Anda di halaman 1dari 20

Pengukuran Makroekonomi:

Indeks Harga Pengguna,


Pengangguran dan Guna
tenaga
Makroekonomi
 Kajian tentang unit-unit dalam ekonomi
secara agregat
 Matlamat utama makroekonomi
 1) pastikan harga stabil (kawal inflasi)
 2) pastikan kadar pengangguran rendah
 3) pastikan pertumbuhan ekonomi tinggi
dan kekal
Mengukur Harga
 Kestabilan harga bermaksud harga
agregat, indeks harga, tingkat harga
atau harga purata adalah kekal
konstan.
 Tingkat harga diukur menggunakan
Indeks Harga Pengguna (IHP) yang
dikira berasaskan kepada sekumpulan
barang dan perkhidmatan yang dibeli
oleh isirumah tertentu
Indeks Harga Pengguna (IHP)
 IHP adalah jumlah ringgit yang dibelanjakan
dalam tahun semasa untuk sekumpulan
barang di pasaran dibahagikan dengan
jumlah ringgit yang dibelanjakan untuk
sekumpulan barang di pasaran pada tahun
asas.
 Hasil yang diperolehi didarabkan dengan 100.
 Formula:
IHP = Perbelanjaan tahun semasa x 100
Perbelanjaan tahun asas
Contoh Pengiraan IHP
 Andaikan ekonomi mengeluarkan tiga
jenis barang, iaitu 10 batang pen, 5
helai t.shirt dan 3 pasang kasut yang
masing-masing seunit berharga
RM0.70, RM14 dan RM30 pada tahun
semasa (2006) dan RM0.20, RM7 dan
RM10 pada tahun 1999 yang
merupakan tahun asas. Cari nilai IHP?
Sambungan
IHP = Perbelanjaan tahun semasa (2006) x 100
Perbelanjaan tahun asas (1996)

 Langkah 1: Dapatkan Perbelanjaan Tahun Semasa

Keluaran P/unit Thn 2006 Perbelanjaan Thn 2006


(RM) (RM)
10 pen x 0.70 = 7.00
5 t.shirt x 14.00 = 70.00
3 kasut x 30.00 = 90.00
167.00
Sambungan
 Langkah 2: Dapatkan Perbelanjaan Tahun Asas

Keluaran P/unit Thn Perbelanjaan Thn 1999


1999 (RM) (RM)
10 pen x 0.20 = 2.00
5 t.shirt x 7.00 = 35.00
3 kasut x 10.00 = 30.00
67.00
Sambungan
 Langkah 3: Masukkan dalam formula dan
dapatkan IHP
 IHP = Perbelanjaan thn 2006 x 100
Perbelanjaan thn 1999
= 167 x 100
67
= 249
Inflasi
 Inflasi ialah peningkatan dalam tingkat
harga umum bagi keseluruhan barangan
dan perkhidmatan secara berterusan.
 Inflasi diukur dalam bentuk peratus dan
dipanggil kadar inflasi.
Mengukur Inflasi @
% perubahan Harga
 Harga berubah dari tahun ke setahun.
Biasanya akan semakin meningkat.
 ∆ harga dari tahun ke setahun diukur
menggunakan formula berikut:

IHP tahun baru – IHP tahun sebelum X 100


__________________________________________________________________________________

IHP tahun sebelum


Contoh
 Bank Negara Malaysia telah mengumumkan
IHP bagi tahun 2005 ialah 109.1, manakala
IHP tahun sebelumnya ialah 105.9. Kirakan
kadar inflasi negara sepanjang tempoh
tersebut?
Jawapan
IHP 2005 – IHP 2004 X 100
IHP 2004

109.1 – 105.9 X 100


105.9

Kadar Inflasi = 3.02 %


Latihan
 Andaikan dalam pasaran terdapat barangan X, Y
dan Z seperti berikut, iaitu 10X, 20Y, and 30Z.
Harga pada tahun 2006 bagi seunit barangan
tersebut ialah RM1.00 untuk barang X, RM0.96
untuk Y dan RM1.13 untuk Z. Manakala, harga
pada tahun 1997 (tahun asas) bagi seunit
barangan tersebut ialah RM1.00 untuk barang X,
Y, and Z. Kirakan IHP bagi tahun semasa dan
berapakah kadar inflasi sepanjang tempoh masa
tersebut ?
Inflasi dan Tingkat
Pendapatan
 Pendapatan nominal - jumlah ringgit
pendapatan seseorang individu dalam
nilai semasa.
 Pendapatan benar – mengukur

pendapatan dengan membahagikan


pendapatan nominal dengan IHP dan
didarabkan dengan 100
Pendapatan benar =
[Pendapatan Nominal/IHP] x 100
Pengangguran
 Penduduk = tenaga buruh + di luar
tenaga buruh
 Tenaga buruh = umur 15-64 tahun
sama ada bekerja atau tidak. Bekerja
(guna tenaga) + menganggur.
 Di luar tenaga buruh = cacat, pencen,
belajar, suri rumah, tidak minat mencari
pekerjaan.
Bekerja (Guna tenaga)

 sekurang-kurangnya bekerja 25 jam seminggu


atau lebih.
 Bekerja untuk mendapatkan untung atau upah.
 Memiliki pekerjaan atau perniagaan sendiri.
 Tidak bekerja untuk sementara waktu atas sebab
tertentu.
Menganggur
 Tidak bekerja, aktif mencari pekerjaan dan
ingin bekerja.
 Jumlah penganggur = tenaga buruh – bil.
bekerja.
 Kadar pengangguran =
bil. Tidak bekerja x 100
(bil. bekerja + bil. Tidak bekerja)
@
bil. Tidak bekerja x 100
bilangan tenaga buruh
Jenis-jenis Pengangguran
 Pengangguran Geseran: hilang pekerjaan akibat
geseran semulajadi dalam ekonomi. Cth: Graduan
universiti yang mencari pekerjaan dan orang yang
sentiasa menukar pekerjaan.
 Pengangguran Struktural: hilang pekerjaan
akibat pengurangan peluang pekerjaan dalam
ekonomi disebabkan perubahan struktur ekonomi.
 Kadar Pengangguran Semulajadi: Kadar
pengangguran geseran + kadar pengangguran
struktur
 Kadar Pengangguran Kitaran: Perbezaan
antara kadar pengangguran semulajadi dan
pengangguran semasa
Guna Tenaga Penuh

 Berlaku/wujud apabila
ekonomi beroperasi pada
kadar pengangguran
semulajadi.
Latihan
 Cari jumlah dan kadar pengangguran
apabila jumlah tenaga buruh pada
tahun 1989 ialah 6,834,100 dan jumlah
buruh yang bekerja ialah 6,297,400?

Anda mungkin juga menyukai