domonstrasi “deep
breathing exercises,senaman kaki seperti “static quadriceps
exercises” dan “SLR”

Pastikan doctor yang menjaga pesakit menerangkan dengan lebih


spesifik lagi mengenai pembedahan beliau.

Lakukan penilaian sekali lagi untuk menilai samada pesakit faham


atau tidak.

02/03/05 @ 1200 pm
Pesakit tidak menunjukkan kebimbangan dan faham tentang prosedur
pembedahan.
MASALAH KEJURURAWATAN
SELEPAS PEMBEDAHAN
03/03/05 @ 1600 pm

MASALAH KEJURURAWATAN (1)


Gangguan keselesaan : sakit berkaitan dengan pembedahan “lag
screw” pada kaki kanan.

OBJEKTIF
Pesakit merasa selesa dan sakit berkurangan selepas 24-48 jam.

INTERVENSI

Ases tahap kesakitan berdasarkan “pain score chart” dan


aduan pesakit supaya tindakan sewajarnya dapat dilakukan untuk
mengurangkan kesakitan yang dialaminya.
Samb…
Terangkan kepada pesakit bahawa kesakitan itu
berpunca dari tindakan tisu yang telah di insisi dan
spasma otot berlaku atau dari imobiliti yang
menyebabkan ketidakselesaan.Pesakit akan faham
mengenai kesakitan yang dialaminya.

Beri ubat analgesic yang diarahkan oleh doctor


mengikut masa yang ditetapkan untuk mengurangkan
kesakitan dan memberi keselesaan,contohnya IM
Voltaren 50 mg 8 jam x 24 jam.

Periksa luka pembedahan supaya tidak tertekan


dengan bantal atau pembalut dressing yang ketat.

Ubah posisi pesakit dengan lemah-lembut semasa


melakukan tatacara perawatan seperti menukar cadar.
SAMB…
Ajar pesakit melakukan pernafasan dalaman semasa
mengubah posisi untuk mengurangkan kesakitan.

Beri sokongan bantal yang secukupnya semasa


menukar posisi iaitu menyongkong kaki terlibat dan
belakang pesakit semasa baring ke sisi.

Elak posisi pada tempat yang ada luka pembedahan


kerana ini akan menekan kepada luka dan
menyebabkan kesakitan.
SAMB…
Lakukan penilaian semula keberkesanan
teknik mengurangkan sakit dan beritahu doctor
jika pesakit masih mengadu sakit supaya
tindakan sewajarnya dapat dilakukan.

PENILAIAN SEMULA - 05/03/05 @ 1600 pm


Pesakit kurang memberi aduan mengenai
kesakitan.
MASALAH KEJURURAWATAN (2)
Potensi pendarahan berkaitan dengan
luka pembedahan.
03/03/05 @ 0900 am

OBJEKTIF
Pesakit tiada mengalami pendarahan dari luka
pembedahan dalam masa
24 – 48 jam.

INTERVENSI

Lakukan penilaian terhadap luka pembedahan samada


terdapat hematoma ataupun pendarahan dari
bandage.
Samb…
Perhatikan dressing luka pembedahan sejurus balik
dari dewan bedah untuk mengesan
pendarahan.Sekiranya ada “reinforce”dengan gauze
yang steril dan lakukan pemerhatian setiap jam.

Periksa amoun darah yang mengalir keluar dari botol


drainage.Sekiranya melebihi 100 – 200 mls sejam
menunjukkan ada pendarahan dalaman yang aktif dan
hendaklah dilaporkan dengan doctor segera.

Monitor tanda vital setiap jam iaitu tekanan darah dan


nadi dimana sekiranya tekanan darah menurun dan
kadar nadi meningkat kemungkinan terdapat
pendarahan dalaman pada tempat insisi dan lapor
kepada doctor dengan segera.
SAMB…
Periksa sekeliling kulit luka pembedahan untuk
mengesan sebarang hematoma kerana ini
menunjukkan ada pendarahan berlaku.

Lakukan penilaian semula terhadap luka pembedahan


dan tanda vital untuk mengesan sebarang
pendarahan.

PENILAIAN – 05/03/05 @ 0900


Dressing luka pembedahan tiada kesan darah.Amoun
drainage kurang dari 200 mls dalam 24 jam.Tekanan
darah dan nadi dalam lingkungan normal iaitu 110/80 –
120/85 mmHg dan 70 – 85/minit.
MASALAH KEJURURAWATAN (3)
Potensi infeksi berkaitan dengan luka
pembedahan.
03/03/05 @ 0900 am

OBJEKTIF
Pesakit tidak mengalami manifestasi klinikal infeksi
sepanjang masa
berada di wad.

