Anda di halaman 1dari 9

HIA 101 2023

SEJARAH
PERKEMBANGAN
MAZHAB-
MAZHAB FIQH 1
DR UMAR MUHAMMAD NOOR
 Mazhab secara bahasa bermakna: “tempat pergi atau
jalan(‫)مكان الذهاب وهو الطريق‬.”
 Mazhab secara istilah ialah “hukum-hakam yang
DEFINISI terkandung dalam permasalahan fiqh (‫األحكام التي اشتملت‬
‫)عليها المسائل‬.”
MAZHAB  Hukum-hakam diserupakan dengan jalan kerana jalan
membawa kepada kejayaan dunia, dan hukum-hakam
membawa kepada kejayaan akhirat. (Zuhayli, 1:42).
MAZHAB DAN
SUNNAH
 Mazhab adalah pemahaman yang rapi dan teliti
terhadap kandungan al-Quran dan Sunnah.
Justeru, mazhab tidak menyalahi al-Quran dan
Sunnah.
 Ibn Taymiyyah berkata: “Ketahuilah bahawa
tiada seorangpun daripada imam-imam yang
diterima secara umum oleh umat namun secara
sengaja menyalahi Rasulullah SAW.”
SEJARAH PEMBENTUKAN
MAZHAB
 Mazhab pada awalnya muncul kerana kemampuan manusia tidak sama dalam
memahami sumber-sumber hukum Islam dan mengeluarkan hukum daripadanya.
Justeru, orang yang mahir menjadi ikutan orang yang tidak mahir.
 Pada zaman sahabat Nabi, tokoh yang menjadi ikutan dalam hukum Islam adalah
‘Aisyah, ‘Abdullah bin ‘Umar, ‘Abdullah bin Mas‘ud, Abu Hurayrah, Ibn ‘Abbas,
dll.
 Pada zaman tabiin, makin ramai tokoh ulama yang diambil fatwa dan ijtihadnya
dalam hukum Islam. Pada zaman ini, perbezaan metodologi telah membahagi para
ulama kepada dua kumpulan, iaitu ahli hadith dan ahli ra’y.
AHLI HADITH DAN AHLI RA’Y

AHLI HADITH AHLI RA’Y


o Selalu membina hukum berasaskan  Menggunakan hadith dan qiyas
Hadith dan tidak melakukan qiyas dalam membina hukum.
melainkan apabila darurat.  Sekiranya bertentangan antara hadith
o Sekiranya bertentangan antara qiyas dan qiyas, mereka sering
dan hadith (walaupun lemah), hadith mendahulukan qiyas ke atas hadith
didahulukan. ahad yang sahih.
o Berpusat di Hijaz (Makkah dan  Berpusat di Iraq (Kufah dan Basrah).
Madinah).
SEBAB-SEBAB
KELAHIRAN MAZHAB
 Perbezaan antara fuqaha dalam teori
hukum.
 Wujudnya personaliti yang kuat.
 Lahirnya kelas-kelas pengajaran secara
teratur.
 Kesetiaan murid terhadap guru.
NO IMAM NEGERI MAZHAB
1 Abu Hanifah (m. 150 H) Kufah (Iraq) Hanafi

2 Malik bin Anas (m. 179 H) Madinah (Hijaz) Maliki PARA


3

4
Al-Laith bin Saad (m. 175 H)

Sufyan bin Said al-Thawri (m. 161 H)


Mesir

Kufah (Iraq)
Laithi

Thawri
MUJTAHID
5 Abdul Rahman al-Awza’I (m. 157 H) Beirut (Syam) Awza’I PENGASAS
MAZHAB
6 Muhammad bin Idris al-Syafii (m. 204 Makkah-Mesir Syafii
H)

7 Ahmad bin Hanbal (m. 241 H) Baghdad (Iraq) Hanbali

8 Muhammad bin Jarir al-Tabari (m. 310 H) Baghdad (Iraq) Jariri

9 Dawud bin ‘Ali al-Isbahani (m. 270 H) Baghdad (Iraq) Zahiri


“Sekiranya kamu sakit atau bermusafir, atau kembali daripada buang air, atau
menyentuh perempuan, lalu kamu tidak menemukan air, maka bertayammumlah dengan
tanah yang baik.” (al-Mā’idah ayat 6)

NO MAZHAB PANDANGAN
1 Syafii, satu riwayat daripada al-Awza’i, dan Sentuhan kulit secara langsung dengan lawan jenis
satu pandangan Hanbali membatalkan wuduk secara mutlak
2 Hanafi, dan satu pandangan Hanbali Sentuhan kulit secara langsung dengan lawan jenis
tidak membatalkan wuduk secara mutlak
3 Maliki, Laithi, dan al-Thawri, satu pandangan Sentuhan kulit secara langsung dengan lawan jenis
Hanbali membatalkan wuduk sekiranya disertai syahwat. Jika
tidak disertai syahwat, tidak membatalkan wuduk.
4 Zahiri Sentuhan kulit membatalkan wuduk sekiranya
disengaja. Jika tidak disengaja, maka tidak
membatalkan.
Sumber: Majmu‘ Syarh al-Muhaddhab
RUJUKAN

 Mahmood Zuhdi. Sejarah Pembinaan Hukum Islam.


Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1988.
 Muhammad Abu Zahrah. Usul al-Fiqh. Mesir: Dar al-Fikr
al-’Arabi.
 Abdal-Karim Zaydan. Al-Wajiz fi Usul al-fiqh. Beirut:
Mu’assasah al-Risalah, 2004.
 Wahbahal-Zuhayli. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh.
Damsyik: Dar al-Fiqh al-Mu‘asir.

Anda mungkin juga menyukai