Anda di halaman 1dari 82

PENGENALAN KEPADA

KOMUNIKASI ANTARA
PERSEORANGAN
Kursus Komunikasi Berkesan
DEFINISI
• “SATU SENI MENYALURKAN MAKLUMAT, IDEA-
IDEA DAN SIKAP-SIKAP DARI SESEORANG
KEPADA SESEORANG YANG LAIN.”
(EMERY AULT DAN AGEEL)

• “SATU PROSES UNTUK MENGONGSIKAN


SESUATU ORIENTASI TERHADAP SATU SET
TANDA-TANDA MAKLUMAT.”
(SCHRAMM DAN ROBERTS)

• SATU PROSES PEMINDAHAN MAKLUMAT,


PERASAAN, IDEA DAN FIKIRAN DARI SESEORANG
INDIVIDU KEPADA INDIVIDU YANG LAIN.
DEFINISI
• KOMUNIKASI IALAH PROSES
PENYAMPAIAN ATAU PEMINDAHAN MESEJ
DARI SEORANG KEPADA YANG LAIN

• IA ADALAH PROSES MEWUJUDKAN


KEFAHAMAN YANG DIKONGSI
BERSAMA
• IA ADALAH ASAS KEPADA
PERHUBUNGAN INTERPERSONAL
(PERHUBUNGAN ANTARA INDIVIDU DENGAN
INDIVIDU YANG LAIN)
Komunikasi yang mesra
bermaksud bukan sahaja ianya
berkesan tetapi ianya mestilah
dapat mewujudkan perasaan
puashati, rasa dihargai dan
keinginan untuk saling bekerjasama
antara kedua pihak yang terlibat.
PENTINGNYA
KOMUNIKASI
MERANCANG

MENGAWAL KOMUNIKASI MENGATUR

MENGARAH
JENIS KOMUNIKASI
BUKAN LISAN
 Bahasa Badan
LISAN  Gerak Badan
 Tulisan  Penyataan Wajah
 Perkataan  Pergerakan Mata
 Isyarat
 Diam

FUNGSI KOMUNIKASI HALANGAN


 Pemindahan Maklumat KOMUNIKASI
 Pembelajaran  Kepercayaan
 Pemujukan  Sikap
 Hiburan
 Prasangka
 Sosialasi Manusia
 Persepsi
 Istilah
KOMUNIKASI LISAN
• Satu proses Komunikasi yang
melibatkan Suara.
• Menitikberatkan kepada:
– Nada Suara
– Bahasa yang digunakan
– Kefasihan Sebutan
– Kelancaran perkataan yang digunakan.

• Setiap perkataan yang diucapkan hendaklah


selari/sejajar dengan pergerakan anggota
badan, memek muka dan gerak mata.
PROSES KOMUNIKASI
Pesanan

Penyampai Penerima

Media/
Pengantara
Komunikasi Interpersonal
Mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat dll).
PROSES KOMUNIKASI
Halangan Halangan
-Semantik -Semantik
-Emosi -Emosi
PENGHANTAR -Sikap MESEJ -Sikap PENERIMA
-Persepsi -Persepsi
-Jantina -Jantina
-nonverbal -nonverbal

MAKLUMBALAS
Beberapa pergerakan anggota badan yang mampu
memberi sumbangan ke arah mewujudkan suasana yang
mesra ketika berinteraksi adalah seperti berikut: 

Mimik muka

Tumpuan mata

Anggukan kepala

Pergerakan tangan
Pergerakan anggota badan yang mampu memberi
sumbangan ke arah mewujudkan suasana yang
marah ketika berinteraksi: 

Mimik muka

Tumpuan mata

Anggukan kepala

Pergerakan tangan
JANGAN LAKUKAN

TIDAK MELAYAN TAK SOPAN


HALANGAN

MARAH

SUDAH LEBIH

KETAWA
GERAM

TIDAK MENDENGAR

AGRESIF SENTUHAN
Mengapa Manusia Perlu Berkomunikasi

• Ada banyak sebab mengapa manusia perlu


berkomunikasi. Keperluan-keperluan ini boleh
dikategorikan sebagai:
– Keperluan kesihatan fizikal dan mental
– Keperluan identiti
– Keperluan sosial
– Keperluan untuk mencapai matlamat
Dapat menceriakan
suasana dan
mewujudkan
kemesraan
dikalangan rakan
sekerja.
Tanpa
berintraksi
dan
komunikasi
suasana
menjadi
muram
Kurangkan manis
dalam minuman,
lebihkan manis dalam
senyuman kerana
senyuman awet muda.
Mengikut kajian muka
kita ada 72 otot, cuma
14 otot sahaja
digunakan semasa
senyum selebihnya
untuk marah.
Keperluan Kesihatan Fizikal dan
Mental