INTERVENSI

Lakukan pemerhatian terhadap luka dan kawasan


sekitarnya untuk mengesan sebarang
kemerahan,tenderness,discaj dan juga tanda infeksi
seperti demam.
Samb…
Periksa bahagian luka pembedahan sejurus selepas
balik dari dewan bedah dengan kerap untuk melihat
sebarang kesan darah pada dressing supaya dapat
“reinforce” dengan steril gauze.Ini kerana kelembapan
pada luka merupakan media yang sesuai untuk
pembiakan mikrob dan risiko infeksi pada luka.

Periksa dressing pada luka pembedahan supaya tidak


terbuka dan di plaster dengan elok.

Beri intravena antibiotic seperi mana yang diarahkan


oleh doctor mengikut masa yang ditetapkan sebagai
profilaksis untuk mencegah infeksi pada luka
pembedahan contohnya IV Zinacef 750 mg TDS
SAMB…
Lakukan dressing hanya selepas “Wound Inspection”
dengan mengamalkan prinsip aseptic mengunakan
losen antiseptic.Ini untuk mengekalkan kebersihan
luka pembedahan dari tercemar.

Periksa drainage tube supaya sentiasa berfungsi untuk


mengelak kejadian hematoma di dalam luka
pembedahan yang merupakan penghalang
penyembuhan luka malah menjadi sumber infeksi.

Periksa keadaan suture luka untuk mengesan


sebarang tanda awal infeksi seperti
kemerahan,bengkak,discaj keluar dari celah insisi
semasa dressing.Laporkan dengan segera supaya
swab culture and sensitivity dapat dilakukan.
SAMB…

Bantu pesakit dalam menjaga kebersihan diri seperti


melakukan mandi lap,menukar pakaian dan kain cadar
setiap hari sehingga pesakit mampu membantu diri
sendiri.

Nasihatkan pesakit mengambil makanan seimbang


untuk meningkatkan system imuniti dan proses
penyembuhan luka pembedahan.

Beri pendidikan kesihatan tentang penjagaan luka


pembedahan agar pesakit faham dan dapat
berkerjasama menjaga luka pembedahan supaya
dapat sembuh dengan sempurna seperti ;
Samb…
jangan basahkan dressing semasa melakukan mandi
lap.
Jangan menyentuh luka sembarangan dengan tangan
kerana boleh mendatangkan risiko infeksi.
Jangan menyapu ubat tradisional kerana bahan ini boleh
mencemarkan luka pembedahan.
Jaga kekeringan luka pembedahan sehingga jahitan
dibuka
Segera berjumpa doctor jika terdapat tanda discaj di
permukaan dressing,sakit di luka pembedahan dan
demam yang merupakan tanda infeksi pada luka.

PENILAIAN SEMULA – 06/03/05 @ 0900 am


Luka pembedahan kering dan tiada tanda – tanda infeksi
dan suhu badan pesakit afebrile.
MASALAH KEJURURAWATAN (4)
Potensi mendapat deep vein thrombosis
berkaitan dengan pembedahan.
04/03/05 @ 0900 am

OBJEKTIF
Pesakit tidak menunjukkan tanda deep vein thrombosis
sepanjang post
operatif.

INTERVENSI

 Lakukan penilaian terhadap tanda-tanda deep vein


thrombosis seperti tenderness pada vena di
betis,bengkak pada kaki dan kesakitan.
SAMB…
 Terangkan kepada pesakit deep vein thrombosis ialah
kekurangan pengaliran darah ke bahagian terlibat. Ini
boleh mengancam nyawa dan menyebabkan
kesakitan.Penerangan yang jelas boleh membantu
pesakit faham tentang keadaan tersebut dan
bahayanya.

 Terangkan kepada pesakit mengenai langkah


pencegahan deep vein thrombosis dengan melakukan
senaman kaki pada tempat terlibat.Ini memberi
kefahaman tentang kepentingan senaman sebagai
langkah pencegahan dan berkerjasama untuk
melakukan senaman kaki khususnya.
Samb…
 Beri ubat prophylaxis anti – coagulant seperti yang
diarahkan oleh doctor contohnya subcutaneous
heparin 5000 unit 8 jam sekali sehingga pesakit
ambulasi.Ini dapat mencegah pembentukan thrombus
dan deep vein thrombosis.

