Anda di halaman 1dari 20

MO4 KP1

ETIKA DI
TEMPAT
KERJA
Disediakan oleh:Siti Farrah Farhana
Siti Nur Suhaila
Pengenalan:

Dalam tugasan saya kali ini akan


menbincangkan bagaimana saya sebagai pengurus yang
dimiliki oleh saya sendiri mengamalkan amalan-amalan
yang beretika ditempatkerja saya. Dalam tugasan saya
ini juga, saya akan membincangkan bagaimana saya
menjaga hubungan saya denagan pekerja, pembekal dan
alam sekitar. Saya berharap dengan perbincanganini dapat
memberi panduan kepada orang lain dan sebagai
pengajaran kepada diri saya sendiri.
ISI KANDUNGAN
1.Tajuk utama
2.Tujuan
3. Pengenalan
4.Amalan budaya kerja
5. Budaya kerja, hormat dan percaya
6. Sensitiviti budaya dan kepelbagaian
7.Kesimpulan
8.Soalan
Tujuan
Etika komunikasi di tempat kerja
adalah untuk menciptakan situasi
kerja yang kondusif dan harmonis.
Tanpa adanya standart tidak tertulis ,
situasi tentu akan menjadi kacau
sehingga mengganggu tujuan dari
perusahaan itu sendiri.
Amalan Budaya Kerja

Amalan kerja lazim meliputi landskap


pelbagai etika, sesetengahnya melibatkan
implikasi undang-undang, yang perlu
disedari oleh semua kakitangan. Dasar
dan misi syarikat, sikap dan tindakan
majikan menjadi templat untuk dipatuhi
oleh pekerja dalam urusan seharian
mereka.
1.1 Amalan Keadilan
 Peraturan penting ialah panduan ringkas
untuk amalan yang adil di tempat kerja.
Pengurus boleh bekerjasama dengan
kakitangan dalam mentakrifkan apa yang
dimaksudkan dengan keadilan.

1.2 Amalan Integriti


Integriti memerlukan keberanian untuk
melakukan apa yang betul walaupun tidak
disukai ramai. Pekerja yang berintegriti akan
menyokong kerja-kerja yang betul dari segi
moral dan apa yang mewakili kakitangan dan
pelanggannya.
1.3 Kerahsiaan dan Amalan Privasi
Undang-undang kerahsiaan dan privasi dan amalan
memainkan peranan dalam setiap urusan. Budaya kerja
yang sihat menghormati privasi seseorang pekerja.Pekerja
mengamalkan kerahsiaan dengan menahan diri daripada
gosip soal peribadi seseorang rakan kerja.

1.4 Amalan Kawalan Kendiri (Self-Control)


Apabila situasi yang mencabar timbul, pekerja yang boleh
mengawal emosi dan mempamerkan tingkah laku beretika di
tempat kerja. Kawalan kendiri boleh menghalang situasi yang
sukar menjadi lebih buruk dan mengganggu aliran kerja serta
mengancam semangat kakitangan. Pekerja yang mampu
mengawal diri dan berdisiplin akan sentiasa tenang dalam
kesibukan mereka.
Budaya kerja, hormat dan percaya

Hormat dan percaya adalah dua


perkataan yang berbeza tetapi saling
melengkapi. Hormat ialah sesuatu yang
diperoleh dan bukannya boleh diminta.
Seseorang yang dihormati itu lazimnya
diberi kepercayaan yang tinggi. Kenyataan
ini mungkin tidak benar sepenuhnya
kerana ada juga yang tidak boleh
dipercayai.
2.1 Percaya mempunyai maksud yang lebih
mendalam apabila digunakan
dalam konteks hubungan. Percaya bermakna
meletakkan sepenuh keyakinan kepada
seseorang. Orang yang percaya bahawa
pihak yang dipercayainya itu tidak akan
mencederakannya sam a sekali akan
sentiasa mencarinya.
2.2 Hormat ialah mempunyai pandangan yang
tinggi terhadap esuatu entiti atau seseorang,
atau menyanjung pendapatnya. Ringkasnya,
menghormati seseorang ialah menyanjung
tinggi orang itu dan yakin orang itu hebat.
Hormat memerlukan seseorang itu
mengumpulkan sanjungan terhadap orang yang
dihormati. Mereka menganggap orang tertentu,
negara, kumpulan, organisasi, agama, dan lain-
lain
pada standard yang tertinggi.
Sensitiviti Budaya dan Kepelbagaian
Sensitiviti budaya ditakrifkan sebagai
kesedaran dan kepekaan terhadap amalan
dan budaya lain. Kemahiran sensitiviti budaya
ini termasuklah menilai budaya yang berbeza,
bagaimana ia harus didekati dan bagaimana
untuk berkomunikasi sewajarnya.
3.1 Kepelbagaian budaya adalah kualiti
budaya yang pelbagai atau berbeza,
berbanding dengan budaya tunggal, iaitu
budaya tunggal global atau keseragaman
budaya, samalah seperti kerosakan budaya.
Kepelbagaian budaya juga merujuk
perbezaan budaya dan perasaan saling
menghormati perbezaan masing-masing.
3.2 Kepentingan sensitiviti budaya
Kemahiran sensitiviti budaya adalah penting agar pekerja
dapat bekerja secara bersepadu dalam satu pasukan yang
saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira
perbezaan budaya.

3.3 Jenis kemahiran sensitiviti budaya


Kemahiran sensitiviti budaya boleh merangkumi pelbagai
kebolehan, bergantung pada kepelbagaian pekerja dan
pelanggan, dan bagaimana pekerja itu harus sensitif pada
budaya.
3.4 Pelaksanaan sensitiviti budaya dan kepelbagaian

Terdapat beberapa langkah praktikal yang boleh diambil untuk


mewujudkan
kesedaran budaya. Antaranya:

i) Wujudkan kesedaran – lihat kemungkinan yang memihak dan prasangka,


sedari norma budaya, sikap dan kepercayaan, dan hargai kepelbagaian;
ii) Jangan jadikan perbezaan budaya sebagai asas bagi kritikan dan
penilaian.
Tidak ada baik buruknya perbezaan itu, hanya norma yang menjadi
perbezaan;
iii) Bina satu persahabatan yang saling menghormati dan hasrat untuk
memahami;
iv) Tunjukkan yang kita mengambil berat terhadap semua orang dan
memang
mahu membantu mereka;
v) Terangkan dan bertanya apabila perlu. Jadilah pendengar yang prihatin.
vi) Carilah ilmu tentang budaya lain dengan apa cara sekalipun.
3.5 Membina sikap kompeten
budaya merupakan satu proses
yang berterusan.

Adalah penting untuk melihat


semua orang sebagai individu yang
unik dan sedar bahawa pengalaman,
kepercayaan, nilai dan bahasa
mereka mempengaruhi cara mereka
berinteraksi dengan orang lain dan
masyarakat secara amnya.
KESIMPULAN :

Etika kerja merupakan sikap,


pandangan, kebiasaan, ciri-ciri atau
sifat mengenai cara bekerja yang
dimiliki seseorang, suatu golongan atau
suatu bangsa 
SOALAN
1. Namakan dua jenis amalan lazim di tempat
kerja .
2. Apakah yang dimaksudkan dengan amalan
percaya dalam kalangan ahli pasukan ?
3. Bagaimana cara melaksanakan amalan
sensitiviti budaya ditempat kerja ?

Anda mungkin juga menyukai