• Berikut adalah masalah-masalah yang boleh


dialami oleh seseorang jika mereka memilih untuk
mengelak daripada berkomunikasi dengan orang
lain (Adler, Rosenfeld & Towne, 1999):
Macam-macam
cara berintraksi,
pun ada
• Orang yang kurang berkomunikasi menghadapi
risiko koronari atau serangan sakit jantung yang
lebih tinggi berbanding dengan orang yang sering
berkomunikasi.
• Orang yang tidak suka berkomunikasi adalah dua
atau tiga kali lebih pendek usianya berbanding
dengan orang yang terlibat dalam hubungan sosial
seperti perkahwinan, persahabatan, keagamaan
dan sebagainya.
Keperluan Identiti
• Kita perlu berkomunikasi dengan orang lain untuk
mengetahui siapa diri kita sebenarnya. Kita tidak
mungkin tahu sama ada kita seorang yang pandai
atau bodoh, cantik atau hodoh, mahir atau tidak
dalam suatu bidang kecuali ada orang lain yang
menilai dan menyatakannya pada diri kita.
Keperluan Sosial

• Seseorang memerlukan kasih sayang, keseronokan,


perasaan dipunyai, riadah, kawalan dan sebagainya
melalui interaksinya dengan orang lain. Sebagaimana yang
dinyatakan dalam Hiraki Keperluan Maslow.
Teori Hierarki Keinginan
Manusia (Abraham Maslow)
• Setiap individu akan membawa bersama-samanya
minat, sikap, dan keinginan ke tempat kerja mereka.

•Keinginan sosial: TEORI HIEARKI MASLOW


Termasuk keinginan
untuk bergaul dan KESEDARAN DIRI:
berhubung dengan
orang lain, serta KEBANGGAAN:

melahirkan perasaan KEINGINA N SOSIAL:


kasih sayang.
KEINGINAN JAM INAN:

KEINGINAN FISIOLOGI:
Keperluan Untuk Mencapai Matlamat
• Untuk mencapai suatu matlamat, kita
perlu berkomunikasi dengan orang lain.
Kemahiran berkomunikasi membolehkan
kita memujuk atau mempengaruhi orang
lain untuk mencapai apa yang kita
inginkan.
Peringkat dan Sifat Komunikasi
 
  Melibatkan seorang komunikator
Komunikasi yang berkomunikasi dengan dirinya
intrapersonal sendiri iaitu monolog (bicara hati).
(komunikasi
dalaman) Membantu dalam penganalisaan,
penilaian tentang diri sendiri dan juga
dalam membuat keputusan.
Komunikasi intrapersonal (komunikasi dalaman)
Peringkat dan Sifat Komunikasi
 
  Komunikasi yang melibatkan dua orang
Komunikasi komunikator yang berinteraksi secara dua
antara hala, serentak dan mereka saling
perseorangan mempengaruhi.
(interpersonal)
Penting dalam menjalin dan mengekalkan
hubungan, memujuk dan mempengaruhi
orang lain.
Komunikasi antara perseorangan (interpersonal)
Peringkat dan Sifat Komunikasi
 
  Komunikasi dua hala yang melibatkan
Komunikasi kumpulan terdiri daripada tiga hingga 12
kumpulan orang ahli.
kecil
Penting untuk berkongsi maklumat,
mendapatkan idea, menyelesaikan
masalah dan bantu membantu. Misalnya,
dalam mesyuarat atau sesi kaunseling
kelompok.
Komunikasi
kumpulan kecil
Peringkat dan Sifat Komunikasi
    Komunikasi yang melibatkan
Komunikasi seorang komunikator berkomunikasi
publik dengan audiens yang ramai.

Biasanya bersifat sehala.

Berguna untuk memberitahu,


memujuk, mempengaruhi dan
menghibur.
Komunikasi Publik
Komunikasi publik
Peringkat dan Sifat Komunikasi

  Komunikasi sehala yang melibatkan


Komunikasi seorang komunikator dengan audiens yang
massa sangat ramai.