 Ajar pesakit cara melakukan “ankle pumping” iaitu


dorsiflex pergelangan kaki 10 kali setiap jam.Ini
mengalakkan peredaran darah dan venous serta
mencegah statis vena.

 Ajar pesakit melakukan senaman isometric pada otot


quadriceps dan hamstring untuk meningkatkan
sirkulasi darah pada kaki terlibat.
Samb…
 Lakukan “Homan sign”pada setiap syif iaitu palpate
betis kaki yang terlibat untuk merasa sebarang
tenderness; sekiranya positif pesakit akan merasa
sakit semasa dorsiflex kaki secara paksa dan betis
kelihatan bengkak.Beritahu doctor dengan segera jika
terdapat tanda positif supaya tindakan segera dapat
dilakukan.

 Elak sebarang tekanan di bahagian popliteal yang


boleh tertekan pada salur darah popliteal.

 Tinggikan kaki pesakit dengan menggunakan bantal


untuk meningkatkan sirkulasi darah dan
mengurangkan vena stasis.
SAMB…

 Memantau pesakit melakukan senaman “ankle


pumping”setiap jam secara betul.

 Monitor suhu badan pesakit setiap 4 jam kerana suhu


merupakan parameter untuk mengesan sebarang
inflamasi pada kaki.

PENILAIAN SEMULA – 06/03/05 @0900 am


Suhu badan pesakit tidak meningkat daripada paras normal
dan kaki yang terlibat tidak menunjukkan tanda Homan.
MASALAH KEJURURAWATAN (5)
Potensi mendapat thrombophlebitis
03/03/05 @0900 am

OBJEKTIF
Pesakit bebas dari mendapat thrombophlebitis.

INTERVENSI

Lakukan penilaian terhadap kulit pesakit


seperti kemerahan,kebengkakan dan
kesakitan supaya tindakan perawatan yang
berkesan dapat dirancang dengan baik.
Samb…
Kekalkan teknik aseptic yang betul semasa prosedur
seperti ;
 bersihkan tempat tersebut dengan swab antiseptic
 kekalkan sterility semasa penyediaan set,tempat
kemasukan jarum dan solution yang akan diberi.

Tukarkan tubing intravena setiap 72 jam atau jika perlu


untuk mengelakkan vena menjadi bengkak.

Perhatikan tanda-tanda phlebitis seperti


kemerahan,bengkak,kepanasan dan kesakitan
SAMB…

Hentikan dan cabut branula sekiranya


thrombophlebitis terjadi

Beritahu doctor untuk kemasukan semula


intravena.

PENILAIAN SEMULA - 04/03/05 @ 0900 am


Pesakit tiada mengalami phlebitis pada kulitnya.
UBAT – UBATAN YANG DIBERIKAN

1.ANALGESIK

Nama ubat : Tramal


Dosage : 50 mg
Cara Pemberian : Oral
Kekerapan : Tiga kali sehari
Indikasi : Sakit yang akut dan surgical
pain
Kesan Sampingan : Berpeluh,muntah,mulut
kering dan
pening kepala.
Samb…

Nama ubat : Voltaren


Dosage : 50 mg
Cara Pemberian : Intramuskular
Kekerapan : Tiga kali sehari
Indikasi : Post trauma,gout dan
Osteoarthritis
Kesan Sampingan : Peptik,ulser,vertigo dan
pening kepala
SAMB…

2.ANTIBIOTIK

Nama ubat : Cloxacillin


Dosage : 500 mg
Cara Pemberian : Oral
Kekerapan : Empat kali sehari
Indikasi : Infeksi yang disebabkan oleh
penicillin G-resistant dan
penicillin-sensitive organism
Kesan Sampingan : Allergik,glossitis,stomatitis,black
tongue,anaphylaxis dan ruam.
Samb…

Nama ubat : Zinacef


Dosage : 750 mg
Cara Pemberian : Intravena
Kekerapan : Tiga kali sehari
Indikasi : Infeksi pada sendi
Kesan Sampingan :
Hypersensitivity,pening
kepala dan muntah.
PENDIDIKAN KESIHATAN SEBELUM DISCAJ
Beritahu pesakit bahawa POP kas tersebut perlu
dipakai selama 2 minggu untuk immobilisasi kaki yang
fraktur supaya proses penyembuhan tulang tidak
terganggu.Pesakit dapat memahami kepentingan POP
kas dan bekerjasama untuk menjaganya.