Penggunaan saluran-saluran tertentu bagi


menyebarkan mesej seperti media cetak,
elektronik, dan sebagainya.

Berguna untuk memberitahu, memujuk,


mempengaruhi dan menghibur.
Komunikasi massa didifinisikan sebagai
perhubungan kepada orang ramai
secara langsung.

Komunikasi massa
BENTUK KOMUNIKASI
• SEHALA DAN DUA HALA - ARAHAN/TAK
MEMERLUKAN REAKSI/REAKSI.

• KOMUNIKASI MENEGAK - KE BAWAH DAN KE


ATAS: ARAHAN DAN MAKLUMBALAS.

• MENDATAR - PENYELARASAN KERJA.

• GRAPEVINE - INFORMAL RAHSIA/KHABAR


ANGIN.
BENTUK KOMUNIKASI

keatas keatas

kebawah
kebawah

mendatar
KOMUNIKASI KE BAWAH

• Mesej yang mengalir daripada


pengurusan atasan kepada
pegawai bawahan.

• Mesej tugas dan


penyelenggaraan (arahan,
disiplin, matlamat, perintah dan
soalan).
KOMUNIKASI MENEGAK

• Mesej yang mengalir


daripada pegawai
bawahan kepada
pegawai atasan.

• Mengemukakan
soalan, mendapat
maklumbalas dan
cadangan.
KOMUNIKASI MENDATAR
• Pertukaran mesej di kalangan orang
yang mempunyai pengikut kuasa yang
sama dalam organisasi.

• Penyelesaian masalah,
penyelarasan,
penyelesaian konflik.
Prinsip-Prinsip Asas dalam Komunikasi
Antara Perseorangan

• Dalam memahami komunikasi antara


perseoranganan, adalah penting memahami
prinsip-prinsip komunikasi antara perseorangan
yang berikut:
Kita tidak dapat mengelak daripada
berkomunikasi.

• Semua orang tidak boleh tidak berkomunikasi.


Maksudnya di sini ialah apa jua yang kita lakukan
sama ada bercakap atau tidak, berdiam diri atau
bergerak, semua ini adalah perlakuan komunikasi.
Komunikasi antara perseorangan tidak
boleh ditarik balik

• Oleh itu kita harus berhati-hati apabila


berkomunikasi dengan orang lain semasa
berkonflik terutamanya penggunaan kata-kata yang
boleh melukai perasaan orang lain.
Terlajak perahu boleh ditarik balik tetapi
terlajak kata buruk padahnya
APA KAU
CAKAP,
CAKAP
JANGAN
SEBARANG
CAKAP ADOH… KAU
TUMBUK
AKU…

Dalam komunikasi antara perseorangan terdapat banyak simbol dan mesej yang
boleh diinterpretasikan dengan berbagai maksud dan situasi. Akibatnya, salah faham
mungkin boleh terbit dan mencetuskan konflik.
Komunikasi antara perseorangan adalah
sangat rumit
• Menurut Beebe, Beebe, Redmond (1999), terdapat sekurang-
kurangnya enam “orang” yang terlibat dalam perbualan di antara
dua orang komunikator iaitu:
– Who you think you are (Persepsi kita tentang diri kita)
– Who you think the other person is (Persepsi kita tentang diri orang itu)
– Who you think the other person thinks you are (Persepsi kita terhadap
persepsi orang itu terhadap diri kita)
– Who the other person thinks he or she is (Persepsi orang itu mengenai
dirinya)
– Who the other person thinks you are (Persepsi orang itu terhadap diri kita)
– Who the other person thinks you think he or she is (Persepsi orang itu
tentang persepsi kita terhadap dirinya)
NILAI MANUSIA YANG BERBEZA-BEZA

Masyarakat

Rakan
sekerja

Ibubapa
keluarga
Pendidikan
Rakan sebaya
SILANG BUDAYA
1) Perbezaan adat dan kepercayaan.
2) Perbezaan bahasa.
3) Perbezaan prinsip dan “tata karma”.
4) Perbezaan latar belakang.
5) Perbezaan pendidikan
6) Perbezaan persekitaran.
7) Perbezaan etnik.
Komunikasi antara perseorangan
bersifat kontekstual
• Terdapat lima konteks dalam komunikasi antara perseorangan
iaitu:
– Konteks psikologi yang melibatkan keinginan, keperluan, nilai,
personaliti, konsep kendiri dan nilai kendiri pada kedua-dua
komunikator.
– Konteks hubungan yang melibatkan tahap kepercayaan, kuasa,
kawalan, tahap pendedahan kendiri dan pengalaman mengenai diri
masing-masing dalam hubungan mereka.
– Konteks situasi yang melibatkan persekitaran fizikal di mana kedua-
dua komunikator sedang berkomunikasi.
– Konteks budaya yang melibatkan unsur-unsur budaya yang
mempengaruhi interaksi kedua-dua komunikator.
PERSAMAAN

A
B F

C
G

D
E
H ?
Ciri-ciri Ekstrovert-Neurosis.
• Mudah Tersinggung. Ciri-ciri Ekstrovert-Stabil.
• Peramah.
• Gelisah.
• Agresif. A • Gemar Bercakap.
• Ghairah. • Responsif.
• Mudah Berubah. M • Bebas.
• Impulsif. • Kepimpinan.
• Optimistik.
• Aktif.
B • Bersemangat.
• Selesa.
I
Ciri-ciri Introvert-Neurosis. Ciri-ciri Introvert-Stabil.
• Muram. V • Pasif.
• Cemas. • Berhati-hati.
• Bimbang. E • Bertimbang Rasa.
• Tidak Fleksibel atau rigid. • Tenang.
• Pendiam. R • Terkawal.
• Tidak Peramah. • Jujur.
• Tenang. T • Boleh Diharapkan.
• Tenteram.
Komunikasi antara perseorangan tidak
boleh diulang semula

• Oleh kerana komunikasi merupakan peristiwa,


maka adalah mustahil bagi kita mengulang semula
peristiwa yang sama.
Konsep Yang Salah Mengenai
Komunikasi
Kata-kata tidak semestinya membawa
makna yang sebenar.

• Kadangkala kata-kata yang kita luahkan tidak


memberikan makna yang sama dengan orang yang
mendengarnya.
Lebih banyak berkomunikasi tidak
selalunya lebih baik.

• Tindakannya itu boleh menyelamatkan suasana


yang tegang. Seperti sabda Nabi Muhamad S.A.W.
yang bermaksud, berdiam diri itu adalah satu
kebijaksanaan tetapi tidak ramai orang
mengetahuinya.
Komunikasi tidak boleh menyelesaikan
semua masalah

• Kadangkala komunikasi yang jelas dan ikhlas juga


boleh menyebabkan konflik.
Komunikasi tidak selalunya boleh
mempengaruhi orang lain.

• Banyak faktor-faktor lain seperti faktor emosi,


kesihatan, budaya dan lain-lain perlu
dipertimbangkan oleh seseorang untuk membuat
keputusan setelah dipujuk ataupun diugut.
Komunikasi bukanlah suatu kebolehan
semulajadi.

• Ramai orang menyangka bahawa kemahiran


berkomunikasi merupakan kebolehan
semulajadi atau keturunan.
• Hubungan antara perseorangan terbentuk secara berperingkat-
peringkat.
– Hampir semua hubungan antara perseorangan bermula secara
berperingkat-peringkat seperti berikut:
• Peringkat awal dalam hubungan mengandungi dua peringkat iaitu:
– Permulaan (initiation)
– Penerokaan (exploration)
• Apabila hubungan semakin intim peringkat seterusnya melibatkan peringkat:
– Menggiatkan hubungan (intensifying)
– Mengintegrasikan hubungan (integrating)
– Pengikatan pengikatan (bonding)
• Hubungan juga boleh merosot dan seterusnya terputus melalui beberapa
peringkat berikut:
– Membuat perbandingan (differentiating)
– Membataskan (circumscribing)
– Merencatkan (stagnating)
– Pengelakan (avoiding)
– Pemutusan (terminating)
Meningkatkan Kemahiran Komunikasi
Antara Perseorangan
• Kemahiran berkomunikasi antara perseorangan bukanlah suatu
kemahiran yang boleh didapati tanpa sebarang kefahaman, latihan
dan pengalaman.

• Ini disebabkan komunikasi antara perseorangan melibatkan dua orang


manusia yang mempunyai berbagai-bagai perlakuan yang
dipengaruhi oleh faktor psikologi, sosiologi, dan juga budaya.

• Manusia juga mempunyai banyak pengalaman dalam hidup yang


menyebabkan mereka mempunyai perlakuan komunikasi yang
berbeza. Oleh itu, kefahaman, latihan dan pengalaman kita dalam
kehidupan masyarakat dan budaya berbeza adalah sangat penting.
Ciri-ciri Komunikator Yang Mahir
• Menurut Adler dan Towne (1999), seseorang komunikator
yang mahir mempunyai ciri-ciri tertentu seperti berikut:
– Mempunyai berbagai perlakuan komunikasi dan tahu bila suatu
perlakuan itu patut atau tidak patut digunakan dalam sebarang
interaksi dengan orang lain.

– Misalnya, jika kita diejek oleh seorang rakan kita, maka kita boleh
memberikan respons dengan berbagai cara tetapi ia haruslah
bijaksana dengan mengambilkira berbagai akibat jangka pendek
dan jangka panjang dalam hubungan kita dengannya.
– Kebolehan memilih perlakuan komunikasi yang paling sesuai
semasa berinteraksi. Mempunyai banyak perlakuan komunikasi
tidak semestinya menjamin komunikasi yang berkesan jika
pemilihan perlakuan atau gaya komunikasi yang dibuat tidak
sesuai dengan konteks atau situasi.

– Pemilihan perlakuan atau gaya komunikasi harus mengambil kira


konteks interaksi, matlamat interaksi dan juga segala maklumat
tentang diri orang yang terlibat dalam interaksi tersebut. Misalnya,
kita boleh bergurau dengan seorang rakan lama tetapi tidak
mungkin dengan seseorang yang baru sahaja dikenali.
KESOPANAN DALAM BERKOMUNIKASI

• Sentiasa bercakap benar.


• Bercakap apabila perlu dan kerana sesuatu tujuan.
• Bercakap dengan sopan santun, selalu tersenyum
dan dengan nada yang baik.
• Bercakap dengan ringkas atau tepat pada fakta.
• Percakapan yang jelas dan nyata.

• Kalau seseorang membawa kita kepada


perbualan yang tidak baik, diamkanlah
diri menunjukkan tidak berminat atau
memberi salam dan keluar.

• Bila bercakap tentang Islam, bercakap


dengan jelas dan bahasa yang mudah
serta nada yang lembut.
• Selalu perhatikan tingkat pemikiran dan pandangan
orang yang mendengar supaya mereka boleh
memahami apa yang kita cakapkan.

• Kalau seseorang menanyakan sesuatu, jawablah


dengan baik, iaitu setelah memikirkan jawapannya.

• Kalau soalan dikemukakan pada orang lain, jangan


cuba menjawab tanpa izin.
• Jika seseorang menerangkan sesuatu, jangan
menyatakan "saya mengetahuinya", dikhuatiri ini
akan menyebabkannya kecil hati.

• Bila berkata dengan seseorang, pertimbangkan


umurnya, status yang berkaitan dengan kita.
• Jangan terlalu cepat atau terlalu banyak
bergurau kerana ini akan merendahkan
kredibiliti kita.

• Jangan menyampuk atau mengganggu


perbualan orang lain tanpa kebenaran.

• Jangan memasang telinga mencuri dengar


perbualan orang lain dan jangan membongkar
rahsia sendiri atau orang lain.
• Jangan mengumpat
atau suka 'komplen'
orang lain.

• Jangan
mengetawakan
kesilapan orang
lain.

• Jangan bercakap
besar serta jangan
selalu bersumpah.
ASAS KOMUNIKASI MESRA DAN
BERSOPAN

 Sentiasa Kemas, Ceria dan Riang.


 Hindarkan perasaan yang tidak menyenangkan
terhadap orang lain.
 Sentiasa sensitif pada mood / masalah orang lain.
 Jujur kepada diri sendiri.
 Sentiasa bersedia membantu orang lain.
 Menghargai orang lain.
 Gunakan perkataan tepat, ringkas, lembut dan jelas.
 Kawal memek muka dan pergerakan diri.
 Buat orang rasa yakin dan boleh dipercayai.
 Belajar menjadi pendengar yang baik.
 Elak perkataan yang menyinggung perasaan.
 Kerap sebut nama orang yang mendengar.
 Simpan maklumat sulit untuk diri sendiri.
KOMUNIKASI BUKAN LISAN
 Menguap/ tongkat dagu
 Bongkok ke hadapan
 Menyandar ke hadapan
 Meletakkan/mengurut belakang leher
 Mengusap hidung
 Menanggal cermin mata
 Mengusap/ mengurut dagu
 Meletakkan kedua-dua tangan di belakang leher
dan bersandar ke belakang
 Merenung jauh
 Mengecilkan mata
 Berpeluk tubuh
 Bercekak pinggang
Aktiviti
Buat pertembungan mata dengan sesiapa sahaja
yang duduk di sebelah anda tanpa berkata apa-apa
selama 10 saat. Kemudian tanyalah kepadanya
mengenai persepsinya terhadap diri anda
mengenai perlakuan tersebut. Adakah perlakuan
anda itu merupakan sejenis komunikasi?
Aktiviti
 
Adakah anda seorang yang mahir berkomunikasi?
Cuba dapatkan jawapan ini daripada orang yang
mempunyai hubungan intim dengan anda dan juga
pendapat daripada orang yang anda baru kenali.

Analisa kedua-dua pendapat tersebut dan kenalpasti


persamaan atau perbezaan mengenai pendapat
mereka. Anda seharusnya bersifat terbuka untuk
menerima komen daripada mereka.
Rumusan
• Dalam unit ini anda telah mempelajari bahawa:
– Komunikasi antara perseorangan merupakan satu elemen
penting dalam kehidupan dan menjadi keperluan yang
harus dipenuhi oleh manusia. Orang yang tidak atau kurang
berkomunikasi boleh mendapat berbagai masalah kesihatan
mental dan juga fizikal
– Komunikasi antara perseorangan melibatkan dua orang
komunikator yang berinteraksi secara serentak dan mereka
saling mempengaruhi antara satu sama lain semasa
berinteraksi biasanya secara bersemuka
– Komunikasi antara perseorangan boleh didefinisikan secara
kuantitatif dan juga secara kualitatif.
– Perkembangan model komunikasi antara perseorangan bermula
daripada model perspektif linear, kemudian diikuti oleh perspektif
interaktif dan akhir sekali perspektif transaksi.
– Komunikasi antara perseorangan mempunyai lima prinsip
komunikasi yang penting.
– Ramai orang masih mempunyai konsep yang salah tentang
komunikasi.
– Komunikasi antara perseorangan mempunyai fungsi yang penting
dalam sebarang hubungan.
– Untuk menjadi seorang komunikator yang berkesan, kita perlu
banyak belajar melalui pembacaan dan menceduk ilmu daripada
komunikator-komunikator yang sangat berjaya dan cekap , selalu
berlatih dan juga melalui pengalaman kita yang lepas.
Rujukan
• Beebe, S. A., Beebe, S. J., and Redmond, M. V. (1999).
Interpersonal communication: Relating to others. Boston: Allyn and
Bacon.

• Adler, R.B., Rosenfeld, L.B. & Towne N. (1999). Interplay: The


process of interpersonal communication. Fort Woth: Harcourt Brace.

• Adler, R.B. & Towne N. (1999). Looking out, looking in (9th ed). Fort
Woth: Harcourt Brace.
Soalan-soalan Ulangkaji
• Berikan sebab-sebab mengapa berkomunikasi adalah
penting dalam kehidupan manusia?
• Terangkan perbezaan-perbezaan di antara komunikasi
perspektif linear, interaksi dan transaksi? Berikan contoh-
contoh yang sesuai bagi setiap perspektif.
• Apakah yang dimaksudkan sebagai “Komunikasi ialah
peristiwa. Ia tidak boleh ditarik balik”?
• Huraikan dengan contoh-contoh yang sesuai perbezaan di
antara hubungan yang bersifat saling melengkapi,
simetrikal dan selari.
• Terangkan ciri-ciri seorang komunikator yang berkesan.
LATIHAN

• Nyatakan tiga cara berkomunikasi?


• Snaraikan sekurang-kurangnya lima tujuan
berkomunikasi?
• Apa yang dimaksudkan dengan komunikasi
• Bagaimana cara bertutur untuk mengelakkan diri
daripada sesuatu perkara tanpa bercakap, beri
contoh?
• Cara bercakap dengan betul dan sopan.

Anda mungkin juga menyukai