Beritahu pesakit langkah – langkah yang perlu diambil


agar mengekalkan integriti POP kas supaya berfungsi
sebagai immibilisasi splint contohnya

Jangan membasahkan POP semasa mandi sebaliknya


tutup dengan plastic supaya tidak basah.Ini kerana
POP akan menjadi lembik dan mudah patah apabila
basah dan tidak dapat mengekalkan fungsi sebagai
immobilisasi dan menjejaskan penyembuhan tulang
akibat pergerakan di bahagian fraktur dan
pembentukan callus.
Samb…
Jangan ketuk permukaan POP dengan benda keras
kerana ia boleh retak dan pecah.
Jangan potong POP kerana menjejaskan prisip
immobilisasi dan berlaku pergerakan di tempat fraktur
dan sukar untuk penyembuhan tulang.
Nasihatkan pesakit berjumpa doctor jika POP
patah,longgar dan lembik supaya dapat diperbaiki.
Terangkan kepada pesakit cara mengekalkan kebersihan
POP untuk memudahkan pemerhatian pada tanda
plaster sore seperti kesan discaj di permukaan POP.

Jangan membenarkan sesiapa menconteng pada


permukaan POP dan jaga POP semasa makan supaya
tidak terkena sebarang kuah.
Samb…
Terangkan cara –cara mengekalkan integriti kulit
dalam POP kas untuk mengelak berlaku plaster sore
atau kecederaan kulit contohnya ;
Jangan menarik keluar orthoban yang bertindak
sebagai pelindung kulit dari geselan pada POP kas
dan juga melindungi kulit semasa membuka kas agar
tidak tercedera
Jangan mengaru kulit yang gatal dengan
menggunakan alat pengaru/alat yang tajam kerana ia
berisiko boleh mencederakan kulit dan infeksi boleh
berlaku.
Nasihatkan pesakit jika terasa gatal supaya berjumpa
dengan doctor untuk mendapatkan ubat menahan
gatal.
Samb…
Jangan termasuk benda asing seperti duit
syiling,manik,batu kecil ke dalm POP kerana benda asing
adalah punca plaster sore akibat tekanan berterusan
pada kulit jadi lama kelamaan kulit akan menjadi iskemia
dan akhirnya nekrosis menyebabkan plaster sore terjadi
Lap kulit di bahagian jari – jari dan tapak kaki dan sapu
losen untuk mengekalkan kelembapan.

Terangkan cara ambulasi yang betul dan selamat semasa


menggunakan non-weight bearing crutches contohnya ;
Pakai kasut yang sesuai semasa berjalan kerana selipar
mudah tergelincir dan jatuh.
Elak berjalan di lantai yang masih basah untuk mencegah
dari terjatuh dan POP boleh pecah serta menjejaskan
alignmen tulang yang fraktur
SAMB…
Periksa crutches setiap kali sebelum berjalan untuk
memastikan crutches dalam keadaan selamat dengan
memeriksa skrew samada ketat dan hujung crutches
disalut dengan getah.

Terangkan kepada pesakit pentingnya meneruskan


senaman static quadriceps dan range of motion pada
anggota POP.Ini untuk mengekalkan fungsi sendi dan
tonus otot dari menjadi atrofi.

Ajar pesakit cara mengesan tanda – tanda gangguan


status neurovascular dengan melihat kepada warna jari
– normal ialah warna “pink” ; rasa suhu – suam ; periksa
kapilari refill dengan menekan pada hujung kuku –
kurang dari 2 saat ; sentuh setiap jari samada dapat
merasa dan buat pergerakan pada jari untuk mengesan
fungsi motor dan sensasi.Lihat juga sekiranya ada
kebengkakan pada bahagian distal kaki terlibat.
SAMB…
Beritahu pesakit tanda – tanda plaster sore
seperti ;
discaj di permukaan POP
rasa panas setempat
sakit di dalam POP
Berbau

Beritahu pesakit sekiranya ada perubahan pada


status neurovascular seperti kaki pucat,bengkak
atau terdapat tanda – tanda plaster sore
hendaklah berjumpa dengan doctor segera
untuk mendapat rawatan selanjutnya.
SAMB…

Terangkan kepada pesakit cara untuk mengelakkan


kebengkakan kaki seperti ;
Tinggikan kaki dengan bantal semasa berehat dan
tidur
Jangan mengantung kaki terlalu lama semasa berdiri
atau duduk.
Lakukan senaman pada kaki setiap masa.
Ambil makanan seimbang untuk proses penyembuhan
tulang dan tisu.

Datang ke klinik susulan ortopedik untuk menilai


keadaan POP,penyembuhan tulang fraktur dan status
kesihatan pesakit.
SESI JOAL JAWAB…
SEKIAN,TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai